Rizal Jamin Penilaian Bersih Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh




KUALA LUMPUR: Penilaian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun memerintah negara dilihat terlalu sempit dan tidak menyeluruh.
Pengerusi PKR Pahang, Rizal Jamin, berkata walaupun analisis BERSIH terhadap beberapa aspek seperti reformasi pilihan raya dan pemansuhan beberapa undang-undang tertentu wajar diberi perhatian dan terdapat banyak isu struktur negara yang lebih kritikal tidak dimasukkan dalam penilaian mereka.
"Adakah hanya isu-isu ini menjadi punca masalah struktur negara? Bagaimana pula dengan reformasi fiskal, reformasi perkhidmatan awam dan hubungan antarabangsa? Senarai ini sebenarnya jauh lebih panjang.
"Kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membuat keputusan berani dengan memberi keutamaan kepada reformasi penting yang lebih besar impaknya terhadap negara, namun usaha itu tidak diambil kira dalam penilaian BERSIH," katanya dalam satu kenyataan.
Rizal berkata, rakyat diingatkan mengenai kesan kewangan besar yang diwarisi daripada skandal 1MDB serta kelembapan ekonomi akibat pandemik COVID-19.
"Dengan hutang terkumpul negara mencecah lebih RM1.2 trilion dan defisit belanjawan tahunan sekitar lima peratus, kerajaan telah melaksanakan langkah reformasi fiskal yang menyeluruh untuk memulihkan kewangan negara.
"Inisiatif seperti memperluaskan sumber pendapatan kerajaan, menambah baik proses perolehan dan mengurangkan defisit belanjawan secara beransur-ansur telah berjaya mengembalikan keyakinan pasaran sehingga penarafan kredit negara dinaikkan kepada A- oleh S&P dan BBB+ oleh Fitch Ratings. Tetapi, mengapa kejayaan ini tidak diambil kira oleh BERSIH?", katanya.
Tambah beliau, kerajaan turut memberikan fokus kepada reformasi sosial untuk menangani ketidaksamarataan pendapatan membabitkan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah yang telah ditingkatkan secara signifikan sejak 2022.
"Inisiatif untuk menamatkan kemiskinan tegar menerusi bantuan tunai langsung, kenaikan gaji 15 peratus untuk penjawat awam serta subsidi bahan api bersasar adalah bukti komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat. Tetapi, mengapa usaha ini juga tidak diambil kira.
"BERSIH digesa untuk memberikan penjelasan terhadap keutamaan reformasi yang diambil kira dalam kad laporan mereka.
"Adakah semua inisiatif reformasi yang saya sebutkan itu kurang penting berbanding yang diketengahkan BERSIH.
"Jika mereka perlu mengutamakan reformasi dalam tempoh masa tertentu, yang manakah akan BERSIH laksanakan dahulu? Jika reformasi itu dimasukkan, apakah markah Kerajaan Perpaduan masih kekal di tahap 'D'?" katanya.
Katanya, adalah penting untuk menilai prestasi kerajaan secara adil dan menyeluruh agar ia mencerminkan realiti sebenar usaha yang telah dilaksanakan.
Semalam, BERSIH memberi gred D iaitu 45.8 peratus kepada Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun mentadbir negara.
Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pemarkahan yang diberi menunjukkan wujud jurang signifikan dari aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi.
Beliau berkata, BERSIH ingin menekankan bahawa manifesto pilihan raya tetap terikat walaupun parti lain menyertai gabungan dan ia sepatutnya memberikan kelebihan dalam memenuhi kesemua agenda reformasi. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/11/rizal-jamin-penilaian-bersih-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Jual Tanah Di Gebeng Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang Undang Terhadap Andansura

Isu Jual Tanah Di Gebeng Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang Undang Terhadap Andansura

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 230 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang meneliti untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Andansura Rabu yang didakwa cuba menimbulkan persepsi mengenai perjanjian jual beli tanah yang dimeterai antara Pa...
Zahid Dedahkan Cubaan Hasut Bn Tinggalkan Kerajaan Perpaduan

Zahid Dedahkan Cubaan Hasut Bn Tinggalkan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 137 hits
Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan Pengerusi Barisan Nasional yang juga merupakan Presiden UMNO DS Zahid Hamidi dedahkan ada cubaan pihak tertentu untuk Barisan Nasional supaya meninggalkan Kerajaan Perpaduan Malah...
Kerajaan Perpaduan Yang Usahakan Pelarasan Pencen Tetapi Puak Pn Dan Lebai Yang Claim

Kerajaan Perpaduan Yang Usahakan Pelarasan Pencen Tetapi Puak Pn Dan Lebai Yang Claim

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 127 hits
AKHBAR TAK DAK ETIKA MACAM AHLI PARTI DAN PIMPINAN JANGAN PERASAN LA WOII PIMPINAN PN MASA JADI KERAJAAN 33 BULAN TAK SEBUT PUN BAB GAJI HANGPA SAKAW ADA LA Semua tahu bertahun veteren tentera berhimpun dan berdemo serah memorandum bagai un...
Zahid Hamidi Ada Usaha Tarik Bn Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan

Zahid Hamidi Ada Usaha Tarik Bn Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 174 hits
Noor Atiqah Sulaimannooratiqah sulaiman bh com myKuala Lumpur Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat usaha untuk menarik partinya keluar daripada Kerajaan Perpaduan seterusnya mengangkat individu darip...
Apa Pun Pandangan Bersih Hanya Cakap Tanpa Ada Pun Pembentangan Dan Perdebatan Mengenai Kerajaan Reformasi

Apa Pun Pandangan Bersih Hanya Cakap Tanpa Ada Pun Pembentangan Dan Perdebatan Mengenai Kerajaan Reformasi

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 156 hits
JANGAN MUSUHI DAN DIHARAP JUGA JANGANLAH SAMPAI ADA LAPORAN POLIS TERHADAP BERSIH21 November 2024Lantaran selama ini beranggapan Anwar Ibrahim adalah pemimpin maha hebat dan maha unggul yang mampu mengubah wajah Malaysia rata rata penyokong...
Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 381 hits
SHAH ALAM Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengingatkan Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan mengelakkan naratif yang boleh memecahbelahkan kerjasama politik sedia ada Ketua Penerangan Pemudanya Nasrun Nasaruddin berkata sebarang kenya...
Isu Punggah Bauksit Di Kuantan Kerajaan Pahang Sedia Berikan Kerjasama Penuh Kepada Sprm

Isu Punggah Bauksit Di Kuantan Kerajaan Pahang Sedia Berikan Kerjasama Penuh Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 161 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan membabitkan kegiatan memunggah keluar hasil galian yang dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah di sek...
Sambutan Kerajaan Madani Membazir Duit Rakyat Keluar Sekejap

Sambutan Kerajaan Madani Membazir Duit Rakyat Keluar Sekejap

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 184 hits
Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Nov adalah satu pembaziran bersifat politik dan tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat dibawah kata seorang penganalisis politik ...
Continuous Learning In Business

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Jalan Jalan Bukit Bendera

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelakon Imran Aqil Timang Cahaya Mata Sulung Dahlia Rizal Tahan Sakit Kontraksi Hampir 15 Jam

Mak Ayah Tegas Atau Terlalu Keras Hati Hati Bila Anak Dah Tak Nak Cerita Apa Apa

Taman Rekreasi Pulai Idaman

Penat Tapi Tetap Kena Buat

10 Checklist Lengkap Cara Jadi Virtual Assistant Dari Zero

Baked Pasta Yang Sedap