Daun Pandan Khasiat Pada Kesihatan Kegunaan Dalam Masakan


Tahukah anda daun pandan menyumbang manfaat yang sangat besar kepada kesihatan diri kita?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat daun pandan dan kegunaannya dalam masakan.
Baca juga:
Khasiat Petai Khasiat Halba Khasiat Minyak Kelapa Dara Apa itu daun pandan? Pandan (Pandanus) adalah sejenis tumbuhan tropika yang mempunyai daun seperti bilah panjang dengan warna hijau terang.
Daunnya sangat wangi seakan-akan haruman dari ros, badam, dan vanilla. Sesetengah jenis pandan mengeluarkan bunga yang dikenali sebagai Kewra.
Ia merupakan ramuan yang cukup popular dalam pelbagai hidangan dari Sri Lanka, Thai dan Asia Selatan yang lain.
Dikatakan lebih 600 spesis wujud di dunia ini yang terdiri dari bervariasi kegunaan dengan ciri-ciri menarik dan unik.
Kandungan nutrisi dalam pandan Berikut kami kongsikan kandungan nutrisi untuk 3.5 auns (100 gram) pes pandan dan pandan yang mentah:
NutrisiPes PandanDaun PandanKalori32185Protein2.2 gram1.3 gramKarbohidrat78 gram17 gramLemak0 gram0.7 gramBesi11% daripada nilai harian (DV)–Kalsium10% daripada nilai harian (DV)–Fosforus9% daripada nilai harian (DV)– Khasiat daun pandan Terdapat banyak khasiat daun pandan kepada kesihatan manusia. Berikut adalah antara khasiatnya:
1. Menurunkan tekanan darah Daun pandan mampu menurunkan tekanan darah secara semula jadi. Ia juga boleh membantu anda dari gejala pening dan mencegah strok berlaku.
2. Mengawal paras gula dalam darah Berdasarkan kepada laporan penyelidikan yang diterbitkan oleh Institusi Kesihatan Bangkok ia menunjukkan bahawa ekstrak daun pandan mengandungi antihiperglisemik semulajadi yang berkesan untuk mengurangkan paras gula dalam darah.
Bukan itu sahaja, ekstrak daun pandan juga mampu merangsang rembesan insulin untuk merawat diabetes mellitus.
3. Penghalau nyamuk dan lipas semulajadi Daripada menggunakan penyembur nyamuk kimia, anda boleh menggunakan daun pandan untuk menghalau lipas dan nyamuk sebagai salah satu kaedah alternatif yang selamat.
Anda hanya perlu semburkan ekstrak daun pandan ini di kawasan rumah anda terutamanya di sudut dapur dan bilik air.
4. Mengurangkan masalah gout Pandan didapati berpotensi untuk merawat gout dan arthritis dengan cara yang selamat. Ia terbukti dapat melegakan kesakitan, mengurangkan bengkak dan menurunkan paras asid urik pada pesakit gout.
Hal ini kerana, ia mengandungi klorofil dan serat yang berpotensi untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan.
Walau bagaimanapun, kajian lanjut perlu dilakukan untuk menentukan keberkesanannya dalam merawat arthritis secara khusus.
5. Bagus untuk kesihatan kulit dan rambut Khasiat pandan yang seterusnya adalah mampu untuk menyihatkan rambut dan mencegah kelemumur.
Kisar sahaja 10 helai daun pandan segar bersama 100 ml air. Kemudian lumurkan bancuhan tersebut ke kulit kelapa. Urut dengan lembut lalu balut kepala dengan tuala.
Biarkan selama 30 minit untuk kesan mujarab. Barulah nanti basuh kepala dengan air atau syampu.
6. Melegakan insomnia Insomnia adalah suatu gangguan tidur dengan gejala-gejala seperti selalu berasa letih serta lelah sepanjang hari, mengalami kesulitan untuk tidur atau selalu terbangun di tengah malam dan tidak dapat kembali tidur.
Anda boleh cuba ikhtiar dengan teh pandan. Caranya mudah sahaja. Bersihkan dan ikat 8-10 helai daun pandan. Rebuskan di dalam air selama 10 minit dan renehkan selama 5 minit.
Anda juga boleh tambahkan halia atau serai untuk rasa yang lebih sedap dan khasiat yang lebih banyak.
7. Mengurangkan demam Khasiat daun ini yang mempunyai ciri antipiretik dan antivirus diyakini mampu untuk menyembuhkan demam, alahan bermusim dan meningkatkan imuniti badan.
Hanya tambahkan serbuk atau pes daun pandan ke dalam rutin hidangan anda setiap hari, ia bagus untuk merawat masalah demam, batuk dan selsema.
8. Meningkatkan kesihatan mulut Mengunyah daun pandan boleh menyegarkan nafas kerana ia mempunyai aroma yang segar dan harum.
Sesetengah amalan perubatan tradisional juga menggunakan daun ini sebagai alternatif semulajadi untuk menghentikakn masalah gusi berdarah.
9. Mengatasi masalah mati pucuk Pandan juga merupakan ubat semulajadi yang dapat membantu lelaki untuk mengatasi masalah mati pucuk apabila diambil secara berkala.
Anda hanya perlu basuh 3 helai daun pandan dan potong kecil. Didihkan daun dalam 4 cawan air sehingga isipadu air menjadi separuh iaitu lebih kurang 2 cawan.
Minum satu cawan sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.
10. Meningkatkan stamina badan Untuk meningkatkan stamina badan, rebus lima helai daun pandan dengan 3 gelas air.
Kemudian, keluarkan daunnya selepas mendidih dan biarkan ramuan itu sejuk seketika. Tambah beberapa titis lemon ke dalam air dan minum setiap 2 hari. 
Kegunaan daun pandan Pandan cukup popular digunakan dalam masakan sebagai penambah perisa pada nasi, pulut, pemanis mulut, puding, bubur, kuih-muih, dan sebagainya.
Ia juga banyak dijadikan sebagai pembalut makanan khususnya kepada kuih-muih tradisional seperti tepung pelita, kuih tako, kuih limas, atau semasa membakar, barbeku atau mengukus untuk menambah bau yang harum serta rasa manis.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat daun pandan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan.
Sumber:
What Is Pandan? Benefits, Uses, Taste, and Substitutes. Healthline Health Benefits of Pandan Leaves. Modestpie

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/daun-pandan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=daun-pandan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daun Pisang Bukan Hanya Alas Makanan Ini 7 Khasiat Sebenarnya

Daun Pisang Bukan Hanya Alas Makanan Ini 7 Khasiat Sebenarnya

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 229 hits
Ramai orang ingat daun pisang hanya digunakan sebagai pembungkus atau alas makanan seperti nasi lemak atau kuih muih tradisional lainnya Namun fakta kajian menunjukkan daun ini mengandungi banyak sumber nutrisi dan khasiat untuk meningkatka...
Rempah Sekawan Ciri Kandungan Nutrisi Khasiat Kesihatan

Rempah Sekawan Ciri Kandungan Nutrisi Khasiat Kesihatan

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 292 hits
Herba dan rempah seperti rempah sekawan banyak digunakan dalam masakan Melayu dan masakan India Namun tidak sekadar pelengkap kepada masakan ia juga mengandungi pelbagai kandungan nutrisi yang memberi kesan positif kepada kesihatan Artikel ...
Pucuk Ubi Jenis Khasiat Kesihatan Cara Memasak

Pucuk Ubi Jenis Khasiat Kesihatan Cara Memasak

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 296 hits
Pucuk ubi memang enak dijadikan hidangan tengah hari bersama keluarga Namun pasti tidak ramai yang tahu akan kelebihannya kepada kesihatan Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan pucuk ubi dan khasiatnya kepad...
Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 223 hits
Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan Minggu ini saya dapat buah jagung yang agak banyak jumlahnya dari mak mertua Memang niatnya beli satu guni untuk diberikan kepada jiran dan menantu Jagungnya bersaiz besar dan panjang panjang Makan sebiji...
Adakaah Covid Dikaitkan Dengan Iq Rendah Ingatan Lemah Dan Kesan Negatif Lain Terhadap Kesihatan Otak

Adakaah Covid Dikaitkan Dengan Iq Rendah Ingatan Lemah Dan Kesan Negatif Lain Terhadap Kesihatan Otak

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 223 hits
COVID 19 dapat memiliki dampak pada kesehatan otak Beberapa studi dan laporan telah mengungkapkan beberapa efek virus ini terhadap otak manusia Beberapa dampak yang dikaitkan dengan COVID 19 pada otak antara lain Ensefalitis COVID 19 dapat ...
Kegunaan Ubat Kumur Selain Berkumur No 5 Mesti Ramai Yang Tak Sangka

Kegunaan Ubat Kumur Selain Berkumur No 5 Mesti Ramai Yang Tak Sangka

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 182 hits
Jujur sebelum ni cikla ingat ubat kumur ni fungsi dia hanya semata mata untuk berkumur je tapi rupanya lebih dari tu Macam menarik pulak bunyinya kan sebab nak tau jugak apa kegunaan lain ubat kumur ni lagi lagi untuk kecantikan Ubat kumur ...
Menu Masakan Thai Makan Malam Di Warung Che Bunga Kg Melayu Sungai Buloh

Menu Masakan Thai Makan Malam Di Warung Che Bunga Kg Melayu Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 228 hits
nbsp Selalunya kak ana makan sarapan pagi jer di Warung Che Bunga yang femes dengan menu masakan Pantai Timur seperti nasi kerabu nasi berlauk nasi dagang dan sebagainya Pernah kak ana terbit kan entri nya di nbsp SINI nbsp Tapi rupanya mal...
Scan Bayi Penting Untuk Check Tahap Kesihatan Bayi Dalam Kandungan Bukan Semata Nak Tengok Wajah Saja

Scan Bayi Penting Untuk Check Tahap Kesihatan Bayi Dalam Kandungan Bukan Semata Nak Tengok Wajah Saja

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 122 hits
Mungkin ada ibu yang beranggapan tidak perlu untuk melakukan atau dalam kandungan Sebenarnya dalam kandungan amat penting bukan sekadar untuk melihat wajah sahaja seperti yang sering difikirkan segelintir Berkenaan ujian imbasan atau apakah...
6 Kegunaan Sabut Kelapa Yang Ramai Tak Tahu

6 Kegunaan Sabut Kelapa Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 236 hits
Buah kelapa mempunyai banyak khasiatnya pada kesihatan Selain airnya sering diminum isi kelapa juga telah diolah untuk dijadikan ramuan penting dalam masakan seperti kerisik santan dan minyak kelapa Namun bagaimana pula dengan sabut kelapa ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash