Rempah Sekawan Ciri Kandungan Nutrisi Khasiat Kesihatan


Herba dan rempah seperti rempah sekawan banyak digunakan dalam masakan Melayu dan masakan India.
Namun tidak sekadar pelengkap kepada masakan, ia juga mengandungi pelbagai kandungan nutrisi yang memberi kesan positif kepada kesihatan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat rempah sekawan yang boleh dapat apabila digunakan dalam masakan.
Baca juga:
Khasiat Daun Pisang Khasiat Daun Kesum Khasiat Daun Kari Apa itu rempah sekawan? Rempah sekawan atau rempah empat sekawan ini merujuk kepada 4 jenis rempah iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.
Keempat-empat jenis rempah sekawan ini juga ada digunakan dalam “‘chinese 5 spice” dan “garam masala”. Jom kita kenal satu persatu jenis rempah penting ini.
1. Kayu manis
Kayu manis (Cinnamomum verum) adalah rempah yang berasal dari Sri Lanka dan dikenali sebagai rempah ratus tertua dalam Kitab Bibble.
Terdapat empat kayu manis yang boleh anda dapatkan tetapi yang paling biasa adalah Ceylon dan Cassia.
Kayu Manis Ceylon berasal dari Sri Lanka dan bahagian selatan India. Ia mengandungi zat coumarin yang jauh lebih sedikit berbanding Cassia
Manakala Kayu Manis Cassia pula berasal dari Cina Selatan dikenali sebagai kayu manis saigon. Ia mengandungi zat coumarin lebih banyak berbanding Ceylon.
Untuk membezakan kedua-dua kayu manis ini, Ceylon mempunyai permukaan yang licin, nipis, lebih berserat, rapuh, lebih ringan warna coklat muda atau kekuningan, bergulung penuh, tidak berlubang ditengah, mudah digiling, beraroma lembut dan manis.
Berbeza dengan Cassia di mana bentuknya tidak rata, teksturnya keras, padat tidak mudah pecah, susah digiling, rasa pedas, dan warna coklat kemerahan gelap.
2. Bunga cengkih
Rempah sekawan yang seterusnya adalah bunga cengkih (Eugenia caryophyllus).
Ia berasal daripada tunas bunga pokok cengkih yang dituai dalam keadaan belum matang dan dikeringkan.
Bunga cengkih banyak ditanam di India dan Madagascar tetapi Indonesia yang paling banyak pengeluarannya. Ia mempunyai rasa yang hangat, pedas dan beraroma.
3. Buah pelaga
Buah pelaga (Elettaria cardamomum) di antaa rempah ratus paling tertua di dunia. Benihnya mempunyai aroma manis dan rasa sedikit pedas.
Ianya juga merupakan sebagai rempah ketiga paling mahal di dunia dan dianggap sebagai “Ratu Rempah”. Di Malaysia, kebiasaannya buah pelaga di tanam di kawasan tanah tinggi.
4. Bunga lawang
Bunga lawang (Illicium verum) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu.
Rupanya seakan-akan bintang, berbau wangi dan kuat menjadikan masakan kari dan sup bertambah enak.
Walaupun namanya bunga, namun ia bukanlah sejenis bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.
Kandungan nutrisi rempah sekawan Berikut adalah nutrisi rempah sekawan ini bagi setiap sudu teh:
Kandungan NutrisiKayu manis Bunga cengkih Buah pelaga Bunga lawangKalori666.227Protein0 g0.13 g0.22 g0.4 gKarbohidrat2 g1.4 mg1.37 mg1.1 mgSerat makanan2 g0.7 g0.56 g 1 gJumlah gula0 g0.05 g2 g–Jumlah lemak0 g0.42 g0.13 g0.3 gKolesterol0 mg0 mg0 mg0 mgNatrium0 mg5.1 mg0.36 mg0 mgKalsium26 mg13 mg7.66 mg4%Kalium11 mg23.14 mg22.38 mg–Magnesium2 mg5.4 mg4.58 mg3%Fosforus2 mg2.2 mg3.56 mg3%Vitamin K1 μg2.98 μg––Vitamin A8 μg11.13 μg0 μg0 μg Khasiat kepada kesihatan Terdapat pelbagai khasiat yang boleh anda dapatkan dari rempah sekawan ini. Berikut adalah antara manfaat dan kelebihannya:
1. Kayu manis (Cinnamon)
Mengawal bakteria penyebab jerawat Mengawal tekanan darah rendah dan tinggi Untuk rawatan dispersia (ketidakhadaman makanan), kembung perut, disentri (cirit-birit), bronkitis (bengkak pada tiub udara dikerongkong) dan gangren (pereputan tisu) pada paru-paru Merawat bisul yang bernanah Merawat penyakit reumatik yang teruk dan kronik Merawat kekejangan urat perut, sakit gigi dan hilang daya gerak pada bahagian lidah Merawat kanser Melawan nafas berbau, sakit gigi, dan jangkitan mulut Meringankan gejala arthritis rheumatoid pada sesetengah orang, 2. Bunga cengkih (Clove)
Tinggi dengan sebatian antioksidan dan anti-radang Membantu melawan jangkitan Mengurangkan paras gula dalam darah Melancarkan pencernaan Mengeringkan dan menghilangkan bekas lula Meredakan batuk dan sakit tekak Mengatasi masalah gigi Meningkatkan sistem imunisasi badan Menguatkan tulang Meredakan kembung perut dan masalah angin 3. Buah pelaga (Cardamon)
Membantu dalam penghadaman Bantu tubuh menyingkirkan sisa buangan melalui buah pinggang Penyahtoksin yang baik Anti-murung Membasmi bau mulut Melegakan simptom selesema dan flu Menghalang pembekuan darah Membantu menghilangkan sedu Membantu menguruskan kencing manis Mengurangkan ketidakselesaan gastrousus semasa kehamilan Membantu merawat ulser perut Menyeimbangkan paras gula dalam darah Membantu merawat bronkitis 4. Bunga lawang (Star anise)
Meningkatkan kesihatan ibu hamil Mengatasi masalah gangguan tidur Mengatasi flu dan batuk Menyihatkan sistem pencernaan Menurunkan kadar gula dalam darah Mencegah peningkatab berat badan Mengandungi flavonoid dan tanin Mengatasi kekejangan ketika menstruasi Menjaga kesihatan dan kecantikkan kulit Tinggi kandungan antioksidan Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan rempah sekawan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Kayu Manis. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Health Benefits of Cardamom. Good Food Clove (Laung): Uses, Benefits, Side Effects and More! PharmEasy Cinnamon 101: A Complete Guide. Everyhealth Health Encyclopedia. University of Rochester Medical Center

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/rempah-sekawan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rempah-sekawan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Petai Kandungan Nutrisi Kesan Sampingannya

Khasiat Petai Kandungan Nutrisi Kesan Sampingannya

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 284 hits
Ramai suka makan petai tetapi tidak ramai yang tahu akan khasiat petai yang sememangnya memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa khasiat petai yang Baca jug...
Daun Pandan Khasiat Pada Kesihatan Kegunaan Dalam Masakan

Daun Pandan Khasiat Pada Kesihatan Kegunaan Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 165 hits
Tahukah anda daun pandan menyumbang manfaat yang sangat besar kepada kesihatan diri kita Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat daun pandan dan kegunaannya dalam masakan Baca juga Apa itu daun pandan ...
Pucuk Ubi Jenis Khasiat Kesihatan Cara Memasak

Pucuk Ubi Jenis Khasiat Kesihatan Cara Memasak

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 262 hits
Pucuk ubi memang enak dijadikan hidangan tengah hari bersama keluarga Namun pasti tidak ramai yang tahu akan kelebihannya kepada kesihatan Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan pucuk ubi dan khasiatnya kepad...
Scan Bayi Penting Untuk Check Tahap Kesihatan Bayi Dalam Kandungan Bukan Semata Nak Tengok Wajah Saja

Scan Bayi Penting Untuk Check Tahap Kesihatan Bayi Dalam Kandungan Bukan Semata Nak Tengok Wajah Saja

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 114 hits
Mungkin ada ibu yang beranggapan tidak perlu untuk melakukan atau dalam kandungan Sebenarnya dalam kandungan amat penting bukan sekadar untuk melihat wajah sahaja seperti yang sering difikirkan segelintir Berkenaan ujian imbasan atau apakah...
Air Kelapa Muda Nutrisi Khasiat Pada Tubuh Dan Pantang Larang

Air Kelapa Muda Nutrisi Khasiat Pada Tubuh Dan Pantang Larang

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 199 hits
Air kelapa muda sering menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya ketika cuaca panas Ia juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan sering mendapat permintaan yang tinggi khususnya apabila wabak penyakit bermusim berlaku ...
Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 214 hits
Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan Minggu ini saya dapat buah jagung yang agak banyak jumlahnya dari mak mertua Memang niatnya beli satu guni untuk diberikan kepada jiran dan menantu Jagungnya bersaiz besar dan panjang panjang Makan sebiji...
Kupang Kaya Dengan Nutrisi Bermanfaat Untuk Kanak Kanak Begini Cara Siang Dengan Betul

Kupang Kaya Dengan Nutrisi Bermanfaat Untuk Kanak Kanak Begini Cara Siang Dengan Betul

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 169 hits
Kupang merupakan salah satu sumber makanan laut yang kaya dengan nutrisi penting yang bermanfaat untuk kanak kanak Walaupun kupang mempunyai banyak manfaat kesihatan penting juga untuk memperhatikan risiko alergi makanan laut dan memastikan...
Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 165 hits
Anda pernah dengar tentang Singo Pear Buah yang juga dikenali sebagai Korean Pear Asian Pear atau Golden Pear ini dikatakan mempunyai gabungan rasa epal dan pear Rasanya yang manis dan rangup bukan sahaja digemari ramai malah ia turut menga...
Adakaah Covid Dikaitkan Dengan Iq Rendah Ingatan Lemah Dan Kesan Negatif Lain Terhadap Kesihatan Otak

Adakaah Covid Dikaitkan Dengan Iq Rendah Ingatan Lemah Dan Kesan Negatif Lain Terhadap Kesihatan Otak

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 213 hits
COVID 19 dapat memiliki dampak pada kesehatan otak Beberapa studi dan laporan telah mengungkapkan beberapa efek virus ini terhadap otak manusia Beberapa dampak yang dikaitkan dengan COVID 19 pada otak antara lain Ensefalitis COVID 19 dapat ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi