Sekinchan Tarikan Utama Aktiviti Yang Boleh Dilakukan


Sekinchan merupakan sebuah pekan yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Ia terletak di negeri Selangor, sekitar dua jam pemanduan dari Kuala Lumpur.
Pekan ini mula mendapat perhatian dan popular dalam kalangan pelancong selepas beberapa tahun kebelakangan ini.
Terutamanya selepas ia ditampilkan dalam beberapa drama dan filem, termasuk drama romantik Hong Kong “Outbound Love” dan siri tempatan “The Seeds of Life.”
Sumber: Pakej.MY Sekinchan terkenal dengan sawah padi yang luas, kaedah pertanian moden, hasil padinya serta hasil lautnya yang segar. 
Jom kita terokai bersama keindahannya, tempat-tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan di Sekinchan!
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Tempat Menarik & Aktiviti yang Boleh Dilakukan Di Sekinchan 1. Sawah Padi Sekinchan Perkara pertama yang pasti terlintas di fikiran kebanyakan orang mengenai Sekinchan ialah, sawah padinya yang luas terbentang. 
Untuk pengetahuan anda, Sekinchan adalah salah satu kawasan utama pengeluaran padi di Malaysia. 
Sumber: FacebookSekinchan Pemandangan sawah padi yang indah ini sering menarik minat jurugambar dan pengunjung untuk merakam keindahannya. 
Pengunjung boleh menikmati pemandangan sawah padi yang hijau semasa musim penanaman atau warna keemasan semasa musim tuaian.
Sumber: FacebookSekinchan Menariknya lagi, pengunjung juga boleh menyewa basikal dan berbasikal mengelilingi sawah padi sambil menikmati ketenangan suasananya. 
Tidak ketinggalan, terdapat menara tinjau yang dibina khas untuk pengunjung melihat panorama sawah padi dari ketinggian. 
Pada waktu matahari terbenam, suasana di sawah padi Sekinchan menjadi semakin memukau dengan cahaya jingga yang menghiasi langit. 
2. Perkampungan Nelayan Tradisional  Selain sawah padi, perkampungan nelayan yang  terletak di sepanjang sungai di bahagian barat daya pekan ini juga salah satu tarikan utama di Sekinchan. 
Di sini, pengunjung boleh melihat kehidupan nelayan yang masih mengekalkan cara-cara menangkap ikan secara tradisional.
Sumber: FacebookSekinchan Terdapat juga banyak jeti kecil di sepanjang pantai di mana bot-bot nelayan berlabuh selepas pulang dari laut. Suasananya cukup menarik terutamanya bagi penduduk bandar.
Pengunjung juga boleh melihat proses penyediaan ikan kering yang dijemur di bawah sinaran matahari, satu pemandangan yang sangat sinonim dengan kehidupan nelayan di Sekinchan.
Sumber: FacebookPasar Nelayan Sekinchan Masa terbaik untuk melawat perkampungan nelayan adalah pada lewat petang apabila para nelayan pulang dengan hasil tangkapan harian mereka. 
Anda boleh melihat para nelayan menurunkan ikan, udang, ketam dan hasil laut lain dari bot dan menjualnya di pasar atau restoran. Yang pasti, semuanya segar-segar!
3. Pantai Redang Sekinchan Berhampiran perkampungan nelayan, terdapat sebuah pantai kecil yang dikenali sebagai Pantai Redang.  
Sumber: VisitSekinchan Pemandangan laut yang tenang, angin sepoi-sepoi bahasa, dan pasir pantai yang lembut menjadikan Pantai Redang tempat ideal untuk pengunjung berehat dan merehatkan fikiran. 
Selain itu, di pantai ini juga terdapat tarikan lain seperti “Wishing Tree” atau Pokok Hajat yang cukup terkenal dalam kalangan pengunjung.
Sumber: VisitSekinchan Bagi sesiapa yang berhajat, dia boleh menggantungkan reben berwarna merah dengan harapan agar hajat yang diimpikan menjadi kenyataan.
Di sini, pengunjung juga boleh menyertai aktiviti seperti memancing atau menyertai lawatan bot untuk melihat pemandangan laut yang indah. 
4. Restoran Makanan Laut yang Terkenal Setelah puas menikmati pemandangan dan suasana Sekinchan, tiada yang lebih baik daripada menikmati makanan laut segar yang ada di sini. 
Sekinchan sememangnya terkenal dengan restoran-restoran makanan laut yang menawarkan hidangan laut yang lazat dan berkualiti tinggi. Kesegarannya tidak perlu diragui. Harganya pun dijamin lebih murah dan berpatutan berbanding bandar-bandar besar. 
Antara hidangan yang wajib dicuba adalah sotong goreng tepung, omelette tiram, udang mantis, daging yu, ketam masak cili, udang masak mentega, ikan bakar dan pelbagai lagilah. Kebanyakan hidangan ini dimasak mengikut gaya masakan Teochew yang autentik.
Ramai pelancong dari luar Sekinchan atau penduduk tempatan yang berdekatan datang ke sini semata-mata untuk mencuba makanan laut segar di sini tau!
5. Pusat Pendidikan Padi Sekinchan Setelah melawat sawah padi, kunjungan anda ke Sekinchan tidak akan lengkap tanpa berkunju ke Pusat Pendidikan Padi Sekinchan.
Sumber: Facebook Ia berfungsi sebagai kilang, muzium, dan galeri yang menawarkan pengunjung peluang untuk mempelajari proses penghasilan beras dari awal hingga akhir.
Di Pusat Pendidikan Padi ini, pengunjung boleh menyertai lawatan berpandu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pertanian padi.
Sumber: Facebook Disamping itu, pengunjung juga boleh melihat secara langsung bagaimana padi ditanam dan dituai. 
Pusat pendidikan ini adalah salah salah satu destinasi di Sekinchan yang ideal untuk membawa kanak-kanak.
Di sini, kanak-kanak dapat belajar banyak perkara termasuklah betapa pentingnya padi dalam kehidupan seharian kita.
BACA JUGA: Senarai Pasar Malam Selangor
6. Sky Mirror Sekinchan Sky Mirror adalah fenomena alam yang unik di mana permukaan air yang tenang menciptakan pantulan langit yang indah. Ia terjadi terletak kira-kira 10 kilometer dari pantai Sekinchan, berhampiran dengan pulau kecil bernama Pulau Angsa.
Sumber: KLOOK Fenomena ini tidak terjadi setiap hari atau setiap masa. Ia hanya boleh dilihat pada hari dan masa tertentu setiap bulan, bergantung pada kalendar bulan dan cuaca
Untuk melawat Sky Mirror, anda perlu menyertai pakej lawatan yang menyediakan perkhidmatan bot. Anda boleh menempah lawatan ini melalui KLOOK atau menghubungi operator pelancongan di Sekinchan.
Klook.com 7. Selangor Fruit Valley Selangor Fruit Valley terletak kira-kira 15 minit memandu dari pusat bandar Sekinchan. Di sini, anda boleh menikmati pengalaman memetik buah-buahan segar daripada pokoknya. Memang seronok lebih-lebih bagi keluarga yang membawa anak-anak. 
Sumber: Selangor Food Valley Antara buah-buahan yang ada ialah mangga, jambu, pisang, durian, rambutan, duku, langsat, manggis, nangka dan lain-lain, bergantung pada musim.
Selain aktiviti memetik buah, anda juga boleh menikmati hidangan yang diperbuat daripada buah-buahan segar seperti jus, ais krim dan kuih-muih. 
Sumber: Selangor Food Valley Terdapat juga kedai yang menjual pelbagai jenis buah-buahan dengan harga yang jauh lebih murah. Pengunjung juga boleh membeli produk berasaskan buah-buahan untuk dijadikan sebagai cenderahati.
Penginapan Homestay dan Resort di Sekinchan Untuk benar-benar merasai kehidupan warga lokal, anda boleh memilih untuk menginap sehari dua di sini. Terdapat banyak pilihan homestay dan resort yang menarik dengan harga berpatutan. Menariknya lagi, kebanyakannya menawarkan pengalaman tinggal di rumah tradisional kampung!
Selain keselesaan, penginapan di sini juga menawarkan pemandangan indah dan mendamaikan yang boleh dinikmati dari tingkap bilik anda.
Bayangkan bangun pagi dan melihat hamparan sawah padi yang luas dan hijau. Fuh, tenang beb!
Untuk membuat tempahan homestay atau resort, anda boleh lakukannya melalui KLOOK. Taip:  Homestay dan Resort di Sekinchan di kotak carian di bawah dan klik, SEARCH. 
Klook.com Penutup Sekinchan adalah destinasi ideal untuk pengunjung yang mahukan percutian yang santai dan lebih dekat dengan alam serta kehidupan tempatan. Kemesraan penduduknya menambah daya tarikan Sekinchan sebagai destinasi percutian yang unik.
Memang recommended sangat untuk anda datang ke sini sekurang-kurangnya sekali!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sekinchan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sekinchan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Tiket Masuk Ke Wonderfood Museum Penang Tarikan Utama

Harga Tiket Masuk Ke Wonderfood Museum Penang Tarikan Utama

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 129 hits
Wonderfood Museum adalah salah satu tarikan di Penang yang menarik untuk dikunjungi Muzium ini menampilkan replika makanan yang besar dan realistik memberikan gambaran menarik tentang kepelbagaian hidangan tempatan Ia bukan sekadar destinas...
Kalau Beli Boleh Dapat Seonho Tak Peminat Teruja Kim Seonho Jadi Wajah Mr Muscle Malaysia

Kalau Beli Boleh Dapat Seonho Tak Peminat Teruja Kim Seonho Jadi Wajah Mr Muscle Malaysia

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 102 hits
Siapa sangka Kim Seon ho bakal menjadi duta bagi satu produk yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia Artikel Berkaitan Terbaru Mr Muscle Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah berjabat tangan bersama pelakon popular Korea itu sebagai ...
Pakat Elok Elok Boleh Ja

Pakat Elok Elok Boleh Ja

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 86 hits
Malaysia tidak akan menghentikan operasi meneroka kawasan yang berpotensi mempunyai minyak dan gas di Laut China Selatan biarpun wujud bantahan daripada China kononnya negara ini telah melepasi sempadan yang dibenarkan Perdana Menteri Datuk...
Stalk Ex Boleh Jadi Jenayah Peguam Ghandi

Stalk Ex Boleh Jadi Jenayah Peguam Ghandi

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 90 hits
Jangan buat main tentang sikap suka stalking ni Memang ia dianggap remeh tetapi ia boleh menggangu orang berkenaan Tidak dinafikan ada orang yang suka stalk bekas isteri atau suaminya Mungkin sukar untuk melepaskan hubungan yang sudah berak...
Umno Pilih Calon Boleh Menang Untuk Prk Mahkota

Umno Pilih Calon Boleh Menang Untuk Prk Mahkota

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 156 hits
malaysiakini comNaib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Mahkota adalah calon yang boleh menang Selain itu katanya calon berkenaan juga seorang yang boleh diterima ...
Tanpa Sabah Sarawak Tak Boleh Bentuk Kerajaan Selepas Pru16

Tanpa Sabah Sarawak Tak Boleh Bentuk Kerajaan Selepas Pru16

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 190 hits
Tanpa Sabah Sarawak tak boleh bentuk kerajaan selepas PRU16 ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be CB61kyGAJ 4 src in org https www youtube com embed CB61kyGAJ 4 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https w...
Anak Kencing Malam Mak Ayah Boleh Cuba Tip Ini Untuk Atasi

Anak Kencing Malam Mak Ayah Boleh Cuba Tip Ini Untuk Atasi

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 135 hits
mak ayah boleh cuba tip ini untuk atasi atau enuresis adalah keadaan di mana kanak kanak tidak dapat mengawal pundi kencing mereka dan secara tidak sengaja membuang air kecil semasa tidur Anak Kencing Malam Mak Ayah Boleh Cuba Tip Ini Untuk...
Hiburan Isteri Tuntut Cerai Alif Teega Tenang Kongsi Kata Kata Positif Kita Tak Boleh Harap Semata Mata Bahagia

Hiburan Isteri Tuntut Cerai Alif Teega Tenang Kongsi Kata Kata Positif Kita Tak Boleh Harap Semata Mata Bahagia

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 189 hits
Meski sedang diuji dengan tuntutan cerai daripada isterinya Alif Teega menunjukkan dirinya tenang dan sempat memuat naik kata kata positif di media sosial suami Aisyah Hijanah itu perasaan kecewa dirasai oleh manusia itu adalah satu fitrah ...
Awas Tidak Boleh Kongsi Gambar Kanak Kanak Di Media Sosial Tanpa Kebenaran

Awas Tidak Boleh Kongsi Gambar Kanak Kanak Di Media Sosial Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 134 hits
Baru tahu rupanya tidak boleh kongsi gambar kanak kanak Dalam dunia digital yang semakin berkembang media sosial telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan seharian kita Ibu bapa penjaga dan pengguna media sosial sering kali berkongs...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu