Aktiviti Di Langkawi Untuk Seisi Keluarga Waktu Operasi Harga Tiket


Aktiviti di Langkawi Untuk Seisi Keluarga – Waktu Operasi & Harga Tiket
Langkawi adalah merupakan destinasi pelancongan Malaysia yang cukup terkenal dengan keindahan alam semula jadinya dan pelbagai tarikannya yang lain.
Ia juga telah diiktiraf sebagai salah satu pulau terbaik di Asia Tenggara dan menerima anugerah Asia Best Awards 2022. 
Pulau yang terletak di Kedah ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur, menjadikannya destinasi ideal untuk percutian keluarga, pasangan, mahupun pengembara solo. 
Jom terokai aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan dan wajib dicuba semasa anda bercuti di Langkawi!
BACA JUGA: Staycation Selangor – Senarai Penginapan untuk Keluarga & Kids Friendly!
Aktiviti di Langkawi Sesuai Untuk Seisi Keluarga 1. Bersantai di Pantai Cenang Waktu Operasi: – Harga Tiket: – Sumber: Langkawi.com Pantai Cenang adalah pantai paling popular di Langkawi. Dengan pasir pantainya yang putih dan kejernihan ainya,  ia menjadi destinasi yang sempurna untuk bersantai bersama orang tersayang sambil menikmati pemandangan laut yang menenangkan. 
Di pantai ini juga, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti air seperti banana boat, paddle boarding, dan bermain bola tampar pantai. Percutian di Langkawi anda tidak lengkap tanpa berkunjung ke Pantai Cenang. 
2. Parasailing dan Jet Ski Waktu Operasi: – Harga Tiket: Bergantung pakej Bagi mereka yang sukakan cabaran dan inginkan pengalaman berharga yang mendebarkan, pastikan anda mencuba aktiviti parasailing dan jet ski di Langkawi. Sumpah seronok!
Terdapat pakej-pakej tertentu yang ditawarkan oleh agensi pelancongan yang anda boleh tempah mengikut bajet dan keperluan. 
Anda boleh tempah melalui KLOOK untuk dapatkan diskaun dan memudahkan anda. Taip: Red Ray Watersports di Langkawi dan klik, Search.
Klook.com 3. Snorkeling dan Menyelam di Pulau Payar Waktu Operasi: – Harga Tiket: Bergantung pakej Terletak kira-kira 30 kilometer dari Langkawi, Pulau Payar adalah syurga bagi pencinta alam bawah laut.
Ia menawarkan pengalaman snorkeling dan menyelam yang menakjubkan, dengan terumbu karang yang indah dan pelbagai hidupan laut eksotik.
Sumber: Pulau Payar Marine Park Pulau Payar menawarkan pelbagai pilihan aktiviti air untuk semua peringkat kemahiran. Bagi mereka yang baru ingin mencuba, terdapat pakej snorkeling yang disediakan dengan pelatih berpengalaman.
Manakala, untuk penyelam berlesen, terdapat juga pilihan untuk melakukan scuba diving dengan bimbingan profesional. 
Sumber: Pulau Payar Marine Park Bukan itu sahaja, terdapat banyak juga syarikat pelancongan yang menawarkan pakej lawatan ke Pulau Payar, termasuk pengangkutan bot pergi balik, makanan, dan peralatan snorkeling atau menyelam. 
4. Menaiki Kereta Kabel Langkawi (SkyCab) Waktu Operasi: 9.30 pagi sehingga 6 petang Harga Tiket: Bermula RM30++ Salah satu tarikan utama di Langkawi adalah kereta kabelnya yang juga dikenali sebagai SkyCab. Dengan ketinggian 708 meter, SkyCab menawarkan pemandangan menakjubkan dari puncak Gunung Mat Cincang. 
Sumber: Panorama Langkawi Perjalanan menaiki kereta kabel ini akan membawa anda melalui hutan tropika dan berpeluang untuk melihat pemandangan panorama Pulau Langkawi yang menakjubkan. 
5. Menyusuri Sky Bridge Waktu Operasi: 9.30 pagi – 4.30 petang Harga Tiket: RM6 Setelah menikmati pemandangan dari SkyCab, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Sky Bridge.
Sky Bridge adalah sebuah jambatan gantung yang terletak di ketinggian lebih 700 meter di atas paras laut dan mempunyai reka bentuk yang melengkung.
Sumber: Panorama Langkawi Jambatan ini menawarkan pemandangan panoramik yang luar biasa, di mana anda boleh melihat kehijauan hutan tropika, pergunungan, dan Laut Andaman yang luas. 
Sky Bridge memberikan pengalaman berjalan kaki yang unik, sambil merasai kesejukan angin sepoi-sepoi yang bertiup lembut. Tempat ini sangat sesuai untuk mengambil gambar dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Sumber: Panorama Langkawi 6. Jungle Trekking di Gunung Mat Cincang Waktu Operasi: – Harga Tiket: – Bagi pencinta alam semula jadi, aktiviti jungle trekking di Gunung Mat Cincang adalah pilihan terbaik untuk mengisi percutian di Langkawi anda.
Sumber: makeadventurehappen.com Gunung Mat Cincang dikelilingi oleh kepelbagaian flora dan fauna yang mengagumkan. Sepanjang pendakian, anda akan disajikan dengan pemandangan air terjun kecil, pokok-pokok tinggi, dan mungkin besar anda juga akan berpeluang melihat haiwan liar seperti monyet dan burung eksotik. 
Sumber: makeadventurehappen.com Di puncak, pendaki akan dihadiahi dengan pemandangan yang menakjubkan dari kawasan sekeliling Langkawi, termasuk Laut Andaman dan kepulauan di sekitarnya. 
7. Melawat Air Terjun Telaga Tujuh Waktu Operasi: – Harga Tiket: – Aktiviti alam seterusnya yang anda boleh lakukan sepanjang percutian di Langkawi ialah melawat Air Terjun Telaga Tujuh. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi yang berjaya menarik perhatian ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara. 
Sumber: Kedah Tourism Dikenali sebagai air terjun yang paling indah di pulau ini, Telaga Tujuh dinamakan sempena tujuh kolam semula jadi yang terbentuk di kawasan tersebut. 
Air terjun ini terletak di kaki Gunung Mat Cincang dan dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang tebal, memberikan suasana yang menenangkan dan segar. Untuk sampai ke kawasan utama air terjun, pengunjung perlu mendaki lebih dari 600 anak tangga. 
Alang-alang jungle trekking di Gunung Mat Cincang, singgahlah ke air terjun ni sekejap untuk menyegarkan badan. 
8. Melawat Makam Mahsuri Waktu Operasi: 9 pagi hingga 6 petang Harga Tiket: RM15 Melawat Makam Mahsuri juga salah satu aktiviti  menarik di Langkawi yang tidak boleh dilepaskan terutamanya bagi mereka yang ingin mendalami sejarah dan legenda Langkawi.
Sumber: Langkawi Book Sumber: Langkawi Book Makam ini adalah tempat persemadian Mahsuri, seorang wanita cantik yang dikaitkan dengan salah satu mitos paling terkenal di Langkawi. Terletak di Kampung Mawat, Makam Mahsuri menjadi destinasi pelancongan di Langkawi yang penting. 
Sumber: Langkawi Book Di kawasan makam ini, terdapat sebuah muzium kecil yang memaparkan artifak, gambar, dan kisah hidup Mahsuri.Selain itu, terdapat rumah tradisional Melayu yang menggambarkan kehidupan masyarakat Langkawi pada zaman dahulu.
9. Berkunjung ke Taman Lagenda Langkawi Waktu Operasi: – Harga Tiket: – Terletak berhampiran dengan Dataran Lang, Taman Lagenda Langkawi adalah taman bertema yang menggabungkan elemen sejarah dan mitos tempatan. 
Taman ini menawarkan replika bangunan dan patung yang berkaitan dengan cerita rakyat Langkawi, menjadikannya destinasi yang menarik untuk belajar mengenai budaya tempatan.
Sumber: Lembaga Pembangunan Langkawi Pengunjung boleh berjalan kaki melalui laluan yang telah disediakan atau menyewa basikal untuk menjelajah taman ini dengan lebih mudah. 
Selain daripada menikmati pemandangan yang menenangkan, Taman Lagenda juga merupakan tempat yang sesuai untuk mengambil gambar kerana keindahan reka bentuknya yang artistik dan simbolik.
10. Melawat Pulau-pulau (Island Hopping) Waktu Operasi: – Harga Tiket: Bergantung pakej Satu lagi aktiviti di Langkawi yang wajib anda lakukan ialah island hopping. Aktiviti island hopping membolehkan anda melawat beberapa pulau kecil yang menakjubkan di sekitar Langkawi. 
Sumber: TripAdvisor Antara pulau-pulau yang popular ialah Pulau Beras Basah yang terkenal dengan pantainya yang bersih, dan Pulau Dayang Bunting, yang terkenal dengan tasik air tawar yang dikelilingi mitos tentang kesuburan.
Sumber; Google Review Anda boleh tempah pakej-pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan. Ada banyak pilihan agensi pelancongan yang anda boleh pilih, pastikan pilih yang betul dan jangan lupa baca review terlebih dahulu. 
11. Berkunjung ke Laman Padi Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 6.00 petang Harga Tiket : RM5.00 Dewasa Jika anda ingin merasai kehidupan tempatan dan mempelajari tentang pertanian, lawatan ke Laman Padi menawarkan pengalaman yang unik. Di sini, anda boleh melihat proses penanaman padi dan belajar tentang pentingnya industri padi kepada penduduk tempatan.
Sumber: Laman Padi Sumber: Laman Padi 12. Langkawi Wildlife Park Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 pagi – 5.30 petang. Harga Tiket Masuk: RM50+ Langkawi Wildlife Park adalah salah satu tarikan utama di Langkawi yang sesuai untuk keluarga dan pencinta haiwan. Terletak sekitar 10 minit dari Kuah, taman ini menawarkan pengalaman yang mendekatkan pengunjung dengan pelbagai spesies haiwan eksotik. 
Sumber: LANGKAWI WILDLIFE PARK  Taman ini menempatkan lebih daripada 150 spesies burung, termasuk burung kakak tua, burung merak, dan burung enggang, yang boleh ditemui dalam ruang pameran yang dikelilingi landskap tropika. 
Pengunjung berpeluang memberi makan dan berinteraksi secara langsung dengan haiwan-haiwan ini, menjadikannya pengalaman yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Selain burung, Langkawi Wildlife Park juga menempatkan pelbagai haiwan lain seperti rusa, arnab, ikan koi, dan buaya.
Sumber: LANGKAWI WILDLIFE PARK  13. Pulau Paradise 101 Langkawi Waktu Operasi: – Harga Tiket Masuk: Bergantung Sekiranya anda mempunyai bajet, anda boleh menempah pelbagai pakej yang ditawarkan oleh Pulau Paradise 101, sebuah pulau persendirian yang terletak berhampiran dengan Pantai Kok, Langkawi. 
Sumber: Paradise 101 Pulau ini terkenal sebagai destinasi eksklusif untuk aktiviti air, acara khas, dan tempat bersantai mewah yang menawarkan pengalaman percutian unik. Di sini, pengunjung boleh mencuba pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti jet ski, banana boat, parasailing, serta menikmati zon bersantai di pantai persendirian. 
Sumber: Paradise 101 Sumber: Paradise 101 Terdapat juga kemudahan mewah seperti restoran dan bar yang menyajikan hidangan enak, serta tempat relaksasi seperti cabana dan spa, menjadikannya destinasi yang sempurna untuk percutian atau acara peribadi yang eksklusif.
14. Underwater World Langkawi Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 6.00 petang (cuti umum: 09:30 am – 06:30 pm) Harga Tiket :RM50 (dewasa), RM39 (kanak-kanak/warga emas) Underwater World Langkawi adalah salah satu tarikan utama di pulau Langkawi dan terletak di Pantai Cenang. 
Underwater World Langkawi adalah sebuah akuarium besar yang menawarkan pengalaman kepada pengunjung untuk meneroka kehidupan marin di sebalik ‘kaca’ dan juga pameran-pameran yang disediakan.
Sumber: Underwater World Langkawi Salah satu tarikan utama di Underwater World Langkawi ialah Terowong Bawah Laut, di mana pengunjung boleh berjalan di bawah akuarium gergasi dan menyaksikan ikan-ikan berenang di atas kepala!
15. SKYTREX Adventure Langkawi Waktu Operasi: 9 pagi (jam terakhir masuk pukul 3 petang) Harga Tiket :RM60 – RM 80 (mykad) SKYTREX Adventure Langkawi adalah destinasi sukan lasak yang popular yang  terletak di dalam kawasan Taman Pertanian Langkawi. 
Sumber: Skytrex Adventure Di sini, pengunjung boleh menguji keberanian dan ketahanan fizikal mereka dengan meluncur zipline, berjalan di atas jambatan gantung, dan menyeberangi halangan di ketinggian yang mencabar. 
Semua aktiviti dijalankan di sini adalah dengan pengawasan keselamatan yang ketat, memastikan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan untuk semua. 
Sumber: Skytrex Adventure Pengalaman di SKYTREX bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberikan peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi Langkawi dari perspektif yang unik. 
Ini adalah aktiviti di Langkawi yang memang wajib anda cuba!!
Kesimpulan Langkawi adalah destinasi yang kaya dengan pelbagai aktiviti menarik, dari petualangan pantai, pengembaraan di alam semula jadi, hingga ke pengalaman budaya.
Tidak kira apa jenis percutian yang anda cari, Langkawi pasti akan meninggalkan kenangan manis buat anda. Tunggu apalagi, jom rancang percutian Langkawi anda dan nikmati segala aktiviti menarik yang ditawarkan!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/aktiviti-di-langkawi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=aktiviti-di-langkawi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Terbalik Sabah Harga Tiket Masuk Tarikan Utama Dan Tips Penting

Rumah Terbalik Sabah Harga Tiket Masuk Tarikan Utama Dan Tips Penting

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 262 hits
Rumah Terbalik Sabah Harga Tiket Masuk Tarikan Utama dan Tips Penting Rumah Terbalik di Sabah merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang cukup popular dan mesti dilawati bagi sesiapa yang bercuti di Sabah kerana ia menawarkan pengala...
Jakim Perjelas Restoran Uncle Roger Belum Layak Mohon Sijil Halal Minima 3 Bulan Operasi

Jakim Perjelas Restoran Uncle Roger Belum Layak Mohon Sijil Halal Minima 3 Bulan Operasi

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 162 hits
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM perjelas restoran Uncle Roger belum layak mohon sijil halal kerana mendapati premis milik penghasil kandungan YouTube dan pelawak Nigel Ng di Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur masih tidak mencapai tem...
Israel Bersiap Siaga Untuk Operasi Darat Di Lubnan

Israel Bersiap Siaga Untuk Operasi Darat Di Lubnan

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 106 hits
AFPASAP tebal di Khiam di selatan Lubnan susulan serangan rentas sempadan antara pejuang Hizbullah dan Israel FOTO ReutersBeirut Ketua tentera Israel pada Rabu memberitahu tenteranya supaya bersedia untuk kemungkinan serangan darat terhadap...
Ksn Buat Tinjauan Mengejut Lihat Operasi Harian

Ksn Buat Tinjauan Mengejut Lihat Operasi Harian

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 129 hits
KOTA KINABALU Penjawat awam perlu memberi keutamaan kepada golongan rentan untuk mendapatkan perkhidmatan efisien Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar berkata ketika melakukan lawatan mengejut ke Jabatan Imigresen Malay...
Pekebun Mengeluh Harga Durian Merudum Kerana Hujan

Pekebun Mengeluh Harga Durian Merudum Kerana Hujan

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 86 hits
Oleh Syeikh Baran Pekebun pekebun di Vietnam menjual durian Monthong gred tinggi pada harga AS 2 64 hingga AS 2 84 bagi satu kilogram turun 25 hingga 30 peratus berbanding harga pada permulaan musim Julai lalu Laman berita VN Express melapo...
Sabariah Sebanyak 30 Taman Asuhan Kanak Kanak Di Pahang Telah Di Hentikan Operasi

Sabariah Sebanyak 30 Taman Asuhan Kanak Kanak Di Pahang Telah Di Hentikan Operasi

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 161 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Pemantauan dan Pemutihan Taska untuk mengelak berlakunya penderaan dan pengabaian di semua taman asuhan kanak kanak di negeri ini Exco Kebaji...
Jpj Perluas Operasi Buru Pemandu Lori Positif Dadah

Jpj Perluas Operasi Buru Pemandu Lori Positif Dadah

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 118 hits
Oleh Syeikh Baran Jabatan Pengangkutan Jalan akan memperluaskan kawasan operasi bersepadu bagi mengesan pemandu kenderaan berat yang melanggar peraturan termasuk positif dadah Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata sebelum ini ...
Syasya Rizal Akui Hati Mudah Tersentuh Waktu Hamil Perkara Kecil Pun Buat Saya Menangis

Syasya Rizal Akui Hati Mudah Tersentuh Waktu Hamil Perkara Kecil Pun Buat Saya Menangis

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 161 hits
Bekas anggota kumpulan Dolla Syasya Rizal yang kini sedang hamil sempat berkongsi pengalamannya sepanjang hamil Akui Syasya dia kini berperang dengan emosi malah mudah tersentuh dengan pelbagai hal disekeliling Tambah Syasya lagi dia juga m...
Saya Mai Nak Bantu Kenapa Kunci Pintu Waktu Pejabat

Saya Mai Nak Bantu Kenapa Kunci Pintu Waktu Pejabat

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 155 hits
HarapandailyAktivis politik Zamil Ibrahim mempersoalkan kewibawaan pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terpalit dengan kes menantu yang menghilangIni ditambah dengan tindakan Muhyiddin yang bertentangan dengan slogan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game