Sabah Sarawak Lebih Kaya Sejak Pembentukan Malaysia Penganalisis Persoal Kenyataan Dr M


Dr Mahathir Mohamad berkata, keadaan di Sabah dan Sarawak adalah lebih baik sejak pembentukan Malaysia
KOTA KINABALU: Kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan keadaan di Sabah dan Sarawak lebih baik sejak pembentukan Malaysia adalah kurang tepat, kata beberapa penganalisis.

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah mempersoalkan kenyataan itu dengan berkata, kedua-dua negeri itu lebih kaya berbanding negeri lain di Semenanjung.


Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, agihan pendapatan di Sabah dan Sarawak tidak seimbang biarpun ia menjadi negeri yang kaya dengan sumber semula jadi yang boleh dieksploitasi.

Ahli ekonomi politik Firdausi Suffian berkata, rakyat di kedua-dua negeri itu secara umumnya dianggap miskin berbanding penduduk negeri lain di Semenanjung.

Dalam satu temu bual bersama Great People Televisyen di Facebook Live semalam, Mahathir berkata, keadaan di Sabah dan Sarawak adalah lebih baik selepas menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Oh Ei Sun. Beliau berkata, kedua-dua negeri miskin itu menjadi lebih kaya berbanding negeri lain selepas pembentukan Malaysia pada 1963. Selain itu, Mahathir turut menyuarakan rasa kecewa terhadap idea “Sarawak untuk rakyat Sarawak” dan “Sabah untuk rakyat Sabah” dan berkata, rakyat seharusnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu.


Kenyataannya itu menerima reaksi kurang senang dalam kalangan warganet dengan Edward Woo berkata: “Kerajaan persekutuan telah mengambil banyak sumber kekayaan dari kedua-dua negeri terbabit namun tidak mendapat pulangan yang sepatutnya.

Lee Kuok Tiung. Noel Sabaratnam berkata: “Sampah. Ia telah diperah hingga kering oleh ahli-ahli politik daripada dua belah pihak.”

Seorang lagi warganet, Samuel Raj berkata, dua negeri terbabit akan lebih berjaya berbanding Malaysia secara keseluruhannya jika diberi kebebasan untuk menguruskan sumber semula jadinya sendiri.

Oh yang berasal dari Sabah memberitahu FMT bahawa dia yakin Mahathir tidak kisah dengan kritikan yang dilemparkan terhadapnya.


“Mahathir tidak kisah dengan pandangan mana-mana kumpulan tertentu atau segmen pengundi terhadap beliau.

Firdausi Suffian. “Sejak penggal pertamanya sebagai perdana menteri, beliau sentiasa melemparkan pandangannya. Jadi, saya tidak rasa dia peduli dengan apa yang rakyat Sabah dan Sarawak rasa.”

Lee memberitahu FMT, dia percaya bahawa Sabah dan Sarawak akan lebih maju sekiranya Putrajaya lebih bersikap adil dalam agihan kekayaan yang diperolehi daripada sumber semula jadi mereka sendiri.

“Sumber kekayaan datang daripada negeri-negeri ini. Mereka berhak mendapat agihan yang lebih besar,” katanya.


“Syarikat-syarikat seperti Petronas sepatutnya mempertimbangkan untuk membina Menara Berkembar atau Kompleks Bersepadu Pengerang di Sabah atau Sarawak. Konglomerat kelapa sawit juga patut mempertimbangkan untuk membina ibu pejabat mereka di Sabah dan Sarawak, bukan di Selangor atau negeri lain.”

Firdausi berkata, dia mengakui bahawa negeri terbabit menjadi lebih maju berbanding sekitar pertengahan 1960-an.

“Bagaimanapun, saya tidak setuju jika anda mengatakan ia kaya dan maju seperti negeri lain,” katanya.

“Kita kaya dengan sumber tetapi rakyatnya masih miskin berbanding rakyat di Semenanjung.”

Katanya, pembangunan infrastruktur juga tidak memuaskan dan ia disebabkan oleh pemusatan pentadbiran persekutuan.


Menurutnya, Sabah mempunyai kadar pengangguran yang tinggi di negara ini, agihan pendapatan paling tidak seimbang dan peluang pengembangan perniagaan yang terhad disebabkan masalah infrastruktur.

Katanya, kadar peratusan miskin tegar di Sabah meningkat daripada 19.5% pada 2019 kepada 25.3% pada 2020. – FMT

Kongsikan artikel ini:

***Jangan lupa Like facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/sabah-sarawak-lebih-kaya-sejak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Sarawak Lebih Baik Selepas Sertai Malaysia Kata Tun M

Sabah Sarawak Lebih Baik Selepas Sertai Malaysia Kata Tun M

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 203 hits
Dr Mahathir kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang membangkitkan idea Sarawak hanya untuk orang Sarawak dan Sabah hanya untuk orang Sabah KUALA LUMPUR Keadaan di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik selepas ia menjadi sebahagian daripad...
Malaysia Day Time For Sabah Sarawak To Rise

Malaysia Day Time For Sabah Sarawak To Rise

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 319 hits
As we celebrate the 58th anniversary of Malaysia Day it is time to holistically address the frustrations of the people of Sabah and Sarawak and allow them to play a larger role at the national level Even today there isn t much representatio...
Kes Baru Covid 19 Di Malaysia Menurun Kepada 18 762 Hari Ini Tetapi Sabah Sarawak Menghampiri Selangor

Kes Baru Covid 19 Di Malaysia Menurun Kepada 18 762 Hari Ini Tetapi Sabah Sarawak Menghampiri Selangor

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 191 hits
18 762 Kes Positif Baharu COVID 19 PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 18 762 kes baharu Covid 19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1 765 016 kes setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkat...
Kerajaan Sabah Perlu Wujudkan Lebih Lagi Pusat Rawatan Covid 19 Shafie

Kerajaan Sabah Perlu Wujudkan Lebih Lagi Pusat Rawatan Covid 19 Shafie

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 250 hits
Tambahnya dengan kedudukan Sabah yang terus mencatatkan kes empat angka setiap hari strategi untuk memperkukuhkan sistem kesihatan juga wajar disegerakan Kerajaan Sabah perlu wujudkan lebih banyak pusat rawatan perhebat strategi tangani pen...
Reformasi Parlimen Tingkat Perwakilan Sabah Sarawak Kata Madius

Reformasi Parlimen Tingkat Perwakilan Sabah Sarawak Kata Madius

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 172 hits
Wilfred Madius Tangau mendesak kerajaan persekutuan melakukan reformasi Parlimen bagi memastikan ia memberikan sumbangan yang berkesan demi pembangunan negara KOTA KINABALU Pengerusi Eksekutif Yayasan Wisdom Wilfred Madius Tangau menyeru ke...
Infografik Senarai Menteri Serta Timbalan Menteri Dari Sabah Dan Sarawak Bersatumenerajui

Infografik Senarai Menteri Serta Timbalan Menteri Dari Sabah Dan Sarawak Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 143 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Gazette Sabah Day To Recognise The State As Co Founder Of Malaysia Says Star

Gazette Sabah Day To Recognise The State As Co Founder Of Malaysia Says Star

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 231 hits
Sabah Star deputy president Jalumin Bayogoh Pic courtesy of Sabah StarKOTA KINABALU It is time for Sabah to be given due recognition as a co partner in the formation of Malaysia This could be done through gazetting Sabah Day to mark the day...
20 Tahun Akan Datang Sabah Sarawak Pusat Ekonomi

20 Tahun Akan Datang Sabah Sarawak Pusat Ekonomi

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 168 hits
Bekas wakil rakyat UMNO Mohamed Tawfik Ismail Dalam 20 tahun yang akan datang bekas wakil rakyat UMNO Mohamed Tawfik Ismail meramalkan politik di negara ini akan berpusat di Malaysia Timur bukan lagi di Semenanjung Malaysia Menurut anak bek...
Parlimen Malaysia Bakal Saksikan Lebih Banyak Transformasi

Parlimen Malaysia Bakal Saksikan Lebih Banyak Transformasi

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 197 hits
BH ONLINE Parlimen Malaysia Foto NSTP Osman Adnan KUALA LUMPUR Parlimen Malaysia yang menginjak usia 62 tahun hari ini bakal melalui transformasi sekali gus mengangkat martabat dan kedudukannya sebagai badan penggubal undang undang tertingg...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Skuter Ev Yang Tengah Viral Tu Rupanya Nak Gila Boleh Cecah Top Speed 175km Jam

Liverpool Bukan Pilihan Yang Tepat Untuk Alonso Kata Matthaeus

Kadar Mas Kahwin Pahang Naik Bermula Rm100 Daripada Rm22 50 Sultan Pahang

Zahid Selar Bekas Ahli Samakan Umno Biawak Hidup

Kempen Mypalmpride Dilancar Demi Betulkan Salah Anggap Pengeluaran Minyak Sawit

Walaupun Rasa Down Sunyi Dan Hancur Tapi Ada Anak Anak Ni Bella Astillah