Budaya Makan Rakyat Malaysia



Budaya makan rakyat Malaysia banyak mendatangkan mudarat dan membazir. Perkara ini terbukti statistik meletakkan Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti. Obesiti dikaitkan dengan makan melebihi keperluan badan dan kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal untuk membakar kalori yang terdapat dalam makanan..    

Secara realitinya, rakyat Malaysia bukan saja berdepan dengan masalah obesiti, bahkan secara langsung mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti barah, masalah jantung, diabetes dan lain-lain yang mempunyai hubung kait dengan cara pemakanan dan aktiviti harian. 

Sebenarnya amalan makan berlebih-lebihan memang mendatangkan banyak keburukan dan sebab itu ia ditegah dalam Islam. Ajaran Islam mengajar amalan bersederhana dan mengelak daripada melakukan perbuatan berlebih-lebihan yang banyak mendatangkan keburukan.  Perkara ini difahami berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Makanlah dan minumlah serta janganlah berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31).

Sesungguhnya nasib rakyat Malaysia amat baik berbanding kehidupan rakyat di negara lain dalam soal mendapat bekalan makanan. Rakyat Malaysia tidak berdepan masalah kelaparan biarpun dikategorikan hidup miskin.

Sedangkan, mengikut perangkaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, seorang daripada lima (kira-kira 800 juta) orang penduduk dunia berada dalam kelaparan. Pada waktu yang sama lebih dua bilion penduduk mengalami apa yang disebutkan kurang zat pemakanan.   

Islam tidak melarang menikmati makanan dan minuman yang diingini selagi ia tidak melampuai batasan agama. Malah, sesiapa yang menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman dengan sentiasa mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT, maka dialah orang yang beruntung.

Firman Allah SWT bermaksud: “Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyambah-Nya semata-mata.”  (Surah al-Baqarah, ayat 172)

Sesiapa mengamalkan makan secara mengikut nafsu tidak pernah memberi kepuasan secara hakiki kepadanya. Ini kerana lebih banyak dimakan, perasaan puas semakin tidak dirasai.  Sebab itu, nafsu makan jika semakin dituruti, lebih banyak keburukan yang timbul. 

Perbuatan tidak mengawal jenis makanan dan makan secara banyak merupakan punca penyakit. Pakar pemakanan dan perubatan selalu menasihatkan agar menjauhkan diri daripada amalan makan tidak sihat yang akan memberi mudarat kepada kesihatan. 

Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh pakar pemakanan dan perubatan itu telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW lebih 1400 tahun lalu. Baginda memberi panduan menjaga kesihatan berkaitan dengan pemakanan melalui sabda yang bermaksud: “Perut ialah rumah segala jenis penyakit dan penjagaan terhadap makan adalah permulaan perubatan. Permulaan penyakit ialah mengisi perut dengan berlebih-lebihan.” (Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya makan berlebihan bukan saja mendatangkan masalah kepada kesihatan, tetapi juga kepada kewangan. Disebabkan permintaan yang sentiasa tinggi terhadap makanan, harga makanan sentiasa naik. Sebab itu, ketika ekonomi mengalami kegawatan, permintaan terhadap makanan masih meningkat. Orang sanggup berhabis demi memenuhi selera makan. 

Satu lagi kesan kewangan disebabkan makan berlebihan ialah kos rawatan. Rakyat Malaysia membelanjakan banyak wang semata-mata untuk kurus dan merawat penyakit berkaitan tidak menjaga cara makan. Perkara ini dapat dielakkan jika sentiasa mengamalkan cara pemakanan sihat.  Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. 

Sesungguhnya, kita perlu bersyukur dengan nikmat makanan yang dirasai. Antara tanda bersyukur ialah menghargai setiap makanan agar tidak membazir dan tidak mendatangkan mudarat. Makan secara banyak juga boleh dianggap membazir kerana ia melebihi apa yang diperlukan oleh badan. 

Satu lagi sikap membazir yang diamalkan rakyat Malaysia ialah makanan disediakan atau dibeli tidak dihabiskan sepenuhnya. Bagi orang berkemampuan, makanan tidak dianggap satu nikmat besar. Mereka sentiasa boleh makan apa yang diingini. Nikmat makanan hanya akan benar-benar dihargai apabila berlaku kekurangan makanan.  

Kita juga akan merasakan erti nikmat makanan apabila tidak lagi berpeluang untuk makan disebabkan halangan penyakit berbahaya. Oleh itu, ketika kita masih berpeluang menikmati hidangan, bersyukurlah dan jangan biarkan nikmat itu ditarik balik .

Seperti telah dinyatakan, makanan adalah satu nikmat yang besar. Maka, melalui makanan juga Allah SWT menguji manusia berdepan dengan kesukaran.  Firman Allah SWT bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan kepupusan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Bagi golongan berkemampuan, hulurkan bantuan makanan kepada mereka memerlukan. Masih banyak jiran kita yang mengharapkan bantuan makanan untuk hidup lebih sihat. Wajib orang muslim membantu muslim lain dalam keadaan kelaparan sekadar termampu.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila kamu memasak satu kuali, maka banyakkan airnya (kuah). Kemudian lihatlah kepada sesetengah jiran tetanggamu untuk diberikan kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim).  

Hadis tersebut dengan jelas memperlihatkan tentang pentingnya memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukannya biarpun sekadar kuah. Bagi golongan miskin, dapat merasai kuah itu sudah merupakan satu nikmat yang besar. Bayangkan jika mereka diberikan makanan yang lazat dan berkhasiat. Tentu mereka lebih gembira. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/bfr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Kurang Makan Sayur Dan Ulam

Rakyat Malaysia Kurang Makan Sayur Dan Ulam

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 343 hits
Assalamualaikum wbt Saya tak pasti dengan orang lain tapi jika saya nak makan pasti ulam ulaman ataupun sayur sayuran akan diambil Bila takde sayur rasa macam tak power makanan masa tue hihihi Tapi awak tau tak menurut kata Timbalan Ketua P...
Tunggu Kewangan Sihat Untuk Realisasi Mimpi Rakyat Malaysia

Tunggu Kewangan Sihat Untuk Realisasi Mimpi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 317 hits
KERAJAAN tidak akan menghapuskan lebuh raya bertol sehingga keadaan kewangan negara kembali stabil dan sihat Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata dasar kerajaan ketika ini amat jelas untuk tidak menghapuskan tol di lebuh raya di negara ini ...
Menari Sambil Libas Rambut Rakyat Malaysia Samakan Sajat Dengan Nenek Siam

Menari Sambil Libas Rambut Rakyat Malaysia Samakan Sajat Dengan Nenek Siam

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 701 hits
Sejak kebelakangan ini ada sahaja video yang dimuat naik oleh Sajat di laman Instagramnya Terbaru Sajat dilihat telah memuat naik videonya yang sedang menari lagu Hindustan dengan kapsyenMenari Sambil Libas Rambut Rakyat Malaysia Samakan Sa...
Bongkar Sadis Bukti Nyata Betapa Rakyat Malaysia Tidak Mampu Lagi Memikul Beban Kenaikan Kos Sara Hidup Sahabatsmb

Bongkar Sadis Bukti Nyata Betapa Rakyat Malaysia Tidak Mampu Lagi Memikul Beban Kenaikan Kos Sara Hidup Sahabatsmb

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 416 hits
NEGARA NAK BANKRAP DAN RAKYAT TIDAK MAMPU LAGI TANGGUNG BEBAN KENAIKAN KOS SARA HIDUP BENARKAH Cuba kita lihat dan nilai menggunakan akal dan kebijaksanaan kita senario realiti sebenar yang sedang berlaku di negara kita hari ini 1 Tempahan ...
Benarkah Rakyat Malaysia Tidak Suka Membaca

Benarkah Rakyat Malaysia Tidak Suka Membaca

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 393 hits
SETAKAT mana perumpamaan buku sebagai gedung segala ilmu masih relevan Ini kerana pemantauan Unit Khas Utusan Malaysia mendapati rakyat Malaysia tidak membaca Pendek kata mereka tidak suka buku Pemantauan di beberapa lokasi tumpuan umum di ...
Rm900 Hendak Makan Apa Sembang Politik Deraih Rakyat Susah Juga Harapan Tinggal Harapan

Rm900 Hendak Makan Apa Sembang Politik Deraih Rakyat Susah Juga Harapan Tinggal Harapan

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR 26 Okt Peneroka Felda kini ber hadapan kegelisahan dan keresahan selepas harga komoditi sawit mencatatkan penurunan hari demi hari sekali gus menjejaskan pendapatan mereka sehingga hanya sekitar RM900 sebulan Seorang peneroka F...
Kenapa Rakyat China Berbondong Bondong Hijrah Ke Malaysia

Kenapa Rakyat China Berbondong Bondong Hijrah Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 334 hits
Mereka berhijrah berbonding bondong ke MalaysiaSetiap minggu saya temui wanita rakyat China yang bersalin di hospital tempat saya bekerja Suami mereka adalah rakyat Malaysia bererti anak anak yang baru lahir ini akan memiliki kerakyatan Mal...
Rakyat Malaysia Suka Buang Bazir Makanan 3000 Tan Metrik Makanan Yang Boleh Dimakan Dibuang Setiap Hari

Rakyat Malaysia Suka Buang Bazir Makanan 3000 Tan Metrik Makanan Yang Boleh Dimakan Dibuang Setiap Hari

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 447 hits
Bernama Pembaziran makanan di kalangan masyarakat negara ini semakin membimbangkan malah di peringkat kritikal demikian menurut Ketua Sekretariat MySaveFood Dr Ainu Husna MS Suhaimi Beliau merujuk kepada data yang dikeluarkan Perbadanan Pen...
16 Rakyat Malaysia Terbunuh Kemalangan Bas Di Chiang Mai

16 Rakyat Malaysia Terbunuh Kemalangan Bas Di Chiang Mai

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 283 hits
PETALING JAYA Enam belas pelancong warga Malaysia terbunuh dan lapan lagi cedera dalam kemalangan bas di Chiang Mai pada Ahad Polis berkata kemalangan berlaku di Jalan Chiang Mai Chiang Rai di Tambon Pamieng daerah Doi Saked pada pukul 11 3...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik