Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta




LIPIS: Kerajaan negeri optimis mampu mencapai kutipan hasil melebihi RM1 bilion tahun ini ekoran kutipannya setakat ini telah mencecah RM950 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian tersebut dapat mengekalkan prestasi cemerlang empat tahun berturut-turut selepas meraih kutipan melebihi RM1 bilion sejak 2022.
Menurutnya, kutipan hasil setakat ini menunjukkan arah aliran positif hasil pengurusan kewangan berhemah serta pentadbiran cekap kerajaan negeri.
“(Kutipan hasil) telah mencecah RM950 juta dan saya sangat optimis (kutipan) melebihi RM1 bilion untuk empat tahun berturut-turut.
"Sebahagian besar hasil negeri akan terus dikembalikan kepada rakyat menerusi pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif kebajikan," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Program Jelajah Wira Madani dan Program Satelit Madani Rakyat Tahun 2025 Warga Felda Sungai Koyan di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan di sini pada Sabtu.
Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dan Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Amizar Abu Adam.
Ujarnya, daripada kutipan tersebut, sebanyak RM600 juta ditolak untuk membayar gaji penjawat awam dan kos lain-lain serta selebihnya akan dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk.
“Contohnya bantuan kepada anak-anak yang masuk universiti, menunaikan haji, kahwin kali pertama, program perkahwinan serta pemberian Rumah Rakyat Pahang secara percuma.
“Anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke universiti akan menerima bantuan RM750, manakala program penghantaran pelajar ke luar negara juga akan diteruskan,” katanya
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Felda atas pemilihan Jelai sebagai lokasi penganjuran program tersebut.
“Saya sangat berbesar hati kerana di Felda seluruh Malaysia ini ada juga bekas-bekas tentera dan veteran yang telah berkhidmat kepada negara. Saya pasti mereka akan mengimbau kembali kenangan ketika berkhidmat dahulu.
“Saya harap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun mendatang,” katanya.
Program Jelajah Wira Madani dan Satelit Madani Rakyat itu julung kalinya dianjurkan di Jelai dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan serta pertubuhan tempatan. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/kerajaan-pahang-otimis-mampu-capai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyeludupan Kerajaan Pusat Lulus Rm1 5 Bilion Bina Tembok Sempadan

Penyeludupan Kerajaan Pusat Lulus Rm1 5 Bilion Bina Tembok Sempadan

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 120 hits
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara baru baru ini KOTA BHARU 21 Okt Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan RM1 5 bilion bagi pembinaan tembok sempadan di Kelantan T...
Kerajaan Jimat Rm5 Bilion Hasil Penyasaran Semula Subsidi Diesel Mof

Kerajaan Jimat Rm5 Bilion Hasil Penyasaran Semula Subsidi Diesel Mof

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 145 hits
Kerajaan Jimat RM5 Bilion Hasil Penyasaran Semula Subsidi Diesel MoF KUALA LUMPUR Kerajaan telah menjimatkan sekitar RM5 bilion setahun melalui penyasaran semula subsidi diesel di bawah Program BUDI MADANI Diesel sejak ia mula dilaksanakan ...
Terima Lebih Rm1 8 Bilion Miti Fokus Transformasi Industri Pks Dan Rakyat

Terima Lebih Rm1 8 Bilion Miti Fokus Transformasi Industri Pks Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 240 hits
Terima Lebih RM1 8 Bilion MITI Fokus Transformasi Industri PKS Dan Rakyat Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri menyambut baik peruntukan sebanyak RM1 898 bilion untuk MITI bagi tahun 2026 selaras dengan usaha Kerajaan MADANI untuk...
Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 170 hits
KUANTAN nbsp Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang merupakan pasukan penguatkuasaan bersepadu pertama di negara ini yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan mencegah kehilangan dan ketirisan hasil Kerajaan Negeri Pahang Ditubuhkan pada 9 Oktobe...
Syurga Dalam Botol Bakal Hampiri Kutipan Rm1 Juta Dalam Masa Terdekat

Syurga Dalam Botol Bakal Hampiri Kutipan Rm1 Juta Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 205 hits
Harapan pengarah filem Syurga Dalam Botol untuk capai target kutipan RM1 juta mungkin akan terealisasi kerana kutipan terkini filem ini sudah pun mencecah RM750 pada hari kelima tayangan Hal ini sekaligus membuktikan bahawa filem underdog d...
Kapal Kargo Bawa Bijih Timah Lebih Rm1 5 Juta Tanpa Kebenaran Ditahan

Kapal Kargo Bawa Bijih Timah Lebih Rm1 5 Juta Tanpa Kebenaran Ditahan

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 173 hits
Nakhoda bersama empat kru warga Indonesia berusia 23 hingga 47 tahun ditahan Kapal kargo bawa bijih timah ditahan APMM di kedudukan 0 1 batu nautika timur laut Pulau Pemanggil Mersing Johor MERSING Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia men...
Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas

Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 145 hits
LIPIS Kerajaan Pahang terus prihatin dengan memperluaskan ke 10 daerah tahun ini berbanding tiga pada tahun lepas bagi pelaksanaan Program Anggun Suri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tindakan itu membuktikan kesungguha...
Kerajaan Pahang Memperuntukkan Sebanyak Rm10 Juta Bagi Persediaan Untuk Menghadapi Monsun Timur Laut 2025 2026

Kerajaan Pahang Memperuntukkan Sebanyak Rm10 Juta Bagi Persediaan Untuk Menghadapi Monsun Timur Laut 2025 2026

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 237 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut 2025 2026 termasuk penghantaran awal bantuan ke 167 pangkalan hadapan di seluruh negeri itu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail...
Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 226 hits
LIPIS Penggunaan data dan angka memainkan peranan penting bagi membantu kerajaan negeri untuk merancang serta membuat keputusan berasaskan fakta Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata aspek tersebut juga menjadi asas kepada p...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Tomyam Putih Vs Ikan Siakap Sambal

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Mahkamah Agung Pakistan Mengadakan Mesyuarat Setelah Peletakan Jawatan Hakim Hakim

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna

Saya Adalah Anak Cucu Pejuang Sanusi Tak Gentar Pertahankan Hak Amp Kebenaran

Enam Meninggai 25 Cedera Hotel Lima Bintang Terbakar