Pucuk Ubi Jenis Khasiat Kesihatan Cara Memasak


Pucuk ubi memang enak dijadikan hidangan tengah hari bersama keluarga. Namun pasti tidak ramai yang tahu akan kelebihannya kepada kesihatan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan pucuk ubi dan khasiatnya kepada kesihatan.
Baca juga:
Khasiat Pucuk Paku Khasiat Daun Bawang Khasiat Rempah Sekawan Apa itu pucuk ubi? Pucuk ubi (Maniahot esculenta) adalah sejenis sayuran yang berdaun yang diperoleh dari pokok ubi kayu.
Biasa kita dengar pokok ubi kayu ditanam untuk mendapatkan hasil umbisinya, namun sebenarnya pucuknya juga boleh dijadikan hasil sampingan yang boleh digunakan.
Sayuran ini sesuai dijadikan pelbagai jenis hidangan seperti masak lemak cili padi, urap atau kerabu daun ubi, sambal tempoyak dan pecal.
Sebelum dimasak, pucuk ini perlu direbus terlebih dahulu sekurang-kurangnya 10 minit lalu dibuang air rebusannya sebelum dimakan.
Ini penting bagi mengurangkan kandungan asid hidrosianida yang terkandung di dalamnya.
Terdapat pelbagai jenis ubi kayu yang boleh ditanam dan sesuai untuk anda jadikan sayuran seperti yellow twig, white twig atau black twig Seri Pontian, Medan dan ubi pulut.
Kandungan nutrisi Pucuk ubi boleh dijadikan sumber protein yang berasaskan sayuran. Berdasarkan kepada kajian penyelidikan, ia mengandungi 3.7 g protein sayuran yang terdiri daripada lysine, isoleucine, leucine, valine, dan arginine.
Selain itu, pucuk ini juga mengandungi karbohidrat, fiber, vitamin (C, B17 dan A) serta mineral seperti kalsium, fosforus dan zat besi yang diperlukan tubuh badan.
Jenis dan ciri-ciri Terdapat pelbagai jenis pucuk ubi yang boleh anda temukan dan masak untuk dijadikan hidangan bersama keluarga. Berikut adalah antara jenisnya:
1. Pucuk ubi ajinamoto
Pucuk ini hampir mirip dengan daun betik. Daun dan batangnya berwarna hijau tua dan agak bergetah apabila dipetik.
Sesuai untuk dicelur dan dijadikan ulam-ulaman kerana teksturnya yang lembut, berlemak dan manis.
2. Pucuk ubi pulut
Ia mempunyai daun yang lebar dan tekstur yang lembut setelah dimasak.
3. Pucuk ubi kerinting
Pucuk yang satu ini agak unik kerana bentuk daunnya agak kerinting. Pucuk ubi kerinting juga paling lembut dan tidak memerlukan anda untuk celur terlalu lama.
4. Pucuk ubi batang merah
Jika tadi kesemua pucuk tadi berwarna hijau, yang jenis ini batangnya berwarna merah.
Bentuk daunnya hampir mirip dengan daun ubi pulut tetapi teksturnya sederhana lembut.
Ubi jenis ini paling kerap ditanam kerana ia mempunyai umbisi yang lebih sedap, empuk dan lembut.
5. Pucuk ubi ekor kucing
Keunikan pada pucuk ubi ekor kucing adalah kerana bentuk daunnya yang sedikit runcing seperti ekor kucing.
Untuk masak pucuk ini, anda perlukan masa yang sedikit lama kerana teksturnya yang agak kasar dan keras.
Khasiat dalam kesihatan Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:
1. Membantu metabolisme badan
Ia adalah sumber protein sayuran yang sangat bagus kerana ia mengandungi banyak vitamin B.
Vitamin B sangat diperlukan untuk membina sel-sel badan yang akan membentuk enzim yang membantu metabolisme badan.
2. Baik untuk penghadaman
Hampir semua orang tahu bahawa serat sayuran sangat baik untuk pencernaan sehingga dapat membantu menyihatkan kolon manusia.
Pengambilan pucuk ini secara berkala juga akan memberikan kesan yang cukup baik untuk penghadaman kita.
3. Mencegah cirit-birit
Selain itu, ia juga boleh boleh membantu anda untuk mencegah masalah cirit-birit atau diarea.
Hal ini berdasarkan kepada satu kajian yang dijalankan mendapati bahawa ekstrak daun ubi kayu mampu mengurangkan pengumpulan cecair dalam usus dan mengurangkan pergerakan dalam usus.
4. Meningkatkan imuniti
Kelebihan pucuk ubi adalah kaya dengan folat dan vitamin C yang mana kedua-duanya sangat bermanfaat untuk sistem imun badan manusia.
Vitamin C boleh menguatkan sistem imun dengan membunuh bakteria dan virus dengan menyasarkan nukleus mereka.
Selain itu, ia juga adalah antioksidan yang kuat yang membantu badan menyingkirkan radikal bebas.
5. Mencegah penyakit reumatik
Gangguan reumatik termasuklah seperti osteoporosis, arthritis, lupus dan spondylitis yang boleh menganggu otot dan sendi.
Kandungan magnesium yang tinggi dalam pucuk ubi ini boleh menurunkan tekanan darah serta mengurangakn risiko reumatik.
Anda boleh cuba petua ini dengan merebus 150 gram pucu k ubi, 15 gram halia, sedikit serai dan garam.
Aneka resepi pucuk ubi Berikut adalah antara resepi yang menarik untuk anda cuba di rumah.
1. Pucuk ubi goreng
RASA Bahan-bahan:
1-2 ikat pucuk ubi 100 gram ikan bilis (dicuci) 2 labu bawang besar 20 tangkai cili keriing (dikisar) Sedikit ikan bilis (dikisar) Belacan 1 asam keping Sedikit garam dan gula Cara memasak:
Gorengkan pucuk tersebut dalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan pucuk ubi goreng. Gaulkan rata ikan bilis dengan tepung beras supaya ranggup apabila digoreng. Masukkan ikan bilis tadi dalam minyak panas dan gorengkan ia dalam api yang sederhana. Angkat dan ketepikan ikan bilis goreng Gorengkan pula bawang besar sehingga garing. Angkat dan ketepikan bawang goreng. Kemudian tumiskan bahan kisar tadi sehingga garing. Tambahkan belacan, asam keping, garam dan gula secukup rasa lalu kacaukan ia. Masukkan bawang dan gaul sehingga rata. Matikan api. Masukkan pula pucuk ubi dan ikan bilis goreng kemudian gaul sehingga rata. 2. Pucuk ubi labu manis
Bahan-bahan:
1 ikat sayur pucuk ubi (disiang) 1 mangkuk besar santan pekat 1/2 mangkuk kecil ikan bilis (ditumbuk kasar) 4 ulas bawang merah (dikisar) 5 biji cili padi (dikisar) 1 ketul kecil kunyit hidup (dikisar) Garam secukup rasa Cara memasak:
Masukkan santan, bahan kisar halus dan ikan bilis di dalam periuk.  Masakkan ia dengan api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan pucuk tersebut dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa. Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan pucuk ubi dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Kompendium Sayuran Tradisional. MARDI Tapioca Leaves Information and Facts. Specialty Produce

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pucuk-ubi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pucuk-ubi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manfaat Dan Risiko Ubi Kayu Kaya Dengan Khasiat Tapi Perlu Berhati Hati Apa Kelebihannya

Manfaat Dan Risiko Ubi Kayu Kaya Dengan Khasiat Tapi Perlu Berhati Hati Apa Kelebihannya

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 140 hits
Ubi Kayu Kaya dengan Khasiat tapi peka terhadap risikonya Ketahui manfaatnya dan ambil secara berpada The post appeared first on
Daun Pandan Khasiat Pada Kesihatan Kegunaan Dalam Masakan

Daun Pandan Khasiat Pada Kesihatan Kegunaan Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 172 hits
Tahukah anda daun pandan menyumbang manfaat yang sangat besar kepada kesihatan diri kita Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat daun pandan dan kegunaannya dalam masakan Baca juga Apa itu daun pandan ...
Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 222 hits
Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan Minggu ini saya dapat buah jagung yang agak banyak jumlahnya dari mak mertua Memang niatnya beli satu guni untuk diberikan kepada jiran dan menantu Jagungnya bersaiz besar dan panjang panjang Makan sebiji...
Cara Tanam Ubi Kayu

Cara Tanam Ubi Kayu

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 233 hits
Ubi kayu ataupun nama saintifiknya Manihot esculenta Crantz merupakan salah satu makanan ruji masyarakat Asia termasuk rakyat Malaysia Ia juga merupakan tanaman berkanji yang kaya dengan sumber karbohidrat Pelbagai kegunaan ubi kayu ini ter...
Rempah Sekawan Ciri Kandungan Nutrisi Khasiat Kesihatan

Rempah Sekawan Ciri Kandungan Nutrisi Khasiat Kesihatan

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 292 hits
Herba dan rempah seperti rempah sekawan banyak digunakan dalam masakan Melayu dan masakan India Namun tidak sekadar pelengkap kepada masakan ia juga mengandungi pelbagai kandungan nutrisi yang memberi kesan positif kepada kesihatan Artikel ...
Tanda Keguguran Pada Trimester Pertama Cara Untuk Elak Gugur

Tanda Keguguran Pada Trimester Pertama Cara Untuk Elak Gugur

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 139 hits
Apakah tanda keguguran yang biasa berlaku pada wanita hamil Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tanda keguguran dan tips untuk elak dari gugur di awal kehamilan Baca juga Apa itu keguguran Keguguran adalah...
3 Cara Tanggalkan Solekan Secara Semulajadi

3 Cara Tanggalkan Solekan Secara Semulajadi

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 197 hits
Dah lama tak share tip solekan kan Walaupun cikla takdelah expert pun pasal solekan ramai lagi kot yang terror tapi tak salah rasanya nak kongsi ilmu yang cikla tau Rasa nak try silakan tak nak pun takpe Depend So macam kita tau kita wajib ...
Cara Unik Mengenalkan Masyarakat Agar Melek Perubahan Iklim

Cara Unik Mengenalkan Masyarakat Agar Melek Perubahan Iklim

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 208 hits
Mereka ingin masyarakat di pedesaan juga peduli tentang lingkungan
Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri Mak Ayah Boleh Check Guna Cara Ini

Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri Mak Ayah Boleh Check Guna Cara Ini

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 211 hits
Ramai ibu bapa tertanya tanya bagaimana hendak tahu anak lebih dominan menggunakan tangan kanan atau kiri Ini kerana tangan anak sentiasa bertukar tukar penggunaannya mengikut keselesaan Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri Menurut Puan Mahf...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba