Bagaimanakah Cara Untuk Melakukan Solat Di Atas Bot Ketika Memancing



Assalamualaikum w.b.t Saya ingin bertanya berkenaan panduan solat di atas bot memancing yang kecil. Umum mengetahui ramai rakyat Malaysia yang menjadikan aktiviti memancing sebagai hobi. Sebagai contoh situasi, keluar memancing di laut dalam akan mengambil masa selama 8 jam. Keluar jam 6 pagi dan balik pada 6 petang. Keadaan memancing di dalam bot yang sempit dan sukar mengambil wudhu dan solat di atas bot menjadikan sebahagian besar kaki memancing tidak menjalankan solat fardhu. Mohon Tuan Mufti memberikan panduan yang mudah untuk kaki pancing melaksanakan ibadah solat di atas bot yang kecil ini. Sekian, terima kasih.
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Solat merupakan rukun kedua daripada rukun Islam selepas beriman kepada Allah SWT. Dan solat ini merupakan ibadah yang wajib dilakukan tidak kira dalam apa jua keadaan Firman Allah SWT:
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah al-Nisa’, 103)
Perihal Solat Di Atas Perahu
Berbalik kepada persoalan di atas, solat di atas perahu ketika memancing bukanlah alasan untuk tidak mengerjakan solat fardhu. Ini kerana, solat merupakah ibadah yang wajib di lakukan. Firman Allah SWT:
وَأمُر أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
Maksudnya: Dan perintahkanlah ahli kamu untuk menunaikan solat dan bersabarlah ke atasnya.
(Surah Taha 132)
Mengambil wuduk ketika di atas perahu dengan menggunakan air laut adalah dibolehkan. Ini kerana, air laut merupakan air yang boleh digunakan untuk bersuci serta dapat menghilangkan hadas kecil bagi menyempurnakan solat.
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan: “air yang suci dan menyucikan ialah air hujan, air laut, air sungai air telaga, air mata air dan air salji”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 1/37)
Menunaikan solat di atas perahu adalah sah sekiranya memenuhi syarat serta rukun solat yang di tetapkan. Dengan menunaikan kewajipan seperti menghadap ke arah kiblat seperti mana firman Allah SWT:
وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ
Maksudnya: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya,
(Surah al-Baqarah, 150)
Begitu juga dengan kewajipan untuk berdiri sekiranya tidak terdapat sebarang keuzuran dan halangan. Firman Allah SWT:
حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّـهِ قَانِتِينَ
Maksudnya: Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
(Surah al-Baqarah, 238)
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam Kitabnya menyatakan, ayat di atas adalah ayat perintah untuk berdiri dan ia merupakan satu kewajipan. Dan ayat ini bermaksud tidak diwajibkan ke atas kamu berdiri melainkan ketika melakukan solat. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 1/243)
Selain itu, hadis yang diriwayat Imran bin Hussain mempunyai penyakit buasir. Lalu Beliau bertanya kepada Baginda SAW berkenaan dengan solat. Sabda Nabi SAW:
صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
Maksudnya: Solatlah secara berdiri, dan sekiranya tidak mampu maka duduklah, dan sekiranya tidak mampu solat secara berbaring.
Riwayat Bukhari (1117)
Imam Nawawi menerangkan berkenaan dengan solat ketika di dalam perahu di wajibkan untuk berdiri sekiranya tidak berlaku keuzuran serta kewajipan untuk menghadap kiblat. Ini seperti yang dinyatakan di dalam kitabnya:
“Sekiranya melakukan solat fardhu di atas kapal tidak harus baginya meninggalkan rukun berdiri seperti mana ketika berada di daratan. Ini juga pendapat yang dinyatakan Imam Malik dan Imam Ahmad. Pendapat Imam Abu Hanifah harus untuk tidak berdiri ketika kapal bergerak. Begitu juga pandangan Mazhab Syafi’e menyatakan sekiranya berlaku keuzuran seperti mabuk laut dan selainnya maka diharuskan untuk solat duduk. Dan sekiranya berubah arah kiblatnya kerana tiupan angin, maka wajib ke atasnya untuk menghalakan semula ke arah kiblat semula”.
(Lihat: al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 3/242)
Dan sekiranya tidak dapat menyempurnakan salah satu daripada rukun seperti tidak dapat menghadap kiblat atas disebabkan keadaan tertentu maka dituntut untuk solat hormat waktu. Imam Nawawi di dalam kitabnya menyatakan:
“Mengikut pandangan mazhab Syafi’e sekiranya ketika menunaikan solat fardhu akan tertinggal ketika musafir atau takut sekiranya turun dari tunggangan untuk menghadap kiblat maka akan terputus hubungan dengan kumpulannya atau dirinya dan hartanya terancam maka tidak harus meninggalkan solat sehingga keluar pada waktunya. Bahkan dituntut untu menunaikan solat hormat waktu di atas tunggangannya dan wajib untuk mengulang sembahyangnya itu”.
(Lihat: al-Majmu’ syarah al-Muhazzab, 3/242)
Kesimpulan
Berbalik kepada persoalan yang diajukan, dapat disimpulkan berdasarkan dalil dan nas yang diberikan bahawa memancing bukan sebagai alasan untuk meninggalkan solat. Oleh itu, bagi pemancing sebaiknya tahu cara untuk melakukan solat di atas perahu bagi memenuhi kesempurnaan tuntutan solat.
Mengambil wuduk dan membersihkan pakaian yang terkena najis dengan menggunakan air laut adalah diharuskan kerana ia termasuk di dalam air mutlak. Solat mesti dengan menghadap kiblat, dan ini merupakan syarat sahnya solat. Sekiranya beralih arah kiblatnya disebabkan angin atau arus air maka ia dituntut untuk berpaling semula ke arah kiblat. Melakukan solat dalam keadaan berdiri serta melaksanakan segala rukun solat sekadar yang termampu. Dan sekiranya berlaku keuzuran semasa melakukan solat seperti mabuk laut atau bimbang boleh menyebabkan kecederaan maka dibolehkan untuk melakukannya secara duduk. Sekiranya tidak dapat melakukan solat secara sempurna rukunnya seperti tidak dapat menghadap kiblat, maka di tuntut untuk solat hormat waktu dan wajib untuk mengqada’ semula apabila sampai ke destinasi. Semoga dengan ini dapat memberi penjelasan dan tidak meninggalkan solat dan melakukannya sebaik-baik mungkin. Ini seperti saranan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA Sabda Nabi SAW:
فإذا نهيتكم عن شيء فاجتنبوه، وإذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم
Maksudnya: Apabila aku melaran sesuatu ke atas kamu maka hindarilah, dan sekiranya aku memerintahkan kamu untuk melakukan sesuatu, maka lakukanlah dengan sebaik-baiknya.
Riwayat Bukhari (7288)
 
Sumber: muftiwp.gov.my
The post Bagaimanakah Cara Untuk Melakukan Solat di Atas Bot Ketika Memancing appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/bagaimanakah-cara-untuk-melakukan-solat-di-atas-bot-ketika-memancing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Solat Duduk Atas Kerusi Duduk Berlunjur Solat Secara Baring

Cara Solat Duduk Atas Kerusi Duduk Berlunjur Solat Secara Baring

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 808 hits
Bagaimana cara solat duduk baring untuk orang sakit Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat duduk atas kerusi solat berlunjur dan solat baring Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkas...
Lelaki Curi Beg Abang Grabfood Ketika Solat Maghrib Di Masjid

Lelaki Curi Beg Abang Grabfood Ketika Solat Maghrib Di Masjid

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 761 hits
Sis tak faham betul dengan orang yang sanggup mencuri di dalam masjid Tak takut Allah ke Haih banyak lagi cara kalau nak cari duit tau Bukannya pergi mencuri barang orang Kesian dekat orang tu penat mencari rezeki yang halal untuk menyara k...
Viral Pelajar Sedang Solat Ketika Rakannya Sedang Menyanyi Di Pusat Karaoke

Viral Pelajar Sedang Solat Ketika Rakannya Sedang Menyanyi Di Pusat Karaoke

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 625 hits
AdvertisementAdvertisementViral satu rakaman video yang menunjukkan seorang pelajar perempuan sedang menunaikan solat sementara rakannya sedang menyanyi di belakangnya dipercayai sebuah pusat karaoke yang tidak diketahui lokasinya Remaja pe...
Beg Pemandu Lori Dicuri Ketika Jemaah Sujud Solat Maghrib

Beg Pemandu Lori Dicuri Ketika Jemaah Sujud Solat Maghrib

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 484 hits
Astro Awani Polis mendapati jenayah itu dilakukan seorang lelaki yang telah mencuri beg tersebut ketika mangsa dan jemaah yang lain sedang sujud Foto Facebook ThisIsAmpang KUALA LUMPUR Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki terlib...
Penyamun Melambung Di Atas Jalan Tewas Kemalangan Langgar Kereta Polis Ketika Cuba Lari

Penyamun Melambung Di Atas Jalan Tewas Kemalangan Langgar Kereta Polis Ketika Cuba Lari

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 501 hits
Satu video yang tersebar di media sosial menunjukkan kejadian jenayah yang didakwa terjadi di Argentina menjadi tular di media sosial Video yang berdurasi selama 1 minit 32 saat itu memaparkan 3 orang yang dipercayai penjenayah telah menyam...
Hukum Imam Membaca Al Fatihah Secara Senyap Ketika Solat Jahriyyah

Hukum Imam Membaca Al Fatihah Secara Senyap Ketika Solat Jahriyyah

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 361 hits
SOALAN Apakah hukum bagi imam yang terlupa untuk membaca al Fatihah secara jahar pada solat Isyak dengan membacanya secara sirr Adakah imam perlu untuk mengulangnya semula atau menyambung sahaja surah al Fatihah tersebut JAWAPAN Membaca sur...
Remaja Lelaki Lembam Lemas Ketika Memancing Di Sg Telor

Remaja Lelaki Lembam Lemas Ketika Memancing Di Sg Telor

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 476 hits
Kota Tinggi Seorang remaja lelaki lembam ditemui lemas di Sungai Telor selepas tergelincir ke dalam sungai berkenaan ketika memancing pagi tadi Penolong Ketua Daerah Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor Mohd Norahpandi Samsud...
5 Cara Melegakan Tenggorokan Ketika Mengalami Batuk Yang Mengganggu Di Malam Hari

5 Cara Melegakan Tenggorokan Ketika Mengalami Batuk Yang Mengganggu Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 184 hits
Batuk kering merupakan sebuah hal yang sangat mengganggu dan bisa menimbulkan ganjalan dan rasa tak nyaman pada tenggorokan Batuk ini sangat tak nyaman karena tak bisa menghilangkan lendir atau iritan lain dari tenggorokan atau saluran nasa...
Cara Mudah Solat Dhuha

Cara Mudah Solat Dhuha

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 864 hits
Solat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu dhuha sehingga 15 minit sebelum masuk waktu Zohor Paling afdhal antara pukul 8 hingga 9 pagi Caranya mudah saja Boleh buat minimum dua rakaat dan maksimum 12 rakaat Biasanya orang solat Dhu...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je