Sabah Benar Panggung Wayang Beroperasi Semula Mulai Sabtu Ini


KAKITANGAN Golden Screen Cinemas melakukan persiapan untuk beroperasi. FOTO Aswadi Alias Panggung wayang dibenar beroperasi semula mulai Sabtu ini (18 Sept) di Sabah Jom tengok wayang! KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan membenarkan panggung wayang untuk beroperasi mulai Sabtu ini (18 September).

Menteri Kerajaan Negeri dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan premis-premis seperti ini beroperasi.


“Aktiviti panggung wayang ini dibenarkan beroperasi dengan syarat pekerja dan penonton telah lengkap divaksin dan dengan kapasiti 50% dewan tayangan pawagam,” kata Jurucakap Covid-19 Sabah itu dalam kenyataan media hari ini.


Kebenaran untuk beroperasi semula mulai esok memberi harapan besar kepada pemilik panggung wayang untuk memulihkan perniagaan, menggaji pekerja semula, menayang filem yang tergendala dan menjana pendapatan selepas mengalami kerugian sejak penularan Covid-19 hampir dua tahun lalu.

Pengurus Perhubungan Awam dan Jenama GSC Cinemas, Sharmine Ishak berkata, mereka tidak sabar mengalu-alukan kehadiran penonton wayang mengikut ketetapan iaitu hanya mereka yang lengkap divaksin boleh berbuat demikian.

"Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan dan teruja diberikan lampu hijau untuk membuka semula panggung wayang kepada penonton yang lengkap divaksin.

"Pembukaan semula itu adalah permulaan yang cukup baik untuk pemulihan semua industri panggung wayang. Kami teruja untuk menerima semula kehadiran penonton," katanya.

Sharmine berkata, pihaknya turut menekankan bahawa mereka tidak akan ambil mudah mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan SOP ketat tetap menjadi keutamaan untuk dilaksanakan.


"Selain lengkap divaksin, penonton harus memiliki status berisiko rendah, penjarakan tempat duduk, wajib berpelitup muka sepanjang masa, serta disinfeksi dan sanitasi dilakukan dengan kerap pada setiap peralatan di premis kami.

"Kami juga sarankan penonton untuk membeli tiket, makanan dan minuman secara dalam talian. Semua kakitangan kami wajib lengkap divaksin serta berpelitup muka. Mereka juga diwajibkan mengambil bacaan suhu secara kerap sewaktu bertugas. Begitu juga pengesanan standard berhubung kontak mereka sebelum dibenarkan beroperasi," katanya.

Pada 8 September, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran SOP Industri Kreatif antaranya panggung wayang dibenarkan beroperasi untuk individu yang sudah lengkap vaksin dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan panggung wayang.

Dalam pada itu, Pengurus Awam Jualan dan Pemasaran TGV Cinemas, Mohit Bhargaya berkata, mereka berharap panggung wayang mampu meredakan tekanan penonton yang lama terperuk di rumah.

"Pencinta filem sudah lama menanti panggung wayang dibuka semula. Kami tidak sabar mengalukan kehadiran mereka dengan tawarkan persekitaran yang selamat.

"Kami tawarkan cara hilangkan tekanan yang mampu milik buat mereka selepas lebih setahun terkurung. Tayangan filem mampu membantu kurangkan tekanan dan tahap keresahan mereka," katanya.


Selain itu, Mohit juga melihat pembukaan semula itu pastinya mampu memberi faedah pekerjaan kepada ramai di luar sana.

"Untuk industri sendiri, kami bertanggungjawab mewujudkan sekitar 20,000 peluang pekerjaan. Kami harap dapat memulihkan semula perniagaan dan membantu kakitangan dan keluarga mereka," katanya.

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/sabah-benar-panggung-wayang-beroperasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustazah Asma Ulas Isu Panggung Wayang Dibuka Semula Netizen Kaitkan Dengan Masjid

Ustazah Asma Ulas Isu Panggung Wayang Dibuka Semula Netizen Kaitkan Dengan Masjid

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 259 hits
Baru baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard bagi Industri Kreatif termasuk pembukaan semula panggung wayang bagi individu yang sudah lengkap vaksin
Hiburan Panggung Wayang Kembali Operasi Ustazah Asma Bimbang Boleh Pecah Rekod Covid 19

Hiburan Panggung Wayang Kembali Operasi Ustazah Asma Bimbang Boleh Pecah Rekod Covid 19

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 185 hits
Pembukaan beberapa sektor ekonomi dan sosial dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara telah menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat termasuklah golongan selebriti dan agamawan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTidak terkecuali pendakwah wanita...
Hiburan Top 14 Movie Kena Tengok Sempena Wayang Buka Semula

Hiburan Top 14 Movie Kena Tengok Sempena Wayang Buka Semula

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 223 hits
Lama rasanya tak jejak kaki ke panggung Akhirnya kerajaan telah mengumumkan pengoperasian semula pawagam yang memberi berita gembira kepada kaki wayang untuk menonton filem kegemaran setelah lama menanti Mesti ramai tak sabar kan Jom kami s...
9 Jenis Dewan Panggung Wayang Dengan Seat Menonton Berbeza Boleh Cuba Di Malaysia

9 Jenis Dewan Panggung Wayang Dengan Seat Menonton Berbeza Boleh Cuba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 418 hits
Selepas beberapa bulan ditutup akibat pandemik Covid19 kini pawagam di seluruh Malaysia sudah boleh dibuka bagi individu yang sudah lengkap dua dos vaksin dan melepasi tempoh 14 hari Pastinya ramai yang teruja dengan berita ini dan merindui...
Panggung Wayang Lengang Belum Dapat Sambutan

Panggung Wayang Lengang Belum Dapat Sambutan

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 182 hits
Panggung wayang lengang belum dapat sambutan Pembukaan panggung wayang sejak beberapa hari lalu masih belum mendapat sambutan hangat terutama pada sebelah malam apabila jumlah pengunjung dilihat tidak begitu ramai Tinjauan wartawan Harian M...
Sabah Kuat Kuasa Sop Lengkap Vaksin Mulai 21 Sept

Sabah Kuat Kuasa Sop Lengkap Vaksin Mulai 21 Sept

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 280 hits
Gambar Hiasan KOTA KINABALU Kerajaan Sabah melanjutkan tempoh untuk mula menguatkuasakan sepenuhnya prosedur operasi standard lengkap vaksin Covid 19 dalam sektor perdagangan dan pengedaran selama seminggu lagi kepada 21 September ini Juruc...
Kelantan Benar 40 Jemaah Tunai Solat Jumaat Fardu Mulai Hari Ini

Kelantan Benar 40 Jemaah Tunai Solat Jumaat Fardu Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 190 hits
Kebenaran dalam tempoh Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara itu hanya dibenarkan kepada jemaah yang terdiri daripada kakitangan masjid dan jemaah terpilih sahaja PETALING JAYA Pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di seluruh masjid n...
Sabah Izin Aktiviti Sukan Rekreasi Mulai Isnin

Sabah Izin Aktiviti Sukan Rekreasi Mulai Isnin

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 237 hits
Oleh Foto hiasan KOTA KINABALU Sabah membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal yang membabitkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka atau tertutup bermula Isnin ini Jurucakap perkembangan harian COVID 19 Sabah...
Aktiviti Lihat Bintang Bangkitkan Semula Pelancongan Sabah

Aktiviti Lihat Bintang Bangkitkan Semula Pelancongan Sabah

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 280 hits
Sabah menjadikan aktiviti melihat bintang sebagai salah satu produk utama pelancongannya KOTA KINABALU Pihak berkuasa pelancongan Sabah memilih aktiviti melihat bintang sebagai salah satu produk utama pada saat negeri itu bersedia membuka s...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand