5 Restoran Pizza Pilihan Di Kuala Lumpur Yang Popular Dan Sedap
5 RESTORAN PIZZA PILIHAN DI KUALA LUMPUR YANG POPULAR DAN SEDAP - Dahulu kala, pizza adalah makanan kegemaran warga negara Itali dan juga Amerika Syarikat. Kini, pizza adalah makanan segera yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Dan, restoran pizza juga sudah banyak bertapak di Malaysia seperti Pizza Hut, Dominos, US Pizza, Mikey's New York Pizza, Pizza On Fire, Canadian Pizza, Vivo American Pizza dan banyak lagi. Nak makan pizza di restoran atau bawa pulang pizza delivery pun boleh . Mudah je,sekarang ni.
SEJARAH PIZZA
Pizza juga ada sejarahnya tersendiri. Haaa... Jangan pandai makan pizza je tapi tak tahu sejarah pizza. Wajib ambil tahu sejarah pizza juga tau ! Perkataan pizza di katakan di ambil dari turutan perkataan Yunani iaitu picea.
Kalau korang nak tahu pizza ini, ketika zaman Yunani purba apabila mereka menyiapkan menu masakan mereka yang berasaskan roti. Mereka akan melitupi roti mereka dengan bahan-bahan seperti minyak, herba dan keju.
Bagi zaman Roman pula, mereka mencipta kek plasenta daripada sekeping doh dan di hiaskan roti tersebut dengan keju, madu dan juga daun bay.
cara bakar pizza tradisional
Manakala masyarakat sekitar laut tengah pula, membuat roti yang berbentuk bulat seperti pizza.
Baiklah, kalau di Kuala Lumpur sekarang ini, kat mana kita boleh dapatkan pizza yang sedap? Meh mummy rekemen pada korang 5 RESTORAN PIZZA PILIHAN DI KUALA LUMPUR YANG POPULAR DAN SEDAP
5 RESTORAN PIZZA PILIHAN DI KUALA LUMPUR YANG POPULAR DAN SEDAP1. Domino's Pizza
Siapa yang tidak mengenali Domino's Pizza? Kalau ke restoran Domino's mummy suka memilih roti yang nipis sebegini ! Manakala suami pula, sukakan hand tossed biasa. Pilihan di Domino's pizza juga sangat banyak pilihannya. Restoran Domino's Pizza sangat banyak di sekitar Kuala Lumpur dan ianya juga terkenal dengan perkhidmatan delivery. Seperti yang tertera di tagline nya "BEST PIZZA DELIVERY IN MALAYSIA"
Harga Pizza di Domino's sangat berpatutan, jika ada promo boleh dapat bawah RM10 sahaja untuk personal pizza.
2. Pizza Hut
Pizza Hut juga sudah lama bertapak di Malaysia. Pizza Hut juga merupakan pilihan rakyat Malaysia terutamanya warga Kuala Lumpur. Sebab restoran Pizza Hut ni banyak cawangannya di sekitar Kuala Lumpur. Peminat Pizza Hut boleh memilih samada nak makan di restoran mahu pun pizza delivery
Harga pizza di Pizza Hut juga sangat berpatutan serendah RM10 dan boleh dapat murah lagi ketika promo !
3. US PIZZA
US Pizza di Malaysia ! Wah, gituuu ! Nama je US tapikan menu pizza di US Pizza ini sangatlah Malaysian. Ada pizza durian, pizza musang king, pizza salted egg dan banyak lagi pizza citarasa Malaysia boleh di dapati di sini !
US Pizza juga mempunyai perkhidmatan dine in (makan di restoran) serta take away dan pizza delivery !
Sumber gambar : google
Bagi yang mencari lokasi US Pizza di Kuala Lumpur. Korang boleh ke cawangannya di :-
US PIZZA DESA SRI HARTAMAS36, Jalan 24 / 70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, MalaysiaTel: 03-2382 1999
US PIZZA SERI PETALINGNo. 142-1 (Ground Floor), Jalan Radin Anum 1, 57400 Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur, MalaysiaTel: 03-9054 6681
US PIZZA AMPANGHoliday Villa Service Apartment, 225, Jalan Ampang, Taman U Thant, 50450 Kuala Lumpur, MalaysiaTel: 03-2166 6241
Waktu operasi : 10.30 pagi - 10.30 malam
4. Naked
Naked Pizza juga antara restoran pizza pilihan ramai di Kuala Lumpur. Menurut pengunjung Nani Nked Pizza mempunyai keunikan resipi pizza tersendiri hingga pernah menerima pelbagai anugerah.Selain dari pizza ada lagi menu lain seperti sup, salad, appetizer, hidangan utama hinggalah ke pencuci mulut.
Pasti ada yang menanyakan bila restaurant bercampur dengan bar adakah ianya halal? Di sini anda tidak perlu risau kerana Chef-chef yang bakal memasak hidangan anda beragama Islam. Head Chef sendiri Encik Mohd Azlan Bin Mat Din sudah berkerja di sini hampir 4 tahun . Memang tugasnya untuk memastikan segala bahan mentah yang dimasak adalah dari pembekal yang mempunyai sijil pengesahan HALAL.
Parking tidak perlu risau kerana banyak dan lokasi Naked Restaurant & Bar juga adalah strategik. Kalau nak tengok bola pun ada disini. Dari malam Jumaat hingga hujung minggu adalah waktu yang paling best. Pelbagai gelagat tetamu anda boleh lihat sendiri.
Lokasi : Block E-0-2 & E-1-2 Plaza Damas, 6, Block E-0-2 & E-1-2 Plaza Damas & Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
5. Vivo Pizza
Vivo Pizza pizza citarasa Amerika di Kuala Lumpur. Rata-rata pelanggan Vivo Pizza repeat ke sini adalah kerana pizza yang fresh dan kids friendly. Bagi yang mempunyai anak kecil. Anak kecil mesti memilih ke Vivo Pizza. Kerana hidangan untuk anak kecil sangat istimewa kerana di hidangkan dalam bekas makanan dan minuman yang cute
5 RESTORAN PIZZA PILIHAN DI KUALA LUMPUR YANG POPULAR DAN SEDAP highly recommended
Pengunjung boleh buat pilihan samada nak makan di restoran secara dine-in ataupun bawa pulang ( pizza delivery).
Bercakap tentang pizza delivery, pilihan mummy foodpanda je lah ! Senang dan mudah . Semua di hujung jari je
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2020/07/5-restoran-pizza-pilihan-di-kuala-lumpur-yang-sedap.html