Hukum Terkena Darah Dari Kutu Yang Berada Pada Badan Anjing



SOALAN:
Saya seorang doktor perubatan veterinar. Dalam pembelajaran amali, kami melakukan pembedahan terhadap bangkai anjing dan pada badan anjing tersebut terdapat banyak kutu. Ada beberapa ekor kutu naik ke atas baju kami dan dipicit sehingga pecah mengeluarkan darah lalu terkena baju. Soalan saya, adakah kami perlu menyucikan baju kami tersebut dengan sekali basuhan air tanah dengan disertai 6 kali basuhan air mutlak? Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Para ulama’ telah menetapkan bahawa anjing dan khinzir merupakan haiwan yang tergolong dalam najis mughallazah (najis yang berat) mengikut mazhab al-Syafie berdasarkan kepada ayat al-Quran:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّـهِ بِهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Surah al-Nahl (115)]

Begitu juga, hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إذا ولغَ الكلبُ في إناءِ أحدِكُم فليَغسِلهُ سبعَ مرَّاتٍ ، أولاهُنَّ أو إِحداهنَّ بالتُّرابِ
“Jika sekiranya anjing menjilat pada bekas air seseorang dari kalangan kamu, maka hendaklah dia membasuhnya dengan tujuh kali basuhan, basuhan yang pertama atau salah satu basuhan tersebut dengan tanah.” [Riwayat Muslim (279) dan al-Tirmidzi (91)]

Menurut para ulama’, walaupun di dalam hadith hanya disebutkan perbuatan menjilat sahaja, namun ia merangkumi kenajisan seluruh badan anjing ini. Salah satunya kerana kebiasaan anjing itu gemar menjilat-jilat badannya. Begitu juga, peluh, darah dan najis yang berkaitan dengan anjing, maka ia adalah najis mughallazah.

Justeru itu, apabila seseorang tersentuh atau terkena pada mana-mana bahagian anjing, dalam keadaan salah satunya atau kedua-duanya basah, maka wajib disertu dengan tujuh kali basuhan air mutlak dengan salah satunya basuhan yang dicampur dengan tanah.

Hal ini disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: “Ketahuilah, tidak ada perbezaan di kalangan kami (mazhab al-Syafie) antara jilatan anjing dengan selainnya; daripada anggota-anggota anjing. Apabila terkena kencingnya, najisnya, darahnya, peluhnya, bulunya, air liurnya atau mana-mana anggota dari anggota badannya yang bersih ketika ia sedang berada pada keadaan apa sekalipun, maka wajib membasuhnya dengan tujuh kali basuhan dan salah satu daripadanya adalah tanah.” (Rujuk al Minhaj Syarh Sahih Muslim, 2/185)

Berkaitan hukum kutu atau serangga-serangga yang terdapat pada badan haiwan antaranya anjing dan lain-lain, para ulama’ membahaskan pandangan yang mengatakan bahawa ia merupakan najis yang dimaafkan (al-ma’fuw ‘anhu), jika sekiranya jumlahnya sedikit.

Hal ini dijelaskan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: “Jika sekiranya darah kutu-kutu (serangga) terdapat pada pakaian dan celah-celah jari seseorang, kemudian dia mendirikan solat dengannya atau terdapat pada hamparan solatnya lalu kemudian dia solat di atasnya, maka hukumnya adalah tidak sah solatnya jika sekiranya darah itu banyak. Namun jika sekiranya darah tersebut sedikit, maka terdapat dua pandangan mazhab (ada yang membenarkan untuk digunakan solat dan ada yang tidak membenarkannya).” (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 1/143-145)

Menurut Imam Khatib al-Syarbini, antara contoh darah yang dimaafkan dan termasuk di bawah kategori ‘umum al-balwa yang sukar disucikan pula ialah seperti darah nyamuk, lalat, kutu dan lain-lain darah yang tidak mampu dilihat oleh mata. (Rujuk al-Iqna’ fi Halli Alfaz Abi Syuja’, 1:90)

Hal ini juga sepertimana disebutkan oleh Imam al-Bujairimi dalam hasyiahnya dengan berkata: “Dan dimaafkan darah yang sedikit (yang terkena pakaian) seperti serangga dan kudis, contohnya darah daripada kutu dan luka kecil.” (Rujuk Hasyiah Bujairimi Syarh Minhaj al-Tullab, 1/318)

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa kadar kuantiti darah yang sedikit daripada serangga yang tidak mempunyai darah yang mengalir dan darah yang sedikit keluar daripada badan disebabkan jerawat, kudis, dan kurap seumpamanya, maka hukumnya adalah dimaafkan. Disamping itu juga, para ulama’ tidak membezakan sama ada serangga tersebut berada pada mana-mana tempat termasuk pada badan anjing. Justeru itu, darah kutu tersebut dihukum sebagai darah yang datang daripada serangga tersebut dan bukannya daripada darah dari binatang yang dihisap daripadanya. Maka, ia termasuk dalam perbahasan darah kutu tersebut dan bukan darah daripada tubuh anjing.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpandangan bahawa hukum darah kutu daripada bangkai anjing adalah najis jika sekiranya ia terkena pakaian dalam kuantiti yang banyak. Maka hendaklah dia membasuhnya dengan air mutlak sehingga bersih. Dan sepertimana yang telah dijelaskan dalam perbahasan di atas, tidak disyaratkan untuk membasuhnya dengan air yang bercampur dengan tanah kerana ia bukanlah najis mughallazah seperti darah anjing itu sendiri.

Namun, jika sekiranya darah tersebut sedikit, maka ia termasuk dalam najis yang dimaafkan (al-ma’fuw ‘anhu) di sisi sebahagian ulama’ Syafi’iyyah. Oleh itu, jika sekiranya demikian, maka ia suci dan boleh digunakan untuk mendirikan solat. Firman Allah SWT:

مَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Surah al-Ma’idah (6)]

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman terhadapnya serta memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/hukum-terkena-darah-dari-kutu-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Keliru Tentang Hukum Daging Kambing Yang Menyusu Dengan Susu Anjing Ini Penjelasan Mufti

Ramai Keliru Tentang Hukum Daging Kambing Yang Menyusu Dengan Susu Anjing Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 495 hits
Bagi pengemar makanan berunsurkan kambing pasti korang pernah terlintas untuk bertanyakan tentang hukum seorang kambing minum susu anjing yang pernah tular suatu ketika dulu tentang satu gambar yang pernah tersebar di media sosial Kali ini ...
Hukum Berkenaan Membela Anjing Di Rumah Oleh Orang Islam

Hukum Berkenaan Membela Anjing Di Rumah Oleh Orang Islam

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 1855 hits
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil 4 2017 yang bersidang pada 14 15 Ogos 2017 telah membincangkan mengenai Hukum Pemeliharaan Anjing Sebagai Haiwan Peliharaan Oleh Orang Islam Mesyuarat telah membuat keputusan seperti beri...
Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 988 hits
Seekor monyet menjadi perhatian orang ramai apabila dipercayai pergi ke kedai ubat ubatan untuk mendapatkan bantuan kerana mengalami luka pada badan Melalui satu video yang dimuatnaik oleh Trendup News di Youtube kejadian yang berlaku di Ma...
Badan Anak Naik Ruam Lepas Diberi Ubat Demam Yang Disimpan Lama Dalam Peti

Badan Anak Naik Ruam Lepas Diberi Ubat Demam Yang Disimpan Lama Dalam Peti

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 397 hits
Sejak kebelakangan ini ada beberapa info yang dikongsikan oleh ahli farmasi mengenai berapa lama jangka hayat ubat dapat bertahan jika disimpan dalam peti ais Kebanyakan ibu bapa beranggapan simpan ubat dalam peti ais boleh digunakan jika e...
Badan Anak Depan Belakang Penuh Tompok Ruam Gara Gara Termakan Ubat Demam Lama Anak Alami Alergi Satu Badan

Badan Anak Depan Belakang Penuh Tompok Ruam Gara Gara Termakan Ubat Demam Lama Anak Alami Alergi Satu Badan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 1025 hits
Bila anak anak demam ibu dan ayah sudah pastinya risau dengan tahap kesihatan anak anak mereka tambahan pula sekiranya mereka masih lagi kecil Jika suhu semakin tinggi ubat demam sahaja yang dapat menurukan suhu dengan lebih cepat selain me...
Badan Melayu Hati Komunis Ustaz Sidek Nor

Badan Melayu Hati Komunis Ustaz Sidek Nor

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 1054 hits
Bagaimana MUSUH ISLAM mengepung segenap penjuru memisahkan kekuatan negara negara Islam Mereka pecah pecah menjadi negara negara yang kecil untuk memberi keutuhan kekuatan MUSUH ISLAM Jom kita dengar apa tausiah dari Tuan Guru Sidek Noor Pa...
Kakek Di Binjai Tewas Usai Berhubungan Badan Dengan Waria

Kakek Di Binjai Tewas Usai Berhubungan Badan Dengan Waria

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 208 hits
Seorang kakek berinisial IW ditemukan tewas di Kelurahan Timbang Langkat Kecamatan Binjai Timur Kota Binjai Sumut Senin dini hari usai berhubungan se ksual Korban diketahui meregang nyawa setelah berhubungan se ks dengan seorang waria berna...
Pukul Dengan Tangan Pada Bahagian Badan Menjadikan Anak Semakin Degil

Pukul Dengan Tangan Pada Bahagian Badan Menjadikan Anak Semakin Degil

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 585 hits
Selalu terdengarkan orang kalau jumpa budak nakal or degil dia akan cakap anak siapa lah ni degil betul mak bapak dia tak ajar ke ni sampai teruk sangat perangai Sedih sebenarnya kalau dengar orang cakap macam tu Kalau yang kena herdik tu a...
Cium Isteri Anda Lebih Dari Satu Kali Setiap Pagi Bantu Kurangkan Berat Badan

Cium Isteri Anda Lebih Dari Satu Kali Setiap Pagi Bantu Kurangkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 476 hits
Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit Berikut ini adalah beberapa keleb...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation