Doa Jiran Menembusi Langit Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik Pppk Raih Simpati Ramai


ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak di media sosial apabila tular video perpisahan menyayat hati selepas diceraikan suami hanya dua hari sebelum lelaki itu dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Perjanjian Kerja (PPPK).
Wanita berkenaan, Safitri, berkongsi pengalaman hidupnya di Facebook melalui akaun Safitri Alshop Aceh, manakala rakannya, Rita Sugiarti Ricentil Panggabean, memuat naik video berdurasi satu minit 30 saat yang memaparkan detik Safitri meninggalkan rumah.
Dalam video tersebut, Safitri dilihat menaiki sebuah van L300 sambil dibantu jiran-jiran yang prihatin mengangkat barangan rumah untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Aceh Selatan.
Suasana penuh emosi itu diselubungi tangisan dan ucapan perpisahan daripada sahabatnya:
“Selamat jalan sahabat kami, Fitri. Semoga kebahagiaan segera menyusul dalam hidupmu.”
Video tersebut kini ditonton ratusan ribu kali di pelbagai platform media sosial dan dibanjiri komen warganet yang mendoakan agar Safitri terus kuat serta dimurahkan rezeki selepas melalui dugaan berat itu.
Diceraikan Dua Hari Sebelum Pelantikan
Menurut Safitri, perceraian berlaku pada 15 Ogos, manakala suaminya dilantik sebagai PPPK pada 17 Ogos lalu.
Dalam luahan hatinya, Safitri mendedahkan pengorbanannya selama ini seolah-olah tidak dihargai, termasuk membeli baju yang dipakai suaminya pada hari pelantikan menggunakan hasil jualan sayur dan cili.
“Saya sudah menuntut keadilan, melapor ke sana sini, tapi tiada hasil. Baju pelantikan itu saya beli hasil jual sayur dan cili untuk suami. Tapi saya tidak sangka dibalas begini,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa video perpisahan itu dikongsi dengan izinnya sendiri supaya orang ramai tahu kisah sebenar yang dilaluinya.
“Hargailah wanita yang menemani anda dari kosong hingga berjaya. Harta dan pangkat tidak akan dibawa mati,” ujarnya lagi.
Doa Jiran Bertudung Hijau Curi Tumpuan
Namun di sebalik kisah sedih itu, kehadiran seorang jiran bertudung hijau mencuri perhatian ramai selepas tular rakaman beliau mendoakan Safitri dengan penuh emosi.
Wanita berkenaan dilihat menadah tangan sambil menitipkan doa agar Safitri dimurahkan rezeki, diberikan kekuatan dan dikurniakan kebahagiaan selepas diuji dengan perpisahan.
“Doa ibu bertudung hijau itu terus menembusi langit,” tulis seorang pengguna media sosial yang tersentuh menonton video berkenaan.
Kehadiran jiran-jiran yang setia membantu Safitri berpindah turut menunjukkan kasih sayang dan semangat kejiranan yang masih utuh, walaupun dalam suasana penuh kesedihan.
Komen Warganet
Rata-rata warganet meluahkan rasa simpati dan kagum dengan ketabahan Safitri serta keikhlasan mereka yang berada di sekelilingnya.
“Buat Safitri, teruslah kuat dan bersyukur atas setiap ujian. Gunakan peluang ini untuk bangkit semula dengan lebih bahagia,” tulis seorang pengguna.
“Doa ibu bertudung hijau itu pasti dimakbulkan. Semoga Safitri tidak lupa kepada jiran-jiran yang selalu menyokongnya ketika susah,” tambah yang lain.
Kisah ini bukan sekadar tentang perpisahan, tetapi juga tentang ketabahan, keikhlasan dan doa tulus seorang jiran, yang menjadi simbol kasih dan kekuatan sebenar seorang wanita.
BACA: Pegawai Pemerintah Dipecat Gara-Gara Ceraikan Isteri, Shella Saukia Tampil Hulur Bantuan
Sementara itu memetik laporan media tempatan, suami Safitri yang baru dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Perjanjian Kerja (PPPK) pada 17 Ogos lalu dilaporkan dipecat daripada jawatan tersebut selepas kisah rumah tangganya tular di media sosial. – The Malaysian Update
The post Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/10/25/doa-jiran-menembusi-langit-kisah-safitri-diceraikan-dua-hari-sebelum-suami-dilantik-pppk-raih-simpati-ramai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dicerai Dua Hari Sebelum Suami Dilantik Pppk Rezeki Imelda Safitri Mencurah Tanpa Diduga

Dicerai Dua Hari Sebelum Suami Dilantik Pppk Rezeki Imelda Safitri Mencurah Tanpa Diduga

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 293 hits
ACEH Rezeki jodoh dan takdir semuanya urusan Allah Siapa sangka ujian yang datang dalam bentuk perpisahan akhirnya membuka pintu rezeki yang tak disangka sangka Itulah kisah Imelda Safitri atau lebih dikenali sebagai Fitri wanita asal Aceh ...
Abang Pergi Pada Hari Lahir Adik Kisah Sebak Zafran Dan Aidil Haziq Raih Simpati Ramai

Abang Pergi Pada Hari Lahir Adik Kisah Sebak Zafran Dan Aidil Haziq Raih Simpati Ramai

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Sebuah perkongsian di TikTok mengundang sebak ramai apabila video yang dimuat naik pada Khamis lalu rupa rupanya menjadi kenangan terakhir antara dua beradik Dalam video tersebut Zafran berkongsi kisah tentang adik lelakinya Ai...
Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 376 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAAnggota Polis membawa mayat keluar daripada kediaman mangsa di Durian Tunggal Melaka Gambar ARIF HAMIZAN MISKON KOSMO ALOR GAJAH Penduduk Taman Cempaka 2 Durian Tunggal dekat sini mendakwa mendengar pertengkaran sebe...
Hiburan Suami Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Ibu Dan Anak Ditemui Maut Di Kampung Sekolah Juru

Hiburan Suami Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Ibu Dan Anak Ditemui Maut Di Kampung Sekolah Juru

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 209 hits
Polis menahan reman suami kepada wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru Pulau Pinang malam tadi bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismai...
Les Peintres Du Ciel Kisah Pelukis Langit Yang Menjaga Menara Eiffel

Les Peintres Du Ciel Kisah Pelukis Langit Yang Menjaga Menara Eiffel

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 170 hits
Rahsia Kekal Menara Eiffel Bukan Hanya Besi Tapi Penjagaan Berterusan Ramai yang terpesona dengan Menara Eiffel sebagai simbol cinta di Paris Namun tahukah anda rahsia di sebalik ketahanannya yang luar biasa Struktur besi ikonik ini telah b...
Kes Dua Beranak Dibunuh 3 Lelaki Ditahan Suami Dibebas Esok

Kes Dua Beranak Dibunuh 3 Lelaki Ditahan Suami Dibebas Esok

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 202 hits
Audrey Dermawanaudremd nst com myGeorge Town Tiga lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di sini pada Sabtu Manakala lela...
Laluan Teluk Bahang Balik Pulau Ditutup Dua Hari Akibat Tanah Runtuh

Laluan Teluk Bahang Balik Pulau Ditutup Dua Hari Akibat Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 229 hits
Laluan Teluk Bahang Balik Pulau Ditutup Dua Hari Akibat Tanah Runtuh GEORGETOWN Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang memaklumkan Jalan Persekutuan FT006 jalan mengelilingi Pulau dari Teluk Bahang Ke Balik Pulau ditutup sepenuhnya akibat tanah ru...
Pendaki Hilang Di Gunung Liang Dua Hari Lepas Ditemukan Maut

Pendaki Hilang Di Gunung Liang Dua Hari Lepas Ditemukan Maut

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 340 hits
Pendaki Hilang Di Gunung Liang Dua Hari Lepas Ditemukan Maut IPOH 16 Okt Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di Tanjong Malim sejak dua hari lepas ditemukan maut petang tadi Pemangku Penol...
Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 219 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian SuriIPOH Polis menahan dua Malim Gunung Perhutanan susulan insiden lelaki ditemukan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di Muallim Tanjong Malim semalam Timbalan Ketua Polis Perak Dep...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Mengalami Kehilangan

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan