Realiti Sedih Pelukis Anime Di Jepun


'Anime' adalah label yang digunakan di seluruh dunia, merujuk kepada animasi yang datang khas dari Jepun, kerana hasil kerja yang dihasilkan individu-individu berbakat dari sana yang nyata sangat kreatif termasuklah dari segi penghasilan jalan cerita.


Watak serta dunia fantasi yang mereka hasilkan mampu menguasai pemikiran masyarakat dunia, termasuklah kita di Malaysia.

Namun, hakikat sebenar proses pembikinan 'anime' ini memerlukan pengorbanan yang cukup besar daripada individu-individu yang terlibat.

Dalam kita teruja menonton karya yang mereka berjaya hasilkan, inilah kisah sebenar disebalik tabir kehidupan pengkarya anime.

Mungkin di negara kita ramai artis meletakkan impian untuk menjadi seorang pengkarya di Jepun, sebagai impian mereka dalam karier namun mereka yang berada di Jepun menghasilkan anime setiap hari menghadapi dilema yang nampaknya tidak kesudahan.

Industri anime di Jepun merupakan sebuah perniagaan yang sangat besar dengan nilai pasaran RM76 bilion setahun.

Malangnya, penggiat seni yang berkecimpung dalam bidang tersebut kebiasaannya dibayar dengan gaji yang sangat rendah, lebih layak dikatakan tidak sepadan dengan hasil kerja mereka.

Perkara ini seolah menjadi satu kebiasaan, sehingga karier dalam industri anime terkenal sebagai salah satu industri yang digelarkan sebagai 'black labor' berikutan gaji rendah ditawarkan dan tempoh kerja yang sangat panjang.

Ketidak seimbangan pendapatan di antara pengkarya dan peniaga

Statistiknya, sejak tahun 2002 sehingga kini, jumlah untung yang dijana daripada penghasilan anime semakin meningkat naik ekoran pasaran dunia yang semakin menerima karya mereka.

Walaupun begitu, pembahagian keuntungan ini tidak berlaku dengan seimbang apabila studio yang bersusah payah menghasilkan episod-episod untuk tontonan orang ramai, hanya mendapat secara purata kurang 10% daripada jumlah kutipan keseluruhan.

Oleh kerana syarikat-syarikat produksi memegang hak cipta penerbitan, penjualan produk serta hak pengedaran, lebih 90% daripada jumlah keuntungan hanya berlegar kepada syarikat-syarikat yang mengawal hak cipta sesuatu anime.

Atas sebab tersebut, studio-studio yang mendapat kontrak untuk penghasilan anime selalunya terpaksa membayar gaji yang sangat rendah kepada pekerja-pekerja. Berapa rendah? Sangat rendah dan agak mengejutkan.

Pendapatan yang tidak setimpal dengan usaha

Kita sudah sedia maklum Jepun merupakan salah sebuah negara di mana kos sara hidup mereka sangat tinggi.

Sukar untuk dibayangkan bagaimana seorang pengkarya anime yang bertindak sebagai animator atau pelukis latar belakang mampu menyara hidup dengan pendapatan yang agak rendah.

Kebiasaannya, seorang pekerja animator di Jepun dibayar sebanyak 200 yen (RM7.50) untuk setiap lukisan mewakili satu panel anime.

Secara purata bagi artis yang berkebolehan tinggi, mereka mampu menyiapkan lebih kurang 20 panel sehari menjadikan pendapatan mereka sekitar 4,000 yen (RM150) sehari atau 120,000 yen sebulan (RM4460). Ini bermakna, dalam satu tahun, purata pendapatan artis anime di Jepun adalah sekitar 1.44 juta yen.

Berapakah purata pendapatan keseluruhan pekerja di Jepun secara amnya? 3.54 juta yen setahun!

Apa yang lebih menyedihkan, kebanyakan studio anime terletak di barat Tokyo yang meletakkan standard 907 yen sejam sebagai gaji minimum untuk sebarang jenis pekerjaan.

Sekiranya kita mengambil pendapatan sehari penggiat anime sebanyak 4,000 yen bekerja selama 10 jam - ini menjadikan pendapat sejam artis anime sebanyak 400 yen jauh lebih rendah berbanding gaji minima di Tokyo.

Waktu kerja yang panjang

Kes-kes kemurungan sudah menjadi satu perkara biasa dilaporkan berlaku di kalangan penggiat seni anime Jepun. Pekerja yang melakukan kerja lebih masa sehingga mencecah 100 jam sebulan hanya untuk mendapatkan pendapatan lebih juga sudah kerap kedengaran.

Purata waktu bekerja sehari untuk industri anime di Jepun adalah 11 jam sehari dengan empat hari cuti setiap bulan dan pada 'waktu-waktu lapang', sesebuah studio anime masih mengekalkan temph kerja 6 hari seminggu, 10 jam sehari.

Hendak tahu satu fakta yang lebih memeranjatkan? Pengalaman tidak memberikan keistimewaan dalam industri anime di Jepun.

Seorang pengarah teknikal anime bernama Taiki Nishimura memberitahu, selepas dia berkecimpung dalam bidang ini selama lebih 20 tahun, pendapatannya masih lagi pada purata yang serupa seperti apa yang disenaraikan di atas.

Beliau memberitahu berikutan pendapatan yang rendah, ada kalanya beliau terpaksa bekerja dalam dua anime dalam satu masa.

Walaupun begitu, untuk mendapatkan pendapatan yang mencukupi, Taiki terpaksalah melupakan waktu rehatnya bekerja tanpa henti siang malam.

Menurut Taiki, ramai di antara rakan-rakan sekerjanya yang terpaksa mengambil langkah begitu bagi memastikan wang sewa rumah mencukupi dan beliau sendiri bernasib baik sudah memiliki kediaman sendiri.

Jadi, kepada peminat-peminat anime Jepun, sekiranya selepas ini anda tonton episod-episod kegemaran, ingatlah penat lelah mereka yang berusaha sekeras mungkin menyiapkan setiap karya kepada anda.

Mungkin anda akan mendapati ada kalanya lukisan yang dibuat tampak haru-biru dan sekadar dilakukan tangkap muat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Yakuza Dan Sisi Gelap Industri Hiburan Jepun19 Perkara Pelik Tentang Budaya Dan Orang Jepun
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/realiti-sedih-pelukis-anime-di-jepun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lollipop Jepun Memerlukan 60 Minit Untuk Dihabiskan

Lollipop Jepun Memerlukan 60 Minit Untuk Dihabiskan

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 398 hits
Mungkin mengulum gula gula ini akan membuat mulut anda kepenatan Bagaimana tidak Sebuah gula gula yang sedang jadi pembicaraan netter Jepun ini mempunyai masa cair hingga 60 minit Gula gula ini mungkin akan mengingatkan dengan cerita Willy ...
Semak Keadaan Sebenar Sebelum Beli Kereta Recond Jepun Dengan Scrut My

Semak Keadaan Sebenar Sebelum Beli Kereta Recond Jepun Dengan Scrut My

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 518 hits
Beberapa hari lepas heboh dan tular mengenai cara menilai kenderaan lelong dari Jepun dengan SCRUT Saya sendiri cukup teruja dan sedikit cuak untuk tahu keadaan sebenar kereta Toyota Wish kondisi
Malaysia Akan Dapat Manfaat Besar Jika Hantar Buruh Ke Jepun

Malaysia Akan Dapat Manfaat Besar Jika Hantar Buruh Ke Jepun

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 216 hits
Kerajaan Pakatan Harapan kini sedang memohon kepada kerajaan Jepun untuk membekalkan 50 000 rakyat Malaysia bagi bekerja di dalam bidang kerja 3D iaitu Dirty Dangerous dan Difficult Ini berikutan langkah kerajaan Jepun melancarkan satu prog...
Etika Melancong Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Semasa Di Jepun

Etika Melancong Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Semasa Di Jepun

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 1031 hits
Budaya yang sopan dan menghormati Jepun dikagumi oleh pelancong di seluruh dunia Mana mana pengembara akan memberitahu anda bahawa negara ini penuh dengan kebudayaan dan etika daripada menyapa seseorang hingga makan di sebuah restoran Walau...
Looking For Anime Bloggers

Looking For Anime Bloggers

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 353 hits
AssalamualaikumBismillahThe truth is I loved anime so much Cuma aku kurang share tentang anime dalam blog Aku pernah terfikir nak buat review tentang anime tetapi aku kurang yakin sangat nak buat review Dalam erti kata yang lain aku tak pan...
Update Terakhir 272 Petugas Kpps Gugur Karena Bertugas Selama Pemilu Serentak 2019 Sedih

Update Terakhir 272 Petugas Kpps Gugur Karena Bertugas Selama Pemilu Serentak 2019 Sedih

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 260 hits
Sebenarnya ada apa ya dengan pemilu tahun ini kok sampai menimbulkan banyak korban meninggal
Ni Amanah Aku Aku Akan Jaga Dia Suami Instafamous Beby Tora Tora Sedih Komen Keterlaluan Netizen

Ni Amanah Aku Aku Akan Jaga Dia Suami Instafamous Beby Tora Tora Sedih Komen Keterlaluan Netizen

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 983 hits
Ni Amanah aku Aku Akan Jaga Dia Suami Instafamous Beby Tora Tora Sedih Komen Keterlaluan netizen Suami mana yang tidak sedih seandainya melihat isteri sendiri tumpah air mata gara gara mulut orang Begitulah yang menimpa selebriti media sosi...
Pelukis China Hasilkan Lukisan Seorang Wanita Hidup Jerawat Helaian Rambut Bulu Baju Semua Nampak

Pelukis China Hasilkan Lukisan Seorang Wanita Hidup Jerawat Helaian Rambut Bulu Baju Semua Nampak

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 931 hits
Pelukis China Hasilkan Lukisan Seorang Wanita Hidup Jerawat Helaian Rambut Bulu Baju Semua Nampak Individu yang dianugerahkan dengan bakat seni yang kreatif memang unik dan luar biasa
Fam Jemput Wakil Perdana Menteri Sertai Rombongan Ke Jepun

Fam Jemput Wakil Perdana Menteri Sertai Rombongan Ke Jepun

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 247 hits
Semalam Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia Dato Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin melakukan kunjungan hormat ke atas YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di Bangunan Perdana Putra Putrajaya Beliau diiringi oleh Setiausaha A...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan