Terpulang Kepada Zahid Untuk Bersumpah Kata Muhyiddin


agendaily.com22/2/2022
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar Agenda Daily
Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan bersumpah laknat berhubung dakwaannya bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta bantuan beliau untuk menyelesaikan kes mahkamah dihadapi Presiden UMNO itu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata adalah menjadi hak Zahid untuk bersumpah kerana apa yang didedahkannya adalah sesuatu yang benar, malah mempunyai saksi.

Menurutnya pendedahan beliau itu bukan sesuatu yang direka semata-mata kerana politik atau untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tetapi adalah sesuatu yang haq (benar).

“Saya sekarang ini bercakap yang benar… nak bercakap pada rakyat, jangan bohong dan ada bukti dah… malam itu saya dah tunjukkan buktinya…tapi kalau dia nak sumpah berapa kali sumpah, sumpahlah… kita serah pada dialah.

“Saya tidak… saya tak pernah berbohong… apa yang saya sebut itu adalah satu yang haq (benar)… yang betul walaupun yang betul itu kadang-kadang pahit didengar.

“Jadi saya sebut itu adalah haq… satu yang benar. Bukan satu yang direka, hanya sengaja kerana politik dan pilihan raya. Apa situasi sekarang pun, kita akan nyatakan perkara yang betul. Dan harap rakyat faham apa yang dimaksudkan itu,” katanya menjawab soalan wartawan pada sidang media selepas mesyuarat Majlia Pemulihan Negara (MPN) hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan mengatakan Zahid membawa fail meminta bantuan menyelesaikan puluhan kes mahkamah dihadapi Presiden UMNO itu.

Pada 18 Februari lalu, Muhyiddin berkata beliau mempunyai bukti bahawa Zahid pernah membawa timbunan fail pertuduhan terhadapnya.

Pada ketika itu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Mohamad Azmin Ali boleh menjadi saksi beliau sekiranya ada pihak yang cuba menafikan dakwaan tersebut.

“Apa yang saya sebutkan memang benar berlaku sebab Zahid ada tunjuk satu fail yang bertimbun dan dia minta bantu selesaikan masalah.

“Saksinya ada di sini Azmin Ali dan Abdul Hadi ada datang ke rumah saya, Zahid ada waktu zaman kita baik dahulu bawa fail. Kalau orang tanya apa saksi, itu ada saksi bahawa itu adalah kenyataan yang betul,” kata Muhyiddin.

Bagaimanapun, Zahid menafikan pernah berjumpa Muhyiddin ketika Presiden Bersatu itu menjadi Perdana Menteri untuk meminta tolong dilepaskan daripada tuduhan mahkamah.

“Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan.

“Bagi membuktikan kebenaran ini, saya sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat TSMY ke atas saya.

“Jadi saya ingin bertanya, adakah beliau juga bersedia dan sanggup untuk melakukan perkara yang sama? Iaitu bersumpah laknat bagi mengesahkan tuduhan jahat beliau ke atas saya?,” kata Zahid.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata pembahagian kerusi PRN Johor dalam kalangan anggota komponen PN juga telah selesai dan akan diumumkan 24 Februari ini di Johor.

“Dah selesai antara parti-parti dalam PN dah selesai dah. Malahan nama-nama calon pun dah dikemukakan. Kita dalam peringkat akhir rating dan kita akan umumkan pada 24 Februari yang akan dibuat secara rasminya di Johor nanti,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/terpulang-kepada-zahid-untuk-bersumpah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berapa Kali Zahid Nak Sumpah Terserah Saya Dah Tunjuk Saksi Kata Muhyiddin

Berapa Kali Zahid Nak Sumpah Terserah Saya Dah Tunjuk Saksi Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 156 hits
freemalaysiatoday com February 22 2022 1 21 PMMuhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak akan bersumpah kerana tidak pernah berbohong dan apa yang beliau sebutkan itu satu yang hak PUTRAJAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak untu...
Ambil Popcorn Tunggu Kisah Pemimpin Umno Dijaja Kata Zahid

Ambil Popcorn Tunggu Kisah Pemimpin Umno Dijaja Kata Zahid

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 181 hits
freemalaysiatoday com February 20 2022 12 19 AMAhmad Zahid Hamidi berkata tidak pelik jika lebih banyak kisah pemimpin Umno dijaja sebagai strategi untuk menjejaskan kredibiliti parti itu di mata masyarakat PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad...
Razlan Pula Dedah Muhyiddin Mungkir Janji Lepaskan Zahid Jika Umno Terus Sokong Jadi Pm

Razlan Pula Dedah Muhyiddin Mungkir Janji Lepaskan Zahid Jika Umno Terus Sokong Jadi Pm

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 154 hits
February 18 2022TAN Sri Muhyiddin Yassin didakwa pernah berjanji untuk melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada kes mahkamah yang dihadapinya sekiranya Presiden Umno itu terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri Perkara itu...
Zahid Bawa Fail Bertimbun Dia Kata Tan Sri Tolonglah

Zahid Bawa Fail Bertimbun Dia Kata Tan Sri Tolonglah

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 170 hits
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mendakwa Ahmad Zahid Hamidi pernah bertemunya untuk meminta campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapi presiden Umno itu Muhyiddin berkata Ahmad Zahid melawatnya selepas dia dilantik sebagai perdan...
Zahid Sedia Sumpah Laknat Nafi Bawa Fail Kes Mahkamah Jumpa Muhyiddin

Zahid Sedia Sumpah Laknat Nafi Bawa Fail Kes Mahkamah Jumpa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 216 hits
malaysiagazette comBy 20 February 2022Ahmad Zahid HamidiKUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sanggup dan bersedia melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat Tan Sri Muhyiddin Yassin ke atasnya Presiden UMNO itu mene...
Zahid Ready For Sumpah Laknat To Refute Muhyiddin S Piles Of Files Claim

Zahid Ready For Sumpah Laknat To Refute Muhyiddin S Piles Of Files Claim

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 203 hits
Ahmad Zahid Hamidi said he was prepared to take a sumpah laknat to refute Bersatu president Muhyiddin Yassin s claim that the Umno president had visited his home with piles of files to appeal for his help in dropping his criminal cases Zahi...
Mahiaddin Dicabar Bersumpah Selepas Dakwa Zahid Minta Tolong Bebas Pertuduhan

Mahiaddin Dicabar Bersumpah Selepas Dakwa Zahid Minta Tolong Bebas Pertuduhan

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 143 hits
SHAHBUDIN HUSINSebagai menafikan dakwaan Mahiaddin Md Yasin bahawa beliau pernah meminta pertolongan bekas Perdana Menteri itu untuk membebaskannya daripada pertuduhan di mahkamah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akhirnya tampil menyatakan ...
Rentasan 1075 Panas Zahid Bakal Bersumpah Laknat Demi Buktikan Kebe

Rentasan 1075 Panas Zahid Bakal Bersumpah Laknat Demi Buktikan Kebe

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 167 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10751 SUDAHKAH PAS JUMPA DALIL AMANAH CIPTAAN DAP 2 SOP PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR TIDAK ADIL 3 PEMERDAGANGAN ORANG TAHAN BILIS TAKKAN SELESAI 4 NAFI BAWA FAIL ZAHID SANGGUP SUMPAH LAKNAT
The Reason Why Zahid Hamidi Turned On Muhyiddin Yassin

The Reason Why Zahid Hamidi Turned On Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 229 hits
How long will the Court Cluster tolerate Ismail Sabri Yaakob if their court cases are not settled It seems the cases against Zahid Hamidi Najib Razak and Rosmah Mansor may be solid and there may be little chance they will get off Will this ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa