Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap


Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap  | Sambal Tumis Telur Burung Puyuh telah menjadi salah satu menu favourite untuk daku dan suami sejak dulu. 

Dan cara nak masak sambal tumis ni tak susah sebenarnya cuma tak dinafikan daku masak sambal tumis tidak ikut resepi original orang lama dengan menggunakan air asam jawa dan sebagainya. Sebabnya daku lebih suka masa sambal tumis telur puyuh simple dan mudah. Yang penting rasanya tetap sedap!! 


Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap 
Telur Puyuh Sangat Bagus Sebagai Makanan Diet 

Telur memang dikenal sebagai makanan yang diperkaya akan kandungan protein di dalamnya, Salah satunya adalah telur puyuh. Bagi masyarakat asia, telur ayam dan telur puyuh adalah sebahagian daripada menu biasa yang boleh di masak dan di makan dengan banyak kaedah. 

Kenapa telur puyuh lebih mahal dari telur ayam? Kalau dulu daku ingatkan hanya kerana telur puyuh ni susah sikit untuk dijumpai tapi rupa-rupanya ia lebih dari itu. Menurut pembacaan dikatakan yang telur puyuh ini mengandungi banyak khasiat. Antara khasiat tersebut adalah vitamin B2 dan B12. 

Menurut Mr. Google juga, telur burung puyuh dikatakan mempunyai sebanyak 13% kandungan protien di dalamnya berbanding dengan telur ayam yang hanya 11% protien sahaja. Dikatakan juga telur puyuh tidak memiliki kolesterol jahat (LDL) dan sangat kaya dengan kolesterol baik (HDL). Tak seperti telur ayam, telur puyuh tidak menyebabkan alergi. Kerana itulah burung puyuh ini sangat terkenal di kalangan penggemar menu-menu diet. 



Antara Keistimewaan Yang Ada Pada Telur Puyuh

Walaupun ukuran saiz telur puyuh ini kecil tetapi telur puyuh ternyata mengandung lebih banyak khasiat berbanding dengan telur ayam. Manfaat telur puyuh ini ada banyak dan kat sini akan daku senaraikan sekali beberapa khasiat telur puyuh berdasarkan info yang telah kuperoleh daripada Mr.Google. 

1.  Mencegah Kanser
Kandungan yang dimiliki oleh telur puyuh telah di  claim mampu untuk mencegah timbulnya sel kanser dalam tubuh. 
2. Melawan Timbulnya Alergi
Telur puyuh memiliki kandungan Ovomucoid, yang mana berguna untuk melawan gejala timbulnya alergi pada tubuh. Berbeza dengan telur ayam yang kadangkala boleh menyebabkan diathesis dan alergi.  
3. Membantu Tingkatkan Kesihatan Mata
Di dalam telur puuh turut terdapat zat Zeaksantin dan Lutein yang merupakan antara bahan alami untuk meningkatkan cahaya biru dari 20 hingga 90%. Kerana itu telur puyuh dikatakan baik untuk tingkatkan kesihatan pada bahagian mata.
Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap 
4. Mencegah Penuaan
Telur puyuh juga dikatakan dapat mencegah penuaan awal sehingga 40%. 
5. Untuk Membantu Perkembangan Janin
Di masa kehamilan, telur puyuh di anggap lebih baik daripada telur ayam dan perkembangan otak pada janin boleh menjadi lebih baik dengan makan telur puyuh sebagai ganti kepada telur ayam. Namun telur mentah dan separuh masak tetap juga di tegah. Nak makan pastikan telah masak sepenuhnya.
6. Menguatkan Fungsi Otak
Selain telur puyuh baik untuk menguatkan memori otak janin dalam kandungan, Nutrisi Kolin yang terdapat pada telur puyuh juga dapat mempertahankan fungsi otak bagi setiap orang di usia produktif. 
7. Menjadi Sumber Protein Terbaik
Jika dibandingkan dengan telur ayam maupun itik, Telur puyuh yang nampak kecil ini ternyata memiliki kandungan protein yang cukup tinggi. 
8. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Kandungan yang terdapat pada telur puyuh juga bagus untuk mempertahankan dan meningkatkan daya imunisasi pada tubuh. Oleh sebab itu, ramai yang mengamalkan menu sihat dengan makan 3 hingga 5 butir telur puyuh rebus di pagi hari. 

RESEPI : SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH 

Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap 
Bahan-Bahan:30 biji telur puyuh2 biji bawang besar - hiris nipis1 keping asam gelugur (asam keping)2 sudu besar gula pasir1 sudu kecil garam atau secukupnya2 - 3 sudu besar sos ciliSedikit serbuk perasa jika sukaMinyak untuk menumisSedikit air
Bahan Kisar:10 biji cili kering (rebus dulu dan buang bijinya)10 ulas bawang merah (kurangkan jika saiznya besar)5 ulas bawang putih1 batang serai ( tak nak letak pun takpe)
Cara Untuk Membuatnya :
1. Basuh semua telur kemudian rebus hingga masak di dalam periuk. Setelah sejuk, kupas kulitnya dan ketepikan. Jika nak lebih senang kupas, letakkan sedikit garam bersama beberapa titik minyak masak ke dalam periuk semasa di rebus.
2. Jika mahu elakkan telur dari mudah hancur, boleh panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan goreng telur seketika. Angkat dan ketepikan.  Jika tak nak buat cara no 2 ni pun takpe. Terserah.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Setelah itu masukkan sos cili dan gula. Gaul rata hingga pecah minyak sedikit. 
4.  Masukkan air, garam, serbuk perasa, asam keping dan juga bawang besar. Gaul semuanya sebati hingga bawang besar menjadi layu. Ohya, jika kalian sukakan bawang yang lebih rangup maka tak perlu masukkan bawang besar di langkah ini sebaliknya tunggu masuk sekali bersama telur di langkah no 5

5. Terus kacau kuah sambal tadi hingga menjadi pekat dan pecah minyak sekali lagi. Setelah itu bolehlah di masukkan telur puyuh ke dalamnya. Kacau sekejap hingga sebati dan bolehlah dihidangkan

Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap Okay, selamat mencuba...... =D



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/07/resepi-sambal-tumis-telur-puyuh-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam

Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 787 hits
Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam Haii kita buat ayam sambal jom hari ni sambal ayam yang lembut sedap manis pedas dan berlemak rasanya amboi bukan main masuk bakul angkat sendiri kan Siapa lah yang nak ...
Resepi Biskut Nestum Rangup Mudah Dan Sedap Tak Payah Terap

Resepi Biskut Nestum Rangup Mudah Dan Sedap Tak Payah Terap

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 527 hits
Resepi Biskut Nestum Rangup Mudah Dan Sedap Tak Payah Terap Salam semua sebulan berpuasa lepas tu sebulan Syawal beraya sampai sekarang masih lagi terasa kemeriahan raya ya lah kan ini bulan 7 lagi bulan depan nak masuk raya haji dah Sekeja...
Resepi Ayam Goreng Kunyit Yang Viral Mudah Dan Sedap Untuk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Goreng Kunyit Yang Viral Mudah Dan Sedap Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 556 hits
Bukan sahaja orang dewasa malah kanak kanak juga menggemari masakan ayam goreng kunyit rangup macam yang dijual di kedai makan Sesuai untuk dimakan bersama nasi panas atau dimakan dengan begitu sahaja sajian ini mendapat tempat di hati rama...
5 Langkah Mudah Buat Sambal Ikan Kering Tumbuk Tumbuk Je Siap

5 Langkah Mudah Buat Sambal Ikan Kering Tumbuk Tumbuk Je Siap

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 902 hits
Ada pedas ada masam ada masin ada manis Cara buat pun senang je tumbuk je belaka
4 Sambal Berhantu Lagi Pedas Lebih Sedap Ketagih

4 Sambal Berhantu Lagi Pedas Lebih Sedap Ketagih

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 1958 hits
Kata orang makan kalau tak pedas memang tak berselera Sebab tulah pelbagai menu kampung mesti pedas dan sambal antara menu wajib ada di meja hidangan Sebagai perkongsian bersama berikut dikongsikan empat menu berasaskan sambal yang sekali m...
Agar Agar Lapis Milo Dan Susu Yang Lembut Dan Sedap Resepi Sukatan Cawan

Agar Agar Lapis Milo Dan Susu Yang Lembut Dan Sedap Resepi Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 1456 hits
As Salam Agar Agar Lapis Milo Yang lembut dan Sedap Resepi Sukatan Cawan Alhamdulillah Syukur atas kesempatan masa yang Allah pinjamkan dapatlah saya akhirnya gagahkan diri yang sedia gagah untuk update blog Dah 18 Syawal wei Kejap bona eh ...
Resepi Tumis Sayur Kacang Panjang Dan Carot Bersama Udang Kertas

Resepi Tumis Sayur Kacang Panjang Dan Carot Bersama Udang Kertas

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 1204 hits
Aku masak menu sayur ini beberapa hari lepas iaitu tumis sayur kacang panjang dan carot bersama udang kertas Untuk mendapatkan khasiat pemakanan yang benar benar berkesan diet yang betul perlulah di ikuti berpandukan piramid makanan Menu sa...
Resepi Daging Tumis Pedas Cili Api Bersama Kacang Panjang

Resepi Daging Tumis Pedas Cili Api Bersama Kacang Panjang

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 822 hits
Bila selalu masak dan makan lauk daging semacam tak tau nak masak apa pula daging ini selain dari masak rendang masak lemak dan masak kari Fikir punya fikir aku nak buat jenis yang masak tak renyah dan cepat sikit siapnya Jadi aku buat masa...
Resepi Sambal Bantut Ikan Cencaru

Resepi Sambal Bantut Ikan Cencaru

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 895 hits
Resepi Sambal Bantut Ikan CencaruOkay sahabat disini saya kongsikan resepinya ya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025