Tiket Masuk Ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand


Sejak episod kali pertama ke Thailand pada April tahun ini, kami sekali lagi masuk ke Thailand untuk menghabiskan cuti sekolah pertengahan tahun pula. 

Berbeza daripada sebelumnya, kali ini kami masuk pula melalui jalan Pengkalan Hulu, Perak. Meski terdapat perkara yang berlaku hingga menyebabkan kami terpaksa bergerak pulang lebih awal, namun pengalaman singkat mendaki masuk Skywalk Betong sudah amat menggembirakan kami sekeluarga. 

Tiket Masuk ke Skywalk Betong ThailandDisebabkan perjalanan masuk ke negara jiran ini tidak dirancang, jadi kami terpaksa bermalam di Malaysia kerana kebanyakan bilik hotel di kawasan sekitar Betong telah penuh ditempah disebabkan cuti sekolah. Kebetulan pula ada yang membatalkan tempahan masuk ke Hotel Pengkalan Hulu City, jadi kami ada bilik untuk bermalam pada malam itu setelah penat meronda sekitar Betong mencari bilik kosong.


Bangun pagi itu, hujan turun tanpa henti sehingga jam 9 pagi. Jadi kami tidak berkejar untuk masuk ke Thailand kerana tahu tentu di negara itu juga sedang hujan. Kami hanya santai sahaja bergerak keluar daripada hotel. Anggaran jam 11 pagi baru kami selamat tiba di negara jiran selepas menguruskan perihal kastam dan imigresen di pintu masuk sempadan.


Sebelum ke Skywalk, kami berjalan-jalan dahulu di sekitar Mongkollit Tunnel dan seterusnya ke OKBetong. Sempat juga kami ke Amazon Cafe untuk secawan kopi dan tak lupa untuk masuk ke 7Eleven untuk membeli burger dan teh aisnya yang sedap dan wangi. Pada anggaran jam 12 tengahari barulah kami tiba di kaki bukit menuju ke Skywalk Betong.


Di kaki bukit menuju ke Skywalk, terdapat khidmat motorsikal dan tuktuk disediakan. Sekiranya pengunjung menaiki pacuan empat roda, mereka boleh terus menuju ke Skywalk menaiki kenderaan sendiri dan bayaran sebanyak 40 baht bagi parkir akan dikenakan. Bagi yang menggunakan khidmat motorsikal dan tuktuk, bayaran adalah sebanyak 50 baht bagi perjalanan naik dan turun untuk setiap seorang.


Pada awalnya kami mahu menaiki tuktuk untuk ke Skywalk tetapi apabila driver menyumbat semua penumpang masuk ke dalam tuktuk tanpa memikirkan keselesaan pengunjung, jadi kami pilih untuk menaiki motorsikal sahaja. Bayangkan dalam sebuah tuktuk bersaiz kecil itu disumbat masuk lebih 10 orang dan mereka masih menyuruh kami masuk untuk mengisi ruang. Taknoklah makcik! Bayaran bagi menaiki motorsikal yang dikenakan adalah 30 baht sekepala untuk perjalanan naik dan 20 baht untuk perjalanan turun. Jumlah keseluruhan 50 baht sama sahaja seperti menaiki tuktuk.


Sebaik tiba di bangunan Skywalk, kami dikenakan bayaran sebanyak 200 baht bagi harga tiket setiap seorang. Bayaran tiket hanya dikenakan kepada dewasa dan percuma buat kanak-kanak. Kami juga perlu membeli alas kasut dengan bayaran 20 baht sepasang. Tujuan alas kasut dipakai adalah untuk mengelakkan kekotoran di dalam bangunan. Tak mengharapkan dapat melihat kawanan awan karpet kerana tahu kami terlalu lambat untuk itu tapi saya mengharapkan untuk dapat beberapa keping gambar yang cantik di atas gunung berbukit bukau.


Walaupun tiada gumpalan awan di sekitar namun pemandangan masih lagi cantik dan awesome! Ditambah pula hujan di awal hari, pendakian kami pada tengahari itu redup dan berangin. Sesekali cahaya matahari menyimbahkan sirnanya namun tiada yang dapat merenggut kegembiraan kami mendapatkan posing yang terbaik untuk dijadikan kenangan. Malah tidak ramai yang berada di atas deck pada ketika itu sehinggakan kami mampu mengambil gambar bebas photobomb.


Saya sempat berbual dengan penjaga bangunan di situ dan katanya jumlah tetamu yang datang pada pagi itu adalah seramai 2000 orang! Bayangkan kepadatan laluan di atas deck dan di dalam lif, tentu sukar untuk bergambar. Tambahan pula pada awal pagi itu hujan, tentu sukar sekiranya kami naik pada awal pagi. Syukur kami tidak perlu berhimpit dengan jumlah pengunjung yang ramai.


Apa Yang Menarik di Skywalk BetongSebenarnya kelebihan Skywalk Betong terletak pada ketinggiannya yang berada kira-kira 2038 meter dari paras laut. Dengan ketinggian sebegini, mudah untuk kita berada di antara kawanan awan sekiranya berada pada masa dan waktu yang sesuai terutamanya pada awal pagi. Berada pada ketinggian melebihi kebiasaan, tiupan angin yang agak kuat sesekali menerbangkan tudung yang dipakai. 


Terdapat tiga tingkat di atas bangunan Aiyerweng. Tingkat paling bawah mempunyai lunjuran keluar yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan di bawah dan atas tanpa gangguan. Pada penghujung laluan, terdapat lantai berkaca yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan terus ke dasar. Pada tingkat kedua dan ketiga, angin bertiup lebih kencang berbanding di tingkat paling bawah. Perkhidmatan lif disediakan namun saiz ruangan yang kecil tak memungkinkan pengunjung untuk naik secara berkumpulan. Tak mengapa, tangga hanya berada di sebelah. Pengunjung boleh mengambil gambar yang instagram-worthy di atas setiap tingkat. Tandas pula disediakan di tingkat bawah sebelum masuk ke bagunan Skywalk.


Berhadapan dengan bangunan Skywalk, terdapat satu laluan kecil yang boleh dinaiki pengunjung. Di atas puncak terdapat bangunan kecil yang boleh dimasuki untuk bergambar. Pengunjung boleh mengambil gambar berlatarbelakangkan bangunan Skywalk atau jutaan pokok di atas bangunan ini. 


Meski percutian kami tidak sampai sehari pun di bumi Thailand, namun kami seronok kerana pengalaman berada di atas Skywalk Aiyerweng merupakan pengalaman baru bagi kami. Selain itu, kami sempat menikmati makan tengahari yang sedap dan menyelerakan di restoran makan selepas menghabiskan masa di atas Skywalk. Bagi sesiapa yang merancang untuk ke sini, bolehlah membuat persiapan rapi samada dari segi mental atau fizikal. Fizikal tu boleh faham kenapa tapi kenapa mental? Mental sebab boleh stress juga jika pasangan asyik berposing suruh kita ambil gambar mereka saja kan. Haha..sorry husband. Btw happy holiday! Kap khun kap..




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2024/09/tiket-masuk-ke-skywalk-aiyerweng-betong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Sedap Di Betong Thailand Tuan Kitchen

Makan Sedap Di Betong Thailand Tuan Kitchen

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 207 hits
Sebaik turun daripada destinasi kami seterusnya adalah untuk mencari makanan kerana perut sudah berkeroncong Kami menggunakan bantuan google untuk mencari kedai makan best di Betong dan hasil carian membawa kami ke Tuan Kitchen Tak fikir la...
Legoland Tarikan Tempat Penginapan Berdekatan Tiket Masuk Tips Penting

Legoland Tarikan Tempat Penginapan Berdekatan Tiket Masuk Tips Penting

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 184 hits
LEGOLAND adalah merupakan salah satu taman tema yang cukup popular di Malaysia Semua tarikan disini berkonsepkan LEGO termasuklah reka bentuk bangunannya Serba serbi LEGO la pokoknya Jom baca lebih lanjut mengenai tarikan utama di LEGOLAND ...
Bala Beli Insurans Murah Masuk Thailand

Bala Beli Insurans Murah Masuk Thailand

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 158 hits
nbsp RAKYAT Malaysia terpaksa membayar sehingga puluhan ribu ringgit sekiranya terlibat dalam kemalangan di Thailand ALOR SETAR Rakyat Malaysia yang bercuti di Thailand dengan membawa kenderaan sendiri berdepan risiko pokai sekiranya terlib...
Rumah Terbalik Sabah Harga Tiket Masuk Tarikan Utama Dan Tips Penting

Rumah Terbalik Sabah Harga Tiket Masuk Tarikan Utama Dan Tips Penting

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 262 hits
Rumah Terbalik Sabah Harga Tiket Masuk Tarikan Utama dan Tips Penting Rumah Terbalik di Sabah merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang cukup popular dan mesti dilawati bagi sesiapa yang bercuti di Sabah kerana ia menawarkan pengala...
5 Risiko Ibu Bapa Jangan Abaikan Jika Pilih Anak Masuk Asrama Usia 13 Tahun

5 Risiko Ibu Bapa Jangan Abaikan Jika Pilih Anak Masuk Asrama Usia 13 Tahun

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 152 hits
Seorang penceramah seksualiti terkenal Akhi Fairuz jelaskan bahawa anak anak berusia 13 tahun yang memasuki asrama berisiko jika ibu bapa tidak mengambil langkah yang sewajarnya Akhi Fairuz menerusi facebook miliknya memberitahu bahawa keny...
Tiga Individu Geng Tongkol Didakwa Ceroboh Pecah Masuk Sekolah

Tiga Individu Geng Tongkol Didakwa Ceroboh Pecah Masuk Sekolah

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 159 hits
BernamaTiga anggota Geng Tongkol hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di Kuala Lumpur atas empat pertuduhan melakukan ceroboh dan memecah masuk empat kawasan sekolah bulan lepas Penyelia parkir kereta Muhammad Daniel Mohd Na...
Anak Perempuan Boleh Jadi Asbab Mak Ayah Masuk Syurga

Anak Perempuan Boleh Jadi Asbab Mak Ayah Masuk Syurga

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 141 hits
boleh jadi asbab mak ayah masuk syurga Dalam Islam kedudukan anak perempuan diangkat tinggi dan diberi keistimewaan yang besar Rasulullah SAW telah mengajarkan umatnya untuk menghargai dan memuliakan kerana mereka boleh menjadi asbab kepada...
Diminta Bersiap Masuk Penjara Uyaina Beri Ilmu Baru Tentang Proses Saman Malu

Diminta Bersiap Masuk Penjara Uyaina Beri Ilmu Baru Tentang Proses Saman Malu

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 144 hits
Selebriti Uyaina beri ilmu baru tentang proses saman malu apabila ada netizen yang memerlinya menyuruh makan sepuasnya sebelum dijerumuskan ke dalam penjara susulan isu hangat di media sosial Dalam perkongsian TikTok pengacara Wanita Hari I...
Dengan Gaya Gangster Ahli Gisbh Masuk Mahkamah

Dengan Gaya Gangster Ahli Gisbh Masuk Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 148 hits
SITI NUR ZAWANIPagi tadi seorang anggota kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings dituduh di mahkamah atas dakwaan mengugut jenayah bekas ahli jemaah yang keluar daripada organisasi itu Individu yang memiliki tiga isteri dan 10 ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo