Resepi Kek Latte Chai Gula Melaka Asin Dengan Krim Mentega Meringue Swiss


Sepertimana minuman coklat panas kayu manis yang menjadi minuman selesa di Barat, teh chai masala juga mempunyai tempat yang istimewa di hati peminat teh di negara seperti India dan Malaysia.

Walau di mana jua anda berada, dengan mudahnya anda dapat menikmati secawan teh chai panas, baik semasa waktu panas mahupun hujan di mana-mana kedai mamak berdekatan. Memang cukup menyelesakan!


Teh itu Chai! Chai, dalam bahasa hindi bermaksud teh. Lazimnya, di India, teh chai ini disediakan dengan bancuhan teh hitam, susu, rempah ratus seperti kayu manis dan buah pelaga yang dimaniskan dengan gula ataupun diminum begitu saja.
Bagi saya, saya sukakan teh chai saya dibancuh dengan sedikit buah pelaga, halia, bunga lawang, cengkih dan parutan buah oren. Memang cukup menyegarkan! Jika anda tak suka campuran rempah yang saya gunakan, silakan untuk ubah suai dan letakkan rempah yang anda suka.

Teh Dalam Bentuk Kek Untuk resepi kali ini, saya bercadang untuk menyediakan satu hidangan pencuci mulut yang diinspirasi oleh minuman kegemaran saya ini.
Ya, saya tahu sudah ramai orang telah berkongsi resepi kek berperisa chai ini. Oleh itu, saya bercadang untuk membuat sedikit perubahan dengan menggabungkan perisa kegemaran rakyat Malaysia iaitu gula melaka dalam resepi kak chai ini.

Rasa gula melaka yang lemak manis menaikkan lagi perisa chai dalam kek ini dan paling penting, rasanya tidak terlalu manis hingga membuatkan anda rasa muak dan jelak.


Bahan-Bahan:
a) Adunan Kek Span A
2 buah kulit, parutan90g susu segar4 uncang teh chai140g tepung kek, diayak1 1/4 cawan gula pasir1 sudu besar serbuk penaik1/2 sudu teh garam1 sudu teh serbuk kayu manis1/4 sudu teh serbuk halia1/4 sudu teh serbuk pelaga1/4 sudu teh serbuk cengkih60g mentega asin, dicairkan pada suhu bilik4 telur kuning, saiz sederhana2 sudu teh ekstrak vanila
b) Adunan Kek Span B
4 telur putih, saiz sederhana55g gula kastor 1 sudu teh krim tartar
c) Karamel Gula Melaka
50g gula melaka, diparut atau dipotong menjadi ketulan2 daun pandan, disimpul1/8 cawan (25ml) air
d) Krim Mentega Meringue Swiss
3 telur putih, saiz besar80g gula kastor150g mentega, suhu bilik¼ sudu teh ekstrak vanila¼ sudu teh garam
Cara-Cara:
a) Adunan Kek Span A
Lapik dulang kek 3 x 8 inci dengan 1 lapisan kertas bakar. Jangan griskan dulang kek.Panaskan ketuhar 175 darjah Celsius.Didihkan susu dalam periuk atas api sederhana dan padamkan api. Masukkan uncang teh dan rendam selama 30 minit. Keluarkan uncang teh dan tapiskan teh. Perah keluar sebanyak mana cecair boleh daripada uncang teh. Buang uncang teh. Ketepikan bancuhan teh dan biar menyejuk.Pukul gula kastor dan telur kuning hingga sebati. Masukkan mentega cair dan kacau rata. Masukkan latte chai. Pukul hingga rata. Masukkan semua bahan serbuk.Masukkan tepung kek yang diayak bersama serbuk penaik ke dalam adunan. Masukkan garam. Kacau hingga halus dan rata.
b) Adunan Kek Span B
Dengan pengadun elektrik, pukul telur putih hingga kembang. Masukkan krim tartar. Pukul hingga buih tebal terbentuk. Perlahan-lahan masukkan gula kastor. Teruskan memukul hingga adunan memuncak.
c) Menggabungkan Adunan Kek Span A & B
Kaup perlahan-lahan adunan telur putih ke dalam adunan telur kuning dalam 4 bahagian. Kaup hingga rata.Tuang adunan perlahan-lahan ke dalam dulang bakar kek. Goncang dari sisi ke sisi secara perlahan-lahan hingga adunan sekata. Hentak dulang perlahan-lahan di atas permukaan meja untuk mengeluarkan gelembung udara.Letakkan dulang bakar di bahagian tengah ketuhar dan bakar selama 20 minit hingga bahagian atas kek menjadi perang keemasan atau hingga tiada adunan melekat pada lidi uji.Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan menyejuk. Gunakan pisau mentega untuk tanggalkan sisi kek dari dulang bakar untuk memudahkan anda keluarkan kek.Letakkan kek di atas pelapik kek dan keluarkan kertas bakar. Potong kulit kek di permukaan kek. Potong kek untuk dapatkan 3 lapisan kek.
d) Karamel Gula Melaka
Satukan gula melaka, daun pandan dan air dalam periuk dan didihkan semua bahan atas api sederhana.Teruskan mengacau hingga gula larut dan cecair memekat. Angkat periuk, tapis cecair dan keluarkan daun pandan. Ketepikan karamel untuk menyejuk. Karamel akan makin memekat semasa proses menyejuk.
e) Krim Mentega Meringue Swiss
Potong mentega menjadi ketulan kiub. Ketepikan dan biarkan pada suhu bilik.Gabungkan telur putih dan gula dalam mangkuk kalis haba yang diletakkan dalam periuk berisi air panas. Pastikan dasar mangkuk tidak menyentuh air dalam periuk. Kacau gula secara manual hingga larut. kesat antara ibu jari dan jari telunjuk untuk lihat jika ada gula yang tidak terlarut.Pindahkan adunan telur putih ke dalam mangkuk pengadun. Dengan menggunakan sambungan pemukul, pukul pada kelajuan tinggi hingga adunan memuncak. Biarkan adunan menyejuk ke suhu bilik sebelum masukkan mentega untuk mengelakkan mentega mencair. Untuk mempercepatkan proses ini, anda boleh simpan meringue dalam peti sejuk.Pada kelajuan rendah, masukkan kiub mentega yang dipotong dan perlahan-lahan, tukarkan kelajuan ke kadar tinggi. Pukul adunan hingga rata. Kaup mangkuk jika perlu, Jika pada satu tahap, adunan kelihatan mendadih, teruskan memunkul hingga adunan menjadi krim mentega halus. Masukkan garam dan ekstrak vanila dan kacau hingga rata.Perlahankan kelajuan dan masukkan karamel gula melaka satu sudu teh pada satu masa. Kaup mangkuk menggunakan pelepa dan pukul hingga sekata. f) Menyiapkan Kek
Sapu satu lapisan meringue swiss krim mentega gula melaka di atas kek. Kemudian letakkan lapisan kek kedua di atas dan sapu lapisan meringue. Letakkan lapisan kek ketiga di atas.Letakkan permukaan atas kek dengan lapisan meringue. Sapukan sedikit lapisan meringue di sisi kek, jika mahu.Tabur sedikit potongan kacangdan parutan buah oren sebagai hiasan.
Nikmati Bersama Secawan Kopi! Pasti bau chai semerbak di dapur anda selepas anda keluarkan kek ini dari ketuhar. Untuk meningkatkan lagi pengalaman anda menikmati kek latte chai ini, jangan lupa untuk bancuh secawan kopi o panas. Memang cukup ‘gu’ gabungan perisa kek chai yang lemak manis dengan kopi hitam pahit.

Seperti biasa, jangan lupa untuk berkongsi gambar hasil anda bersama saya di @justinescakesandkueh dan @butterkicap di mana-mana laman media sosial pilihan anda. Jangan lupa untuk ikuti kami juga untuk resepi-resepi tradisional dan resepi kegemaran Malaysia anda perlu cuba di dapur anda!
Jika anda nak resepi pencuci mulut yang sama enak seperti resepi kek latte chai yang saya kongsi di sini, anda boleh cuba kek lof cempedak saya ataupun kek lapis pandan gula melaka untuk hidangan minum petang sekeluarga. Apapun selamat mencuba!
The post Resepi Kek Latte Chai Gula Melaka Asin Dengan Krim Mentega Meringue Swiss appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/resepi-kek-latte-chai-gula-melaka-asin-dengan-krim-mentega-meringue-swiss

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Gula Hangus Kukus Yang Sangat Sedap Kenyal Dan Pasti Menjadi Sarangnya

Resepi Kek Gula Hangus Kukus Yang Sangat Sedap Kenyal Dan Pasti Menjadi Sarangnya

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 822 hits
As SalamResepi Kek Gula Hangus Yang Sangat Sedap Kenyal dan Pasti Menjadi Sarangnya wow kemain bagi title kat post sendiri haha Tapi itulah realitinya Hujung minggu lepas saya dan Encik Suami dijemput ke majlis doa selamat dan kenduri kesyu...
Resepi Kek Batik Indulgence Cheese Bake Viral Azlina Ina

Resepi Kek Batik Indulgence Cheese Bake Viral Azlina Ina

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 2345 hits
As Salam Resepi Kek Batik Indulgence Cheese Viral Azlina Ina Wahh Mesti korang tengah mencari cari Resepi Kek Batik Indulgence Cheese Viral Azlina Ina kann Saya baru sahaja nampak kek ni kat dan kebetulan pagi tadi sorang kakak bakers kat s...
Sagu Gula Melaka Durian Nikmat Di Tekak

Sagu Gula Melaka Durian Nikmat Di Tekak

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 595 hits
Lepas makan pasti ada yang teringin nak makan yang manis manis Ha kebetulan musim durian masih ada jom kita buat sagu gula melaka durian Pergh memang terangat kalau dapat nikmati ni Lemak manis nikmat di tekak Bahan bahan dan cara memasak 1...
Kek Madeline Rasa Mentega Strawberi Kelapa Kering Gabungan Yang Sungguh Enak

Kek Madeline Rasa Mentega Strawberi Kelapa Kering Gabungan Yang Sungguh Enak

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 779 hits
Kek ini dinamakan Kek Madeline kerana menggunakan acuan loyang yang berbentuk seperti gelas kecil Gabungan kek butter strawberi dan kelapa kering mencetuskan rasa enak yang hebat KEK MADELINEBAHAN BAHAN5 biji telur gred A1 cawan gula1 cawan...
Resepi Kuih Bulan Telur Asin Dan Keladi Ala Teochew

Resepi Kuih Bulan Telur Asin Dan Keladi Ala Teochew

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 923 hits
Semasa kecil saya sering kali berasa teruja setiap kali perayaan besar kunjung tiba Mana tidaknya Semasa perayaanlah pelbagai kuih muih dan manisan tradisional akan disediakan Rindu betul saat saat itu Nasib baik saya tak perlu tunggu terla...
Petua Turunkan Kadar Gula Dalam Darah

Petua Turunkan Kadar Gula Dalam Darah

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 469 hits
Perkongsian oleh Norhidayah Sulaiman Peria katak sebiji epal hijau separuh kentang kecik separuh Kisar guna blend buah Buat 3 hari sekali Saya buat waktu lepas makan petang nbsp
6 Bahaya Konsumsi Gula Berlebihan Bagi Kecantikan Kulit

6 Bahaya Konsumsi Gula Berlebihan Bagi Kecantikan Kulit

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 219 hits
6 Bahaya konsumsi gula berlebihan bagi kecantikan kulitmu Bisa memicu timbulnya kantung mata jerawat kulit kusam dan penuaan dini
20 Sudu Teh Gula Dalam 100ml Bubble Tea Menteri Kesihatan

20 Sudu Teh Gula Dalam 100ml Bubble Tea Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 377 hits
Minuman sihat mengandungi kurang 5g gula dalam setiap mlPETALING JAYA Pengilang dan pengeluar minuman manis termasuk minuman teh mutiara atau Bubble Tea yang popular harus mengamalkan pemantauan sendiri untuk memastikan produk mereka tidak ...
Cabaran 7 Hari Tanpa Gula Anda Sanggup

Cabaran 7 Hari Tanpa Gula Anda Sanggup

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 1548 hits
Cabaran 7 Hari Tanpa Gula Anda Sanggup Orang Malaysia memang kuat makan gula Segala makanan mesti nak masuk gula baru sedap katanya Saya pun sama masak nasi goreng pun letak gula sikit sebagai perisa tambahan Yang tukang makan pun suka je t...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025