Isu Jual Tanah Di Gebeng Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang Undang Terhadap Andansura




KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Andansura Rabu yang didakwa cuba menimbulkan persepsi mengenai perjanjian jual beli tanah yang dimeterai antara Pasdec Holdings Berhad (PASDEC) dengan Petroluxe Refinery (M) Sdn Bhd (PETROLUXE), 13 November lalu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Penasihat Undang-Undang Negeri telah diminta untuk meneliti perkara itu sekiranya terdapat sebarang unsur fitnah, menghasut serta menimbulkan sangkaan jahat terhadap kerajaan negeri.
Menurutnya, perjanjian jual beli yang dimeterai antara PASDEC dengan PETROLUXE untuk tanah seluas 23.96 hektar di Gebeng melibatkan tanah pajakan 99 tahun untuk kegunaan industri.
"Sebagai pemaju hartanah, PASDEC membangunkan bank tanah yang dimiliki sama ada secara sendiri, melalui usaha sama atau penjualan kepada pihak yang akan memajukan projek tertentu dan ianya merupakan urusniaga biasa bagi syarikat terbabit.
"PETROLUXE pula akan membangunkan sebuah kompleks bersepadu loji penapisan minyak dan petrokimia yang melibatkan pelaburan berjumlah kira-kira RM3 bilion di atas tanah tersebut.
"Sebagai pelabur, PETROLUXE semestinya memerlukan jaminan guna pakai tapak loji penapisan tersebut secara berterusan dengan membeli tanah tanpa perlu menyewa untuk jangka masa yang terhad," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.
Wan Rosdy berkata, menerusi perjanjian tersebut, PASDEC akan memperoleh kira-kira dua peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu dan tidak munasabah sekiranya PASDEC mempermodalkan tanah tersebut," katanya melalui kenyataan pada Sabtu bagi menjelaskan berhubung kenyataan Andansura yang didakwa cuba menimbulkan persepsi mengenai perjanjian jual beli tanah tersebut.
Wan Rosdy berkata, melalui hasil jualan tanah tersebut, PASDEC boleh mempercepatkan pembinaan projek-projek perumahan dan komersial yang sudah dalam perancangan.
"Projek-projek itu akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Pahang memiliki kediaman selesa pada harga yang berpatutan," katanya.
Jelas beliau lagi, Petroluxe adalah syarikat tempatan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pemegang saham majoritinya, Unigrand Petroluxe Sdn Bhd justeru tidak wujud isu pemilikan syarikat asing secara terus seperti didakwa.
"Syarikat itu juga sudah memperoleh kelulusan secara dasar daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mendirikan sebuah loji penapisan.
"Pelaburan itu bakal memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi
Negeri Pahang termasuk mewujudkan peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan, limpahan peluang perniagaan dan percambahan ekonomi hiliran," ujarnya.
Sementara itu, dalam kenyataan tersebut, Wan Rosdy turut menjelaskan keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hanya untuk menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut.
"Saya berharap rakyat tidak terkeliru dengan permainan persepsi yang cuba ditimbulkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang itu seolah-olah Pasdec sewenang-wenangnya menjual tanah kepada pihak luar tanpa ada perancangan jangka masa panjang," ujarnya. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/11/isu-jual-tanah-di-gebeng-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 222 hits
TEMERLOH Dewan Pemuda PAS Pahang menyatakan sokongan penuh terhadap titah Tuanku Sultan Pahang yang mengharamkan Ketuanya Mohd Zarimi Abu Zih berkata titah baginda merupakan langkah tepat dan wajar dalam memastikan kesejahteraan rakyat khus...
Kerajaan Negeri Ambil Perhatian Terhadap Isu Lubang Besar Di Jalan Industri Semambu Yang Tular

Kerajaan Negeri Ambil Perhatian Terhadap Isu Lubang Besar Di Jalan Industri Semambu Yang Tular

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 216 hits
KUANTAN Sebuah lubang besar dipercayai pada kedalaman 4 0 meter dikesan dekat Jalan Industri Semambu dekat sini Perkara dikongsikan menerusi video oleh pubgnewinarea yang bimbang jika ada pengguna jalan raya terjejas akibat lubang besar yan...
Isu Punggah Bauksit Di Kuantan Kerajaan Pahang Sedia Berikan Kerjasama Penuh Kepada Sprm

Isu Punggah Bauksit Di Kuantan Kerajaan Pahang Sedia Berikan Kerjasama Penuh Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 130 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan membabitkan kegiatan memunggah keluar hasil galian yang dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah di sek...
Sultan Pahang Titah Undang Undang Syariah Negeri Disemak Dan Ditambah Baik Secara Berkala

Sultan Pahang Titah Undang Undang Syariah Negeri Disemak Dan Ditambah Baik Secara Berkala

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 205 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah undang undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten Baginda bertitah setiap pembaharuan...
Rizal Jamin Penilaian Bersih Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh

Rizal Jamin Penilaian Bersih Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR Penilaian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun memerintah negara dilihat terlalu sempit dan tidak menyeluruh Pengerusi PKR Pahang Rizal Jamin berkata walaupun analisis B...
Terima Komen Jahat Agensi Byun Wooseok Ambil Tindakan Undang Undang

Terima Komen Jahat Agensi Byun Wooseok Ambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 105 hits
Agensi Byun Woo seok telah mengambil tindakan undang undang untuk melindungi pelakon tersebut Artikel Berkaitan Varo Entertainment mengumumkan bahawa mereka baru baru ini telah memfailkan aduan jenayah terhadap hantaran dan komen jahat meng...
Lim Guan Eng Tindakan Kamu Ni Sampah Dan Merugikan Kerajaan Sekarang

Lim Guan Eng Tindakan Kamu Ni Sampah Dan Merugikan Kerajaan Sekarang

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 178 hits
Sham GhazLim Guan Eng tindakan kamu ni sampah dan merugikan Kerajaan swkarang Kumpulan kamu sudah tidak diterima dan kalah dalam Dap ahli DAP lagi cerdik menilai dan memilih kepimpinan yang lebih rasional dan berfikiran terbuka spt pasukan ...
Wan Rosdy Tanah Di Gebeng Yang Dijual Oleh Pasdec Untuk Pajakan 99 Tahun Bukannya Hak Milik Kekal

Wan Rosdy Tanah Di Gebeng Yang Dijual Oleh Pasdec Untuk Pajakan 99 Tahun Bukannya Hak Milik Kekal

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 168 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menjelaskan penjualan tanah perindustrian di Harbour Bay dekat Gebeng kepada sebuah syarikat adalah dengan tempoh pajakan 99 tahun bukannya menjadi hak milik kekal Menteri Besar Datuk Seri Hj Wan Rosdy Wan Ismail ber...
Kerajaan Pusat Mahu Majukan Aset Tanah Kelantan Dalam Rmk13

Kerajaan Pusat Mahu Majukan Aset Tanah Kelantan Dalam Rmk13

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 128 hits
Rafizi Ramli berkata kerajaan persekutuan berhasrat menjadikan tanah milik kerajaan negeri dan persendirian belum diteroka sebagai gedung makanan PETALING JAYA Kerajaan persekutuan berhasrat memanfaatkan aset tanah yang luas di Kelantan den...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton