Rm900 Hendak Makan Apa


Badrul Hafizan Mat Isa
[email protected]
27 Oktober 2018 3:00 AM

Pendapatan berkurangan selepas kejatuhan harga sawit – Peneroka
HARGA kelapa sawit terus merudum sehingga menjejaskan pendapatan peneroka buah kelapa sawit. – GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Peneroka Felda kini ber­hadapan kegelisahan dan keresahan selepas harga komoditi sawit mencatatkan penurunan hari demi hari, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka sehingga hanya sekitar RM900 sebulan.

Seorang peneroka Felda Wilayah Mempaga, Mansor Hashim berkata, anggaran pendapatan tersebut diperoleh selepas mengambil kira harga sawit ketika ini iaitu purata kira-kira RM400 bagi satu tan metrik.

“Dalam sebulan setiap peneroka dianggarkan dapat menuai kira-kira empat tan hasil kelapa sawit. Selepas ditolak pula dengan pelbagai kos operasi lain seperti baja, racun dan upah memotong buah sawit, peneroka hanya mendapat purata pendapatan bersih sekitar RM900 sahaja.

“Dengan RM900 hendak makan apa? Itu belum lagi pelbagai bil yang mesti diselesaikan. Peneroka di Felda kini betul-betul berada dalam keadaan resah, bagi saya senang sahaja, kerajaan mesti pastikan harga sawit meningkat, selesai semua masalah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mansor, menambahkan lagi tekanan, pelbagai bantuan dan insentif bagi me­ngurangkan kesan kejatuhan harga sawit tidak lagi diterima oleh peneroka.

“Ketika ini peneroka seperti tidak mempunyai tempat untuk mengadu sedangkan harga sawit terus jatuh. Kebanyakan peneroka merupakan golongan usia emas yang tidak peduli siapa memerintah, cuma mereka mahu harga sawit dinaikkan, itulah sumber pendapatan mereka.

“Saya harap kerajaan Pakatan Harapan (PH) lebih prihatin terhadap nasib golongan peneroka termasuklah dengan mengembalikan pelbagai bantuan dan insentif yang diterima sebelum ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dihadapi,” katanya.

Menurut Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar pula, selepas kejatuhan harga sawit pendapatan purata diperoleh peneroka setiap bulan adalah di bawah RM1,000.

“Memang tidak cukup, macam saya terpaksa mengharapkan wang simpanan, mujur ada berjimat cermat dahulu. Kalau harap pendapatan sekarang memang tidak cukup, bayar bil elektrik, air dan pinjaman lain, harapkan anak-anak juga untuk membantu serba sedikit.

“Peneroka ketika ini memang resah, tapi tidak boleh hendak buat apa, hendak marah kepada siapa? Jika dahulu bila kea­daan harga sawit jatuh begini ada sedikit bantuan daripada kerajaan, hutang-hutang peneroka se­perti perumahan dan pendidikan dikecualikan dan tidak dipotong, sekarang ni potong habis,” katanya.

Sementara itu, tambah Sulaiman, sebagai peneroka, beliau tidak begitu menaruh harapan besar kepada kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2019 minggu depan, cuma berharap langkah sepatutnya dapat diambil segera bagi menangani kejatuhan harga sawit dan ke­sannya kepada peneroka.

“Saya tidaklah menaruh harapan besar, tapi kalau boleh kerajaan kena tengok dan jenguk Felda, beri bantuan kepada peneroka, jangan diam sahaja,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rm900-hendak-makan-apa-1.775775#ixzz5V5vbMRdq
© Utusan Melayu (M) Bhd

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/10/rm900-hendak-makan-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm900 Hendak Makan Apa Sembang Politik Deraih Rakyat Susah Juga Harapan Tinggal Harapan

Rm900 Hendak Makan Apa Sembang Politik Deraih Rakyat Susah Juga Harapan Tinggal Harapan

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR 26 Okt Peneroka Felda kini ber hadapan kegelisahan dan keresahan selepas harga komoditi sawit mencatatkan penurunan hari demi hari sekali gus menjejaskan pendapatan mereka sehingga hanya sekitar RM900 sebulan Seorang peneroka F...
Makan Enam Kali Sehari Untuk Kurus

Makan Enam Kali Sehari Untuk Kurus

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 269 hits
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Kajian Sains Pemakanan oleh beberapa penyelidik dari universiti di California dan New Mexico mendapati makan sebanyak enam kali sehari dalam jumlah yang kecil dapat membantu mengurangkan berat badan...
Jom Makan Laksa Sarawak

Jom Makan Laksa Sarawak

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 750 hits
Kadang kadang bila sudah tidak tahu mahu makan apa diluar mulalah datang idea spontan untuk mencuba makanan yang bukan kebiasaannya dinikmati Memandangkan kami berada di Bandar Seri Alam adalah lebih baik untuk mencari restoran atau kedai m...
Tak Ada Bukti Ubat Batuk Boleh Legakan Batuk Doktor Sarankan Makan Madu

Tak Ada Bukti Ubat Batuk Boleh Legakan Batuk Doktor Sarankan Makan Madu

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 364 hits
Pantang saja anak batuk mama papa mulalah gelabah nak cari ubat batuk redakan batuk anak Tak salah jadi ibu bapa prihatin Tapi kenalah pandai bezakan batuk jenis macam mana Menurut Dr kena tahu bezakan batuk anak supaya taklah minum ubat ba...
Ketahui 10 Bahaya Kanak Kanak Makan Mi Segera

Ketahui 10 Bahaya Kanak Kanak Makan Mi Segera

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 224 hits
Bukan orang dewasa saja tapi anak kecil sekarang pun suka sangat makan mi segera sampai satu tahap hingga buat para ibu risau bila anak asyik merengek meminta makanan ini Malah trend ini juga turut membimbangkan pegawai perubatan Dr Zubaidi...
Rakyat Malaysia Kurang Makan Sayur Dan Ulam

Rakyat Malaysia Kurang Makan Sayur Dan Ulam

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 344 hits
Assalamualaikum wbt Saya tak pasti dengan orang lain tapi jika saya nak makan pasti ulam ulaman ataupun sayur sayuran akan diambil Bila takde sayur rasa macam tak power makanan masa tue hihihi Tapi awak tau tak menurut kata Timbalan Ketua P...
Gambar Yang Pasti Mengejutkan Anda Babi Makan Kereta

Gambar Yang Pasti Mengejutkan Anda Babi Makan Kereta

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 530 hits
Mengejutkan Bagaimana seekor babi boleh makan dinding kereta yang di perbuat dari logam besi atau gigi babi ini lebih keras dari besi Tapi saya rasa babi ini mesti kekurangan zat besi huhuhu
Makan Ayam Goreng Chicking Di Tesco Bertam Kepala Batas

Makan Ayam Goreng Chicking Di Tesco Bertam Kepala Batas

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 902 hits
Restoran Chicking di TESCO Bertam Kepala BatasRestoran Chicking ni lebih kurang macam KFC je aku tengok Chicking ni pun dalam kategori makanan fast food Menu pun macam lebih kurang KFC jugak tapi bukan 100 sebjik macam KFC cuma konsep je ak...
Kenapa Gastrik Masih Sakit Walaupun Sudah Makan Ubat Ini Penjelasan Pakar

Kenapa Gastrik Masih Sakit Walaupun Sudah Makan Ubat Ini Penjelasan Pakar

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 600 hits
Memang tak boleh digambarkan dengan kata kata bila serangan sakit gastrik datang Rasa sakit di perut tu rasa macam ditoreh dengan pisau dan angin dalam badan pun banyak Kadang kadang kita dah makan ikut waktu pun masih lagi mengalami sakit ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game