Resepi Kurma Daging Noxxa Simple Mudah Dan Sedap
Resepi Kurma Daging Noxxa Mudah Dan Sedap | Salam semua, oklah ya, perkongsian resepi pulak asyik beriklan jer. Ini pun lama dalam draft. Kurma daging noxxa, semudah abc dah. Sebenarnya ada sekali masak kurma daging dalam noxxa. Tapi terlebih empuk ubi kentang, pasal masuk sekaligus. Lama bereksperimen baru wani faham kenapa dah tak boleh nak masuk awal-awal ubi kentang. Silap-silap boleh hancur ubi kentang tu sebab dah ada pengalaman.
Kali ini nak cuba guna rempah kurma keluaran faiza. Wani rajin hari tu nak perap bagai daging. Sebab ikut resepi kalau perap lagi terasa rempah nya. Wani bukan setakat perap, pergi simpan dalam peti dan frozen kan daging perapan pulak. Selalu rajin kalau bab perap nak buat awal.
Tapi kalau terlebih rajin buat la macam wani ya. Orang kata perancangan memasak pun macam ni juga kan. Bila datang angin rajin nak memerap bagai ni bukan senang.
Resepi kurma, banyak variasi dan selalunya kalau masak kurma tak pernah nak goreng bawang, kali ini rajin ikut resepi rasanya kalau goreng bawang ni masakan lagi wangi.Siap masak semua total 30 minit.
Wani memang high pressure daging dalam 25 minit + 5 minit untuk ubi kentang untuk masa terakhir. Bukan setakat sedap makan dengan nasi. Buat cicah dengan roti pun boleh.
Resepi kat bawah, panjangkan resepi dekat sini, harap perkongsian ini dapat dijadikan panduan untuk orang lain. Lain kali boleh lah buat macam ni, memang sedap kena perap dulu daging tu.
Resepi Kurma Daging Noxxa Mudah Dan Sedap
Bahan - Bahan 700 gram daging batang pinang yang telah dipotong1 paket rempah kurmaBawang merah, bawang putih, halia dikisar dan garam secukup rasa dicampur dengan rempah kurma. Gaulkan dengan dagingBawang besar, dimayangRempah ratus 4 sekawan Kentang dan lobak merah 1/2 cawan santan pekat2 cawan airGaram secukup rasa2 helai daun pandan diikat2 keping asam kepingAir asam jawa secukupnyaGula melakaCara - Cara1) Set pada Noxxa pc pada "Stir-Fry" mode dan tekan on. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dimayang dan rempah ratus 4 sekawan sehingga wangi.2) Masukkan daging yang telah diperap tadi. Tumiskan seketika biar bahan tumisan nampak naik minyak sikit. Offkan stir fry.3) Masukkan daun pandan, gula melaka, air asam jawa dan asam keping.4) Masukkan santan separuh kotak, air dan garam. Air lebih kurang paras daging.tudung periuk noxxa.5) Set pada HP mode selama 25 minit. Pastikan tombol menghala ke arah Pressure.6) Dah bunyi beep, tekan off dan putar tombol menghala ke steam untuk melepaskan wap. 7) Kemudian, masukkan ubi kentang dan lobak yang dipotong sederhana. tutup tudung.8) High pressure selama 5 minit sahaja dan tekan on, selepas bunyi beep, tekan off, lepaskan wap, buka tudung, tekan stir fry nak bagi kuah tu sebati, didihkan dalam 2 - 3 minit.
9) Dah siap, ubi kentang tak terlalu hancur kalau nak pegang pun. Boleh hidangkan.
Kredit resepi : Lenny Marlynna
Baca juga : Resepi Kentang Putar Noxxa Mudah Siap 15 Minit
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2016/11/kurma-daging-noxxa.html