Legoland Tarikan Tempat Penginapan Berdekatan Tiket Masuk Tips Penting


LEGOLAND adalah merupakan salah satu taman tema yang cukup popular di Malaysia. Semua tarikan disini berkonsepkan LEGO termasuklah reka bentuk bangunannya. Serba-serbi LEGO la pokoknya! 
Jom baca lebih lanjut mengenai tarikan utama di LEGOLAND, aktiviti yang boleh dilakukan, pilihan tempat penginapan berdekatan, tips penting serta cara mendapatkan tiket masuk LEGOLAND dengan harga istimewa. 
BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Johor Bahru, Sesuai untuk Hujung Minggu!
LEGOLAND – Pengenalan LEGOLAND telah dibuka secara rasminya pada 15 September 2012 dan telah menjadi salah satu tarikan pelancongan terkemuka di Malaysia. 
Taman tema yang berkonsepkan lego ini terletak di Iskandar Puteri, Johor dan merupakan yang pertama di Asia. 
Dengan lebih daripada 40 permainan dan aktiviti yang menarik, taman tema ini direka untuk menawarkan pengalaman interaktif yang menggabungkan elemen keseronokan dan pembelajaran melalui permainan kepada setiap pengunjungnya. 
Selain taman tema utama, LEGOLAND juga telah berkembang dengan penambahan taman tema air (Water Park) pada tahun 2013 dan SEA LIFE Malaysia pada tahun 2019. Ini menjadikannya lebih menarik untuk dikunjungi seisi keluarga. 
Tarikan Utama di Legoland & Aktiviti Boleh Dilakukan 1. The Beginning Di sini adalah permulaan pengembaraan anda. Zon ini menyediakan kaunter-kaunter di mana para pengunjung boleh membeli tiket masuk untuk mencuba semua permainan yang ada. 
Selain itu terdapat juga kedai-kedai menjual merchandise LEGO dan pelbagai barangan lain. Restoran pun ada!
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA 2. Miniland Miniland menampilkan rekaan replika bangunan terkenal di Malaysia termasuklah dari seluruh Asia dan dunia. Replika-replika tersebut dibina menggunakan lebih daripada 1.38 million blok LEGO secara keseluruhannya!
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Pengunjung dapat melihat struktur ikonik seperti Menara Berkembar Petronas, Angkor Wat, Taj Mahal, Batu Caves, Masjid Kota Kinabalu dan pelbagai mercu tanda lain dalam saiz miniatur yang direka dengan sangat terperinci. 
Menariknya lagi, kebanyakan replika model yang direka boleh bergerak dan terdapat juga beberapa model yang boleh ‘dihidupkan’ dengan menekan butangnya. 
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA 3. LEGO NINJAGO World LEGO NINJAGO World juga salah satu zon yang anda tidak boleh lepaskan untuk mencubanya. Zon ini menawarkan pelbagai tarikan yang berkonsepkan siri LEGO NINJAGO yang terkenal. Ia membawa pengunjung ke dalam dunia ninja yang penuh aksi dan cabaran. 
Tarikan utama di zon ini ialah NINJAGO The Ride. Ia menawarkan pengalaman bermain permainan dengan memakai cermin mata 3D dan menaiki sebuah ‘kenderaan’ untuk melawan musuh. Seronok weh!
Tarikan lainnya ialah, rock climbing, Nya’s Practice, Zane’s Temple Build dan Kai’s Spinner. 
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA 4. LEGO City Zon tarikan di LEGOLAND yang seterusnya ialah LEGO City. Di sini, anak-anak anda dapat mencuba pelbagai jenis tarikan yang edukatif dan berpeluang menjadi “dewasa” seketika dengan mencuba aktiviti-aktiviti yang meniru kehidupan sebenar.
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Salah satu tarikan utama di zon ini ialah Driving School, di mana kanak-kanak berumur 6 hingga 13 tahun akan mempelajari asas-asas lalu lintas, memandu di sekitar zon ini dan akhirnya mendapatkan ‘lesen memandu’ mereka.
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Selain Driving School, terdapat lebih kurang 9 jenis lagi tarikan di zon dengan keistimewaannya tersendiri. Antaranya ialah, City Airport, Legoland Express, Boating School, Rescue Academy, The Shipyard dan sebagainya.
5. LEGO Technic Sekiranya anda dan anak-anak sukakan aktiviti yang mencabar dan memacu adrenalin, anda boleh luangkan masa di zon LEGO Technic. Zon ini direka khas untuk mereka yang suka permainan yang menguji keberanian dan kemahiran teknikal. 
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Di zon ini terdapat 6 tarikan utamanya iaitu:
Planet LEGOLAND Aquazone Wave Racers The Great LEGO Race Technic Twister LEGO Mindstorms LEGO Academy Dijamin semuanya best-best, anda wajib cuba!
6. LEGO Kingdoms Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Zon ini menawarkan 6 tarikan utama yang penuh keseronokan. Bagi pengunjung dewasa, anda boleh cuba permainan roller coaster yang dikenali sebagai The Dragon. 
Ia akan membawa anda menerokai bahagian dalam istana yang dihuni oleh watak LEGO sebelum melonjak laju ke trek luar. Jangan lupa senyum, anda kamera yang menangkap gambar anda di sudut tertentu. 
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Untuk kanak-kanak pula, anda boleh membawa mereka mencuba Dragon’s Apprentice bagi merasai pengalaman bermain roller coaster yang lebih kecil dan perlahan tetapi tetap menyeronokkan. 
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Selain itu, anda boleh mencuba Merlin’s Challenge, permainan cawan berputar yang meniru pengalaman karusel zaman pertengahan, sambil menikmati suasana fantasi dan keajaiban di sekitar zon ini.
BACA JUGA: Zoo Johor – Tarikh Pembukaan Semula & Harga Tiket Masuk 2024
7.  Land of Adventure Zon Land of Adventure menawarkan aktiviti yang tidak kurang menarik dan juga mencabar buat para pengunjungnya. 
Antara tarikan di zon ini adalah Dino Island. Seperti namanya, tarikan ini membawa anda ke dunia serba-serbi dinosaur. Tarikan ini akan memberi pengunjung pengalaman menaiki bot kayu dan mengharungi air terjun setinggi 12 meter!
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Selain itu, tarikan lain yang menarik untuk dicuba ialah Lost Kingdom Adventure. Pengunjung berperanan sebagai pemburu harta karun yang mencari khazanah di dalam sebuah kuil dan perlu menembak sasaran di sepanjang perjalanan untuk mengumpul mata.
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Pharaoh’s Revenge pula permainan yang sesuai untuk kanak-kanak, di mana mereka boleh menembak bola lembut ke sasaran sambil melompat dan berlari melalui pelbagai cabaran. Permainan ini tidak memerlukan had ketinggian. 
Zon ini juga mempunyai permainan dikenali sebagai Beetle Bounce, di mana kanak-kanak boleh melantun setinggi 15 kaki sambil melihat pemandangan di sekitarnya. 
8. SEA LIFE Malaysia Sumber: LEGOLANDMALAYSIA SEA LIFE Malaysia adalah merupakan tarikan tambahan LEGOLAND yang dibuka untuk menambahkan lagi keseronokan para pengunjungnya. Jadi, sekiranya anda ingin membawa anak-anak melihat hidupan laut, jangan lupa singgah ke sini. 
SEA Life adalah akuarium interaktif yang memberi peluang kepada pengunjung untuk belajar mengenai kehidupan laut dengan seronok. Terdapat lebih daripada 25 akuarium dan 11 zon habitat yang ada disini. 
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Salah satu tarikan utamanya ialah Ocean Tunnel. Sebuah terowong kaca yang memberikan pemandangan 180 darjah di bawah laut. Pengunjung boleh berjalan melalui terowong ini dan melihat hidupan laut berenang di atas dan di sekeliling mereka. 
9. Taman Tema Air LEGOLAND Tarikan seterusnya yang tidak boleh dilepaskan ialah Taman Tema Air Legoland. Di sini pengunjung boleh mencuba pelbagai jenis tarikan air yang pastinya mengujakan. 
Antara yang menarik ialah, Build-A-Raft River, di mana pengunjung boleh membina rakit mereka sendiri menggunakan bata LEGO lembut dan kemudian menaiki rakit itu di sepanjang sungai malas (lazy river). 
Selain itu, untuk aktiviti bersama keluarga, pengunjung boleh mencuba permainan yang dikenali sebagai Red Rush.
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Ia merupakan gelongsor air besar yang boleh dinaiki oleh satu keluarga dalam satu tiub (pelampung besar). Pelampung yang dinaiki akan menuruni curam dengan kelajuan yang mendebarkan. Fuh, seronok sangat!
Taman air ini juga mempunyai kawasan khas untuk kanak-kanak, salah satunya ialah Joker Soaker. Di sini, kanak-kanak boleh bermain air dengan selamat dan seronok dengan pantauan ibu bapa. Ibu bapa pun boleh turut serta bermain sekali tau!
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA Pilihan Tempat Penginapan Berdekatan LEGOLAND Bagi pengunjung yang mahu menikmati lebih banyak masa di LEGOLAND dan bercadang untuk bermalam, anda boleh menempah tempat penginapan melalui KLOOK untuk diskaun yang istimewa.
Klook.com Berikut adalah beberapa pilihan tempat penginapan berdekatan LEGOLAND Malaysia:
1. LEGOLAND Hotel Malaysia LEGOLAND Hotel Malaysia terletak bersebelahan dengan Legoland Malaysia. Ia menawarkan pengalaman penginapan yang benar-benar menarik untuk seisi keluarga. 
Sumber: Google Review Lokasinya yang strategik membolehkan anda pergi ke tema Legoland Malaysia dan Legoland Water Park dengan sangat mudah. Bukan itu sahaja, setiap tempahan bilik akan dapat set LEGO percuma tau. 
Hotel ini memang direka khas dengan tema LEGO yang memberikan suasana penuh keceriaan. Anak-anak anda pasti menyukainya! 
2. Almas Suites Homestay @ Puteri Harbour Almas Suites terletak kurang 10 minit daripada LEGOLAND. Memang dekat sangat. Selain itu,  ia turut menawarkan pemandangan indah Puteri Harbour dan sekitarnya.
Pengunjung boleh menikmati suasana yang tenang dengan pemandangan laut yang memukau. 
Sumber: Almas Suites Homestay @ Puteri Harbour Penginapan ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan selepas sehari suntuk menghabiskan masa di LEGOLAND. Harganya pun tidaklah terlalu mahal dan sangat berpatutan.
3. Pinetree Marina Resort Pinetree Marina Resort menawarkan penginapan bertaraf 5 bintang dengan bilik yang luas dan elegan. Resort ini terletak kurang 10 minit sahaja daripada LEGOLAND. 
Sumber: Pinetree Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan juga rekreasi, termasuk kolam renang infiniti, gimnasium dan gelanggang tenis.
4. Fraser Place Puteri Harbour Terletak di Puteri Harbour, Fraser Place Puteri Harbour menawarkan akses mudah ke LEGOLAND Malaysia serta tarikan lain seperti Sanrio Hello Kitty Town. 
Sumber: Fraser Place Lokasinya yang strategik ini menyebabkan ia sering dijadikan pilihan oleh ramai pelancong. Jadi, kalau anda nak menginap di sini, pastikan anda membuat tempahan awal ya!
5. Sunway Hotel Big Box Sunway Hotel Big Box menawarkan penginapan dengan reka bentuk kontemporari dan moden. Bilik-biliknya luas dan dilengkapi dengan kemudahan moden.
Ia juga menyediakan pelbagai kemudahan mesra keluarga termasuk kolam renang dan taman permainan kanak-kanak. 
Sumber: Sunway Hotel Big Box Hotel ini terletak bersebelahan dengan Sunway Big Box Retail Park. Jadi, kalau menginap di sini, anda boleh pergi membeli-belah pada bila-bila masa. 
Lokasinya yang terletak lebih kurang 8 minit sahaja daripada LEGOLAND, menjadikannya pilihan tempat penginapan yang ideal untuk anda sekeluarga. 
6. Somerset Medini Iskandar Puteri Mengambil masa lebih kurang 3 minit sahaja daripada LEGOLAND, Somerset Medini Iskandar Puteri  menawarkan penginapan dalam bentuk servis apartmen yang selesa dan luas. Lengkap dengan dapur kecil dan ruang tamu lagi tau.
Sumber: Somerset Medini Iskandar Puteri BACA JUGA: Cameron Highland: Tarikan Utama & Cadangan Tempat Penginapan Popular
Tips Penting Bila Pergi LEGOLAND Malaysia 1. Buat Tempahan Awal Pastikan anda membuat tempahan awal untuk tiket masuk dan tempat penginapan sekiranya bercadang untuk bermalam. Dua ini memang penting. Kalau lambat nanti dah habis atau harga pun meningkat. 
2. Rancang Perjalanan Perjalanan dari Kuala Lumpur ke LEGOLAND mengambil masa lebih kurang 4 jam. Jadi pastikan anda rancang perjalanan anda bila nak bertolak dan anggaran masa sampai supaya ada masa untuk berehat sebentar sebelum memulakan aktiviti di LEGOLAND.
3. Bawa Stroller Sekiranya anda membawa anak-anak kecil, memang sangat disarankan untuk membawa stroller kalau tak nak penat mendukung. LEGOLAND ni kan besar, biasanya budak cepat penat. So strollerlah penyelamat anda. 
4. Pakai Pakaian Selesa Pastikan juga anda memakai pakaian yang selesa untuk beraktiviti. Kasut sebaiknya pakai kasut sukan sebab tapaknya agak tebal. Jadi tumit tak sakit bila berjalan banyak. 
5. Bawa Payung/Topi Jangan lupa bawa payung sebagai persediaan untuk hari hujan atau cuaca panas terik. Kalau ada topi, bolehlah pakai.
6. Manfaatkan Peta Periksa peta LEGOLAND dan rancang perjalanan nak pergi cuba yang mana terlebih dahulu. Kenal pasti tarikan yang ingin dikunjungi supaya dapat memanfaatkan masa dengan lebih baik.
7. Bawa Bekalan Air dan Makanan Ringan Bawa botol air untuk kekal terhidrat sepanjang hari. Walaupun makanan dan minuman luar tidak dibenarkan, makanan ringan untuk kanak-kanak biasanya diterima. Semak polisi taman tema sebelum membawa makanan.
8. Rancang Waktu Makan Tengah Hari Restoran di dalam LEGOLAND biasanya agak sesak sekitar waktu makan tengah hari. Jadi, rancang untuk makan lebih awal atau sedikit lewat untuk mengelakkan kesesakan.
9. Bawa Baju Lebih Sekiranya anda bercadang untuk menikmati permainan air, jangan lupa bawa baju lebih dan kelengkapan lain yang diperlukan. 
10. Gunakan Aplikasi LEGOLAND Muat turun aplikasi LEGOLAND Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini tentang waktu operasi, peta taman, dan jadual acara. Aplikasi ini juga boleh membantu anda mencari laluan tercepat ke tarikan tertentu.
Cara Mendapatkan Tiket Masuk LEGOLAND Dengan Harga Istimewa Untuk mendapatkan tiket masuk LEGOLAND dengan harga istimewa, anda boleh membuat tempahan melalui KLOOK. Terdapat beberapa pilihan pakej yang anda boleh pilih mengikut keperluan dan kesesuaian bajet anda. 
Tempahan melalui KLOOK boleh dilakukan melalui kotak carian di bawah, taip LEGOLAND Malaysia Ticket, dan pilih pakej yang anda inginkan. 
Klook.com Penutup LEGOLAND adalah destinasi taman tema yang wajib dikunjungi terutamanya bagi mereka yang mencari keseronokan dan pengalaman yang berharga bersama keluarga. 
Dengan pelbagai tarikan yang menggabungkan pembelajaran dan permainan, LEGOLAND menawarkan sesuatu untuk semua peringkat umur, daripada kanak-kanak yang ingin menerokai dunia kreatif dan keseronokan hingga orang dewasa yang mencari cabaran dan aktiviti untuk bersantai. 
Jom cipta kenangan terindah bersama seisi keluarga di LEGOLAND Malaysia dan alami keseronokan dunia LEGO yang menakjubkan!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/legoland/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=legoland

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Terbalik Sabah Harga Tiket Masuk Tarikan Utama Dan Tips Penting

Rumah Terbalik Sabah Harga Tiket Masuk Tarikan Utama Dan Tips Penting

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 231 hits
Rumah Terbalik Sabah Harga Tiket Masuk Tarikan Utama dan Tips Penting Rumah Terbalik di Sabah merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang cukup popular dan mesti dilawati bagi sesiapa yang bercuti di Sabah kerana ia menawarkan pengala...
Tiket Masuk Ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

Tiket Masuk Ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 158 hits
Sejak episod kali pertama ke Thailand pada April tahun ini kami sekali lagi masuk ke Thailand untuk menghabiskan cuti sekolah pertengahan tahun pula Berbeza daripada sebelumnya kali ini kami masuk pula melalui jalan Pengkalan Hulu Perak Mes...
Tips Dan Cara Bawa Masuk Kereta Ke Thailand

Tips Dan Cara Bawa Masuk Kereta Ke Thailand

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 141 hits
Tips dan Cara Bawa Masuk Kereta Ke Thailand 19 Tips dan Cara Bawa Masuk Kereta Ke Thailand Thailand sering menjadi destinasi pilihan bagi pelancong Malaysia sama ada untuk bercuti di Hatyai Phuket Krabi atau destinasi lain Salah satu cara y...
Ini Tips Nak Dapatkan Tiket Flight Murah Untuk Kaki Travel

Ini Tips Nak Dapatkan Tiket Flight Murah Untuk Kaki Travel

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 100 hits
Perkara pertama yang diambil kira sewaktu nak bercuti mestilah bajet Bajet yang dimaksudkan di sini adalah kos untuk tiket penerbangan penginapan makan minum pengangkutan dan aktiviti aktiviti lain Kadang kala ada situasi di mana korang aka...
Anak Nak Masuk Asrama Mak Ayah Jangan Lupa Beritahu Pesanan Penting Ini

Anak Nak Masuk Asrama Mak Ayah Jangan Lupa Beritahu Pesanan Penting Ini

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 94 hits
Anak nak masuk Mak ayah jangan lupa beritahu pesanan penting ini Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki asrama perasaan bercampur baur pasti dirasai Bangga kerana anak anak berpeluang untuk berdikari tetapi pada masa yang sam...
Tips Atasi Rambut Gugur Lepas Bersalin

Tips Atasi Rambut Gugur Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 152 hits
Rambut gugur selepas bersalin Ah inilah hadiah tak diundang lepas si kecil lahir Tapi jangan risau ini perkara biasa Rambut gugur sebab hormon yang dulu stabil tiba tiba buat drama balik selepas bersalin Jom tengok beberapa tips untuk atasi...
Tips Dan Contoh Kertas Kerja Program Pejabat Dan Sekolah

Tips Dan Contoh Kertas Kerja Program Pejabat Dan Sekolah

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 104 hits
Rujukan terbaru contoh kertas kerja program yang pelbagai Dalam persekitaran kerja dan pendidikan pelaksanaan program program tertentu memerlukan penyediaan kertas kerja yang lengkap dan menyeluruh Kertas kerja program membantu pihak pengan...
Tips Menjaga Rambut Kerinting Agar Nampak Cantik Dan Sihat

Tips Menjaga Rambut Kerinting Agar Nampak Cantik Dan Sihat

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 152 hits
Rambut kerinting memang cantik unik dan ya kadang kadang boleh jadi agak degil Tapi jangan risau dengan penjagaan yang betul dan sedikit kesabaran rambut kerinting boleh kelihatan menawan seperti baru keluar dari salon setiap hari Berikut a...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Rating Cecah 66 Masih Tiada Naskhah Baru Mampu Pecah Rekod K Drama Lejen Ini

Pmx Bertemu Rakyat

Analogi Dan Bidasan Yang Baik Sangat

Resepi Nasi Daging Utara Air Asam Kerisik

Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak Anak Ke Tadika Lebih Awal

Kadar Kesuburan Negara Menurun Kkwpk Sedia Bantuan Galak Anak