Gara Gara Air Masak Saya Hampir Kehilangan Anak Baru Lahir Hingga Kini Trauma
“Semua yang berlaku ni ada hikmah. Gara-gara air masak, saya hampir kehilangan anak sendiri. Mungkin bagi orang lain, bayi diberikan air masak atau makan sebelum cukup 6 bulan tiada masalah tapi kejadian yang berlaku tahun lalu pada anak sulung saya benar-benar meninggalkan trauma dalam hidup”, kongsi Syafiqah Nordin Ahmad.
Perkongsian Syafiqah ini sebagai peringatan bersama buat semua ibu agar lebih beringat dan tidak sesuka hati memberikan bayi air masak jika belum cukup umur yang sesuai.
Tepat jam 9.47 PM pada 16.04.2019, anak saya dilahirkan secara normal di HSNZ, Terengganu. Setelah 3hari diinduce. Disebabkan anak saya tidak bergerak, setelah dipantau dihospital, dia juga tidak mahu bergerak selepas digaya oleh beberapa pakar. Akhirnya pakar memutuskan untuk melahirkan secara paksa setelah cukup 38 minggu.
Alhamdulillah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat. Saat dibenarkan pulang, dia tiba-tiba demam dan ditahan di wad kanak-kanak selama 3 hari dan dirawat atas alasan sepsis dan on antibiotics due to GBS dari saya.
20.04.2019, kami sudah pulang ke rumah dan keesokkannya semasa lawatan nurse ke rumah, dia di dapati mempunyai jaundice. Refer ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan lanjut dan ujian darah.
Nampak mentua bagi air masak pada bayi
23.04.2019, perlu dibawa ke kk Telemong untuk ujian darah bagi jaundice. Kejadiannya, pada petang semalam. Anak saya yang tak pernah menangis selama ni, menangis tiba-tiba. Saya yang lambat sedar bahawa anak saya membuang air besar, cuba memujukknya terlebih dahulu. Tapi, pada waktu yang sama mentua saya nak saya makan terlebih dahulu. Mentua saya meminta untuk mendukungnya, saya tanpa wasangka membenarkan mentua ambil anak saya dan mula makan. Setelah beberapa suap, saya tertengok mentua memberi air masak kepada anak saya supaya anak saya diam. Bila mentua menyedari saya memandangnya, mentua berkata “ nak air masak, dahaga anak kamu ni”. Tanpa menghabiskan nasi, saya ambil anak saya.
Sebelumnya, mentua saya pernah menyuruh dan meminta untuk saya untuk menyuapkan makanan orang dewasa kepada anak terutama air masak dan nestum. Selama itu, saya membantah dan menerangkan bahawa saya tak nak dan tidak akan berbuat demikian. Mereka seakan memahami walaupun nampak ketidakpuasan hati disitu.
Anak mula muntah memancut
Malamnya (22.04.2019), anak saya projectiles tanpa henti. Menyusu, projectiles. Dalam tidur pun boleh muntah memancut. Saya ke kk Telemong esoknya dan mengadu pada Dr. Dr nasihatkan untuk memerhatikan projectiles anak untuk beberapa hari.
25.04.2019. Saya bawa ke kk Telemong lagi untuk ujian darah bagi jaundice. Nasihat yang sama diberikan.
27.04.2019. Untuk ujian darah jaundice dan saya sekali lagi mengadu anak saya masih muntah memancut. Dr cek abdomen, lembut dan anak saya masih aktif dan tidak meragam. Saya dinasihati untuk menjarakkan penyusuan dan sendawakan anak dengan betul. Katanya normal sebab baby overfeeding.
Akhirnya, pada 14.05.2019, saya ke klinik desa untuk vaksin anak saya untuk umur 1 bulan. Saya mengadu pada nurse dan nurse refer lagi ke klinik kesihatan Telemong. Dr disana pun urgently refer ke hospital besar, HSNZ sebab kebimbangan ibu pada bayi dan sudah 20 hari ibu mengadu anaknya projectiles.
Hampir perlu dibedah
14.05.2019, sekitar jam 1pm saya sampai ke HSNZ dan urgently Dr panggil untuk periksa anak. Abdomen masih lembut, last menyusu 12.30PM. Anak aktif. Sebab dah refer, Dr minta untuk Xray. N hasilnya, Xray menunjukkan perut anak saya 0. Usus dah mengembang teruk sampai tak nampak rupa usus dalam Xray.
“Dilated stomach and proximal bowel, bowel gas confone to right sight of abdomen. Featured soft malrotation. Initially treated as malrotation tro pyeloric stenosis. “ Itulah ayat dalam report anak saya. Seperti yang Dr pakar kanak-kanak jelaskan pada saya, pencerut usus anak saya menjadi sempit disebabkan pengembangan yang berlaku dan perlukan pembedahan segera. Dr tersebut melakar gambarajah untuk saya lebih memahami, bahagian manakah yang perlu dibedah itu.
Anak saya berpuasa dari 12.30pm dan ditidurkan supaya dia tidak sedar untuk meminta susu. Dia juga dimasukkan wayar serta diasingkan dalam wad berasingan di ICU kanak-kanak. Saya juga disegerakan untuk mengambil darah untuk ujian bagi persediaan pembedahan anak saya. Sekitar jam 8pm saya selesai ambil darah dan tidak dibenarkan pulang. Anak saya akan segera dibedah selepas pakar bedah kanak-kanak sampai di HSNZ.
Disebabkan pakar bedah lambat,15.05.2019, anak saya di xray sekali lagi beserta scan perut. Setelah 21jam berpuasa dan ditidurkan. Xray kali ke 4, menunjukkan “air contrast show normal distribution of bowel gas, no dilated bowel, no NEC changes”. “she was treated as septic ilues and started on iv cpen, flagyl and genta”. Seperti dalam report.
Dan bagi pihak kami, kami sangat-sangat bersyukur dan lega anak tidak perlu dibedah dan hanya perlu pemantauan dan rawatan lanjut beserta ujian lainnya. Tapi, masa ni memang berat dia turun setiap hari dan masih projectiles. Setelah 7hari dalam pemantauan, dia dibenarkan pulang dan mesti follow up sebulan sekali di hospital pakar.
Hingga kini masih trauma
Trauma tersebut sangat-sangat bagi kesan kepada saya. Ada sesetengah yang cakap, alah tak akan la air masak sikit boleh sampai tara tu. Dia bagi air masak dekat anak dia elok je. Buat susu formula pun guna air masak jugak kan? Baiklah makcik, benda Dr larang bersebab. Bukan suka-suka. Mungkin anak makcik, akak, adik tak ditakdirkan sakit macam anak saya. Syukurlah Allah tak uji azab anak-anak kalian macam ni atas kesilapan kita. Dan di sini saya nak explain betul-betul, saya tidak tahu adakah pernah anak saya diberi air masak selain hari itu atau pernah diberi makanan lain juga. Kemungkinan besar, air masak itu tercemar juga boleh jadi.
Ada yang beritahu Dr bagi je bagi air masak dekat anak apa semua. Misi pun galakan macam tu. Itu anda semua tanggung sendiri. Dr dan nurse yang saya jumpa so far, sangat profesional dan memang marah dengan kejadian macam ni.
Saya, nak pesan jika anda lebih betul dan hebat dari Dr. Jangan sebab anak anda tak kena macam ni anda nak kata semua ok dan pengaruhi ibu-ibu lain untuk buat cara yang salah.
Last but not least, pengalaman yang saya share ni berdasarkan apa yang saya diberitahu Dr dan saya sertakan sekali ayat-ayat report jika ada yang pertikaikan dan saya bukan Dr untuk faham keseluruhan report. Cuma mampu terangkan kepada anda seperti yang Dr terangkan pada saya dalam bahasa mudah.
Kejadian yang berlaku, disebabkan oleh isu air masak sahaja. Sama ada telah kerap atau berpanjangan diberi atau air masak itu tercemar atau ada lagi makanan lain yang diberi tanpa pengetahuan saya.
Sumber: Syafiqah Nordin Ahmad
The post ‘Gara-Gara Air Masak, Saya Hampir Kehilangan Anak Baru Lahir.’ Hingga Kini Trauma! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/gara-gara-air-masak-saya-hampir-kehilangan-anak-baru-lahir-hingga-kini-trauma/