Muhyiddin Dedah Zahid Hamidi Najib Datang Temuinya Minta Selesai Kes Mahkamah


 
Pemimpin UMNO didakwa mempunyai agenda tersendiri ketika menyokong pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Mac 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, perkara tersebut hanya diketahuinya selepas beberapa hari beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri apabila menerima kunjungan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Beberapa hari selepas saya dilantik menjadi Perdana Menteri, Zahid datang ke rumah saya semasa saya sedang berbincang dengan (Tan Sri) Abdul Hadi Awang, bawa satu fail bertimbun-timbun (dokumen).
“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan).
“Saya kata pada dia, kalau tak buat apa yang dituduh buat apa nak takut, pergilah ke mahkamah, kalau tidak bersalah akan dibebaskan,” katanya ketika berucap di Pentas PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh di Felda Tenggaroh 3, malam tadi.
Turut hadir, Presiden Gerakan yang juga Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai; Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin dan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad.
Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, beliau tidak dapat menolong Ahmad Zahid sekali gus tidak mahu mencampuri urusan mahkamah kerana mempunyai pendirian dalam perkara membabitkan badan kehakiman negara.
“Saya kata ‘maaf’, mahkamah adalah badan kehakiman yang besar dan saya tidak boleh campur tangan walaupun saya Perdana Menteri. Saya kata saya tidak boleh bebaskan dia, saya tidak boleh buat begitu.
“Mana boleh buat begitu saya beritahu dia, ini soal mahkamah, pergi ke mahkamah bebaslah kau (sekiranya tidak bersalah). Rupanya dia marah dan tidak berpuas hati,” katanya.
Menceritakan lanjut, beliau tidak menyangka permintaan tersebut tidak terhenti di situ apabila selain Ahmad Zahid, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut datang mengunjunginya selepas itu.
“Satu hari bos awak, bos awak siapa, bosku, malu apa bosku. Malu apa bosku tak malu. Bosku datang ke pejabat saya beri penghormatan sebagai Perdana Menteri, dalam cerita punya cerita, dia cerita juga kes mahkamah.
“Kalau boleh minta saya keluarkan (Datuk Seri Gopal) Sri Ram. Mana boleh, saya tidak akan buat macam itu. Akhirnya dalam tempoh beberapa bulan kedudukan kerajaan yang awal-awal ok dah jadi macam tak berapa ok, bergoyang-goyang,” katanya. – UTUSAN.

Sumber – https://www.utusan.com.my/nasional/2022/02/muhyiddin-dedah-zahid-bawa-timbunan-fail/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/muhyiddin-dedah-zahid-hamidi-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Sedia Sumpah Laknat Nafi Bawa Fail Kes Mahkamah Jumpa Muhyiddin

Zahid Sedia Sumpah Laknat Nafi Bawa Fail Kes Mahkamah Jumpa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 228 hits
malaysiagazette comBy 20 February 2022Ahmad Zahid HamidiKUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sanggup dan bersedia melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat Tan Sri Muhyiddin Yassin ke atasnya Presiden UMNO itu mene...
Razlan Pula Dedah Muhyiddin Mungkir Janji Lepaskan Zahid Jika Umno Terus Sokong Jadi Pm

Razlan Pula Dedah Muhyiddin Mungkir Janji Lepaskan Zahid Jika Umno Terus Sokong Jadi Pm

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 160 hits
February 18 2022TAN Sri Muhyiddin Yassin didakwa pernah berjanji untuk melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada kes mahkamah yang dihadapinya sekiranya Presiden Umno itu terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri Perkara itu...
Saya Tak Pernah Minta Muhyiddin Campur Tangan Kes Kata Najib

Saya Tak Pernah Minta Muhyiddin Campur Tangan Kes Kata Najib

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 239 hits
freemalaysiatoday com February 18 2022 4 08 PMNajib Razak berkata beliau hanya menemui Muhyiddin sekali ketika beliau menjadi Perdana Menteri iaitu pada Dis 2020 untuk meminta orang ramai dibenarkan membuat pengeluaran daripada Kumpulan Wan...
Zahid Hamidi Controls Party Not Ismail Sabri Muhyiddin Reveals

Zahid Hamidi Controls Party Not Ismail Sabri Muhyiddin Reveals

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 199 hits
When Parliament is dissolved the person with the power to determine which candidates are fielded and who will lead the party during the election is the president not the prime minister he said in a post on Facebook Former prime minister Muh...
Zahid Hamidi Najib Nak Mengaku Atau Nak Saman

Zahid Hamidi Najib Nak Mengaku Atau Nak Saman

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 169 hits
Berikutan Mahiaddin Md Yasin sudah membuat pendedahan secara terbuka tentang bagaimana Zahid Hamidi dan Najib Razak datang menemuinya ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri untuk meminta campurtangannya berkaitan kes mahkamah yang m...
The Reason Why Zahid Hamidi Turned On Muhyiddin Yassin

The Reason Why Zahid Hamidi Turned On Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 248 hits
How long will the Court Cluster tolerate Ismail Sabri Yaakob if their court cases are not settled It seems the cases against Zahid Hamidi Najib Razak and Rosmah Mansor may be solid and there may be little chance they will get off Will this ...
Najib Kalah Satu Lagi Kes Mahkamah

Najib Kalah Satu Lagi Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 217 hits
A KADIR JASINTidak banyak orang tahu atau sedar yang Mohd Najib Abdul Razak kalah satu lagi kes dalam mahkamah Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan injunksi ex parte Mareva bagi membekukan harta bernilai AS 681 juta daripada su...
Najib Is The Real Traitor Not Me Muhyiddin

Najib Is The Real Traitor Not Me Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 198 hits
Former Prime Minister Muhyiddin Yassin today lambasted a certain Umno leader for trying to paint him as a traitor of the Malays In a statement the Bersatu president claimed that the real traitor is one of its own Najib Abdul Razak who used ...
Muhyiddin Guna Zafrul Aniaya Najib

Muhyiddin Guna Zafrul Aniaya Najib

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 384 hits
Oleh Nurul Aishah FAKTA penting yang kita perlu ingat bahawa 1MDB ini adalah di bawah kawalan menteri kewangan yang dilantik Muhyiddin Pilihan Raya Negeri Johor akan berlangsung pada 12 Mac 2022 Muhyiddin sedar yang parti PPBM berada dalam ...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki