Apa Pun Pandangan Bersih Hanya Cakap Tanpa Ada Pun Pembentangan Dan Perdebatan Mengenai Kerajaan Reformasi


 
JANGAN MUSUHI DAN DIHARAP JUGA JANGANLAH SAMPAI ADA LAPORAN POLIS TERHADAP BERSIH


21 November 2024


Lantaran selama ini beranggapan Anwar Ibrahim adalah pemimpin maha hebat dan maha unggul yang mampu mengubah wajah Malaysia, rata-rata penyokong beliau bagai ditimpa batu besar di kepala apabila Bersih memberi markah D kepada kerajaan madani yang dipimpinnya.


Mereka bukan saja tidak dapat menerima pemarkahan yang diberi Bersih itu, malah pelbagai kata-kata cercaan dan hinaan dilemparkan, khususnya kepada pengerusi badan pemantau pilihan raya itu, Faisal Abdul Aziz.


Selain markah D yang diberi Bersih yang tidak dapat diterima oleh para penyokong Anwar, barangkali yang lebih tidak dapat diterima ialah kerana Pengerusi PH itu juga dinilai tidak mampu menjadi Perdana Menteri yang lebih baik mengatasi Tun Mahathir Mohamad dan Ismail Sabri Yaakob.


Malah, Bersih menilai Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri terbaik sejak 2009 kerana berjaya melaksanakan pembaharuan banyak dalam kerajaan, meluluskan Akta Anti Lompat Parti dan memupuk kerjasama dwi-partisan yang mana melaluinya semua Ahli Parlimen pembangkang diberi peruntukan yang sama rata, walaupun cuma berkuasa selama 15 bulan saja.


Ia dianggap berbeza dengan Anwar yang walaupun sudah menjangkau 24 bulan menjadi Perdana Menteri, tetapi masih belum berjaya memuktamadkan perjanjian dwipartisan sebagaimana dijanjikan dalam manifesto, selain banyak lagi janji reformasi terus berada di awang-awangan dan tanpa ketahuan.


Sebagai badan pemantau pilihanraya yang selama ini dilihat pro PH, Bersih tentulah ada asas yang kukuh dalam memberi markah D kepada kerajaan madani.


Mereka tidak gopoh dan tidak juga dangkal dalam menganalisa prestasi Anwar dan kerajaan madani sejak dua tahun lalu, sebaliknya penyokong dan pemegang jawatan dalam kerajaan madani yang buta-buta menolak dapatan Bersih itulah yang boleh dikira gopoh serta dangkal lantaran lebih dipengaruhi oleh keinginan untuk membodek dan mengampu semata-mata.


Adalah dinasihatkan para penyokong Anwar jangan mudah samgat melenting, marah dan menolak mentah-mentah markah D yang diberi Bersih itu.


Mereka harus terbuka dan menerima dengan baik markah D atau lulus cukup-cukup makan yang diberi Bersih itu jika mahu melihat perubahan yang lebih baik dalam kerajaan.


Tanpa teguran dan kritikan, kerajaan tidak mungkin berubah ke arah lebih baik, bahkan lebih mungkin terus khayal dan leka, tambah-tambah lagi jika penyokong asyik mengampu, memuja dan mengucapkan  ungkapan “terbaik” saja sepanjang masa.


Sepatutnya para penyokong Anwar berterima kasih kepada Bersih kerana dengan markah D yang diberi itu bukan saja membuka ruang untuk kerajaan madani berusaha lebih baik menunaikan janji-janji reformasi, bahkan sedikit-sebanyak menyedarkan mereka juga bahawa Anwar masih belum yang terbaik setakat ini.


Jika Bersih pun melihat kerajaan madani hanya layak diberi markah D, cuba fikirkan markah apa yang  ada di kepala rakyat.


Kalau Bersih dapat melihat masih banyak janji reformasi dan kelemahan dalam kerajaan, jangan fikir rakyat tidak nampak semua itu.


Hakikatnya, rakyat juga nampak dan dapat menilainya, cuma mereka tidaklah sampai memberi markah tertentu secara terbuka sebagaimana yang Bersih lakukan.


Markah rakyat hanya akan dizahirkan di peti-peti undi ketika PRU16 nanti.


Maka, hati-hati dan jangan syok sendiri.


Untuk itu, sekali lagi diingatkan kepada semua pihak yang ada kaitan dengan kerajaan madani – penyokong dan pemegang jawatan – jangan tolak mentah-mentah markah yang diberi oleh Bersih dan jangan juga dinafikan dapatan D dengan kata-kata yang lebih bertujuan untuk membodek dan mengampu Anwar.


Lebih daripada itu, jangan cuba bermusuh dan mencerca Bersih.


Dan diharapkan juga janganlah sampai ada yang membuat laporan polis terhadap Bersih dengan tafsiran markah D itu suatu penghinaan kepada Perdana Menteri dan dianggap cubaan menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan.


Kesianlah pada polis….(ShahbudinHusin 21November2024)


https://shahbudindotcom.net/2024/11/jangan-musuhi-dan-diharap-juga-janganlah-sampai-ada-laporan-polis-terhadap-bersih/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/apa-pun-pandangan-bersih-hanya-cakap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rizal Jamin Penilaian Bersih Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh

Rizal Jamin Penilaian Bersih Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 136 hits
KUALA LUMPUR Penilaian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun memerintah negara dilihat terlalu sempit dan tidak menyeluruh Pengerusi PKR Pahang Rizal Jamin berkata walaupun analisis B...
Didapati Peniaga Bukan Islam Salah Guna Simbol Islam Kerajaan Akan Denda Rm1 Juta Atau Penjara 3 Tahun

Didapati Peniaga Bukan Islam Salah Guna Simbol Islam Kerajaan Akan Denda Rm1 Juta Atau Penjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 111 hits
Melalui laporan Malay Mail kini peniaga bukan Islam di dalam pengawasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas diberi amaran susulan salahguna simbol Islam untuk kaburi mata pelanggan Peniaga bukan Islam dilarang gu...
Kerajaan Belit Belit Radzi Jiddin Kena Tibai Dengan Howard Lee Dan Rafiz

Kerajaan Belit Belit Radzi Jiddin Kena Tibai Dengan Howard Lee Dan Rafiz

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 108 hits
Sidang Parlimen ucapan Radzi Jiddin dengan Gah Sombong Angkuh Memburukan Kerajaan Dengan Pelbagai Isu Malah Mengeluarkan Kenyataan Yang Sangat Tak Patut Sebagai seorang Pemimpin Ahli Parlimen Akan Tetapi Beliau Tetap Mengeluarkan kenyataan ...
Kerajaan Baru Cadang Tapi Kalau Nak Diteruskan Tak Ada Hal Pun

Kerajaan Baru Cadang Tapi Kalau Nak Diteruskan Tak Ada Hal Pun

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 110 hits
TAK MAHU KERAJAAN TARIK BALIK PENDAKWAAN ISTERI TUN DAIM BERTINDAK TERPUJI19 November 2024Isteri Tun Daim Zainudin dipetik sebagai berkata tiada keperluan untuk Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menghentikan pendakwaa...
Kerajaan Skibidi Yang Lepas

Kerajaan Skibidi Yang Lepas

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 77 hits
Desa HM Dulu masa PN jd kerajaan Minyak masak RM 49 5kg Ayam RM 12 kg Telur ayam tak dak Rakyat senang lenang Skrg PH BN jd kerajaan Minyak masak RM 28 Ayam RM 7 60Telur ayam berlambak Rakyat derita
Sultan Pahang Seru Kerajaan Haram Vape Sepenuhnya

Sultan Pahang Seru Kerajaan Haram Vape Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 106 hits
FMT ReportersAl Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah titah kerajaan tidak perlu menimbang bagi haramkan penggunaan vape yang menyumbang ketagihan dadah Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah zahir kebimbangan salah guna dadah makin meningkat did...
Isu Jual Tanah Di Gebeng Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang Undang Terhadap Andansura

Isu Jual Tanah Di Gebeng Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang Undang Terhadap Andansura

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 115 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang meneliti untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Andansura Rabu yang didakwa cuba menimbulkan persepsi mengenai perjanjian jual beli tanah yang dimeterai antara Pa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord