Resepi Kuih Bulan Telur Asin Dan Keladi Ala Teochew


Semasa kecil, saya sering kali berasa teruja setiap kali perayaan besar kunjung tiba. Mana tidaknya? Semasa perayaanlah pelbagai kuih-muih dan manisan tradisional akan disediakan. Rindu betul saat-saat itu!
Nasib baik saya tak perlu tunggu terlalu lama kerana sambutan perayaan kuih bulan bakal menjelang. Sejarah di sebalik perayaan ini sememangnya cukup menarik untuk diceritakan.
Namun begitu, saya kesuntukan masa dan tidak mahu memberikan ringkasan sahaja. Kalau anda nak tahu kisah di sebalik perayaan ini, bacalah nukilan khas Butterkicap tentang perayaan kuih bulan di sini.
Keenakan Perisa Kuih Bulan Sudah baca tentang sejarah kuih bulan? Kalau ya, baguslah kerana anda berjaya tingkatkan pengetahuan anda tentang perayaan istimewa ini. Jika tidak, tak mengapa!
Anda boleh terus sediakan resepi kuih bulan yang saya nak kongsi di sini. Lebih mudah untuk cerna informasi baru bila ada kudapan, betul tak?
Secara tradisionalnya, hanya terdapat beberapa perisa klasik kuih bulan seperti keladi, biji teratai, dan telur asin tetapi dengan peredaran masa, semakin banyak perisa moden yang boleh didapati sehinggakan perisa-perisa klasik dilupakan. Saya tak nak cakap panjang-panjang tentang kesemua perisa kuih bulan yang boleh didapati sekarang di pasaran. Anda boleh baca tentang topik tersebut di sini.
Oleh sebab itulah, saya terasa tergerak hati untuk berkongsi satu resepi perisa kuih bulan yang cukup disukai oleh saya iaitu gabungan keladi dan telur kuning asing. Bagi saya, tiada perisa yang lebih klasik daripada perisa tersebut dan setiap kali saya menikmatinya, nostalgia zaman kanak-kanak pasti kembali bermain dalam fikiran.
Resepi ini cukup sesuai untuk dicuba oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam dan golongan vegetarian kerana semua bahan yang digunakan adalah yang berasaskan sayur-sayuran sahaja. Apa kata kita mula memasak?
Bahan-Bahan:
a) Inti
800g keladi, dikupas dan dipotong kepada hirisan sederhana tebal 1 sudu teh garam180g gula kastor80g minyak masak 30g kanji gandum 12 biji telur itik masin b) Doh Minyak
180g Tepung Kek100g lelemak sayuran c) Doh Air
100g tepung kek100g tepung gandum 50g lelemak sayuran30g gula kastor1/2 cawan air 1/2 sudu teh jus lemon
Cara-Cara:
a) Doh Air
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan uli hingga halus dan rata. Uli doh seperti menguli doh roti. Bahagi doh pada 3 bahagian sama rata. Biar rehat selama 20 minit. Pastikan anda letakkan label agar tidak keliru. b) Doh Minyak
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan uli hingga halus dan rata. Uli doh seperti menguli doh roti. Bahagi doh pada 3 bahagian sama rata. Biar rehat selama 20 minit.  
c) Inti Telur Kuning Asin
Kukus selama 10 hingga 15 minit atas api sederhana besar.Pastikan anda lapikkan dulang dengan kertas bakar sebelum masukkan telur asin untuk mengelakkannya melekat atas dulang selepas dikukus. Hal ini boleh menyebabkan telur kuning pecah semasa mengeluarkannya dari dulang.
d) Pes Keladi
Kupas kulit keladi, cuci dan hiris menjadi hirisan sederhana tebal. Tabur 1 sudu teh garam atas hirisan keladi. Kukus selama 20 minit atas api sederhana besar.Lenyek hingga halus menggunakan pelenyek atau pemproses makanan semasa masih panas. Masukkan separuh minyak masak ke dalam kuali tak lekat dan panaskan atas api kecil. Masukkan pes keladi dan kacau hingga pes menyerap kesemua minyak agar pes tak melekat atas kuali.Padamkan api. Masukkan gula kastor, kanji gandum dan baki minyak. Kacau rata semasa pes keladi masih panas.Selepas sudah sejuk, bahagian doh keladi pada bahagian-bahagian kecil seberat 70g.
e) Menyediakan Inti Keladi dan Telur Asin

Canaikan setiap doh keladi. Letakkan telur kuning asin yang dikukus di tengah dan tutup doh hingga menjadi bola. Ulang langkah ini hingga semua doh dan telur kuning asin habis.
f) Menyatukan Doh Minyak dan Air

Ambil satu bahagian doh air, bulatkan doh dan canaikan. Letakkan satu bahagian doh minyak di atas doh air. Kelim sekeliling doh dan bulatkan. Canaikan doh menjadi bentuk segi empat tepat menggunakan kayu canai senipis yang boleh. Pastikan kenipisan doh adalah sekata. Gulung doh seperti nak sediakan kek gulung (swiss roll).Pusingkan bahagian doh yang lebih pendek menghala ke arah anda. Gunakan kayu canai untuk ratakan doh sekali lagi hingga menjadi bentuk segi empat tepat dan senipis yang boleh. Gulung doh seperti sediakan kek gulung (swiss roll). Potong doh menjadi 4 bahagian sama rata. Lakukan yang sama dengan bahagian doh lain hingga anda mendapat 12 doh gulung.  Ambil satu bahagian doh gulung dengan corak pusaran menghadap anda, gunakan kayu canai dan ratakan doh senipis yang boleh. Letakkan pes keladi di tengah-tengah corak pusaran, kelim bahagian penjuru doh dan bulatkan doh sebaik mungkin. Buang doh lebihan.Bakar doh kek bulan dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 Selsius selama 30 minit pada tetapan rak tengah atau hingga mencapai warna perang keemasan. Jika kek bulan masih tak bertukar perang keemasan, letakkan dulang bakar di rak yang lebih tinggi. Anda juga boleh menggoreng kek bulan atas api sederhana hingga perang keemasan. Biarkan sejuk sempenuhnya sebelum potong dan hidang. Sedapnya Kuih Bulan! Saya berharap perkongsian kali ini cukup bermanfaat kepada anda dalam mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang perayaan kuih bulan. Jangan lupa untuk meletakkan hashtag #butterkicap dan tag saya di @justinescakesandkueh
Selamat mencuba dan makan banyak-banyak!
The post Resepi Kuih Bulan Telur Asin dan Keladi ala Teochew appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/resepi-kuih-bulan-telur-asin-dan-keladi-ala-teochew

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus

Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 577 hits
Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan yang diperkatakan ini semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus Berikut ...
Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 972 hits
Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap Sambal Tumis Telur Burung Puyuh telah menjadi salah satu menu favourite untuk daku dan suami sejak dulu Dan cara nak masak sambal tumis ni tak susah sebenarnya cuma tak dinafikan daku mas...
Tips Sukses Memulai Bisnis Ala Pengusaha Milenial Pencetak Rp600 Juta Per Bulan

Tips Sukses Memulai Bisnis Ala Pengusaha Milenial Pencetak Rp600 Juta Per Bulan

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 308 hits
Owner Bawadi Coffee Teuku Dharul Bawadi memberikan beberapa tips sukses untuk pelaku usaha yang ingin memulai bisnis baru Menurutnya untuk mengawali usaha hal yang paling pertama dilakukan adalah mempromosikan mereknya kemudian baru menentu...
Resepi Bulan Puasa Nasi Sotong

Resepi Bulan Puasa Nasi Sotong

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 404 hits
Resepi Bulan Puasa Nasi Sotong Sempena bulan puasa Mr Papito ingin berkongsi resepi nasi sotong yang dikongsikan oleh Humaira Hanny Rahmad Bahan bahan tumis bawang merah bawang putih serai halia 3 beradikminyak masaksotongberasgaramairCara ...
Resepi Mee Sup Ala Thai Tanpa Rempah Sup

Resepi Mee Sup Ala Thai Tanpa Rempah Sup

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 1070 hits
Hari hari mkn nasi bosan juga kan Hari ni tekak terasa nak makan mee sup ada jgk yg panggil mee rebus Tapi kalau nak ikutkan mee sup dengan mee rebus sangat lain rasanya dan mee rebus agak rumit sedikit nak masakJom kita start buat mee sup ...
Hujung Bulan Mengidam Nak Kunyah Kuih Kapit Crunchy Coklat Dan Peanut Butter

Hujung Bulan Mengidam Nak Kunyah Kuih Kapit Crunchy Coklat Dan Peanut Butter

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 1357 hits
Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Tak tahu kenapa bila dah lepas bulan raya jer tiba lak mulut ni mengidam nak mengunyah kuih kuih raya Hari tu masa bulan Syawal tak bedal cukup cuk...
Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni Kuih Serabai Ala Kedah

Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni Kuih Serabai Ala Kedah

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 757 hits
Hidangan Air Tangan VIP kali ini memang awesome resipi ori diwarisi dari ibu tersayang Walaupun sibuk bertugas sebagai Pengurus Grup Agensi Amanah Saham dan Usahawan Al Quran bertanda beliau tetap ada masa memasak untuk keluarga dan tetamu ...
Resepi Cheesecake Gebu Ala Jepun

Resepi Cheesecake Gebu Ala Jepun

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 933 hits
Kek Keju atau cheesecake pada asalnya daripada orang Greek bukan Grik di Perak tu tapi Greek ni adalah etnik yang menetap di Greece dan disebarkan oleh orang Rom ke seluruh Eropah Masuk ke era moden cheesecake moden ni dikhabarkan berasal d...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik