Air Kelapa Muda Nutrisi Khasiat Pada Tubuh Dan Pantang Larang


Air kelapa muda sering menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya ketika cuaca panas. Ia juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan sering mendapat permintaan yang tinggi khususnya apabila wabak penyakit bermusim berlaku.
Nutrisi Penting Air Kelapa Buah dengan nama saintifik Cocos nucifera ini mengandungi 94% air serta mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula serta elektrolit.
Minuman yang dikatakan sebagai penyejuk badan ini juga mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral penting seperti vitamin B, vitamin C, kalsium, magnesium serta merupakan salah satu sumber potassium yang baik.
Walaupun rasanya agak manis, namun air kelapa mempunyai nilai kalori yang rendah iaitu 48 kalori sahaja dalam secawan menjadikannya sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja.
Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Kesihatan 1. Berpotensi Untuk Mengurangkan Tekanan Darah Beberapa kajian mendapati air kelapa muda dapat mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi.
Namun, lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi mengesahkan kelebihan ini terhadap tubuh.
2. Membekalkan Penghidratan dan Elektrolit Air kelapa muda merupakan antara minuman yang paling sesuai untuk mengembalikan kandungan air dan elektrolit yang hilang dalam tubuh.
Disebabkan air kelapa mengandungi beberapa elektrolit penting seperti magnesium dan potassium, minuman ini didapati lebih baik untuk diminum selepas bersenam berbanding air kosong.
3. Berpotensi Menurunkan Kolesterol Selain mempunyai potensi untuk menurunkan tekanan darah, air kelapa juga dilihat mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Sebuah kajian mendapati pengambilan air kelapa secara konsisten dapat mengurangkan tahap kolesterol dengan berkesan seakan ubat statin yang diambil oleh pesakit kolesterol.
4. Membantu Kawal Suhu Badan Air kelapa muda juga sangat baik untuk diambil untuk mengembalikan suhu badan kepada paras normal.
Kandungan elektrolit dalam minuman ini dapat membantu menggantikan ion dalam badan yang hilang ketika cuaca panas akibat dehidrasi.
Oleh sebab itulah ramai yang mengamalkan air kelapa ketika sedang demam panas.
5. Kaya Dengan Antioksidan Siapa sangka air kelapa mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi? Pengambilan vitamin C yang mencukupi adalah penting untuk mencegah radikal bebas dalam tubuh.
6. Membantu Menyingkirkan Toksin Melalui Air Kencing Selain terkenal sebagai minuman penyejuk badan, air kelapa juga mempunyai sifat diuretik.
Ini bermakna, minuman ini dapat membantu meningkatkan pembuangan air kecil serta menyingkirkan toksin dalam badan melalui air kencing.
Pantang Larang Pengambilan Air Kelapa Muda Secara umumnya, air kelapa selamat untuk diminum termasuk bagi wanita hamil dan kanak-kanak.
Namun, pesakit hipertensi, individu dengan masalah buah pinggang serta sedang mengambil ubat darah tinggi atau supplemen tertentu perlulah berhati-hati ketika mengambil air kelapa muda.
Secara teorinya, pengambilan air kelapa dengan ubat anti-hipertensi boleh mengakibatkan kesan tambahan yang terhadap pengurangan tekanan darah.
Ini seterusnya boleh mencetuskan risiko tekanan darah menjadi terlalu rendah.
Oleh itu, anda perlulah perhatikan beberapa gejala seperti pening, loya, pening atau penglihatan kabur.
Begitu juga bagi pesakit yang mengalami masalah kekurangan fungsi buah pinggang.
Oleh sebab air kelapa mempunyai kandungan garam potassium yang agak ketara, ia boleh membuatkan keadaan hiperkalemia seseorang menjadi lebih teruk lebih-lebih lagi jika diminum pada jumlah yang banyak.
Pengambilan air kelapa juga difahamkan boleh menyebabkan pengurangan tekanan darah apabila diambil bersama herba dan supplemen seperti minyak ikan, stinging nettle, koenzim Q-10, theanine dan belimbing buluh.
Secara umumnya, air kelapa boleh memberikan pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Ia sangat baik untuk diminum khususnya daripada sumber segar dan tanpa gula.
Namun, ia boleh mencetuskan tindak balas terhadap penyakit serta ubatan dan herba tertentu.
Anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengamalkannya.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (1), (2), thesun.my, pharmeasy.in


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kelapa-muda/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kelapa-muda

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rempah Sekawan Ciri Kandungan Nutrisi Khasiat Kesihatan

Rempah Sekawan Ciri Kandungan Nutrisi Khasiat Kesihatan

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 309 hits
Herba dan rempah seperti rempah sekawan banyak digunakan dalam masakan Melayu dan masakan India Namun tidak sekadar pelengkap kepada masakan ia juga mengandungi pelbagai kandungan nutrisi yang memberi kesan positif kepada kesihatan Artikel ...
Khasiat Petai Kandungan Nutrisi Kesan Sampingannya

Khasiat Petai Kandungan Nutrisi Kesan Sampingannya

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 336 hits
Ramai suka makan petai tetapi tidak ramai yang tahu akan khasiat petai yang sememangnya memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa khasiat petai yang Baca jug...
Anak Muda Selawat Zikir Guna Bas Kl Hop On Hop Off

Anak Muda Selawat Zikir Guna Bas Kl Hop On Hop Off

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 219 hits
SITI NOOR FAEZAH MUDASekumpulan anak muda yang mengambil peluang mengimarah Ramadan dengan mengalunkan selawat dan zikir menggunakan bas KL Hop On Hop Off di sekitar Kuala Lumpur SHAH ALAM Sekumpulan anak muda yang mengambil peluang mengima...
Resepi Burasak Dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis Yang Sangat Enak

Resepi Burasak Dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis Yang Sangat Enak

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 253 hits
Resepi Burasak dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis yang Sangat Enak 28 Resepi burasak adalah salah satu resepi makanan tradisional kaum Bugis yang terdapat di Sabah Sarawak malah di Semenanjung seperti Johor dan Terengganu Ia ...
Siapa Yang Lama Gak Nampak Ini Akhlak Anak Muda

Siapa Yang Lama Gak Nampak Ini Akhlak Anak Muda

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 233 hits
Bukan Anwar tak nampak Anwar hari ini di HKL 11 HB 2024 Abu MiskhatJika beginilah akhlak anak muda menyokong perjuangan Islam Jika beginilah akhlak ahli kelab penyokong ulama Sedarilah mereka itu sedang diheret ke lembah kejahatan akibat ha...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah