Dakwaan Bawa Fail Bertimbun Sumpah Laknat Cara Segera Pertahankan Diri Zahid Beritahu Muhyiddin


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-February 22, 2022 9:54 PM
Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata sekiranya Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bercakap benar, beliau sepatutnya tidak perlu takut bersumpah laknat.
PETALING JAYA: Cabaran bersumpah laknat terhadap Muhyiddin Yassin dibuat sebagai cara ‘segera’ untuk mempertahankan diri, kata Presiden Umno Zahid Hamidi, merujuk kepada dakwaan membawa lambakan fail kepada bekas Perdana Menteri itu meminta kes mahkamahnya digugurkan.

Zahid berkata, beliau bukanlah taksub kepada sumpah laknat, namun tuduhan berhubung perkara berkenaan keterlaluan, sekali gus memaksa seruan itu dilakukan.

“Jika membawanya ke mahkamah pasti panjang prosesnya dan hanya terbukti sesudah pilihan raya negeri (PRN) Johor telah lama berakhir.

“Bersumpah bukan perkara main-main jika implikasinya mungkin tidak di dunia, tetapi di akhirat nanti,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pada 17 Februari lalu, Muhyiddin mendakwa Zahid berkunjung ke kediamannya ketika sedang berbincang dengan Abdul Hadi Awang dengan membawa satu fail bertimbun-timbun.

“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan).

“Saya kata pada dia, kalau tak buat apa yang dituduh buat apa nak takut, pergilah ke mahkamah, kalau tidak bersalah akan dibebaskan,” katanya.

Dalam pada itu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata sekiranya Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bercakap benar, beliau sepatutnya tidak perlu takut bersumpah laknat.

“Kalau dia bercakap benar, kenapa takut untuk bersumpah laknat? Mungkin dia sebagai anak ulama sudah tahu akibatnya jika dia laksanakan sumpah laknat. Dan apakah tindakan saya cuba mempertahankan diri dengan menyeru kepada sumpah laknat memalukan?” katanya.

Zahid turut menegaskan apa-apa keputusan PRN Johor nanti tidak akan memberi kesan terhadap kesnya di mahkamah.

Katanya, sebaliknya memberi kesan kepada golongan yang dikatakan pernah menipu rakyat.

“Memberi kesan kepada mereka yang mengkhianati perjuangan BN kerana takut didakwa atau terpesona dengan tawaran,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said membidas dakwaan mengatakan pimpinan Umno digelar “kluster mahkamah” tidak lagi berdepan tuduhan, jika BN menang pada PRN Johor, bulan depan.

Dalam puisi berjudul Kluster dan Koloni, yang dimuat naik di Twitter, bekas Menteri Undang-undang itu berkata, prosiding mahkamah terhadap mereka yang berada dalam “kluster mahkamah” akan bersambung walaupun selepas PRN itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/dakwaan-bawa-fail-bertimbun-sumpah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Sedia Sumpah Laknat Nafi Bawa Fail Kes Mahkamah Jumpa Muhyiddin

Zahid Sedia Sumpah Laknat Nafi Bawa Fail Kes Mahkamah Jumpa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 340 hits
malaysiagazette comBy 20 February 2022Ahmad Zahid HamidiKUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sanggup dan bersedia melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat Tan Sri Muhyiddin Yassin ke atasnya Presiden UMNO itu mene...
Sumpah Laknat Zahid Beritahu Muhyiddin Berani Kerana Benar Tidak Perlu Takut

Sumpah Laknat Zahid Beritahu Muhyiddin Berani Kerana Benar Tidak Perlu Takut

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 270 hits
PETALING JAYA Cabaran bersumpah laknat terhadap Muhyiddin Yassin dibuat sebagai cara segera untuk mempertahankan diri kata Presiden Umno Zahid Hamidi merujuk kepada dakwaan membawa lambakan fail kepada bekas Perdana Menteri itu meminta kes ...
Zahid Bawa Fail Bertimbun Dia Kata Tan Sri Tolonglah

Zahid Bawa Fail Bertimbun Dia Kata Tan Sri Tolonglah

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 290 hits
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mendakwa Ahmad Zahid Hamidi pernah bertemunya untuk meminta campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapi presiden Umno itu Muhyiddin berkata Ahmad Zahid melawatnya selepas dia dilantik sebagai perdan...
Zahid Ready For Sumpah Laknat To Refute Muhyiddin S Piles Of Files Claim

Zahid Ready For Sumpah Laknat To Refute Muhyiddin S Piles Of Files Claim

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 377 hits
Ahmad Zahid Hamidi said he was prepared to take a sumpah laknat to refute Bersatu president Muhyiddin Yassin s claim that the Umno president had visited his home with piles of files to appeal for his help in dropping his criminal cases Zahi...
Wallahi Dengan Nama Allah Kenyataan Saya Benar Zahid Bawa Fail Muhyiddin

Wallahi Dengan Nama Allah Kenyataan Saya Benar Zahid Bawa Fail Muhyiddin

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 335 hits
agendaily com25 2 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Pentas Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri DUN N16 Sungai Balang bertempat di Padang Awam Bukit Mor Muar malam tadi 24 Februari 2022 Pengerusi Per...
Zahid Hamidi Akan Sumpah Laknat

Zahid Hamidi Akan Sumpah Laknat

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 319 hits
Zahid Hamidi Akan Sumpah Laknat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesanggupannya untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin bahawa dia pernah meminta pertolongan berkaitan perbicaraan...
Dicabar Sumpah Laknat Muhyiddin Berdolak Dalik

Dicabar Sumpah Laknat Muhyiddin Berdolak Dalik

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 281 hits
Muhyiddin Yassin menolak cabaran sumpah laknat Zahid Hamidi berkaitan dakwaan bahawa presiden Umno membawa timbunan fail dan memintanya campur tangan dalam kes mahkamah Saya takkan sumpah pasal saya tak pernah bohong kata Muhyiddin ketika m...
Is Zahid S Sumpah Laknat Of Any Value

Is Zahid S Sumpah Laknat Of Any Value

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 277 hits
The so called swearing of the oath or sumpah laknat is not worth anything It has as much value as dog poo stuck at the bottom of your shoe A person car swear ten times and I would still not accept that oath This is because most Muslims are ...
Muhyiddin Tolak Sumpah Laknat

Muhyiddin Tolak Sumpah Laknat

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 286 hits
Muhyiddin Tolak Sumpah Laknat Muhyiddin Yassin menolak cabaran sumpah laknat Zahid Hamidi berkaitan dakwaan bahawa presiden Umno membawa timbunan fail dan memintanya campur tangan dalam kes mahkamah Saya takkan sumpah pasal saya tak pernah ...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh