Aktiviti Lihat Bintang Bangkitkan Semula Pelancongan Sabah


Sabah menjadikan aktiviti melihat bintang sebagai salah satu produk utama pelancongannya. (Foto FB Sabah Stargazers)
KOTA KINABALU: Pihak berkuasa pelancongan Sabah memilih aktiviti melihat bintang sebagai salah satu produk utama pada saat negeri itu bersedia membuka semula industri pelancongannya.

Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Julinus Jimit berkata, pelancongan astronomi dapat membantu menghidupkan kembali pelancongan domestik walaupun beliau mengakui sektor ini bukan menjadi pilihan setiap orang.


“Aktiviti melihat bintang adalah antara faktor tarikan pengunjung ke kawasan luar bandar, di mana kebanyakan lokasi aktiviti ini berada.

“Aktiviti ini bersifat khusus, namun orang lain dapat ikut dan melakukan perkara lain seperti berbasikal gunung, ‘trekking’ dan ‘hiking’,” katanya.

Julinus berkata, orang ramai boleh memilih untuk melakukan aktiviti luar dan rekreasi lain sementara menunggu untuk melihat bintang pada waktu malam.

“Produk ini akan saling melengkapi. Gambaran yang lebih besar adalah kebangkitan semula pelancongan domestik, dengan pelancongan luar bandar akan memainkan peranan besar,” katanya.

Katanya, bahagian produk STB sedang mengenal pasti lokasi bagi aktiviti melihat bintang di negeri itu seperti daerah utara Kudat, kawasan pedalaman Beaufort dan daerah Lahad Datu.


Pelancong boleh memilih untuk melakukan aktiviti luar dan rekreasi lain sementara menunggu untuk melihat bintang pada waktu malam. Ini sebagai tambahan kepada lokasi yang sudah dikenali seperti Kadamaian, Kota Belud, Kuala Penyu dan Penampang, antara lain.

STB akan menyediakan semua maklumat yang diperlukan mengenai aktiviti melihat bintang seperti lokasi terbaik dan masa yang sesuai di laman web dan media sosialnya.

Sabah menjadikan aktiviti melihat bintang sebagai salah satu produk utama pelancongannya. (Foto FB Sabah Stargazers) Kerajaan Sabah melonggarkan peraturan bagi sektor pelancongan minggu lalu, dengan semua lokasi pelancongan di negeri itu kini dibenarkan dibuka kepada pengunjung dari daerah tempatan.

Jurucakap Covid-19 Sabah Masidi Manjun mengumumkan kelonggaran itu di bawah SOP yang dikemas kini bagi Sabah, yang kini berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Ini sebagai tambahan kepada gelembung perjalanan yang sudah dibenarkan di negeri itu.

Masidi, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah berkata, pengusaha premis pelancongan, pekerja mereka dan pengunjung mesti terlebih dahulu lengkap vaksinasi dan memaparkan status risiko rendah pada aplikasi MySejahtera.

Hotel kini boleh menerima tetamu dari dalam daerah mereka dengan syarat kakitangan hotel dan tetamu mesti telah lengkap vaksinasi.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/aktiviti-lihat-bintang-bangkitkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Izin Aktiviti Sukan Rekreasi Mulai Isnin

Sabah Izin Aktiviti Sukan Rekreasi Mulai Isnin

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 312 hits
Oleh Foto hiasan KOTA KINABALU Sabah membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal yang membabitkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka atau tertutup bermula Isnin ini Jurucakap perkembangan harian COVID 19 Sabah...
Sabah Benarkan 10 Lagi Aktiviti Bagi Individu Divaksin Lengkap

Sabah Benarkan 10 Lagi Aktiviti Bagi Individu Divaksin Lengkap

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 429 hits
Kolam memancing dibenarkan beroperasi selama 12 jam dari 6 pagi bagi pelawat dari daerah sama PPN Fasa 2 Sabah Benarkan 10 Jenis Operasi Aktiviti Dibuka Isnin Ini KOTA KINABALU Kerajaan negeri Sabah akan membenarkan lebih banyak aktiviti un...
Kini Aktiviti Pelancongan Dibenarkan Dengan Sop Ketat

Kini Aktiviti Pelancongan Dibenarkan Dengan Sop Ketat

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 282 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Kebenaran ini hanya diberikan kepada pelancong pengusaha pelancongan serta pekerja yang sudah menerima vaksin lengkap dan berstatus risiko rendah COVID 19 dalam aplik...
Sabah Benar Panggung Wayang Beroperasi Semula Mulai Sabtu Ini

Sabah Benar Panggung Wayang Beroperasi Semula Mulai Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 230 hits
KAKITANGAN Golden Screen Cinemas melakukan persiapan untuk beroperasi FOTO Aswadi Alias Panggung wayang dibenar beroperasi semula mulai Sabtu ini di Sabah Jom tengok wayang KOTA KINABALU Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan membenarkan...
Perak Ucap Selamat Tinggal Liga Super Dengan Kemenangan Ke Atas Sabah 2 1

Perak Ucap Selamat Tinggal Liga Super Dengan Kemenangan Ke Atas Sabah 2 1

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 330 hits
Penyerang Perak FC Nana Poku meraikan garingan gol dalam perlawanan Liga Super 2021 antara Perak FC dengan Sabah Fc di Stadium Perak Ipoh malam ahad Perak akhirnya lakar kemenangan IPOH Perak menutup tirai Liga Super 2021 dengan kemenangan ...
Penurunan Signifikan Kes Covid 19 Di Beberapa Daerah Sabah Kata Masidi

Penurunan Signifikan Kes Covid 19 Di Beberapa Daerah Sabah Kata Masidi

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 355 hits
Masidi Manjun berkata 658 kes atau 38 3 yang dicatatkan hari ini adalah kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata walaupun beberapa daerah di negeri itu me...
Ong Kim Swee Laju Buat Kerja Sudah Rangka Strategi Buat Sabah Fc Untuk 2022

Ong Kim Swee Laju Buat Kerja Sudah Rangka Strategi Buat Sabah Fc Untuk 2022

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 617 hits
Ong Kim Swee bersama dengan coach Jelius Ating dan coach Burhan Ajui Pelantikan pengendali baru Sabah FC Datuk Ong Kim Swee ternyata mengejutkan pelbagai pihak kerana beliau sangat sinonim dengan tugas bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia ...
Sabah Kuat Kuasa Sop Lengkap Vaksin Mulai 21 Sept

Sabah Kuat Kuasa Sop Lengkap Vaksin Mulai 21 Sept

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 349 hits
Gambar Hiasan KOTA KINABALU Kerajaan Sabah melanjutkan tempoh untuk mula menguatkuasakan sepenuhnya prosedur operasi standard lengkap vaksin Covid 19 dalam sektor perdagangan dan pengedaran selama seminggu lagi kepada 21 September ini Juruc...
Pekerja Pelanggan Di Sabah Wajib Lengkap Dua Dos Vaksin Selepas 21 Sept

Pekerja Pelanggan Di Sabah Wajib Lengkap Dua Dos Vaksin Selepas 21 Sept

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 331 hits
Masidi berkata terdapat kelewatan untuk pekerja di sektor perdagangan dan pengedaran restoran serta pasar raya dalam menerima dos kedua khususnya jenis vaksin AstraZeneca Foto BERNAMA KOTA KINABALU Penguatkuasaan untuk mewajibkan semua peke...
Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Momen Pakcik Pakcik Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai

Hujan Demi Lencana Di Dada Chord

Jojo Ends Skid With Brutal Two Minute Tko In Bangkok

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin

Some Malaysians Don T See Utusan Malaysia Erred In Describing World Champ Ee Wei Tomboy