Resepi Rempeyek Kacang Yang Sedap Dan Rangup Tak Pakai Acuan




RESEPI REMPEYEK KACANG YANG SEDAP DAN RANGUP TAK PAKAI ACUAN  | Dah dekat sebulan tepung beras yang suami beli tapi langsung tak guna pun. Risau pulak kalau sampai tarikh luput nya nanti kan dah rugi. Jadi saya rasa nak buat kuih rempeyek je la. Tapi acuan rempeyek tak ada. cemana ni?? Jangan risau.. Otak kan ada.. Hahhahha . Kita buat je la Rempeyek tak guna acuan . Tapi kita guna senduk je.



Walaupun rempeyek tak lawa macam guna acuan nya, tapi tetap sedap, rangup dan boleh makan.Hahah

Nak buat bancuhan rempeyek ni senang je. saya campak-campak je bahan-bahan nya. Cuma part tambah air tu je kena tambah sikit2. Jangan tuang semua.. Tambah sikit lepas tu kacau. Tambah lagi kacau sampai la bancuhan tu cair, Kalau pekat tak jadi tau..

Kalau bancuhan pekat kita punya rempeyek jadi liat. Bila cair senang nak dapatkan rempeyek yang nipis dan rangup.

3 kali jugak la tukar kuali sebab kuali tak boleh panas sangat. Dapur gas rumah saya ni pulak kemain nyalaan nya macam gila perhatian. Dah perlahan kan api pun rempeyek cepat sangat hangus. Saya ni siap guna kuali lawa merah ang ang tau. sebab nak ambik gambar masuk blog.

Bagi la nampak senonoh sikit bila nak masuk blog..kan??.. Rupanya dia tak nak kuali merah ang ang..



Kita tukar pulak pakai kuali beli kat Sakan 10 tahun lepas. Kuali putih bersih sebab jarang pakai.Haha.. kuali putih2 ni malas sikit nak guna sebab malas nak menyetal. Eh!!dia hangus jugak. kuali masih suci murni dia tak nak ok..



Rupanya dia nak kuali yang berkerak gini.. Sebab kerak bawah kuali tu tebal agaknya  jadi dia memang lambat hangus. jangan ada yang kecam tengok kuali saya ni dah la. Memang bukan salah kuali. Tapi salah dapur gas tu.. Hahah.

Dengan kuali mak mertua ni la berjaya buat rempeyek rangup dan sedap tak pakai acuan, Dapat la dua bekas Tupperware . Ni tinggal satu bekas je lagi sebab, biasa la, bila ada tukang masak ada la tukang makan. Rempeyek ni kegemaran seisi rumah rupanya.. Nanti boleh la buat lagi.

Senduk yang kita gunakan yang jenis macam gambar atas ni.. Senduk pun kena pakai yang tebal sikit macam tu. jangan pakai senduk jenis ringan tu. Dia melekat kat senduk dan tak mau tanggal. Nanti bebai sorang2 kat dapoq.

  Resepi Rempeyek rangup dan sedap tak pakai acuan
Ok..cerita panjang2 pun tak guna kalau tak bagi resepi..kan? Meh ambik2 resepi ni.. Salin dalam buku lekas..




Bahan-Bahan membuat rempeyek :

4 sudu besar tepung beras
1 biji telur
2 sudu besar santan serbuk
1 sudu kecil garam (letak sikit2 supaya tak terlajak masin)
1ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 genggam ikan bilis , ambik sejemput untuk blend. dan selebih nya untu letak atas rempeyek.
1 sudu kecil serbuk secukup rasa
segenggam kacang tanah. bersihkan dan tos sampai kering.
Air
Minyak untuk goreng (banyak)

Cara-Caranya:
 Sebelum mula memasak basuh dulu kacang tanah dan ikan bilis.

Tos kan supaya tak de air bertakung. Kacang dengan ikan bilis tu tak kering pun tak pe.. Yang pentinmg dak berendam dengan air..

Jom start bancuh.. Ambik satu bekas.

Masuk kan tepung beras , telur,  garam, Secukup Rasa, dan serbuk santan dalam bekas.

Tumbuk lumat bawang putih, jintan manis dan jintan putih. Masuk kan dalam tepung beras tadi.

Lepas tu masuk kan air sikit2 dan kacau guna whisk.

Bancuhan kena cair tapi tak la cair sangat.

Panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena panas..Senduk tu rendam dalam minyak panas tu. Api kena perlahan. Biar minyak tu panas dengan api perlahan je.

Bila senduk dan kuali dah panas cedok 1 sudu bancuhan dan tuang keliling senduk.

letak kacang dan ikan bilis.

lepas tu buang lebihan bancuhan dalam senduk ke dalam bekas bancuhan semula..Jangan buang dalam sink pulak.. hahahah

Kalau tak nak bagi kacang dan ikan bilis jatuh, tahan dengan sudu je. kemudian terbaik kan senduk tu bagi lebihan tepung jatuh dalam bekas bancuhan tadi.

lepas tu celup la dalam minyak panas.

Goyang2 sikit senduk supaya rempeyek keluar dari senduk dan ulang cara ni sampai la habis bancuhan tadi.



Api betul2 kena perlahan tau. kalau tidak tak masak pulak kacang nya.

Sejuk kan dan boleh la dihidangkan..

Nampak je macam rumit tapi bila dah ulang sampai 5,6 kali jadi mahir terus. Saya memula buat pun samp[ai hangus. Tengokgambar atas ni. Rempeyek yang hujung sana sampai hitam gara2 bontot kuali nipis.

Bancuhan ni sesuai jugak untuk korang buat guna acuan sebenar rempeyek. Sangat sedap dan boleh jual. Saya halalkan kalau korang nak jual.  Yang penting jangan kecam kuali.. hahahah...


Selamat mencuba dan semoga berjaya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2020/07/resepi-rempeyek-kacang-yang-sedap-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Cara Masak Mee Goreng Basah Bajet Yang Meletup Sedap

Resepi Cara Masak Mee Goreng Basah Bajet Yang Meletup Sedap

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 88 hits
Salah satu makanan kegemaran aku adalah mee goreng Aku suka buat yang basah basah sikit Bukan terlalu berair cuma lebih sikit basahnya Barulah sedap apabila bahan bahan rencahnya terasa kebasahannya dalam mee goreng tu Tapi bahan iringan se...
Resepi Kurma Daging Noxxa Simple Mudah Dan Sedap

Resepi Kurma Daging Noxxa Simple Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 81 hits
Resepi Kurma Daging Noxxa Mudah Dan Sedap Salam semua oklah ya perkongsian resepi pulak asyik beriklan jer Ini pun lama dalam draft Kurma daging noxxa semudah abc dah Sebenarnya ada sekali masak kurma daging dalam noxxa Tapi terlebih empuk ...
10 Aneka Resepi Sotong Mudah Dan Sedap

10 Aneka Resepi Sotong Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 72 hits
10 Aneka Resepi Sotong Mudah dan Sedap Untuk resepi Sotong ni memang banyak yang boleh digoogle untuk dijadikan menu samada untuk makan tengahari atau The post appeared first on
Resepi Mango Cheesecake Sedap Ala Kula Cakes

Resepi Mango Cheesecake Sedap Ala Kula Cakes

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 62 hits
Ingat tak cerita saya JJCM ke Kuantan sebelum ini Itu adalah saat di mana pertama kali saya singgah makan di Ia juga merupakan pengalaman pertama saya merasai mango cheesecake dalam hidup saya Disebabkan saya tak berapa suka cheese jadi keb...
Yang Dicari Ramai Resepi Kacang Pool

Yang Dicari Ramai Resepi Kacang Pool

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 82 hits
YANG DICARI RAMAI RESEPI KACANG POOLRamai orang suka ramai juga orang cari resepinya
Resepi Cream Cheese Brownies Yang Senang Dan Paling Sedap

Resepi Cream Cheese Brownies Yang Senang Dan Paling Sedap

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 99 hits
Ramai pembaca blog saya ni ialah penggemar brownies Boleh kata setiap hari ada je yang mencari cari resepi brownies saya Oleh sebab ramai yang suka brownies kali ni saya nak kongsikan pulak resepi cream cheese brownies Yang ni lagi sedap ta...
Resepi Sup Tulang Simple Dan Sedap Tanpa Tumis

Resepi Sup Tulang Simple Dan Sedap Tanpa Tumis

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 92 hits
Resepi Sup Tulang Simple Dan Sedap Tanpa Tumis Salam semua sup tulang kalau nak ikutkan macam macam resepi orang masak Lebih lebih lagi kalau resepi sup tulang yang ikut negeri masing masing Sis dengar pun boleh juga buat macam ni nampak se...
Sedap Rupanya Resepi Sotong Goreng Kunyit Dato Rizalman

Sedap Rupanya Resepi Sotong Goreng Kunyit Dato Rizalman

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 333 hits
Resepi Sotong Goreng Kunyit Dato Rizalman Sat ada sat takdak cheq ni aihhh Sebut nama Dato Rizalman teruih rasa nak menulih dalam loghat utara Walaupun cheq bukan asai utara tapi dan lebih 20 tahun merantau cari rezeki tang ni lidah pun dah...
Roti Tamat Tempoh Jangan Dibuang Buat Cucur Roti Untuk Kudapan Petang Rangup Sedap Berebut Anak Makan

Roti Tamat Tempoh Jangan Dibuang Buat Cucur Roti Untuk Kudapan Petang Rangup Sedap Berebut Anak Makan

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 64 hits
Selalu kalau beli roti memang tak pernah habis jadi sudahnya terpaksa dibuang saja Jadi sebelum sampai tarikh luput dan masih banyak roti yang berlebihan apa kata buatkan cucur roti untuk kudapan petang anda sekeluarga Mudah dan sedap hanya...
Terbongkar Rahsia Hubungan Seks Anwar Ibrahim Dengan Aidil Azim A K A Raja Goyang

King Of Bahrain Arrives In Dubai With Robot Bodyguard

Bukan Bilis Lagi Yang Ditangkap Kali Ni Pengarah Penguatkuasa Mbsa Pula Ditahan Sprm

Mungkin Beginilah Nasib Negara Kita Jika Tiada Spesis Gelang Pink Yang Pentingkan Diri Sendiri

Walau Dah Ada 4 Anak Sari Yanti Tetap Cantik Amp Makin Berseri Lepas Bersalin

Gambar Abu Bakar Juah Tenat Mulut Senget Tolong Jangan Sebar Aris Ariwatan

Suami Tega Jual Istri Rp 700 000 Sekali Kencan Tawarkan Kamar Kos Jadi Tempat Prostitusi

Tamara Bleszynski Enam Tahun Penjara Yang Benar Aja



Senarai Lagu Tugasan Konsert Pertama Big Stage 2020 Minggu 1

5 Pengurus Bola Sepak Terkenal Tak Pernah Main Tahap Pro

Bagaimana TikToker Menjana Pendapatan

Asal Usul Nama Matawang Negara Asia

Biodata Malek Mccrone Pelakon Drama Kebaya Kasut Kanvas


Sambut Hari Jadi Ke 40 Song Jihyo Ucap Terima Kasih Atas Ingatan Peminat

Turki Akan Gantung Hubungan Diplomatik Dengan Uae

Dia Ada Blog Lain La

Semakan Epenjana Etunai Rm50

Banyaknya Salah Dengan Anak Tanpa Sedar Kita Buat Anak Menangis Dalam Diam

Nasi Tak Habis Jangan Buang Boleh Buat 6 Resepi Mudah Kreatif Kudapan Anak Mama Baru Tak Membazir