Khasiat Petai Kandungan Nutrisi Kesan Sampingannya


Ramai suka makan petai tetapi tidak ramai yang tahu akan khasiat petai yang sememangnya memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa khasiat petai yang
Baca juga:
Khasiat Kurma Khasiat Susu Kambing Khasiat Kurma Ajwa Apa itu petai? Petai (Parkia speciosa) adalah sejenis kekacang yang berasal dari Asia Tenggara. Kekacang ini merujuk kepada mana-mana tumbuhan daripada keluarga Fabaceae yan termasuk dari segi daun, batang dan buahnya.
Ia biasa boleh didapatkan dalam warna hijau terang dan mempunyai bau yang sangat kuat dan tajam.
Petai ini boleh dimakan secara mentah atau tumis dengan pelbagai jenis hidangan. Rata-rata orang menjadikan petai ini sebagai ulam-ulaman yang membangkitkan selera dimakan bersama nasi panas.
Kandungan nutrisi khasiat petai Kalori dalam setiap 100 gram petai adalah 124 kcal. Berikut adalah kandungan nutrisi yang terkandung di dalamnya:
Zat besi (FE): 3.4 mg (42.50%) Vitamin C (asid askorbik): 32.7 mg (36.33%) Protein: 10 gram (20%) Vitamin B2 (riboflavin): 0.2 mg (15.38%) Karbohidrat: 16.6 g (13%) Kalsium (CA): 12 mg (12.6%) Vitamin B1 (Thiamine): 0.15 mg (12.5%) Kalium (K): 376 mg (8%) Jumlah lemak (lipid): 18 g (5.14%) Vitamin B3 (Niacin): 0.5 mg (3.13%) Jumlah serat pemakanan: 1 g (2.63%) Natrium (Na): 11 mg (0.73%) Fosforus (P): 3 mg (0.43%) Khasiat petai pada kesihatan Terdapat pelbagai khasiat petai yang boleh anda dapatkan kepada kesihatan. Antara khasiatnya adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan tenaga Sekiranya anda ingin mencari cara semulajadi untuk meningkatkan tahap tenaga anda, cuba tambahkan petai dalam diet harian.
Hal ini kerana, petai merupakan sumber karbohidrat yang baik yang diperlukan oleh tubuh untuk tenaga.
Ia juga kaya dengan vitamin dan mineral, termasuk zat besi, yang penting untuk pengeluaran sel darah merah.
Apatah lagi, petai mengandungi sebatian yang boleh membantu meningkatkan pengambilan oksigen dan melancarkan peredaran darah. 
2. Anti-bakteria dan anti-mikrob Salah satu dari sebatian utama dalam petai iaitu Cyclic polysulphides bertanggungjawab memberi rasa pedas pada petai dan menunjukkan ciri anti-bakteria dan anti-kulat.
Maka tidak hairanlah, petai ini digunakan untuk perubatan tradisional bagi meredakan masalah buah pinggang yang disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam buah pinggang seperti E.coli.
3. Anti-kanser dan anti-radang Caryophyllene dan Lupeol adalah dua jenis sebatian yang terdapat dalam ekstrak petai dan dikatakan mempunyai sifat anti-kanser.
Bukan itu sahaja, Lupeol juga didapati mempunyai kesan anti-radang dan anti-artritis.
4. Menurunkan gula dalam darah Saintis dari Universiti Pertanian Malaysia mendapati bahawa khasiat petai (ekstrak kloroform) mampu untuk mengurangkan paras glukosa darah yang disebabkan oleh aloksan.
Bukan itu sahaja, ada juga kajian yang menunjukkan wujudkan kesan hipoglisemik petai dengan dua sterol tumbuhan utama yang terdapat di dalamnya mampu bekerja bersama untuk menghasilkan kesan anti-diabetes.
5. Menjaga sistem penghadaman Khasiat petai yang seterusnya adalah mampu untuk melancarkan pencernaan kerana ia mengandungi serat yang tinggi.
Serat ini membantu untuk mengumpul najis dan memudahkan ia untuk keluar.
Bahkan ia juga merupakan sumber prebiotik yang baik iaitu bahan yang menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat di dalam usus.
6. Mencegah anemia Oleh kerana khasiat petai yang sarat dengan zat besi, ia membantu menggalakkan pembentukan hemoglobin dalam darah dan membantu mencegah masalah anemia.
7. Menurunkan tekanan darah tinggi Kandungan potasium yang tinggi dalam petai dikatakan boleh mengurangkan risiko terkena strok atau tekanan darah tinggi.
8. Mengatasi sembelit Khasiat petai yang tidak diragui dengan kandungan seratnya yang tinggi, ia boleh membantu untuk memulihkan fungsi usus yang normal, dan membantu mengatasi masalah ini tanpa mengunakan julap.
9. Meredakan ulser Dalam sesetengah kes, ulser boleh mengurangkan kesan keasidan dan mengurangkan kerengsaan dengan melindungi lapisan perut.
10. Memberi perlindungan pada hati Secara semula jadinya, petai mempunyai kesan pembersihan darah dan detoks badan.
Ia bertanggungjawab untuk menapis toksin daripada darah, dan thioproline, agen anti-kanser yang sama yang disebutkan di atas, merangsang detoksifikasi dalam hati dan membantu melindungi hati daripada kerosakan, yang disebabkan oleh pelbagai toksin seperti alkohol dan berlebihan parasetamol.
Kesan sampingan makan petai Setiap makanan walaupun ia mempunyai manfaat yang baik kepada kesihatan, ia perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana.
Misalnya seseorang yang mengambil petai telalu banyak boleh menyebabkan nafasnya berbau sehingga mengganggu keselesaan ketika berkomunikasi dengan orang lain.
Ia juga boleh menyebabkan seseorang itu sakit perut, sakit kepala, dan sebagainya kerana pengambilan yang berlebihan.
Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan khasiat petai dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Amazing Health Benefits of Petai Beans – Parkia Speciosa. Petai.my Health benefits of Petai. Health Benefit Times

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/khasiat-petai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=khasiat-petai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rempah Sekawan Ciri Kandungan Nutrisi Khasiat Kesihatan

Rempah Sekawan Ciri Kandungan Nutrisi Khasiat Kesihatan

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 292 hits
Herba dan rempah seperti rempah sekawan banyak digunakan dalam masakan Melayu dan masakan India Namun tidak sekadar pelengkap kepada masakan ia juga mengandungi pelbagai kandungan nutrisi yang memberi kesan positif kepada kesihatan Artikel ...
Air Kelapa Muda Nutrisi Khasiat Pada Tubuh Dan Pantang Larang

Air Kelapa Muda Nutrisi Khasiat Pada Tubuh Dan Pantang Larang

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 210 hits
Air kelapa muda sering menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya ketika cuaca panas Ia juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan sering mendapat permintaan yang tinggi khususnya apabila wabak penyakit bermusim berlaku ...
Pusat Rawatan Chiropractic Yang Tumbuh Seperti Cendawan Selepas Hujan Duit Habis Tapi Tak Ada Kesan

Pusat Rawatan Chiropractic Yang Tumbuh Seperti Cendawan Selepas Hujan Duit Habis Tapi Tak Ada Kesan

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 276 hits
Sambung artikel yang sebelum ini pasal rawatan tulang belakang yang pertama kali saya pergi di Sungai Buluh Saya sebut nama pakar itu sebagai tabib saja Ketika itu dia sering keluar di radio promosikan pusat rawaran alternatifnya di Sungai ...
Cesarean Risiko Dan Kesan Trauma

Cesarean Risiko Dan Kesan Trauma

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 223 hits
Buat korang yang tak tahu bulan April ni adalah bulan kesedaran sempena Cesarean a k a beranak secara pembedahan Jadi artikel aku kali ni dah tentulah berkaitan bulan istimewa ni Salah satu sebabnya adalah kerana aku pun salah seorang pejua...
Polis Kesan Tiga Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen Judi Di Bazar Ramadan

Polis Kesan Tiga Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen Judi Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 121 hits
IPOH Polis Perak sedang mengesan tiga lelaki disyaki menjalankan kegiatan menyebar kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di sekitar bazar Ramadan di Stadium Perak di sini Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Ba...
Kupang Kaya Dengan Nutrisi Bermanfaat Untuk Kanak Kanak Begini Cara Siang Dengan Betul

Kupang Kaya Dengan Nutrisi Bermanfaat Untuk Kanak Kanak Begini Cara Siang Dengan Betul

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 177 hits
Kupang merupakan salah satu sumber makanan laut yang kaya dengan nutrisi penting yang bermanfaat untuk kanak kanak Walaupun kupang mempunyai banyak manfaat kesihatan penting juga untuk memperhatikan risiko alergi makanan laut dan memastikan...
Biar Betul Boleh Lihat Kesan Seawal 3 Hari Jom Cuba Penjagaan Kulit Korea Dengan Formula Baru

Biar Betul Boleh Lihat Kesan Seawal 3 Hari Jom Cuba Penjagaan Kulit Korea Dengan Formula Baru

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 237 hits
Ish berminyak nya kulit kau dari jauh dah nampak Kulit berminyak Malu sebab selalu kena tegur dengan kawan kawan Tapi nak buat macam mana dah cuaca panas Korang nak tahu tak sebenarnya kulit berminyak ini bukan disebabkan cuaca Tapi masalah...
Status Halal Alagappas Kesan Kepada Pengguna Islam Kenyataan Media Ppim 26 03 2025

Status Halal Alagappas Kesan Kepada Pengguna Islam Kenyataan Media Ppim 26 03 2025

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 187 hits
Kuala Lumpur Keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengumumkan pihaknya telah menarik balik status halal syarikat pengeluar rempah Alagappas minggu lalu telah mencetuskan keresahan kepada pengguna khususnya pengguna Islam di Malaysia St...
Ubat Tidur Jenis Kesan Sampingan Dan Cara Penggunaan

Ubat Tidur Jenis Kesan Sampingan Dan Cara Penggunaan

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 218 hits
Ubat tidur digunakan bagi merawat insomnia untuk memberikan anda rasa mengantuk Ia juga boleh membantu anda mendapatkan kualiti tidur yang terbaik dari terbangun di tengah malam Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash