Resepi Mango Cheesecake Sedap Ala Kula Cakes



Ingat tak cerita saya JJCM ke Kuantan sebelum ini? Itu adalah saat di mana pertama kali saya singgah makan di Kula Cakes dan Lila Wadi. Ia juga merupakan pengalaman pertama saya merasai mango cheesecake dalam hidup saya. Disebabkan saya tak berapa suka cheese, jadi kebanyakan kek bercheese saya memang tak makan


Tapi pengalaman merasai mango cheesecake waktu JJCM di Kuantan sebelum ini, terus merubah persepsi saya yang cheese ni rupa-rupanya sedap jika kena dengan cara masak dan makannya. Kena makan sejuk-sejuk dan ditambah perisa sikit macam mangga, boom..terus jadi sedap. Tak faham kenapa sebelum ni saya rasa cheesecake di Secret Recipe semuanya tak best. Hermm..mungkin sebab mind set juga kot


Bila dah sekali rasa mango cheesecake di sana, buat saya craving pula nak makan lagi. Disebabkan jauh sangat nak ke sana, jadi macam biasa kita cuba buat sendiri mango cheesecake ala Kula Cakes punya style. Rupanya tak susah mana pun nak buat cheesecake, sehari buat terus habis. Memang dapat sambutan hangatla kiranya


Disebabkan saya baru nak cuba buat menu mango cheesecake ni dan tak tau samada hasil dia akan jadi sedap atau tidak, jadi saya kurangkan kuantiti bahan daripada menu asalnya. Selain itu, saya juga gabungkan resepi daripada beberapa buat laman web dan blog, serta tukarkan daripada letak lemon kepada limau kasturi dan tambah beberapa sudu yogurt ke dalam adunan


Hambik tu, semua saya tukar. Haha..tapi takpelah. Asal rasanya sedap dan mengikut piawaian tekak, kita teruskan je la dengan resepi ni. Sebelum ni saya pernah juga buat mango cheesecake, tapi kejadiannya sangat menghampakan. Walaupun tiga lapisan biskut, cheese dan mangga elok tersusun, tapi warna lapisan atasnya keorenan. Tak cantik


Rupanya buah mangga yang digunakan pun tak boleh sebarangan guna ye. Sebelum ni saya guna mangga mas hitam, jadi memang warnanya agak keorenan dan berurat. Kali ni saya tukar dengan mangga yang biasa digunakan untuk buat air buah, alhamdulillah..cantik kejadiannya. Jadi kalau tak tau nak pilih buah mangga apa masa beli di kedai nanti, minta je mangga yang digunakan untuk buat air. Ha, senang sebab saya pun tak tau apa nama buah mangga ni :D

Saya gunakan springform pan atau loyang yang boleh dicabut dasar bawahnya. Kalau guna loyang biasa pun boleh, cuma susah sikit nak keluarkan kek nanti sebab lapisan paling bawah adalah biskut. Saya risau akan ada yang hancur nanti. Jadi, kalau dasar loyang boleh dikeluarkan, senang sikit waktu memotong kek nanti


Untuk resepi mango cheesecake ni, saiz springform pan yang sesuai digunakan adalah 18cm. Tapi saya hentam saja guna pan saiz 26cm, sebab tu  dalam gambar nampak kek macam bantat, padahal kuantiti saya dah kurangkan daripada asal dan guna saiz pan besar. Selain tu, resepi ni anggaran untuk 6 orang makan sahaja (jika guna pan saiz 18cm). Harap maklum ye


Resepi Mango Cheesecake ala Lila Wadi
Bahan-bahan
Sebiji mangga kuningCream cheese - 100 gram50 gram biskut20 gram mentega (dicairkan)3 sudu besar plain yogurt80 gram susu pekatSebiji limau kasturi 2 sudu besar gula1 sudu teh serbuk gelatin3 sudu besar air suam

Cara Penyediaan
1. Kisar biskut hingga hancur. Kemudian masukkan mentega cair ke dalam biskut dan gaul sebati
2. Masukkan biskut ke dalam loyang dan mampatkan biskut ke seluruh permukaan dasar loyang
3. Simpan dalam peti ais selama satu jam
4. Untuk lapisan seterusnya, masukkan cream cheese, yogurt, susu pekat dan perahan limau kasturi ke dalam mangkuk. Dengan menggunakan mixer, kacau campuran sehingga kembang
5. Tuang di atas lapisan biskut dan sejukkan dalam peti ais selama satu jam
6. Untuk lapisan terakhir, bahagikan buah mangga kepada dua bahagian. Satu bahagian mangga dipotong dadu dan sebahagian lagi dikisar. Masukkan gula semasa mengisar
7. Masukkan serbuk gelatin ke dalam air suam dan biarkan selama setengah jam
8. Setelah serbuk gelatin larut sepenuhnya, masukkan larutan gelatin ke dalam mangga kisar dan gaul sebati
9. Tuangkan bahan kisar ke atas lapisan cream cheese. Kemudian masukkan mangga dadu ke atas lapisan mangga kisar
10. Simpan kembali dalam peti ais selama satu jam
11. Siap


Jika serbuk gelatin tak melarut sepenuhnya, boleh juga panaskan di atas dapur untuk mempercepatkan proses pelarutannya. Namun disebabkan saya hanya menggunakan sedikit air sahaja, jadi saya memilih untuk melarutkannya seiring masa berjalan, takut kering pula air nanti. Mango cheesecake ni sedap dimakan sejuk-sejuk dan perlu disimpan dalam peti ais. Boleh dijadikan menu minum petang sambil bersantai bersama keluarga


Kalau awak dah cuba buat, komenlah kat bawah. Mana tau ada apa-apa tips lain yang saya tak tau pasal mango cheesecake ni. Btw selamat mencuba ye



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/07/resepi-mango-cheesecake-kula-cakes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sambal Goreng Jawa Cara Simple Tetap Sedap

Resepi Sambal Goreng Jawa Cara Simple Tetap Sedap

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 776 hits
Resepi Sambal Goreng Jawa Cara Simple Tetap Sedap Cara simple macam mana tu Sambal goreng jawa yang derhaka sebab tak cukup bahan Hehe boleh gitu Boleh je yang nak makan kita kenalah kreatif walau tak cukup bahan bahannya Yang penting rasa ...
Sedap Rupanya Resepi Sotong Goreng Kunyit Dato Rizalman

Sedap Rupanya Resepi Sotong Goreng Kunyit Dato Rizalman

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 1727 hits
Resepi Sotong Goreng Kunyit Dato Rizalman Sat ada sat takdak cheq ni aihhh Sebut nama Dato Rizalman teruih rasa nak menulih dalam loghat utara Walaupun cheq bukan asai utara tapi dan lebih 20 tahun merantau cari rezeki tang ni lidah pun dah...
Resepi Cream Cheese Brownies Yang Senang Dan Paling Sedap

Resepi Cream Cheese Brownies Yang Senang Dan Paling Sedap

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 666 hits
Ramai pembaca blog saya ni ialah penggemar brownies Boleh kata setiap hari ada je yang mencari cari resepi brownies saya Oleh sebab ramai yang suka brownies kali ni saya nak kongsikan pulak resepi cream cheese brownies Yang ni lagi sedap ta...
Resepi Cara Mudah Buat Burn Cheesecake

Resepi Cara Mudah Buat Burn Cheesecake

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 433 hits
Salam to all my readers Last week balik Klang sempatlah pergi makan makan dekat rumah pak saudara sorang Masuk rumah dorang siap ada kena scan barcode MySejahtera lagi Perghh hahaha Tak ramai mana pun orang kecil kecilan sahaja Lepas makan ...
Resepi Cheesecake 4 Bahan Jer

Resepi Cheesecake 4 Bahan Jer

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 358 hits
RESEPI CHEESECAKE 4 BAHAN JE 250g cream cheese 250g susu pekat Telur 5biji Tepung gandum 1 2 cwn Asingkan putih telur dan kuning mixer kan putih telur sampai kental bekas lain pukul creamcheese bersama susu pekat smpai kembang Masukkan telu...
Rajin Buat Resepi Macaroni Bakar Simple Dan Sedap

Rajin Buat Resepi Macaroni Bakar Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 446 hits
Cara Buat Macaroni Bakar Simple dan Sedap Haiiii sayang sayang semua Sihat ke Macam mana korang adapt life dengan
Resipi Bubur Ayam Sedap Ala Mc D Guna 5 Bahan Je Hidangan Seisi Keluarga Anak Makan Bertambah Tambah

Resipi Bubur Ayam Sedap Ala Mc D Guna 5 Bahan Je Hidangan Seisi Keluarga Anak Makan Bertambah Tambah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 394 hits
Makanan seperti bubur memang digemari oleh anak anak terutamanya yang masih kecil Tambah pula bubur yang macam jual dekat restoran makanan segera seperti Mcdonald s Ada kalanya bila nak beli bubur tu sold out Jadi kalau nak makan seisi kelu...
Resepi Rempeyek Kacang Yang Sedap Dan Rangup Tak Pakai Acuan

Resepi Rempeyek Kacang Yang Sedap Dan Rangup Tak Pakai Acuan

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 580 hits
RESEPI REMPEYEK KACANG YANG SEDAP DAN RANGUP TAK PAKAI ACUAN Dah dekat sebulan tepung beras yang suami beli tapi langsung tak guna pun Risau pulak kalau sampai tarikh luput nya nanti kan dah rugi Jadi saya rasa nak buat kuih rempeyek je la ...
Resepi Aiskrim Malaysia Viral Ala Magnum Cara Mudah

Resepi Aiskrim Malaysia Viral Ala Magnum Cara Mudah

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 842 hits
Resepi Aiskrim Malaysia Viral Ala Magnum Assalamualaikum dan salam ceria Ciktom ni memang hantu aiskrim sejak dari dulu Suka
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri