Remaja Lelaki Lembam Lemas Ketika Memancing Di Sg Telor


Kota Tinggi : Seorang remaja lelaki lembam ditemui lemas di Sungai Telor selepas tergelincir ke dalam sungai berkenaan ketika memancing, pagi tadi.
Penolong Ketua Daerah Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Mohd Norahpandi Samsudin berkata kejadian pada pukul 11.26 pagi itu berlaku ketika Muizzuddin M. Nasir, 18, bersama rakannya Muhammad Haikal Iskandar Halim, 13, sedang memancing.
“Ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang memancing di Sungai Telor dan kemudiannya salah seorang tergelincir. Yang tergelincir itu kita percaya memegang kad orang kurang upaya,” kata beliau ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sungai Telor, di sini, hari ini.
Menurut beliau, pasukan penyelamat di air (PPDA) JBPM membuat pencarian menggunakan dua unit bot orang kampung dalam jarak 500 meter dari lokasi pertama mangsa dipercayai jatuh.
Selain itu, pasukan PPDA membuat pencarian di permukaan air menggunakan tali, serta dibantu orang kampung dalam pencarian sekitar tebing sungai.
Mayat Muizzuddin, kemudiannya ditemui di dasar sungai oleh PPDA pada jarak 50 meter dari tempat pertama mangsa dipercayai jatuh, kira-kira 3.05 petang, tambah beliau.
Bagaimanapun, Muhammad Haikal berjaya diselamatkan orang kampung setelah hanyut kira-kira 50 meter.
Menurut Norahpandi, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
Sementara itu, bapa Muhammad Haikal, Halim Amir berkata kejadian itu dimaklumkan kepadanya oleh salah seorang ibu rakan anaknya.
“Saya dimaklumkan apabila Muizzuddin tergelincir, anak saya terjun ke dalam sungai untuk cuba menyelamatkan Muizzuddin tetapi kedua-duanya hanyut,” kata beliau.
Bagaimanapun, anaknya berjaya diselamatkan oleh orang kampung.
Katanya memang sudah menjadi kebiasaan bagi anaknya dan anak-anak kampung di situ memancing di sungai berkenaan.
“Alhamdulillah, anak saya tidak ada apa-apa dan sekarang berehat di rumah. Cuma, dia sedikit trauma dengan kejadian yang berlaku,” katanya.
Sumber : Bernama
The post Remaja Lelaki Lembam Lemas Ketika Memancing Di Sg Telor appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/19/remaja-lelaki-lembam-lemas-ketika-memancing-di-sg-telor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niat Nak Memancing Tak Kesampaian Remaja Mati Lemas Ditemui Dalam Parit

Niat Nak Memancing Tak Kesampaian Remaja Mati Lemas Ditemui Dalam Parit

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 317 hits
Seorang remaja berusia 16 tahun dikatakan hilang sebelum berjumpa dengan dua orang rakannya ditemui meninggal dunia dalam keadaan tersembam di sebuah parit Ladang Tualang Tumbuh Kampung Gajah lewat malam tadi Mangsa Muhammad Adib merupakan ...
Bagaimanakah Cara Untuk Melakukan Solat Di Atas Bot Ketika Memancing

Bagaimanakah Cara Untuk Melakukan Solat Di Atas Bot Ketika Memancing

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 746 hits
Assalamualaikum w b t Saya ingin bertanya berkenaan panduan solat di atas bot memancing yang kecil Umum mengetahui ramai rakyat Malaysia yang menjadikan aktiviti memancing sebagai hobi Sebagai contoh situasi keluar memancing di laut dalam a...
Remaja Perempuan Lemas Di Jeti Tebing Tembah

Remaja Perempuan Lemas Di Jeti Tebing Tembah

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 733 hits
Remaja perempuan lemas di Jeti Tebing Tembah Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Dec 2019 10 32PM
Seorang Remaja Maut Ketika Leka Bermain Video Games Seriuslah

Seorang Remaja Maut Ketika Leka Bermain Video Games Seriuslah

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 421 hits
Sumber gambar dari GoogleUmum mengetahui kesan buruk permaian video games terhadap kesihatan Namun pernah tak terfikir kalau permainan ini mampu beri kesan lain misalnya menjadi punca kepada sesuatu kemalangan Ini yang berlaku di India apab...
Lelaki Curi Beg Abang Grabfood Ketika Solat Maghrib Di Masjid

Lelaki Curi Beg Abang Grabfood Ketika Solat Maghrib Di Masjid

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 833 hits
Sis tak faham betul dengan orang yang sanggup mencuri di dalam masjid Tak takut Allah ke Haih banyak lagi cara kalau nak cari duit tau Bukannya pergi mencuri barang orang Kesian dekat orang tu penat mencari rezeki yang halal untuk menyara k...
Gas Entonox Bantuan Ketika Sakit Kontraksi Membantu Ke

Gas Entonox Bantuan Ketika Sakit Kontraksi Membantu Ke

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 523 hits
Masa tengah menahan sakit kontraksi dalam labour room tu ada tak berikan gas Kalau ada adakah anda tahu apakah fungsinya Nak tahu lebih lanjut bacalah artikel yang ditulis oleh Hello Doktor ini Meredakan kesakitan Setiap individu yang melal...
Ketika Anak Kecil Sudah Mulai Lancar Bicara Ajari Ayat Ini

Ketika Anak Kecil Sudah Mulai Lancar Bicara Ajari Ayat Ini

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 424 hits
Sejak dari kecil anak anak harus diperkenalkan dengan huruf huruf dan ayat ayat Al Quran Bahkan ketika anak sudah mulai lancar bicara terdapat sebuah ayat Al Quran yang perlu diajarkan oleh orang tua kepadanya Ayat tersebut adalah sebagai b...
Cerita Lucu Wali Kota Risma Soal Bonek Ketika Melawat Ke Turki

Cerita Lucu Wali Kota Risma Soal Bonek Ketika Melawat Ke Turki

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 224 hits
Di hadapan WNI Risma langsung berbagi cerita menarik selama ia memimpin Kota Surabaya Saat sesi tanya jawab rupanya ada mahasiswa yang merupakan Bonekmania bertanya mengenai langkah yang akan dilakukan Pemkot Surabaya dalam menjaga hubungan...
Doa Silaban Ketika Merancang Masjid Istiqlal

Doa Silaban Ketika Merancang Masjid Istiqlal

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 440 hits
Sebagai seorang Kristiani Friedrich Silaban mengalami pergulatan batin ketika merancang Masjid Istiqlal tempat ibadah umat Islam Friedrich Silaban sedang berbicara dengan Presiden Sukarno Adzan Subuh belum berkumandang Kota Bogor masih dili...
M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Sarapan Di Kedai Nasi Lemak Hussain Tukar Meter Elektrik Digital

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Lirik Lagu Teristimewa Pu Fendi Ustaz Fadhil Abdul Rahman Ustaz Huri

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

Kalau Diberi Peluang Travel Mana Destinasi Korang Suka

Peranan Penting Rekod Pergigian Dalam Pengecaman Forensik

How Ai Agents Will Transform E Commerce In 2025 What Every Online Entrepreneur Must Know


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Karambusel Hydrothermal Field A New Frontier In Deep Sea Exploration

Mohon Doa Pembentangan Belanjawan 2026 Esok Berjalan Lancar Anwar

170 000 Tan Bantuan Kemanusiaan Sedia Dibawa Masuk Ke Gaza Pbb

Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Ember Bath House By Studio Traces

Selangor Aims To House 70pc Of Nation S Aerospace Aviation Operations Drone Hub In Pipeline