Razlan Pula Dedah Muhyiddin Mungkir Janji Lepaskan Zahid Jika Umno Terus Sokong Jadi Pm


 


February 18, 2022TAN Sri Muhyiddin Yassin didakwa pernah berjanji untuk melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada kes mahkamah yang dihadapinya, sekiranya Presiden Umno itu terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
Perkara itu dinyatakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii menerusi ciapan di Twitternya dengan mendakwa, perkara itu berlaku ketika Umno memutuskan untuk menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).
“Cuba tanya Muhyddin, semasa Umno tarik sokongan kepada beliau, kenapa ada pujukan dan rayuan kepada Zahid dan berjanji untuk melepaskan Zahid dari Mahkamah agar Umno terus sokong beliau sebagai PM.
“Nasib Zahid tidak layan dan berkeras mengantikan Muhyiddin. Selamat Rakyat,” katanya dalam ciapan itu.
Malah, Mohd Razlan berkata, Ahmad Zahid boleh sahaja tidak didakwa di mahkamah sekiranya mengikut kehendak Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri, untuk menyokong Bersatu dan membubarkan Umno.
“Tekanan dan ugutan (Dr Mahathir) tidak dilayan, terus arahan kepada AG (Peguam Negara) untuk mendakwa Zahid dan rakan-rakan Umno kerana terus berada dalam Umno,” katanya.
Sementara itu, Mohd Razlan turut mendedahkan ketika Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, keluarga Ahli Parlimen Pagoh itu menangis menelefon Ahmad Zahid bagi meminta ikhsan agar Muhyiddin tidak ditangkap kerana pecah amanah.
“Janji Zahid semasa Menteri KDN (ketika itu), tidak akan melakukan kezaliman kepada beliau (Muhyiddin) dan keluarga,” katanya.
Justeru, Mohd Razlan meminta Muhyiddin berhenti menabur fitnah terhadap Umno yang berjuang untuk kestabilan negara.
“Cukup-cukuplah menabur fitnah wahai Muhyiddin, parti Umno berjuang untuk Kestabilan, parti kamu pula terus berjuang untuk menabur hasad dengki.
“Semoga Rakyat semua kembali mengingati kegagalan semasa PH memerintah 22 bulan. Janganlah termakan dengan mainan hasad mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Razlan berkata, kata-kata Muhyiddin tidak boleh dipercayai ini kerana nama sebenarnya juga ‘ditipu’ satu negara.
“Ingat lagi Muhyddin berdegar-degar semasa kempen PRU14 membalun PAS, sekarang lain pulak. Hari ini dia berdegar-degar berkempen membenci dan menfitnah lagi,” katanya.
Semalam, media melaporkan, Muhyiddin mendakwa pemimpin Umno mempunyai agenda tersendiri ketika menyokong pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Mac 2020.
Muhyiddin berkata, perkara tersebut hanya diketahuinya selepas beberapa hari beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri apabila menerima kunjungan Ahmad Zahid.
“Beberapa hari selepas saya dilantik menjadi Perdana Menteri, Zahid datang ke rumah saya semasa saya sedang berbincang dengan (Tan Sri) Abdul Hadi Awang, bawa satu fail bertimbun-timbun (dokumen).
“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan).
“Saya kata pada dia, kalau tak buat apa yang dituduh buat apa nak takut, pergilah ke mahkamah, kalau tidak bersalah akan dibebaskan,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/razlan-pula-dedah-muhyiddin-mungkir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Dedah Zahid Hamidi Najib Datang Temuinya Minta Selesai Kes Mahkamah

Muhyiddin Dedah Zahid Hamidi Najib Datang Temuinya Minta Selesai Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 209 hits
Pemimpin UMNO didakwa mempunyai agenda tersendiri ketika menyokong pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada Mac 2020 kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata ...
Zahid Offered Me Umno Presidency Claims Muhyiddin

Zahid Offered Me Umno Presidency Claims Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 175 hits
Muhyiddin Yassin tonight claimed that Umno president Ahmad Zahid Hamidi had offered him the post in a bid to woo the Perikatan Nasional chairman back to his former party The former prime minister said Zahid did so while he was still in offi...
Zahid Tawar Jadi Presiden Jika Kembali Kepada Umno Dakwa Muhyiddin

Zahid Tawar Jadi Presiden Jika Kembali Kepada Umno Dakwa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 211 hits
freemalaysiatoday com February 23 2022 11 49 PMMuhyiddin Yassin dakwa Zahid Hamidi sanggup melepaskan jawatan itu untuk diserahkan kepada Presiden Bersatu itu sekiranya beliau kembali kepada Umno PETALING JAYA Muhyiddin Yassin malam tadi me...
Zahid Ready For Sumpah Laknat To Refute Muhyiddin S Piles Of Files Claim

Zahid Ready For Sumpah Laknat To Refute Muhyiddin S Piles Of Files Claim

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 231 hits
Ahmad Zahid Hamidi said he was prepared to take a sumpah laknat to refute Bersatu president Muhyiddin Yassin s claim that the Umno president had visited his home with piles of files to appeal for his help in dropping his criminal cases Zahi...
I Have Proof Zahid Asked For Help Over Court Case Says Muhyiddin

I Have Proof Zahid Asked For Help Over Court Case Says Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 199 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin says he has evidence that his Umno counterpart Ahmad Zahid Hamidi had asked him to intervene in his ongoing court case when he was the prime minister The Perikatan Nasional chairman said Zahid had the righ...
Wallahi Dengan Nama Allah Kenyataan Saya Benar Zahid Bawa Fail Muhyiddin

Wallahi Dengan Nama Allah Kenyataan Saya Benar Zahid Bawa Fail Muhyiddin

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 252 hits
agendaily com25 2 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Pentas Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri DUN N16 Sungai Balang bertempat di Padang Awam Bukit Mor Muar malam tadi 24 Februari 2022 Pengerusi Per...
Dakwaan Bawa Fail Bertimbun Sumpah Laknat Cara Segera Pertahankan Diri Zahid Beritahu Muhyiddin

Dakwaan Bawa Fail Bertimbun Sumpah Laknat Cara Segera Pertahankan Diri Zahid Beritahu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 227 hits
freemalaysiatoday com February 22 2022 9 54 PMZahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata sekiranya Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional bercakap benar beliau sepatutnya tidak perlu takut bersumpah laknat PETALING J...
Umno Parti Kotor Wajar Ditinggalkan Muhyiddin

Umno Parti Kotor Wajar Ditinggalkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 372 hits
bharian com myOleh Februari 19 2022 8 50amMajlis Pelancaran PN Peringkat Johor di padang awam Taman Pasak Indah Kota Tinggi malam tadi NSTP MOHAMAD FAHD RAHMATKOTA TINGGI Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa UMNO adalah parti kotor dan wajar d...
Terpulang Kepada Zahid Untuk Bersumpah Kata Muhyiddin

Terpulang Kepada Zahid Untuk Bersumpah Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 179 hits
agendaily com22 2 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Gambar Agenda DailyTan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan bersumpah laknat berhubung dakwaannya bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta bantuan beliau untuk menye...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The British Museum A Cornerstone Of History And Knowledge

Dipanggil Temuduga Kerja Kerajaan Jangan Cuak Ca Ada Tips Untuk Korang

Thomas Arya Rindu Mengusik Kenangan Chord

Ringgit Rises As Markets Eye Us Tariff Moves

Court Maintains Peter Anthony S Conviction For Forgery

Is Kj S Keluar Sekejap Podcast Losing Its Appeal After An Alarming Slump In Viewership Detected