Resepi Sup Tulang Simple Dan Sedap Tanpa Tumis


Resepi Sup Tulang Simple Dan Sedap Tanpa Tumis | Salam semua, sup tulang kalau nak ikutkan macam- macam resepi orang masak. Lebih - lebih lagi kalau resepi sup tulang yang ikut negeri masing - masing. Sis dengar pun, boleh juga buat macam ni, nampak sedap jer. Resepi sup tulang ada yang tumis dan ada yang tanpa tumis. Kalian suka yang versi macam mana. Bagi sis, dua dua jenis sup tulang dah cuba samaada versi tumis ataupun tak tumis. Ada kelainan sikit.

Kalau rajin, buat versi tumis, kalau tak berapa rajin sis masuk sekali harung. Asal jadi sup sudah dan sedap. Sekarang ini nak rebus tulang dah mudah. Guna periuk tekanan. Sekejap saja ambil masa.


Kali ini, sis nak kongsi resepi sup tulang simple. Resepi sup tulang ini mudah saja sebab tak perlu tumis dan tak guna sup bunjut. Siapa yang suka resepi sup tulang simple macam ini, boleh lah cuba ya.

Makan dengan bihun atau kuey teow pun sedap.

Resepi Sup Tulang Simple Dan Sedap Tanpa Tumis 

Bahan - Bahan 
1kg tulang
air secukupnya
1 biji bawang kuning dibelah 2 ( tak buang kulit )*
5 ulas bawang merah dibelah 2 ( tak buang kulit )*
4 ulas bawang putih ( tak buang kulit )*
Halia 1 inci diketuk ( tak buang kulit )*

*Kesemua bahan ini dipanggang sekejap atas non stick frying pan.

1 sudu teh lada hitam
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2 bunga lawang
1 inci lengkuas
3 batang serai diketuk
Sedikit gula melaka atau ikut suka nak letak  banyak mana jangan banyak sangat
Daun sup dan bawang goreng secukupnya

Cara - Cara
1. Bawang kuning, bawang merah, bawang putih dan halia dipanggang sekejap atas non stick frying pan sehingga ia kecut dan nampak keperangan sikit kat permukaan belahan tu.
2. Masukkan air separuh daripada periuk tekanan dan masukkan tulang, lada hitam, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, lengkuas dan serai diketuk dan semua bahan yang dipanggang tadi.
3. Rebus sehingga isi kat tulang tu empuk. sekiranya tak lembut isi daging tu tambah lagi air. Jangan banyak sangat sekadar tulang tu timbul sikit.
4. Bila dah empuk daging tu, barulah tambahkan air untuk dijadikan kuah.
5.  Baru letak garam secukup rasa dan gula melaka didihkan sekali lagi, suai rasa. Jika terkurang garam tambah.
6. Bila dah siap taburkan daun sup dan juga bawang goreng. Hidangkan.

Selamat mencuba resepi sup tulang simple tanpa tumis ini.

Baca juga : Resepi Sup Tulang Paling Sedap Chef Wan Style

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2013/11/sup-tulang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sihat Ikan Cencaru Bakar Simple Bersama Resepi Air Asam Cicah Sedap Dan Mudah

Resepi Sihat Ikan Cencaru Bakar Simple Bersama Resepi Air Asam Cicah Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 749 hits
Assalamualaikum semua Video kali ini saya kongsikan resepi ikan bakar Resepi ikan cencaru bakar ini saya buat bersama resepi air asam cicah yang sedap dan mudah ini saya buat versi yang sihat tanpa minyak dan menggunakan garam yang sedikit ...
Resepi Sambal Goreng Jawa Cara Simple Tetap Sedap

Resepi Sambal Goreng Jawa Cara Simple Tetap Sedap

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 947 hits
Resepi Sambal Goreng Jawa Cara Simple Tetap Sedap Cara simple macam mana tu Sambal goreng jawa yang derhaka sebab tak cukup bahan Hehe boleh gitu Boleh je yang nak makan kita kenalah kreatif walau tak cukup bahan bahannya Yang penting rasa ...
Rajin Buat Resepi Macaroni Bakar Simple Dan Sedap

Rajin Buat Resepi Macaroni Bakar Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 566 hits
Cara Buat Macaroni Bakar Simple dan Sedap Haiiii sayang sayang semua Sihat ke Macam mana korang adapt life dengan
Resepi Kurma Daging Noxxa Simple Mudah Dan Sedap

Resepi Kurma Daging Noxxa Simple Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 975 hits
Resepi Kurma Daging Noxxa Mudah Dan Sedap Salam semua oklah ya perkongsian resepi pulak asyik beriklan jer Ini pun lama dalam draft Kurma daging noxxa semudah abc dah Sebenarnya ada sekali masak kurma daging dalam noxxa Tapi terlebih empuk ...
Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba

Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 865 hits
Himpunan 16 Resepi Menu Masakan Berasaskan Durian Yang Sedap Wajib Cuba Setiap kali tibanya musim buah durian apa lagi pelbagai hidangan menu yang boleh divariasikan dengan buah durian kan Selain daripada makan begitu saja buah durian banya...
Resepi Maggie Kari Goreng Simple Menu Paling Senang Masak Bersama Anak Anak

Resepi Maggie Kari Goreng Simple Menu Paling Senang Masak Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 716 hits
Assalamualaikum semua Memasak adalah rutin yang mampu mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita Lebih lebih lagi jika kita memasak bersama keluarga Untuk entri kali ini saya nak kongsikan pada anda semua untuk anda cuba Yang istimewanya mag...
Resepi Ayam Tumis Thai Lauk Paling Laku Kat Kedai Makan

Resepi Ayam Tumis Thai Lauk Paling Laku Kat Kedai Makan

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 580 hits
Resepi Ayam Tumis Thai Lauk Paling Laku Kat Kedai MakanLauk nie mmg laku keras kat kedai makan saya Makan nasi panas2 memang sedap
Resepi Sup Merah Gear Box

Resepi Sup Merah Gear Box

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 519 hits
AssalamualaikumResepi Sup Merah Gear Box Sepertimana yang korang rasa saya pun rasa juga Rasa sedih bila tak dapat pulang ke kampung Beraya kali ini menjadi kenangan paling berharga buat semua mana tidaknya beraya di tempoh PKP di kala covi...
Enam Sup Ringkas Cepat Dimasak Sedap Dihirup

Enam Sup Ringkas Cepat Dimasak Sedap Dihirup

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 470 hits
Bosan dengan menu lemak dan kari apa kata cuba pula menu rebus dan sup yang ringkas tapi tetap sedap sebagai lauk hidangan Menu seperti ini sangat praktikal dan jimat masa dan kos Selain mudah disediakan menu ini lebih sihat dan patut dimas...
Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Nasi Lemak Malam

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Jangan Jahil Murakkab

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000

Jaguar Has Produced Its Last Internal Combustion Vehicle And Will Go All Electric From 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi