Elak Buat Lima Benda Ni Jika Ziarah Rumah Ada Bayi Baru Lahir Doktor


Hari Raya bakal tiba sehari sahaja lagi. Walaupun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), adab ziarah-menziarahi masih boleh dilakukan namun dalam kalangan ahli keluarga sahaja.
Ibu bapa khususnya dalam penularan wabak ini perlu lebih prihatin akan keselamatan anak-anak supaya tidak dijangkiti.
Doktor Ahmad Luqman Bukhari berkongsi pentingnya untuk mengamalkan lima perkara ini bagi mengelakkan kesan buruk kepada bayi.
5 perkara ni tolonglah sangat-sangat jangan buat kalau korang pergi rumah yang ada bayi baru lahir.
#1. Tolong jangan sesuka hati nak pegang lepas tu nak angkat pulak bayi tu. Kadang tu konon dah geram sangat, dicium-ciumnya pipi tembam budak tu.
Baby yang baru lahir ni immune system dia rendah sangat. Belum matang pun lagi.
Kita tak nampak kuman apa yang duk ada kat tangan kita ni, kat mulut kita ni. Kalau berjangkit masuk dalam badan kita sendiri mungkin tak ada kesan tapi kalau berjangkit kat si comel tu boleh akibatkan nyawa dia terancam.
#2. Kalau dah nampak baby tu tengah sedap tidur, janganlah duk gatal nak kejutkan dia.
Tak payah mengada nak tengok mata baby la, nak tengok baby senyum la, siap tu ada yang nak main cak cak lagi.
Baby tu bukan boleh tengok sangat pun siapa kat depan dia. Mata dia baru nampak bentuk bayang-bayang je.
Lagi haru kalau masa kita kejut budak tu, rupanya dia baru je tidur dan sebelum tu, proses si mak nak tidurkan baby dah ambil masa yang lama. Tak pasal-pasal mak yang tengah berpantang tu jadi depress dengan perangai si tetamu.
#3. Tak usah nak tunjuk pandai mengajar petua macam-macam dekat ibu muda tu.
Itu tak boleh, ini tak boleh. Duk berlunjur salah, nak duduk bersimpuh pun tak dibaginya.
Kena faham ye, ibu yang tengah berpantang ni perkara yang dia betul-betul perlukan ialah sokongan moral dan mental dari orang kat keliling dia.
Kalau dia tanya kita kongsilah. Tapi kalau tak, kita tak payah memandai. Cukup ucapkan kata-kata semangat yang buatkan dia rasa selesa.
#4. Datang melawat tapi lepas tu tak reti-reti nak balik.
Lama sungguh duduk kat rumah orang. Mak yang tengah berpantang tu badan dia masih keletihan. Perlukan rehat, perlukan tidur.
Ni kalau datang ziarah bukan main lama, berborak riang dengan suara nyaring sampai satu taman boleh dengar, tak ke stress mak tadi.
Silap haribulan stress dia tu sampai buatkan dia terkena penyakit meroyan (postpartum depression). Nauzubillah.
#5. Mana yang rasa diri tu suka merokok, tolonglah jangan sengaja datang duk dekat dengan baby tu.
Walaupun merokok tu mungkin dah 2 atau 3 jam lepas, tapi habuk asap rokok, partikel nicotine dan bahan kimia tetap ada melekat kat rambut, mulut, kulit dan pakaian.
Benda toksik tu kalau bayi tersedut boleh buatkan keradangan pada saluran pernafasan dia yang halus tu lalu nafas baby jadi semput.
Semua yang saya tulis ni sebenarnya tanpa sedar selalu kita buat masa berziarah kat rumah orang. Tak nak lah niat baik kita nak rapatkan silaturahim akhirnya beri kesan buruk pada kesihatan mak yang tengah berpantang dan kesihatan bayi yang masih kecil.
Biasa sangat kami jumpa bayi yang terpaksa kena cucuk ambil darah kemudian admit masuk wad sebab berjangkit dengan orang dewasa yang tak sihat. Kesian woih.
Tolong #sebarkan pesanan ni kat ahli keluarga dan kawan-kawan kita ye. Sama-sama kita beringat. Dua hari je lagi nak beraya. Nanti mesti ada jugak yang akan berkunjung ke rumah orang atau orang lain yang datang ke rumah kita.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Jemput follow FB saya ni dan set ‘see first’ sekali supaya kita tak terlepas info kesihatan penting macam ni lain kali.
#notaDrALB

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari
The post Elak Buat Lima Benda Ni Jika Ziarah Rumah Ada Bayi Baru Lahir – Doktor appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/elak-buat-lima-benda-ni-jika-ziarah-rumah-ada-bayi-baru-lahir-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Lepas Bersalin Wanita Nekad Teruskan Perjalanan Sejauh 160 Km Bersama Bayi Baru Lahir

Baru Lepas Bersalin Wanita Nekad Teruskan Perjalanan Sejauh 160 Km Bersama Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 475 hits
Seorang wanita hamil yang berjalan kaki di India terpaksa menghentikan perjalanannya bagi melahirkan anaknya sebelum meneruskan semula perjalanan sejauh 160 kilometer bersama anaknya yang baru lahir itu lapor CNN Wanita yang tidak diketahui...
Gadis 18 Tahun Panik Campak Bayi Baru Lahir Dari Tingkat 4

Gadis 18 Tahun Panik Campak Bayi Baru Lahir Dari Tingkat 4

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 551 hits
Tidak berhati perut Itulah ungkapan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang ibu yang sanggup mencampak anak sendiri dari kediamannya di tingkat empat Kejadian tersebut berlaku di Flat Persiaran Mayang Pasir 5 Bayan Baru di Georgetown Ba...
Polis Tahan Remaja Perempuan Disyaki Campak Bayi Baru Lahir

Polis Tahan Remaja Perempuan Disyaki Campak Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 405 hits
GEORGE TOWN 13 Mei Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan selepas dipercayai mencampak bayi yang baru lahir dari sebuah unit kediaman di tingkat empat sebuah flat di Persiaran Mayang Pasir 5 Bayan Baru dekat sini hari ini Ketua P...
Lima Individu Ditahan Terbabit Palsukan Sijil Lahir Bayi

Lima Individu Ditahan Terbabit Palsukan Sijil Lahir Bayi

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 540 hits
ARAU Polis menahan lima individu termasuk pasangan suami isteri kerana terbabit dalam pemalsuan dokumen kelahiran dan pemindahan milikan terhadap seorang bayi lelaki berusia tiga bulan pada 5 Mei lalu di daerah ini Ketua Polis Daerah Arau S...
Kedah Larang Ziarah Kubur Doa Saja Di Rumah

Kedah Larang Ziarah Kubur Doa Saja Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 409 hits
Umat Islam di Kedah dilarang untuk melakukan aktiviti ziarah ke tanah perkuburan semasa hari raya ini bagi mengekang penularan Covid 19 kata Mufti Kedah Datuk Fadzil Awang Beliau berkata walaupun amalan itu sudah menjadi sebahagian tradisi ...
Jangan Beri Air Masak Pada Bayi Bawah 6 Bulan Doktor Kongsi Bahaya Menanti

Jangan Beri Air Masak Pada Bayi Bawah 6 Bulan Doktor Kongsi Bahaya Menanti

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 349 hits
Menjaga bayi merupakan perkara yang sangat mecabar dan sulit kerana bayi bagaikan barang yang fragile memerlukan penjagaan yang teliti Persedian yang rapi dan ilmu yang mencukupi perlu ada dalam setiap bakal ibu bapa semasa menunggu kelahir...
Tuan Rumah Dikompaun Kerana Benarkan Tetamu Ziarah Pada Hari Raya Kedua

Tuan Rumah Dikompaun Kerana Benarkan Tetamu Ziarah Pada Hari Raya Kedua

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 482 hits
GOMBAK Kesian tetamu dah sampai di depan rumah takkanlah tak bagi mereka masuk Itu antara alasan diberikan seorang tuan rumah ketika polis membuat pemeriksaan mengejut ke kediamannya di Taman Selayang Mutiara Batu Caves di sini petang tadi ...
Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Hi Johorean Let S Donate Blood And Give Back


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement