Ramai Keliru Tentang Hukum Daging Kambing Yang Menyusu Dengan Susu Anjing Ini Penjelasan Mufti


Bagi pengemar makanan berunsurkan kambing, pasti korang pernah terlintas untuk bertanyakan tentang hukum seorang kambing minum susu anjing yang pernah tular suatu ketika dulu tentang satu gambar yang pernah tersebar di media sosial.
Kali ini, Muti Wilayah Persekutuan berkesempatan untuk menjawab persoalan ini untuk mengurangkan kekeliruan yang ada pada diri kita dan sebagai pengetahuan umum kepada orang ramai.
Ikuti penjelasan Dato Seri Dr Zulkifli Al Bakri ini.
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا
Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik”
(Surah al-Baqarah : 168)
Ayat di atas menunjukkan bahawa makanan yang hendak dimakan oleh kita hendaklah memenuhi dua kriteria tersebut iaitu, halal dan baik.
Syeikh as-Sa’di telah mengulas ayat ini dengan mengatakan bahawa ianya ditujukan kepada seluruh manusia sama ada orang-orang beriman ataupun kafir, supaya memakan apa yang ada di atas muka bumi ini, yang terdiri daripada biji-bijian, buah-buahan dan binatang-binatang yang telah dihalalkan buat mereka mengambilnya (memakan dan mengambil manfaat daripadanya), bukan dengan cara merampasnya, atau mencuri atau dengan hasil muamalat (jual beli) yang diharamkan atau perkara-perkara yang diharamkan. Manakala toyyiban pula ialah bukan daripada perkara yang buruk (kotor dan jijik) seperti bangkai, darah, daging khinzir dan lain-lain. Ayat ini adalah merupakan dalil bahawa hukum asal bagi sesuatu perkara itu (untuk dimakan dan diambil manfaatnya) adalah harus. [Lihat : Tafsir as-Sa’di (1/80)]
Memilih memakan makanan yang halal dan baik juga adalah merupakan antara faktor doa diterima oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW :
الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ، يَا رَبِّ، يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ؟
Maksudnya : “Seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, diamenadah tangannya ke langit dan berdoa, ‘Ya Rabbku, ya Rabbku’. Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, dan ia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan.” [HR Muslim (1015)]
Berbalik kepada soalan yang telah ditanyakan, kita akan mendapati bahawa ianya berkait dengan hukum memakan haiwan al-Jallalah.
Definisi al-Jallalah :
Pengarang Mu’jam Lughah al-Fuqaha’ mendefinisikan al-Jallalah sebagai haiwan yang mana makanannya adalah najis dan seumpamanya yang terdiri daripada tahi dan benda-benda kotor. [Lihat : Mu’jam Lughah al-Fuqaha’ (1/165)]. Ibnu Manzur dan Abu Daud juga memberikan definisi yang sama. [Lihat : Lisan al-‘Arab (11/119) dan Sunan Abi Daud, Hadis no 3719, (3/336)]
Haiwan al-Jallalah ialah haiwan yang makanannya daripada najis sekalipun bukan daripada tahi seperti kambing yang membesar dengan susu daripada anjing atau keldai [Lihat : al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (15/260)]
Imam Nawawi pula menyebut bahawa al-Jallalah ialah haiwan yang makan tahi dan najis, sama ada haiwan tersebut adalah unta atau lembu atau kambing atau ayam. [Lihat : Raudah al-Talibin (3/278)] Dr. Muhammad az-Zuhaili juga menyatakan perkara yang serupa [Lihat : al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/558)]
Sebahagian para ulama berpendapat haiwan tersebut dikategorikan sebagai al-Jallalah sekiranya majoriti makanan yang dimakannya adalah najis, namun sekiranya majoriti makanannya adalah bersih dan bukan najis, ianya tidak termasuk dalam kategori al-Jallalah. Manakala sebahagian ulama yang lain pula, tidak mensyaratkan banyak ataupun sedikit, tetapi dengan terzahirnya bau najis dan busuk atau sekiranya berubah struktur warna, rasa dan bau daging tersebut. Inilah pendapat yang telah dipegang dan disahihkan oleh Imam Nawawi. [Lihat : Tuhfah al-Ahwazi (5/447), al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/558), Mughni al-Muhtaj (6/155), Fathu al-Wahhab (2/237 dan al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (9/28)]
Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa haiwan yang memakan kotoran tetapi tidak sampai merubah struktur bau, rasa dan warnanya, ia tidak dikategorikan sebagai al-Jallalah.
Hukum memakan haiwan al-Jallalah :
Imam at-Tirmizi dan Imam Abu Daud membawakan riwayat daripada Ibnu Umar R.A di dalam kitab sunan mereka berkenaan al-Jallalah :
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْلِ الْجَلَّالَةِ وَأَلْبَانِهَا
Maksudnya : “Rasulullah SAW melarang daripada makan haiwan al-Jallalah (dagingnya) dan susunya” [HR al-Tirmizi (1824) dan Abu Daud (3785). al-Albani menilai bahawa hadis ini sahih]    
Terdapat riwayat lain yang datang dengan lafaz :
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الجَلَّالَةِ فِي الْإِبِلِ : أَنْ يُرْكَبَ عَلَيْهَا، أَوْ يُشْرَبَ مِنْ أَلْبَانِهَا
Makasudnya : “Rasulullah SAW melarang daripada makan haiwan al-Jallalah daripada jenis unta, sama ada menunggangnya atau minum daripada susunya” [HR Abu Daud (3787) al-Albani menilai hadis ini hasan sahih]
Hadis-hadis ini jika dilihat secara zahirnya, menunjukkan tegahan Nabi SAW daripada memakan, menunggang dan minum susu haiwan al-Jallalah.
Namun demikian, para ulama berbeza pendapat berkenaan makna larangan tersebut adakah ianya menunjukkan kepada haram ataupun makruh tanzih.
Di dalam masalah ini, mazhab Syafie mempunyai dua pendapat :
Pendapat yang pertama, adalah haram bagi kita makan daging dan minum susunya kerana ianya telah menjadi najis. Ini adalah merupakan pendapat Abu Ishak al-Marwazi, al-Qaffal, Imam al-Ghazali dan al-Baghawi.
Pendapat yang kedua, hukum makan daging dan minum susu al-Jallalah adalah makruh tanzih. Ini adalah merupakan pendapat Imam Nawawi, majoriti ulama Iraq, dipersetujui oleh al-Ruyani dan selainnya daripada kalangan para ulama (yang muktamad). Imam al-Rafie menyatakan bahawa pandangan ini dipersetujui (disahihkan) oleh ramai para ulama.
Akan tetapi kalau sekiranya haiwan al-Jallalah dikuarantin terlebih dahulu selepas zahirnya bau najis tersebut, serta diberi makan makanan yang baik (bukan najis) sehingga hilang bau tersebut, hukumnya tidak lagi menjadi makruh.
[Lihat : al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (9/28), Mughni al-Muhtaj (6/155), al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/559) dan Raudah al-Talibin (3/278)]
Kesimpulannya :
Setelah kami meneliti pandangan para ulama di atas, kami berpendapat bahawa kambing yang telah disusukan oleh anjing adalah termasuk di dalam kategori al-Jallalah dan hukum memakan dagingnya serta minum susunya adalah makruh. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Imam Nawawi :
السَّخْلَةُ الْمُرَبَّاةُ بِلَبَنِ الْكَلْبَةِ لَهَا حُكْمُ الْجَلَّالَةِ الْمُعْتَبَرَةِ فَفِيهَا وَجْهَانِ (أَصَحُّهُمَا) يَحِلُّ أَكْلُهَا
Maksudnya : “Kambing yang membesar dengan susu anjing adalah termasuk dalam kategori al-Jallalah. Padanya ada dua hukum yang telah diperselisihi. Akan tetapi pendapat yang kuat, halal memakan dagingnya (makruh)”[Lihat : al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (9/29)]
Sebagai langkah berhati-hati dan keluar daripada khilaf, kami berpendapat agar dikuarantinkan terlebih dahulu haiwan berkenaan sama ada dengan dikurung, diasingkan atau seumpamanya serta diberi makanan yang baik sehingga hilang kesan najis tersebut. Secara umumnya, ‘illah (sebab) bagi ketidakharusan memakan haiwan al-Jallalah adalah kerana ia memakan najis dan kotoran sehingga memberi kesan kepada dirinya. Justeru, sekiranya ‘illah tersebut hilang dengan cara mengurung, kuarantin atau seumpamanya, maka hilanglah larangan memakan haiwan tersebut.
Contohnya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Ibnu Umar RA yang mengurung ayam al-Jallalah selama tiga hari. [Lihat : Musannaf Ibn Abi Syaibah (24608)]
Ini juga selari dengan kaedah :
إذا زالت العلة زال الحكم
Maksudnya : “Apabila hilang ‘illahnya, maka tiadalah hukum tersebut”
Selain itu, bolehlah juga merujuk kepada artikel yang telah kami tuliskan berkenaan isu al-Jallalah ini di dalam al-Kafi li al-Fatawi ke-456 : Hukum makan ikan keli dan ikan patin yang diberi makan daging khinzir.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/15/ramai-keliru-tentang-hukum-daging-kambing-yang-menyusu-dengan-susu-anjing-ini-penjelasan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke Sesiapa Yang Tak Namakan Anak Nama Muhammad Dikira Jahil Ini Penjelasan Mufti

Betul Ke Sesiapa Yang Tak Namakan Anak Nama Muhammad Dikira Jahil Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 428 hits
Pemilihan nama amat penting kerana ia bakal digunakan dari buaian sehinggalah ke liang lahad Nama yang baik ibarat doa buat pemiliknya oleh itu kita perlu menamakan anak anak dengan nama yang indah dan mempunyai maksud yang baik tidak kira ...
Beberapa Isu Tentang Anjing

Beberapa Isu Tentang Anjing

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 341 hits
Prof Madya Dato Dr Mohd Asri bin Zainul AbidinDalam masyarakat yang rencam agama dan budaya pelbagai perkara sensitive mudah timbul Sememang inilah reality masyarakat era baru kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspectif baru yang ti...
Bergambar Di Tanah Perkuburuan Kristian Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Bergambar Di Tanah Perkuburuan Kristian Ini Penjelasan Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 368 hits
TINDAKAN seorang wanita berpakaian pengantin menjalani penggambaran di sebuah tanah perkuburan Kristian mengundang perdebatan panjang dalam kalangan netizen sejak beberapa hari lalu Sebilangan besar netizen mengecam tindakan yang disifatkan...
Ini Penjelasan Jaksa Agung Burhanuddin Tentang Proses Pelaksanaan Pidana Mati

Ini Penjelasan Jaksa Agung Burhanuddin Tentang Proses Pelaksanaan Pidana Mati

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 162 hits
Jaksa Agung Burhanuddin menjelaskan rencananya dalam menangani kasus dengan hukuman pidana mati Burhan menjelaskan dalam empat poin rencana
Mufti Jelaskan Hukum Wedding Photoshoot Di Tanah Perkuburan

Mufti Jelaskan Hukum Wedding Photoshoot Di Tanah Perkuburan

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 430 hits
Islam amat mengutamakan adab dalam setiap aspek kehidupan bahkan ia dianggap lebih penting berbanding ilmu Kenapa Hal ini kerana adab merupakan asas untuk mendapatkan ilmu yang diberkati Jika kita lihat akhlak ulama terdahulu mereka sangat ...
Hukum Terkena Darah Dari Kutu Yang Berada Pada Badan Anjing

Hukum Terkena Darah Dari Kutu Yang Berada Pada Badan Anjing

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 513 hits
SOALAN Saya seorang doktor perubatan veterinar Dalam pembelajaran amali kami melakukan pembedahan terhadap bangkai anjing dan pada badan anjing tersebut terdapat banyak kutu Ada beberapa ekor kutu naik ke atas baju kami dan dipicit sehingga...
Suami Keliru Mana Dulu Perlu Diutamakan Antara Nafkah Isteri Dan Ibu Ini Jawapan Mufti

Suami Keliru Mana Dulu Perlu Diutamakan Antara Nafkah Isteri Dan Ibu Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 376 hits
Hampir semua orang tahu kisah Si Tanggang yang terkena sumpahan kerana mengutamakan isteri dan mengabaikan ibunya Enggan mengaku wanita tua di hadapannya sebagai ibu Tanggang akhirnya disumpah menjadi batu Tak mahu menjadi Si Tanggang moden...
Walaupun Anak Dah Mula Makan Makanan Pepejal Susu Ibu Tetap Perlu Diberikan

Walaupun Anak Dah Mula Makan Makanan Pepejal Susu Ibu Tetap Perlu Diberikan

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 396 hits
Memberi anak makanan pejal adalah salah satu pencapaian penting dalam perkembangan anak anda Dalam artikel ini kami akan membincangkan mengenai 10 tips untuk memulakan makanan pejal pada anak anda Pilih masa yang tepat untuk mula beri makan...
Jangan Kedekut Bahaya Gunakan Botol Susu Bayi Lebih Dari 3 Bulan

Jangan Kedekut Bahaya Gunakan Botol Susu Bayi Lebih Dari 3 Bulan

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 502 hits
Mahal macam mana pun botol tukarlah dengan kerap Jangan kedekut dan menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat sangat tidak relevan Tengah bancuh susu anak entah kenapa tiba tiba teringat EH BERAPA LAMA EH BOLEH TAHAN BOTOL SUSU NI T...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi