Rumah Terbalik Sabah Harga Tiket Masuk Tarikan Utama Dan Tips Penting


Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Rumah Terbalik di Sabah merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang cukup popular dan mesti dilawati bagi sesiapa yang bercuti di Sabah kerana ia menawarkan pengalaman yang berbeza dari tarikan pelancongan Sabah yang lain.
Ia menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung dengan mempamerkan seluruh struktur rumah, termasuk perabot dan hiasan dalamannya, dalam keadaan terbalik. 
Semua benda –  katil, meja makan, sampai ke tandas – semuanya tergantung di siling rumah!
Jom, kita terokai apa lagi tarikan Rumah Terbalik Sabah ini dan kenapa ia patut masuk dalam ‘bucket list’ anda tahun ini!
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
Rumah Terbalik Sabah – Pengenalan Sumber: Google Review Rumah Terbalik Sabah adalah merupakan rumah terbalik pertama di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai “Upside Down House of Borneo” dan dibina dengan kos sekitar RM500,000 oleh Alexander Yee. 
Ia dibina di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari Kota Kinabalu. Pembinaan rumah ini mengambil masa hampir enam bulan untuk siap sepenuhnya. Ia dibuka untuk orang awam pada 2012. 
Rumah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang tamu, bilik mandi, dan dapur yang semuanya direka dalam posisi terbalik. 
Sejak dibuka, Rumah Terbalik telah menarik ribuan pelawat dari luar dan dalam negara. Rumah Terbalik Sabah ini juga telah mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records sebagai rumah terbalik pertama di negara ini. 
Lokasi dan Cara ke Rumah Terbalik Sabah Alamat: Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, Sabah
Google Maps: https://goo.gl/maps/CvQ95sUEjXqEJh8AA .
Rumah Terbalik terletak di Tamparuli, kira-kira hampir 40 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai. 
Untuk ke sini, anda boleh menyewa kereta ataupun menggunakan aplikasi e-hailing seperti Grab. Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan bas, terdapat bas tempatan yang menuju ke arah Tamparuli dari Terminal Bas Utara Kota Kinabalu.
Waktu Operasi Rumah Terbalik Sabah atau Upside Down House of Borneo ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula pada pukul  8:00 am – 5:30 pm. 
Rancang perjalanan anda agar mempunyai masa lebih untuk melawat tempat menarik di Sabah yang berdekatan. 
BACA JUGA: 15 + Tempat Menarik Di Sabah yang Ramai Tidak Tahu!
Tarikan Utama Rumah Terbalik Sabah – Tempat Menarik di Sabah 1.Konsep yang Unik Dengan konsep rumah yang dibina secara terbalik, ia telah menarik perhatian pengunjung tempatan dan antarabangsa. Ini bermaksud bumbung berada di bawah manakala lantai di atas. 
Sumber: Google Review Setiap bahagian rumah, termasuk perabot dan hiasan dalaman, juga disusun terbalik. Rekaan ini bukan sahaja memberi kesan visual yang menarik, malah juga menguji daya kreativiti pelawat.
Pengunjung boleh masuk ke dalam rumah untuk merasai sendiri pengalaman berjalan di dalam rumah yang serba terbalik. Setiap sudut rumah dibina dengan teliti untuk memberikan pengalaman visual yang menyeronokkan.
2. Makna Disebalik Pembinaannya Satu lagi tarikan Rumah Terbalik Sabah ini ialah makna disebalik pembinaannya. Rumah Terbalik bertujuan untuk mempromosikan kesedaran tentang keperluan menjaga alam sekitar dan mengekalkan keseimbangan ekosistem. 
Bentuk “terbalik” rumah tersebut juga simbolik kepada bagaimana pembangunan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar dan menyebabkan keadaan bumi ‘terbalik’ yang membawa maksud, tidak sesuai diduduki oleh manusia lagi. 
3. Pengalaman Pelancongan Rumah Terbalik ini bukan hanya sekadar untuk dilihat. Pengunjung boleh masuk ke dalam rumah untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam rumah yang serba terbalik. 
Walaubagaimanapun, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di DALAM rumah ini. Peraturan ini dibuat untuk menjaga keunikan dan eksklusiviti tarikan tersebut. 
Sumber: Google Review Bagaimanapun, pengunjung masih boleh mengambil gambar di bahagian luar rumah, termasuk di kawasan-kawasan lain di sekitar tapak pelancongan dan ruang-ruang terbuka. 
Ini memberi peluang kepada pelawat untuk merakam kenangan di latar belakang rumah yang terbalik tanpa melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam rumah.
4. Muzium dan Kedai Cenderamata (TAMU) Sumber: Google Review Muzium kecil di Rumah Terbalik Sabah menyediakan informasi menarik tentang budaya Sabah. Di sini, pelawat boleh mempelajari tentang sejarah dan tradisi pelbagai komuniti di Sabah.
Sumber: Google Review Ada juga kedai cenderamata yang menjual barangan tempatan seperti kraftangan dan makanan tradisional Sabah disediakan untuk pengunjung membeli kenang-kenangan. 
5. Mesra Keluarga Bagi keluarga yang mencari destinasi mesra keluarga di Sabah, Rumah Terbalik Sabah adalah salah satu destinasi yang wajib dikunjungi. 
Aktiviti-aktiviti di sini direka untuk menghiburkan semua peringkat umur, menjadikan ia tempat yang ideal untuk lawatan bersama keluarga. Bukan sahaja kanak-kanak akan seronok melihat rumah terbalik, tetapi orang dewasa juga pasti teruja dengan kreativiti rekaannya. 
Aktiviti Menarik di Rumah Terbalik Sabah – Tarikan Pelancongan di Sabah. Di Rumah Terbalik Sabah, selain melihat keunikan rumah yang serba terbalik dan mengambil gamabr, terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh dinikmati oleh para pelawat. Berikut adalah beberapa aktiviti istimewa yang ditawarkan:
1. Lawatan Berpandu Lawatan berpandu di Rumah Terbalik memberikan peluang kepada pelawat untuk mendalami lebih lanjut tentang sejarah dan konsep rumah ini.Lawatan ini berlangsung pada masa tertentu setiap hari dan membantu pengunjung mendapatkan pemahaman lebih mendalam tentang budaya Sabah serta isu-isu alam sekitar.
2. Kelas Belajar Memasak Pengunjung boleh menyertai kelas memasak hidangan tradisional Sabah, di mana mereka akan diajar cara menyediakan makanan etnik seperti Hinava (sejenis hidangan ikan mentah), Bambangan (acar buah tempatan), dan Tuhau (sejenis ulaman). 
Sumber: rumahterbalikborneo Kelas ini memberi pengalaman hands-on kepada pelawat tentang makanan tradisi masyarakat tempatan, menjadikannya aktiviti yang ideal bagi mereka yang ingin merasai lebih dekat budaya Borneo.
3. Wishing Plate Sumber: Rumah Terbalik Sabah Aktiviti Wishing Plate adalah sesuatu yang unik, di mana pengunjung boleh menulis hajat atau impian mereka di atas pinggan khas. S
elepas menulis hajat, pinggan tersebut akan digantung di kawasan tertentu di Rumah Terbalik sebagai simbolik untuk “menggantung impian.” 
Sumber: Rumah Terbalik Sabah Aktiviti ini bukan sahaja interaktif, tetapi juga memberikan pelawat peluang untuk melibatkan diri dalam amalan tradisi yang membawa mesej harapan dan aspirasi​. 
Tarikan Lain di Sekitar Rumah Terbalik Sabah Terdapat beberapa tarikan menarik di sekitar Rumah Terbalik Sabah yang boleh dilawati oleh pelancong untuk melengkapkan pengalaman mereka di Tamparuli. Berikut adalah beberapa tarikan yang terkenal di kawasan ini:
1. Muzium 3D Wonders Sumber: Sabah Bossku Berhampiran Rumah Terbalik Sabah juga terdapat tarikan-tarikan lain yang cukup menarik. Salah satunya ialah Muzium 3D Wonders. Muzium ini benar-benar terletak bersebelahan dengan Rumah Terbalik Sabah. 
Muzium ini mempamerkan seni tiga dimensi yang interaktif. Memang seronok ambil gambar dengan macam-macam posing di muzium ini.  
2. Jambatan Gantung Tamparuli Terletak sekitar 10-15 minit dari Rumah Terbalik, Jambatan Gatung Tamparuli ini juga merupakan salah satu tarikan pelancong terkenal di Sabah. 
Sumber: Sabah Tourism Board Ia merupakan sebuah jambatan gantung panjang yang melintasi Sungai Tamparuli dan merupakan tempat kegemaran penduduk tempatan serta pelancong untuk berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan sungai dan kawasan kampung.
Jambatan ini juga popular kerana ia sering dikaitkan dengan lagu rakyat Sabah yang terkenal, iaitu “Jambatan Tamparuli.”
3. Pekan Tamparuli Berdekatan dengan Rumah Terbalik dan Jambatan Gantung Tamparuli juga terdapat Pekan Tamparuli yang menawarkan pengalaman budaya dan tradisional Sabah.
Di pekan ini, biasanya diadakan Pasar tamu Tamparuli pada setiap hari Rabu. Inilah masa yang terbaik untuk membeli barangan tempatan seperti hasil tani, kraftangan, serta merasai makanan tempatan Sabah.
Sumber: Wikipedia Selain itu, pengunjung juga menikmati suasana kampung yang asli dan mempelajari lebih lanjut tentang kehidupan tempatan.
4. Muzium Chanteek Borneo Indigenous  Sekiranya anda mempunyai masa lebih, anda boleh berkunjung ke Chanteek Borneo Indigenous Museum yang terletak lebih kurang setengah jam dari Rumah Terbalik. 
Sumber: Sabah Travel.com Muzium Chanteek Borneo Indigenous adalah sebuah muzium juga merupakan salah satu tarikan utama di Sabah. Muzium ini mempamerkan budaya dan tradisi pelbagai etnik Sabah melalui anak patung yang dipakaikan pakaian tradisional. 
Sumber: Sabah Travel.com Pengunjung berpeluang mengenali lebih dekat budaya masyarakat asli Borneo, seperti kaum Dusun, Bajau, Murut, dan banyak lagi. Selain pameran, pelawat juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti seperti bengkel kraf.
5. Pantai Dalit, Sabah Bagi mereka yang ingin bersantai, Pantai Dalit adalah pilihan yang baik dan berdekatan dengan Rumah Terbalik. Ia mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja. 
Sumber: Google Review Sumber: Google Review Pantai ini terkenal dengan pemandangan yang indah dan persekitaran yang tenang. Pengunjung boleh berjalan-jalan di pantai atau menikmati aktiviti air seperti berkayak.
Tempat Makan Berdekatan Rumah Terbalik Sabah (HALAL) Berikut adalah beberapa restoran halal yang berdekatan dengan Rumah Terbalik di Tamparuli, Sabah, yang terletak dalam kurang setengah jam perjalanan menaiki kereta:
Restoran Mango Garden Restoran D’Borneo Kedai Makan Kak Juna Restoran Warisan Harga Tiket  Masuk Rumah Terbalik Sabah Berikut adalah kadar tiket terkini untuk pelawat di Rumah Terbalik dan Muzium 3D Wonders. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tarikan menarik ini serta tawaran kombo istimewa!
Harga Tiket Bukan Warganegara Harga Tiket Rumah Terbalik: RM 18 untuk dewasa RM 6 untuk kanak-kanak (umur 4-12) Harga Tiket Muzium 3D Wonders: RM 33 untuk dewasa RM 15 untuk kanak-kanak (umur 4-12) Tawaran Kombo (Rumah Terbalik + Muzium 3D Wonders): RM 45 untuk dewasa (Jimat RM 6) RM 18 untuk kanak-kanak (umur 4-12) (Jimat RM 3) Harga Tiket Warganegara Harga Tiket Rumah Terbalik: RM 12 untuk dewasa RM 5 untuk kanak-kanak (umur 4-12) Harga Tiket Muzium 3D Wonders: RM 19 untuk dewasa RM 10 untuk kanak-kanak (umur 4-12) Tawaran Kombo (Rumah Terbalik + Muzium 3D Wonders): RM 25 untuk dewasa (Jimat RM 6) RM 12 untuk kanak-kanak (umur 4-12) (Jimat RM 3) Beli Tiket Masuk Rumah Terbalik Sabah & 3D Muzium Wonders Tiket masuk ke Rumah Terbalik Sabah dan juga 3D Muzium Wonders boleh dibeli melalui pelbagai platform online seperti KLOOK. Pembelian melalui KLOOK adalah lebih mudah dan boleh mendapatkan tawaran harga istimewa!
Mudah sahaja caranya, taip Rumah Terbalik Sabah atau 3D Muzium Wonders di kotak carian di bawah dan klik, Search. 
Klook.com Tips untuk Melawat Rumah Terbalik Sabah Waktu Terbaik untuk Melawat: Untuk pengalaman yang lebih selesa, kunjungi Rumah Terbalik pada hari bekerja atau waktu pagi untuk mengelakkan kesesakan. Pakai Pakaian yang Selesa: Oleh kerana cuaca di Sabah agak panas, disarankan untuk memakai pakaian yang tipis dan selesa. Jangan Lupa Kamera: Ini adalah tempat yang penuh dengan peluang fotografi menarik. Jadi, pastikan kamera atau telefon anda bersedia dengan bateri yang mencukupi. Semak Promosi dan Diskaun: Rumah Terbalik Sabah sering menawarkan promosi dan diskaun, terutamanya pada musim cuti sekolah. Rajinkan diri anda untuk sentiasa menyemak laman web rasmi atau media sosial mereka sebelum melawat untuk mendapatkan harga tiket yang lebih murah. BACA JUGA: LEGOLAND – Tarikan, Tempat Penginapan Berdekatan, Tiket Masuk & Tips Penting!
Kesimpulan Rumah Terbalik di Sabah bukan sekadar destinasi pelancongan biasa, ia mampu memberikan anda pengalaman pelancongan di Sabah yang tidak dapat dilupakan. 
Dengan kombinasi seni bina yang menarik, budaya tempatan yang dipamerkan, serta aktiviti interaktif yang menyeronokkan, Rumah Terbalik Sabah atau Upside Down House of Borneo ini memang wajib dimasukkan dalam senarai tempat yang wajib dikunjungi semasa percutian ke Sabah!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/rumah-terbalik-sabah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rumah-terbalik-sabah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Legoland Tarikan Tempat Penginapan Berdekatan Tiket Masuk Tips Penting

Legoland Tarikan Tempat Penginapan Berdekatan Tiket Masuk Tips Penting

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 182 hits
LEGOLAND adalah merupakan salah satu taman tema yang cukup popular di Malaysia Semua tarikan disini berkonsepkan LEGO termasuklah reka bentuk bangunannya Serba serbi LEGO la pokoknya Jom baca lebih lanjut mengenai tarikan utama di LEGOLAND ...
Ini Tips Nak Dapatkan Tiket Flight Murah Untuk Kaki Travel

Ini Tips Nak Dapatkan Tiket Flight Murah Untuk Kaki Travel

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 116 hits
Perkara pertama yang diambil kira sewaktu nak bercuti mestilah bajet Bajet yang dimaksudkan di sini adalah kos untuk tiket penerbangan penginapan makan minum pengangkutan dan aktiviti aktiviti lain Kadang kala ada situasi di mana korang aka...
Mengapa Khidmat Tukang Rumah Penting Di Lembah Klang

Mengapa Khidmat Tukang Rumah Penting Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 119 hits
nbsp Mengapa Khidmat Tukang Rumah Penting di Lembah Klang Dalam dunia yang pantas di mana masa adalah komoditi yang berharga keperluanuntuk perkhidmatan syarikat tukang rumah tempatan yang boleh dipercayai telah menjadi lebih ketara berband...
Sekinchan Tarikan Utama Aktiviti Yang Boleh Dilakukan

Sekinchan Tarikan Utama Aktiviti Yang Boleh Dilakukan

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 159 hits
Sekinchan merupakan sebuah pekan yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri Ia terletak di negeri Selangor sekitar dua jam pemanduan dari Kuala Lumpur Pekan ini mula mendapat perhatian dan popular dalam kalangan pelancong selepas bebera...
Kerja Rumah Extra Bantu Pdrm Benam Sabah

Kerja Rumah Extra Bantu Pdrm Benam Sabah

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 168 hits
Kerja rumah extra bantu PDRM benam Sabah PEMAIN PDRM FC Ifedayo Olusugen Patrick Omosuyi meraikan kemenangan bersama rakan pasukannya pada perlawanan Liga Super 2024 2025 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang FOTO Bernama Kuala Lumpur Usah...
Anak Nak Masuk Asrama Mak Ayah Jangan Lupa Beritahu Pesanan Penting Ini

Anak Nak Masuk Asrama Mak Ayah Jangan Lupa Beritahu Pesanan Penting Ini

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 108 hits
Anak nak masuk Mak ayah jangan lupa beritahu pesanan penting ini Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki asrama perasaan bercampur baur pasti dirasai Bangga kerana anak anak berpeluang untuk berdikari tetapi pada masa yang sam...
Tiket Masuk Ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

Tiket Masuk Ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 212 hits
Sejak episod kali pertama ke Thailand pada April tahun ini kami sekali lagi masuk ke Thailand untuk menghabiskan cuti sekolah pertengahan tahun pula Berbeza daripada sebelumnya kali ini kami masuk pula melalui jalan Pengkalan Hulu Perak Mes...
Aktiviti Di Langkawi Untuk Seisi Keluarga Waktu Operasi Harga Tiket

Aktiviti Di Langkawi Untuk Seisi Keluarga Waktu Operasi Harga Tiket

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 177 hits
Aktiviti di Langkawi Untuk Seisi Keluarga Waktu Operasi Harga Tiket Langkawi adalah merupakan destinasi pelancongan Malaysia yang cukup terkenal dengan keindahan alam semula jadinya dan pelbagai tarikannya yang lain Ia juga telah diiktiraf ...
Tiga Individu Geng Tongkol Didakwa Ceroboh Pecah Masuk Sekolah

Tiga Individu Geng Tongkol Didakwa Ceroboh Pecah Masuk Sekolah

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 159 hits
BernamaTiga anggota Geng Tongkol hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di Kuala Lumpur atas empat pertuduhan melakukan ceroboh dan memecah masuk empat kawasan sekolah bulan lepas Penyelia parkir kereta Muhammad Daniel Mohd Na...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game