Ni Amanah Aku Aku Akan Jaga Dia Suami Instafamous Beby Tora Tora Sedih Komen Keterlaluan Netizen


“Ni Amanah aku. Aku Akan Jaga Dia…” – Suami Instafamous Beby Tora-Tora Sedih Komen Keterlaluan netizen! Suami mana yang tidak sedih seandainya melihat isteri sendiri tumpah air mata gara-gara mulut orang.
Begitulah yang menimpa selebriti media sosial, Nor Atierah Zulfatie Zulkifli atau Beby Tora-Tora, baru-baru ini.
Suami Atierah, Muhammad Hafis Al Haffus Johari atau lebih dikenali sebagai Apit Johari tampil mempertahankan isterinya menerusi laman Instagram.
Ia susulan tindakan segelintir netizen yang mengecam isterinya sehingga sanggup melemparkan pelbagai bentuk hinaan.
Semua Baik-Baik
Apit sewaktu dihubungi mStar berkata, kehidupan mereka setelah bernikah pada 1 Mac lalu cukup harmoni.
“Alhamdulillah, semua baik-baik sahaja. Macam mana perangai dia dalam Instagram, begitulah dia di dunia nyata.
“Baru-baru ini ada satu page di Facebook kongsi pasal dia, tapi ambil kapsyen separuh sahaja.
“Sesiapa yang baca pun akan sakit hati dan fikir dia angkuh. Bila baca komen netizen, memang teruk. Sebab tu dia menangis,” ujar Apit pada Sabtu.
Menerima Teguran
Jelas pemuda itu lagi, bukan mereka tidak boleh menerima teguran sebaliknya ia haruslah dibuat dengan cara yang betul dan berhemah.
Tambahnya, wujud segelintir individu yang sanggup membuat akaun Instagram palsu semata-mata untuk mengutuk isterinya.
“Nak tegur ada caranya. Boleh sahaja direct message (DM). Janganlah sampai lukakan hati orang.
“Yang buat Instagram fake pun ada. Tapi di Instagram 90 peratus ok, cuma di Facebook banyak komen yang melampau,” katanya lagi.
Komen dekat FB
Menerusi posting di Instagram miliknya, Apit turut membuat luahan panjang lebar mengenai perkara itu.
“Sedih bila terbayang muka dia bila kata kat aku semalam, dia nangis pastu kata jangan tinggal dia macam orang komen tu.
“Aku tengok balik komen dekat FB, Masya-Allah masing-masing tak kira tua ka muda dok membawang.
“Ni amanah aku. Aku akan jaga dia macam nyawa aku. Aku takkan bagi orang sakitkan hati dia dan aku nak dia selalu tau aku akan ada dengan dia jatuh bangun lepas ni,” tulis Apit.
Posting itu sehingga kini menerima lebih 14,000 tanda suka. Untuk rekod, Beby Tora-Tora memiliki 500,000 pengikut di laman itu.
Sumber: Mstar Online
The post “Ni Amanah aku. Aku Akan Jaga Dia…” – Suami Instafamous Beby Tora-Tora Sedih Komen Keterlaluan netizen! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/ni-amanah-aku-aku-akan-jaga-dia-suami-instafamous-beby-tora-tora-sedih-komen-keterlaluan-netizen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kahwin Atas Dasar Cinta Bukan Nafsu Suami Muda Ini Setia Jaga Isteri Raih Rasa Hormat Netizen

Kahwin Atas Dasar Cinta Bukan Nafsu Suami Muda Ini Setia Jaga Isteri Raih Rasa Hormat Netizen

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 694 hits
Dikala ramai yang menyimpan tanggapan buruk terhadap lelaki yang kebanyakkan bersifat tidak setia dan sanggup menceraikan isteri hanya kerana wanita lain Namun masih wujud lagi lelaki bergelar suami setia yang sanggup bersama si isteri diwa...
Hiburan Normah Damanhuri Sedih Dengan Komen Netizen Lemparkan Tuduhan Sesuka Hati

Hiburan Normah Damanhuri Sedih Dengan Komen Netizen Lemparkan Tuduhan Sesuka Hati

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 933 hits
Kontroversi lelaki berpakaian wanita seksi dan menari lucah di perkahwinan Ahya Rosli sehingga hari ini masih lagi hangat diperkatakan Ramai yang tidak boleh terima apabila majlis perkahwinan dicemari dengan aksi ghairah yang bertentangan d...
Suami Meninggal Isteri Tidak Bekerja Jaga 3 Anak Mentua Mahu Rebut Harta Termasuk Rumah Kereta Sebaknya Baca Kisah Ni

Suami Meninggal Isteri Tidak Bekerja Jaga 3 Anak Mentua Mahu Rebut Harta Termasuk Rumah Kereta Sebaknya Baca Kisah Ni

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 764 hits
Berbagi oleh seorang konselor yang berpengalaman dihadapkan dengan kasus seperti itu ternyata iri hati pembaca Keluarga menuntut hak putra mereka yang telah meninggal sementara tidak ada yang membela nasib istri dan tiga anaknya yang diting...
Suami Jaga Perangai Tu Emosi Suami Masa Isteri Hamil Pengaruhi Anak Dalam Kandungan

Suami Jaga Perangai Tu Emosi Suami Masa Isteri Hamil Pengaruhi Anak Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 1168 hits
Suami jangan pandang mudah perihal emosi dalam diam mempengaruhi janin dalam kandungan isteri Semua wanita mengimpikan momen kehamilan yang lancar dan cuba melakukan yang terbaik sepanjang berbadan dua agar bayi yang lahir juga mendapat yan...
Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Income Usd Cara Jana Pendapatan Dalam Usd Secara Automatik Di Malaysia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis