Restoran Campur Campur Kitchen Aneka Jenis Pilihan Makanan
RESTORAN CAMPUR CAMPUR KITCHEN : ANEKA JENIS PILIHAN MAKANAN
MENU MENARIK , SEDAP DAN HARGA BERPATUTAN
Agak lama AlongMurni (AM) rasa terkurung dalam rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Dengar kata kat RESTORAN CAMPUR CAMPUR KITCHEN ada 20% off bermula dari jam 3 petang sehingga 6 petang. Apalagi AM pun berpakatan untuk menjengah ke Restoran Campur Campur Kitchen yang berlokasi di D Pulze Shopping Centre Cyberjaya. Walaupun Kerajaan dah membenarkan semua aktiviti namun diingatkan yang kita harus berhati-hati dan mengamalkan norma baru iaitu memakai mask dan kerap mencuci tangan.
Sebenarnya, ini merupakan pertama kali AM menjejakkan kaki ke D Pulze Shopping Centre ini atas saranan kawan-kawan. Uniknya di Restoran Campur Campur Kitchen ini mempunyai tiga pilihan menu masakan berorientasikan Makanan Indonesia, Chinese dan Thai. Patutla namanya Campur Campur Kitchen yea.
Bagi menu pembuka selera, AM dan rakan-rakan memilih CRISPY BABY CRAB dan SALTED EGG YOLK CHICKEN BOXING. Rasa Crispy Baby Crab ini memang rangup dan boleh kunyah dengan tulang-tulang dia sekali manakala Salted Egg Yolk Chicken Boxing ini memang padu dengan salutan telur asin yang benar-benar menyatu pada ketam tersebut. AM memang sangat sarankan untuk mencuba kedua-dua menu pembuka selera ini.
Crispy Baby Crab : RM 12.90
Salted Egg Yolk Chicken Boxing : RM 13.90Kita beralih pula ke Pilihan Menu Utama yang sememangnya punyai rasa dan keunikan tersendiri dalam setiap hidangan. Antara menu-menu lauk pilihan yang dimakan bersama nasi putih adalah:
Black Pepper Beef Rice : RM 17.90
Fried Prawn with Salted Egg Yolk Rice : RM 19.90
Indonesia Ikan Bakar Rice: RM 17.90
Sambal Bamboo Clam Rice : RM 16.90
Indonesia Flying Fish Rice : RM 17.90
Butter Chicken Rice : RM 16.90
Chicken With Salted Egg Yolk Rice : RM 16.90
Ayam Bakar Rice : RM 15.90
Salted Egg with Yolk Sotong Rice : RM 16.90
Bagi yang menggemari jenis masakan goreng-goreng ada juga pilihan menu nasi goreng dengan lauk pauk aneka antaranya adalah:
Thai Pineapple Fried Rice with Butter Chicken : RM 17.90
Nasi Goreng Salted Egg Chicken and Shrimp : RM 17.90
Campur Belacan Chicken Fried Rice : RM 13.90
Siapa geng suka makan Kuey Teow?? Haaa.. kat Restoran Campur Campur Kitchen pun ada pilihan masakan kuey teow juga yea iaitu :
Cantonese Kuey Teow with Seafood : RM 16.90
Pan Fried Beef Kuey Teow : RM 13.90Pilihan menu western pun ada juga yea. Memang kena cuba sebab menu western dia lain macam sikit.. ☺☺☺
Chicken Chop with Salted Egg Sauce : RM 16.90
Butter Chicken Chop : RM 16.90haaaa.. Bila bab menu penutup mulut, memang AM sangat sarankan untuk semua mencuba tau!! Sebab sangat sedap dan cair dalam mulut yea..
Banana Toast with Chocolate : RM 7.90
French Toast with Honey : RM 6.90
Nak tahu saiz air minuman di sini?? Betul-betul besar tau!! Memang boleh jadi port tempat santai untuk melepak minum sambil menjamu selera d sini.
Saiz Minuman yang pelbagaiTambah menarik lagi, di sini juga memberi hidangan salad dan pop corn secara percuma sementara menanti hidangan sampai.
AM memang sangat sarankan untuk yang berada dan yang singgah di Cyberjaya untuk datang sendiri mencuba hidangan di Restoran Campur Campur Kitchen. Memang terbaik, sedap, portion banyak dan besar dengan harga yang sangat berpatutan.
Okey, menu hidangan dah sampai depan mata.. Jemput makan dan selamat Menjamu selera..
Jom ramai-ramai singgah ke Restoran Campur Campur Kitchen di alamat berikut:
Campur Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor,DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,63000 CyberjayaFacebook: www.facebook.com/campurcampurkitchen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2020/07/restoran-campur-campur-kitchen-aneka-jenis-pilihan-makanan.html