Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni Kuih Serabai Ala Kedah


Hidangan Air Tangan VIP kali ini memang ‘awesome’ resipi ori diwarisi dari ibu tersayang.. Walaupun sibuk bertugas sebagai Pengurus Grup Agensi Amanah Saham dan Usahawan Al-Quran bertanda, beliau tetap ada masa memasak untuk keluarga dan tetamu .
RASA menghurai petua dari Datin Nor Hafizah Saad ,45 tahun, yang handal memasak lauk pauk asli Kedah warisan keluarganya.

.Aktif di Instagram, rakaman photo shoot majalah RASA pada hari itu turut disiarkan secara langsung di akaun IG@ norhafizahsaad. Bagaimana cerianya kandungan instagram wanita peramah ini, begitulah dirinya bila diajak bersembang dan temuramah.
Usahawan berasal dari Lubok Buntar, Serdang Kedah ini adalah suri hati kepada Datuk Ramli Abdul Manaf , 52 tahun dan ibu kepada seorang cahaya mata Muhammad Ar-Rayyan Ramli berusia 4 tahun.

“Datuk tak makan masakan pembantu rumah. Dia nak masakan air tangan isteri sebab katanya isteri ada buat apa makan lauk air tangan pembantu rumah. Bukannya kahwin dengan ‘maid’ pun,” katanya diikuti dengan gelak ketawa.Bertemu jodoh agak lewat usia ketika berusia 40 tahun, pastinya rumahtangga yang baru terbina selama lima tahun ini cukup hangat dengan kasih sayang .
Semasa kami tiba hidangan tradisional Kedah telah pun dihidang cantik di dalam set pinggan mangkuk Port Meirion yang tekenal dari Britain dan Korea. Beliau membuat persediaan masakan seawal 6 pagi untuk menyiapkan empat menu istimewa ini iaitu Nasi Leuni , Sambal Ikan Bilis Bersama Terung Pipit, Kuih Serabai dengan kuah durian serta Mi Udang.

Ada cerita di sebalik sajian Nasi Lemuni yang berwarna hitam atau ungu tua ini. Warnanya adalah dari daun pokok lemuni yang berwarna hijau dan ungu di belakang daun. Jika di kampungnya pokok Lemuni senang didapati, bila tinggal di KL beliau mendapatkan bekalan dari rumah bapa saudaranya di Ampang yang menanam pokok ini.
“ Bila masak nasi lamuni, jangan kedekut ramuan. Bagi satu cawan beras, masukkan segenggam atau dua biar lebih berperisa rasa daunnya. Begitu juga dengan santan , sukatannya sama dengan jumlah beras. Gunakan pati santan dan kisarkan bersama daun lamuni.
Nak sedap lagi tambahkan sedikit lada hitam dan juga halia. Nasi ni juga sesuai dimakan untuk wanita dalam pantang bersalin. Tapi hati-hati lepas makan ‘angin’ terlepas keluar dari badan,” cerianya tertawa kecil.

Bercerita mengenai kuih serabai yang dimakan bersama kuah durian petuanya jika mahu lebih sedap boleh sahaja menggunakan durian Musang King dan gula Melaka. Jika gemarkan kelapa serabai juga boleh ditambahkan kelapa parut untuk menjadikannya serabai kelapa. Inilah antara sajian sarapan dan minum petang disukai keluarganya yang menetap di Pulau Pinang..
Berasal dari Kedah, Datin Fiza dan keluarga tinggal dan membesar di Pulau Pinang. Ibunya berniaga makanan di pasar malam memang handal memasak dan menjual laksa, bihun utara dan air tebu di gerai.
“Laksa mak cukup laris, sehari kami masak 30kg ikan sardin untuk laksa, boleh licin habis. Hari-hari saya tengok mak saya cukup ligat memasak. Kami empat beradik tolong aje. Dan hari-hari juga mak berpesan suruh belajar masa, sebab kalau dia ‘takde’ siapa yang nak tunjukkan cara masak. saya suka memerhatikan apa yang dimasak oleh mak,” imbaunya lagi.
Patutlah Datin Nor Hafizah cukup cekap di dapur. Beliau adalah pemerhati yang baik dan terang hati. Walaupun belajar memasak di usia 30 an, tetapi kini banyak resipi warisan ibunya telah pun ‘dikuasainya’.
NASI LEMUNI

BAHAN-BAHAN :
2 cawan beras | cuci dan tos2 cawan santan pekat @ pati |* 1beras : 1 santan2-3 genggam pucuk daun lamuni | dikisar dan tapis , ambil airnya. Pekat .4.5 sm halia muda | dihiris dan cincang halus1 sudu teh lada hitam2 1/2 biji bawang besar | dikisarGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan dan beras ke dalam periuk nasi
2. Tutup periuk dan biarkan hingga masak.
SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN :
200gm ikan bilis | digoreng dan toskan2 cawan terung pipit, dibuang tangkai dan bersihkan1/2 biji bawang besar, hiris nipis3 sudu besar air asam jawa2-3 senduk besar minyakGaram dan gula secukup rasaBahan untuk kisar halus:10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus4 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia1 biji bawang besar, potong 4CARA MEMASAK :
1. Goreng ikan bilis separuh masak. Asingkan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga kekuningan.
3. Masukkan bahan kisar dan masak sambal di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan ikan bilis, sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Kemudian masukkan terung pipit dan masak sehingga terung lembut. Angkat dan hidang.
KUIH SERABAI DAN KUAH DURIAN



BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum.1/2 cawan tepung beras1/2 cawan santan pekat.1 sudu kecil yis segera.2 sudu teh gula.1 1/2 cawan air.2 biji telur1 sudu kecil garam atau secukup rasa.Bahan kuah :1 cawan gula perang.1 cawan santan.1/2 cawan air4 ulas durian1 cawan santan pekat dan masukan 1 sudu besar tepung jagung | dibancuh2 helai daun pandan di simpul.CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit or sehingga naik kembang
2. Masukkan tepung gandung dan tepung beras dengan santan dan digaul masukan juga garam
3. Masukkan yis yang sudah kembang bersama tepung yang dah di bancuh 4. 4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable).
4. Sapukan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Sederhanakan api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh.
5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.
Cara masak kuah durian :
1. Masukkan gula dan air
2. Masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini. Bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung dan juga durian
3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat. Bila sejuk kuah ini akan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.
MI UDANG ISTIMEWA

BAHAN-BAHAN :
500gm udang laut500gm ATAU 1 bungkus mi kuning, celur2 sudu besar sos cili1 sudu besar sos tomato8-10 tangkai cili kering | buang biji dan rebus kemudian kisar halusATAU 3 sudu besar cili giling1/2 senduk minyak masakBahan untuk kisar halus:5 biji bawang merah4 ulas bawang putih1 sudu besar udang kering, rendam dalam air sehingga lembutBahan untuk rebus dan lenyek halus:3 ketul ubi kentangBahan untuk hiasan atau taburan:3 biji telur, rebus dan belah duacili merah, hiris nipissayur sawi, potong dan celurCARA MEMASAK :
1. Bersihkan udang laut dengan cara belah belakang dan buang tali hitam di belakang, dan potong janggut. tak buang kepala dan kulit Udang.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
4. Masukkan kentang lenyek diikuti air secukupnya. Anda perlu agak-agak kuantiti air, jangan kuah terlalu pekat.
5. Masukkan sos cili ,masak sehingga kuah mendidih.
6. Kemudian masukkan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mi dan taburkan dengan bahan hiasan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/07/datin-nor-hafizah-saad-kongsi-resipi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kuih Bulan Telur Asin Dan Keladi Ala Teochew

Resepi Kuih Bulan Telur Asin Dan Keladi Ala Teochew

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 924 hits
Semasa kecil saya sering kali berasa teruja setiap kali perayaan besar kunjung tiba Mana tidaknya Semasa perayaanlah pelbagai kuih muih dan manisan tradisional akan disediakan Rindu betul saat saat itu Nasib baik saya tak perlu tunggu terla...
Hanya Makan Nasi Lauk Cili Doktor Kongsi Pengalaman Ziarah Saudara Islam Rohingya Di Arakan

Hanya Makan Nasi Lauk Cili Doktor Kongsi Pengalaman Ziarah Saudara Islam Rohingya Di Arakan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 245 hits
Sedangkan kita di Malaysia ini mewah dengan makanan sehinggakan ada yang membazir Perhatikan anak anak kecil seronok bermain sambil dapat makan makanan kegemaran gula gula dan ais krim bahkan dapat makan nutrisi yang baik dalam kehidupan se...
Resipi Nasi Goreng Cili Kering Lebih Sedap Dan Menyelerakan

Resipi Nasi Goreng Cili Kering Lebih Sedap Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 584 hits
Nasi goreng adalah hidangan yang selalu menjadi pilihan ketika sarapan Malah ada juga yang lebih suka makan nasi goreng ketika makan malam Ini kerana nasi goreng tidak perlu ada lauk Cukup sekadar apa yang ada di dalam nasi itu sahaja Nah R...
Kuih Topi Cucur Jawa Resipi Cara Mudah Membuatnya

Kuih Topi Cucur Jawa Resipi Cara Mudah Membuatnya

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 1563 hits
Kuih topi atau juga dipanggil cucur topi antara jenis kueh yang terkenal di Kelantan Kuih topi juga dikenali dengan nama cucur jawa memang menjadi kegemaran ramai kerana tekstur kuih itu yang garing di tepi dan lembut di tengah Bahan bahan ...
Kuih Tradisional Daripada Pulut Menu No 5 Tu Tapai Sedap Melampau

Kuih Tradisional Daripada Pulut Menu No 5 Tu Tapai Sedap Melampau

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 809 hits
Bila disebut kuih Melayu Tradisional tepung dan beras pulut memang di antara bahan popular terkandung dalam ramuannya Pulut menjadikan kuih mengenyangkan dan sesuai disajikan waktu sarapan esok mahupun petang Jom kita cuba warisan resipi za...
Hujung Bulan Mengidam Nak Kunyah Kuih Kapit Crunchy Coklat Dan Peanut Butter

Hujung Bulan Mengidam Nak Kunyah Kuih Kapit Crunchy Coklat Dan Peanut Butter

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 1324 hits
Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Tak tahu kenapa bila dah lepas bulan raya jer tiba lak mulut ni mengidam nak mengunyah kuih kuih raya Hari tu masa bulan Syawal tak bedal cukup cuk...
Kuih Tepung Pelita Bekas Daun Pisang

Kuih Tepung Pelita Bekas Daun Pisang

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 913 hits
Kuih tepung pelita antara kuih popular di Kelantan Tidak pasti pula mengapa namanya kuih tepung pelita atau lebih kerap disebut tepung pelita Tepung pelita tidak pula nampak seperti atau iras iras pelita Seperti kebanyakan kuih di Kelantan ...
Mana Nak Cari Nasi Beriani Dengan Cheese Nan Di Tengah Tengah Kl

Mana Nak Cari Nasi Beriani Dengan Cheese Nan Di Tengah Tengah Kl

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 363 hits
RMSY house of real berianidalam restoran RMSYKat mana nak cari nasi beriani dan roti nan cheese nan di tengah tengah Bandaraya Kuala Lumpur nih Mungkin ada banyak yang korang boleh explore di Kuala Lumpur ni Yang aku nak bawa korang kali ni...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya