Restoran Halal Di Osaka Naritaya Osaka



Jika ke Osaka tidak sah kalau tak menjejakkan kaki ke Dotonbori. Bergambar berlatarbelakangkan papan tanda Glico Man sudah menjadi sesuatu yang wajib bagi mereka yang ingin membuktikan sudah sampai ke Osaka. Oleh sebab yang demikian papan tanda Glico Man ini telah dikenali sebagai mercu tanda Osaka
Glico Man merupakan papan iklan raksasa dari perusahaan snek dan makanan ringan Ezaki Glico. Pada tahun 1935, perusahaan berkenaan mempromosikan produknya dengan slogan ‘300 Meters on a Single Piece’.Tahukah korang bahawa Osaka cukup terkenal dengan gelaran "Tenka no daidokoro" atau "dapur negara" bagi merujuk kepada reputasinya sebagai syurga makanan. Tapi, adakah mudah untuk kita sebagai pelancong beragama islam untuk jumpa dan dapat makanan Halal di sana? Jawapannya adalah YA !!


RESTORAN HALAL NARITAYA DI OSAKA
Semasa saya berkunjung di Dotonbori pada tahun lepas, saya telah dibawa oleh seorang warga tempatan (Hero Chan) yang mana merupakan tour guide ketika kami ke Okayama untuk makan di sebuah restoran Halal yang ada berdekatan dengan Dotonbori. Pada awalnya saya menolak perlawaannya untuk belanja saya makan. Tapi, katanya beliau nak bawa saya ke sebuah restoran halal yang ada berdekatan di situ. Restoran tersebut adalah Naritaya yang merupakan sebuah restoran yang mempunyai sijil Halal. Sebenarnya, beliau sendiri tidak pernah makan di restoran ni. Oleh kerana nak belanja saya makan makanan Halal, beliau telah mendapatkan info tentang restoran Halal di Osaka dari kawan-kawannya.

Memandangkan beliau pun tak pernah ke sana, kami terpaksa menggunakan maps untuk mencari restoran tersebut. Memandangkan pada ketika itu malam, maka pergerakan kami agak terbatas untuk melihat sign dan sebagainya. Kami hampir tersesat kerana hal tersebut, tapi Alhamdulillah Hero Chan cuba telefon kedai tersebut dan staff mereka datang untuk ambil kami ke kedai mereka. Rupanya sudah terlalu dekat dengan lokasi kami :).

Kami di sambut mesra oleh staff mereka dan ada diantara staf mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Jadi lebih mudahlah untuk saya bertanya tentang menu-menu yang mereka ada kan. Semasa saya sampai, ada juga beberapa pelanggan mereka yang baru selesai makan yang merupakan warganegara Malaysia. Memandangkan saya ni pemalu, hanya senyuman jelah dapat saya beri kat diorang. hehe

Restoran Naritaya ni menawarkan Ramen, Mazesoba yang dibuat dengan Mee Homemade, Bahan Tempatan, serta original sos Naritaya dan Dashi. Untuk pengetahuan korang, menu yang paling popular di sini adalah Halal Wagyu seperti  Halal wagyu Yakiniku Bowl, Halal Wagyu Katsu dan Halal Wagyu Curry & Rice


Tapi memandangkan Hero Chan yang belanja saya, saya minta pandangan beliau untuk menu makan malam saya ketika itu. Dari banyak-banyak menu, saya pilih untuk cuba menu Miso Ramen mereka.  Nak cuba yang spicy tak boleh sebab masih dalam pantang pedas. Tapi, walaupun ianya Miso Ramen biasa, pedas tu boleh buat saya menangis menitiskan air mata tau. Berpeluh-peluh dibuatnya. Untuk saiz pula, mereka mempunyai pilihan saiz portion menu M, L, XL. Kalau nak cuba tu boleh ambik yang M dulu. Memandangkan saya ni dah rasa lapar sangat makan saya ambil L


Untuk ke sini korang boleh ke akses yang dekat iaitu stesen shinsaibashi. Korang juga tak perlu risau kerana ia juga dekat dengan kawasan membeli-belah di sekitar Dotonbori atau korang lapar selepas membeli-belah restoran ini sangat saya sarankan untuk korang pergi


Restoran ni merupakan satu-satunya restoran halal yang dibuka sepanjang hari dari jam 12am hingga 10pm tanpa rehat pada hari Sabtu dan Ahad! Lazimnya restoran jepun biasa selalu berehat antara pukul 3pm hingga 6pm. Para staf mereka cukup mesra dan sangat cepat, jadi tidak perlu menunggu lama untuk menyiapkan makanan untuk disajikan pada pelanggan mereka. Walaupun menyediakan makanan Halal dan bebas dari minuman beralkohol, suasana restoran jepun itu tetap ada dan sudah semestinya akan menjadi pengalaman yang cukup baik kepada orang-orang yang pertama kali datang ke Jepun

Selain dari menyediakan makanan Halal, Naritaya Osaka juga ada menyediakan kemudahan ruang untuk solat dan berwudhu. Selain dari Osaka, mereka juga mempunyai cawangan lain di Asakusa dan Kyoto.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk laman sesawang mereka di http://naritaya-osaka.com/en/halal-restaurant-naritaya-osaka-minami/
Alamat :1-7-23 Higashi Shinsaibashi Chuo-ku, Osaka-shi, Osaka
Tel:+816-6281-0133


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2019/08/restoran-halal-di-osaka-naritaya-osaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemerintah China Hapus Logo Halal Di Restoran Beijing

Pemerintah China Hapus Logo Halal Di Restoran Beijing

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 370 hits
Aturan ini mencakup logo halal bertuliskan Arab ataupun simbol bulan sabit pada restoran dan toko bahan makanan
Waspada Penggunaan 5 Jenis Bahan Makanan Non Halal Ini

Waspada Penggunaan 5 Jenis Bahan Makanan Non Halal Ini

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 535 hits
Banyak bermunculannya gerai dan restoran di pusat keramaian dan perbelanjaan menjadi indikasi bahwa untuk saat ini bisnis kuliner di Indonesia sedang berkembang Di satu sisi tentu saja kita melihat kondisi ini sebagai sesuatu yang positif k...
Got Kimchi Pembekal Menu Makanan Korea Halal Sedap Untuk Seluruh Malaysia

Got Kimchi Pembekal Menu Makanan Korea Halal Sedap Untuk Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 1175 hits
KOREA Bila sebut saja perkataan ni terus terbayang cerita drama dan variety show yang popular dari sana Almaklumlah Korea ni kan banyak promosikan negara mereka dengan menggunakan kaedah ni Lagi pula idea penerbitan rancangan TV Show mereka...
5 Produk Pilihan Dari Duopharma Biotech Berhad Yang Dijamin Halal

5 Produk Pilihan Dari Duopharma Biotech Berhad Yang Dijamin Halal

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 756 hits
Semenjak dah menginjak ke usia 30 tahun ni memang kena jaga pemakanan dan dah kena ambil supplement secara konsisten Bila dah sakit atau demam lagi tinggi kos dan lagi banyak masalah Orang kata lebih baik mencegah daripada merawat But then ...
Eksport Halal Negara Dijangka Meningkat Kepada Rm2 5 Bilion

Eksport Halal Negara Dijangka Meningkat Kepada Rm2 5 Bilion

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 408 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Reneuf By La Estephe Sheet Mask Halal Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Reneuf By La Estephe Sheet Mask Halal Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 591 hits
Reneuf By La Estephe Sheet Mask Halal Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit Assalamualaikum Hai hari ini baru nak update blog biasa la sejak dah lama bercuti dengan rumah proses sedang baiki aritu lepas tu dengan masalah laptop screen tak berapa o...
Jakim Diminta Bantu Permudahkan Usahawan Dapatkan Sijil Halal

Jakim Diminta Bantu Permudahkan Usahawan Dapatkan Sijil Halal

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 406 hits
KOTA BHARU Kementerian Pembangunan Usahawan akan membantu usahawan terutama di luar bandar untuk mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sekali gus mampu memasarkan produk mereka ke peringkat lebih tinggi JOHORTIMES...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami