Raph Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
hi semua, ada tak sesiapa yang sedang mencari personalized baby gifts yang selesa dan cantik untuk dijadikan? Mrs Pip nak introduce kat korang Raph and Remy yang pakar dalam personalized baby gifts, dan lagi menarik semua keluaran pakaian bayi mereka menggunakan kain organik bambu yang sangat sesuai untuk dipakai oleh baby. Sememangnya barangan Raph and Remy sesuai untuk hadiah bayi baru lahir.
Apakah ciri-ciri pada kain organik bambu yang menjadikannya selesa untuk kegunaan bayi? Di sini mrs pip kongsikan kelebihan yang ada pada kain organik bambu untuk pengetahuan semua
Kain organik bambu mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-kulat yang menghalang bakteria dan kulat membiak di kain dan juga ianya anti-bau. Dikatakan bahawa kain organik bambu mempunyai sifat berliang menjadikannya 3 kali atau lebih lebih baik menyerap berbanding kapas. Kain organik bambu juga bersifat poros (supreme breathability) maka disebabkan itu, ianya mampu membantu mengelakkan kerengsaan pada kulit bayi. Bambu ialah tumbuhan yang boleh tumbuh secara organik dan merupakan natural fibre, menjadikan fabrik bambu lebih selesa dipakai, dan yang lebih penting ianya less costly di dalam pembuatan , maka menjadikan harga bagi pakaian yang berasaskan bambu lebih affordable untuk dibeli berbanding fabrik yang sintetik.Personalized baby gift
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Personalized baby gift - Seperti mrs pip nyatakan di awal tadi, Raph and Remy menawarkan khidmat personalized baby gift di mana antara barangan bayi keluaran mereka sesuai untuk dijadikan hadiah ialah organic bamboo cloud cooling blanket, premium bamboo swaddles, organic baby towel & mitt, plush mascot, premium bamboo knotted gowns, sootherbuddy security blanket, bubblegummy teethers dan banyak lagi
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Organic Bamboo Baby Blanket - Diperbuat daripada 100% kain organik bambu yang eco-friendly dan selesa. Ibu-ibu tidak perlu risau sama ada mungkin sahaja bayi akan kepanasan (pada waktu panas) atau kesejukan (pada waktu sejuk) kerana merasakan selimut ini mungkin tidak cukup nipis / tebal untuk bayi.
Selimut organik bambu ini selesa kepada bayi kerana fabriknya mempunyai sifat kain yang mengatur suhu , selain ianya anti-bakteria , mempunyai daya serap yang tinggi , bebas bau , dan memberikan rasa fresh kepada si pemakai. Dan ianya juga OEKO-TEX certified.
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Personalised Hooded Towel & Mitt Set - Nak hadiahkan tuala berpenutup kepala beserta sarung tangan dan kaki berserta sulam nama? Bolehlah pilih set hooded towel ini. Selain fabriknya yang lembut , ianya mampu mengeringkan kulit bayi lebih cepat kerana daya serap 3 kali lebih cepat berbanding kapas organik.
Sarung tangan lembut sutera yang sesuai menjadikan pencucian pada waktu mandi mudah dan merangkumi gelung gantung yang mudah digunakan untuk pengeringan dan penyimpanan
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Personalised Teethers - Untuk bayi yang sedang dalam fasa pertumbuhan bayi, penggunaan teethers adalah digunakan untuk memberikan keselesaan pada gusi bayi. Di Raph and Remy, pemilihan teethers untuk bayi adalah dari manik silikon gred makanan 100% berkualiti tinggi dan menggunakan kayu beech premium asli tanpa dirawat. Kayu Beech ini merupakan kayu keras, tahan lama, lestari dan antibakteria semula jadi.
Cara untuk membersihkan teethers selepas digunakan sangat mudah, hanya perlu lap bersih sahaja tanpa perlu disterilkan atau direndam di dalam air. Dan kayu beech dijaga dengan menyapu minyak asli seperti minyak kelapa, minyak avocado atau minya zaitun dan dibiarkan begitu sahaja
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Bamboo Baby Swaddles - Baby swaddles di Raph and Remy dibuat daripada 100% viscose buluh dalam campuran warna seperti blushing mulberry, rainforest green, midnight blue dan feather white. Ianya merupakan sutera lembut dan unik dan tiga kali lebih baik penyerapan berbanding kapas biasa. Selain cirinya yang anti-bakteria-anti-kulat dan tidak memberikan kerengsaan kepada bayi kerana cirinya juga hypoallergenic
Apparel
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Knotted Gowns - Gaun simpul? Namanya mungkin ibu-ibu tidak familiar kan? Tapi kalau dilihat pada gambar di atas, gaun simpul (knotted gowns) sangat biasa digunakan oleh ramai ibu yang lain. Fabriknya merupakan cammpuran 95% viscose buluh dan 5% spandex. Spandex menjadikan kain ini mampu sedikit stretchable untuk memudahkan ianya disarungkan kepada bayi dan memberikan keselesaan kepada pergerakan bayi.
Fitur menggunakan butang di depan sebenarnya menjadikan pakaian ini lebih mudah disarungkan kepada bayi, selain fabriknya yang anti-bakteria, anti-kulat, hypoallergenic, mudah serap peluh dan selesa.
Kalau terfikir nak cari hadiah untuk menjenguk bayi yang baru lahir tu, anda bolehlah pilih knotted gown ini untuk dijadikan hadiah!
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Baby Onesies - Baju baby onesies juga sesuai dijadikan pilihan untuk diberikan kepada bayi. Di Raph and Remy, baby onesies mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik untuk bayi newborn sehingga berusia 3 bulan. Pastinya korang akan suka dengan semua warna yang ada!
Selain kainnya yang terdiri daripada campuran viscose buluh dan spandex seperti knotted gown, ianya sangat mudah dicuci dan dikeringkan. Guna tangan pun boleh
Gift Set Collection
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Baby Gift Sets - Pening nak hadiahkan mana satu untuk si kecil kesukaan kamu? Baby Gift Sets mungkin pilihan yang tepat! Setiap baby gift set Raph and Remy disertakanFree Gift box packagingFree gift card & personalised message serviceFree RAPH&REMY Premium Canvas Tote BagDan Raph and Remy juga memberikan penghantaran standard percuma di Singapura manakala penghantaran worldwide menggunkan DHL Express mengambil masa 1-3 hari bekerja dengan caj yang berpatutan
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Newborn Essentials Collection - Semua yang ibu perlukan untuk bayi yang bakal dilahirkan ataupun untuk pakaian bayi ke hospital , pastinya koleksi newborn essentials ini adalah yang paling sesuai dijadikan hadiah! Selain itu, semua item di dalamnya adalah OEKO-TEX certified. Dan anda juga boleh memilih untuk menyulam nama si kecil pada item tersebut jika suka dan memilih warna kegemaran yang diinginkan
Jimat 20% apabila anda memilih untuk membeli set ini, dan ianya mengandungi
Premium Bamboo Onesies – Duo Set (0-3m) Premium Bamboo Knotted Gown (0-3m) Premium Bamboo Swaddle Premium Bamboo Mittens – Duo Set (0-6m) Premium Bamboo Reversible Slouch Beanie (0-6m) Premium Bamboo Baby Booties (0-6m) Premium Bamboo Baby Socks – Duo Set (0-3 + 3-6m) Premium Canvas Tote Bag Gift CardInfo lanjut mengenai barangan bayi Raph and Remy, anda boleh lawati laman web utama mereka dan media sosial mereka seperti yang tertera di bawah:-
Homepage: www.raphandremy.comInstagram: https://www.instagram.com/raphandremy/?hl=enFacebook: https://www.facebook.com/raphandremy/
Jadi, untuk semua yang nak cari baby personalized gift , nak sesuatu yang unik dan menarik untuk si kecil, jangan lupa untuk melihat laman web Raph and Remy. Pasti anda akan jatuh cinta dengan produk keluaran mereka, sesuai untuk hadiah bayi baru lahir
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2020/06/raph-and-remy-hadiah-untuk-bayi-baru-lahir.html