Rm900 Hendak Makan Apa Sembang Politik Deraih Rakyat Susah Juga Harapan Tinggal Harapan




KUALA LUMPUR 26 Okt. - Peneroka Felda kini ber­hadapan kegelisahan dan keresahan selepas harga komoditi sawit mencatatkan penurunan hari demi hari, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka sehingga hanya sekitar RM900 sebulan.

Seorang peneroka Felda Wilayah Mempaga, Mansor Hashim berkata, anggaran pendapatan tersebut diperoleh selepas mengambil kira harga sawit ketika ini iaitu purata kira-kira RM400 bagi satu tan metrik.


“Dalam sebulan setiap peneroka dianggarkan dapat menuai kira-kira empat tan hasil kelapa sawit. Selepas ditolak pula dengan pelbagai kos operasi lain seperti baja, racun dan upah memotong buah sawit, peneroka hanya mendapat purata pendapatan bersih sekitar RM900 sahaja.

“Dengan RM900 hendak makan apa? Itu belum lagi pelbagai bil yang mesti diselesaikan. Peneroka di Felda kini betul-betul berada dalam keadaan resah, bagi saya senang sahaja, kerajaan mesti pastikan harga sawit meningkat, selesai semua masalah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mansor, menambahkan lagi tekanan, pelbagai bantuan dan insentif bagi me­ngurangkan kesan kejatuhan harga sawit tidak lagi diterima oleh peneroka.

“Ketika ini peneroka seperti tidak mempunyai tempat untuk mengadu sedangkan harga sawit terus jatuh. Kebanyakan peneroka merupakan golongan usia emas yang tidak peduli siapa memerintah, cuma mereka mahu harga sawit dinaikkan, itulah sumber pendapatan mereka.

“Saya harap kerajaan Pakatan Harapan (PH) lebih prihatin terhadap nasib golongan peneroka termasuklah dengan mengembalikan pelbagai bantuan dan insentif yang diterima sebelum ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dihadapi,” katanya.

Menurut Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar pula, selepas kejatuhan harga sawit pendapatan purata diperoleh peneroka setiap bulan adalah di bawah RM1,000.

“Memang tidak cukup, macam saya terpaksa mengharapkan wang simpanan, mujur ada berjimat cermat dahulu. Kalau harap pendapatan sekarang memang tidak cukup, bayar bil elektrik, air dan pinjaman lain, harapkan anak-anak juga untuk membantu serba sedikit.

“Peneroka ketika ini memang resah, tapi tidak boleh hendak buat apa, hendak marah kepada siapa? Jika dahulu bila kea­daan harga sawit jatuh begini ada sedikit bantuan daripada kerajaan, hutang-hutang peneroka se­perti perumahan dan pendidikan dikecualikan dan tidak dipotong, sekarang ni potong habis,” katanya.

Sementara itu, tambah Sulaiman, sebagai peneroka, beliau tidak begitu menaruh harapan besar kepada kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2019 minggu depan, cuma berharap langkah sepatutnya dapat diambil segera bagi menangani kejatuhan harga sawit dan ke­sannya kepada peneroka.

“Saya tidaklah menaruh harapan besar, tapi kalau boleh kerajaan kena tengok dan jenguk Felda, beri bantuan kepada peneroka, jangan diam sahaja,” katanya. - Utusan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/10/rm900-hendak-makan-apa-sembang-politik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm900 Hendak Makan Apa

Rm900 Hendak Makan Apa

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 253 hits
pengarang utusan com my27 Oktober 2018 3 00 AMPendapatan berkurangan selepas kejatuhan harga sawit PenerokaHARGA kelapa sawit terus merudum sehingga menjejaskan pendapatan peneroka buah kelapa sawit GAMBAR HIASANKUALA LUMPUR 26 Okt Peneroka...
Ph Patut Utamakan Rakyat Bukan Utamakan Lawan Politik Siang Dan Malam Najib

Ph Patut Utamakan Rakyat Bukan Utamakan Lawan Politik Siang Dan Malam Najib

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 276 hits
Suara Tanpa SempadanSHAH ALAM Datuk Seri Najib Razak menasihati kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad agar memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat dan bukannya sibuk untuk memberi tumpuan kepada lawan politik mereka Mant...
Rakyat Malaysia Kurang Makan Sayur Dan Ulam

Rakyat Malaysia Kurang Makan Sayur Dan Ulam

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 343 hits
Assalamualaikum wbt Saya tak pasti dengan orang lain tapi jika saya nak makan pasti ulam ulaman ataupun sayur sayuran akan diambil Bila takde sayur rasa macam tak power makanan masa tue hihihi Tapi awak tau tak menurut kata Timbalan Ketua P...
Taniah Rakyat Malaysia Tabung Harapan Berjaya Mengumpul Sebanyak 30 Juta

Taniah Rakyat Malaysia Tabung Harapan Berjaya Mengumpul Sebanyak 30 Juta

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 363 hits
Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menderma Setakat hari ini tabung ini berjaya mengumpul sebanyak 30 juta ringgit Malaysia Tabung harapan ini merupakan satu cara sistematik yang di...
Pbnu Dan Pp Muhammadiyah Ajak Rakyat Tidak Saling Bermusuhan Di Tahun Politik

Pbnu Dan Pp Muhammadiyah Ajak Rakyat Tidak Saling Bermusuhan Di Tahun Politik

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 266 hits
Pengurus Besar Nahdlatul Ulama menyambangi PP Muhammadiyah Adapun dua ketua umum serta para pengurus saling bertatap muka dan melakukan pertemuan secara tertutup
Pakatan Harapan Bukan Parti Untuk Pelarian Politik

Pakatan Harapan Bukan Parti Untuk Pelarian Politik

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 273 hits
Oleh Wartawan MySuara KUALA LUMPUR Pakatan Harapan bukan tempat untuk mana mana individu menjadikan parti itu sebagai destinasi pelarian politik Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Salahuddin Ayub meminta PH membincangkan satu ...
Budaya Makan Rakyat Malaysia

Budaya Makan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 417 hits
Budaya makan rakyat Malaysia banyak mendatangkan mudarat dan membazir Perkara ini terbukti statistik meletakkan Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti Ob...
Kenali Penyumbang Dana Politik Terbesar Pakatan Harapan Dalam Misi Untuk Menawan Putrajaya Pada Pru 14

Kenali Penyumbang Dana Politik Terbesar Pakatan Harapan Dalam Misi Untuk Menawan Putrajaya Pada Pru 14

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 362 hits
Seorang taikun Cina dari Perak Koon Yew Yin pada Februari 2017 yang lalu telah meyumbangkan sebanyak RM 50 juta kepada DAP untuk membantu kempen parti itu menawan Putrajaya pada PRU 14 akan datang Walaupun sumbangannya dikatakan untuk membi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm

Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan