Jangan Kedekut Bahaya Gunakan Botol Susu Bayi Lebih Dari 3 Bulan



Mahal macam mana pun botol, tukarlah dengan kerap. Jangan kedekut dan menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat-sangat tidak relevan (kecuali belum digunakan)

Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat,
EH? BERAPA LAMA EH BOLEH TAHAN BOTOL SUSU NI? TAKKANLAH SELAMA-LAMANYA PULA

Pernah tak terfikir perkara yang sama? Berapa lama jangka hayat botol susu anak kita itu? Apa kesan sampingannya juga menggunakan botol susu yang terlampau lama kepada anak? Tahu tak

Rupa-rupanya, bahaya guna botol susu yang sudah lebih dari tiga bulan. Lebih bahaya jika terdapat banyak calar balar di bahagian dalam botol. Kesan calar itu akan mengeluarkan toksik dan boleh memudaratkan kesihatan anak kita. Cuma kalau yang botol BPA Free itu, paling maksimum pun 6 bulan sahaja tempoh penggunaannya

APA ITU BISFENOL A (BPA)

Bisfenol A (BPA) ini bahaya terhadap keluarga kita khususnya bayi. BPA adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna, antaranya;
Botol susu bayiBotol air mineralBekas makananTeether bayi

Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin


JANGKA HAYAT BOTOL SUSU
Jika botol susu ada BPA, jangka hayatnya hanya 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang BPA Free, jangka hayatnya lebih panjang. Namun begitu, sebaik-baiknya tukarlah botol susu anak anda sekiranya warna botol sudah berubah, banyak kesan calar dan sudah kekuningan


KESAN BPA TERHADAP KESIHATAN & BAYI
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen

Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbahan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini, kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti:
Baligh awalKanser payudaraKanser prostatPenyakit jantungObesitiKencing manisDan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan hormon!

Faktor pengaruhi larut resap BPA ke dalam makanan
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya:
Kepanasan (api/matahari)CalarPendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).

TIPS MENGELAKKAN BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini. Tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan microwave ataupun direbus

Kurangkan pengambilan makanan dalam tin. Pilihyang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilihlah dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan plastik daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan dan minuman panas

Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adaah polikarbonat (elakkan kod 3 kerana ia mengandungi toksin)

Jika mahu membungkus sup atau air panas dair penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. Jangan gunakan plastik

Jangan biarkan air dalam botol dan berjemur di dalam kereta yang kemudian diminum

TIPS ELAK BPA PADA BOTOL SUSU ANAK ANDA
Gunakan botol susu daripada kaca atau stanless steel. Ianya tahan lama dan tidak perlu risau tentang BPA atau boleh gunakan juga botol plastik yang bebas BPA. Tetapi perlu tukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan. Elakkan menggunakan botol polikarbonat

Jika anda menggunakan botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak di dalamnya

Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span. Bukan guna berus sawai untuk untuk basuh botol bayi

Gunakan Sabun yang sesuai dan selamat untuk mencuci botol anak anda
BILA BOTOL ANAK PERLU DITUKAR SEGERA?
1. Kesan calar pada botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan. Jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukar botol anak. Bimbang terdapat pembebasan sisa toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut

2. Sterilizer
Penggunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol. Contohnya, jika botol boleh digunakan selama 6 bulan, mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan. Salah satu sebabnya adalah kerana ia melibatkan penggunaan haba yang tinggi. Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan BPA dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam

3. Warna botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, andanya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di baagian dalam botol

4. Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerap kali dibasuh, tukar botol kerana bau itu mungkin berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol

5. Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu diambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan. Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan berish. Gunakan bahan pencuci yang bersifat organik

Sekarang sudah tahu kan? Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para ibu semua. Buat pilihan yang tepat untuk kesihatan si manja yang tersayang

Sumber: FB Maya Darwish

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2019/11/jangan-kedekut-bahaya-gunakan-botol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Menunda Mencuci Botol Susu Bayi

Bahaya Menunda Mencuci Botol Susu Bayi

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 418 hits
Bayi mengkonsumsi susu bisa dikatakan cukup sering dan rutin sehingga tidak heran jika penggunaan botol susunya juga banyak dan sering Hal ini pun berpengaruh pada aktivitas Anda yang mungkin merasa sedikit terganggu Sebab walaupun mencuci ...
Bayi Tak Sedap Perut Asyik Meragam Rupanya Minum Susu Dari Botol Yang Rosak

Bayi Tak Sedap Perut Asyik Meragam Rupanya Minum Susu Dari Botol Yang Rosak

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 500 hits
Bukan sahaja botol susu anak perlu kerap ditukar bagi menjaga kualitinya botol penyimpan susu ibu juga perlu diganti secara kerap Sebarang calar pada botol boleh menyebabkan kuman melekat padanya Ia akan merosakkan susu yang disimpan di dal...
Hati Hati Dengan Kebiasaan Yang Salah Ketika Mencuci Botol Susu Bayi

Hati Hati Dengan Kebiasaan Yang Salah Ketika Mencuci Botol Susu Bayi

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 442 hits
Tidak sedikit dari Anda para orang tua yang masih tidak mengetahui cara mencuci botol susu bayi yang tepat dan benar Sehingga membuat Anda melakukan kebiasaan yang salah ketika mencuci botol susu tersebut yang mana akan berisiko pada keseha...
Nak Bayi Bijak Kerapkan Bermain Denganya Jangan Skip Kemahiran Ini

Nak Bayi Bijak Kerapkan Bermain Denganya Jangan Skip Kemahiran Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 250 hits
Tidak salah untuk mengajar ABC sebenarnya cuma banyak lagi kemahiran kemahiran lain yang boleh diajar pada mereka yang mana ianya lebih penting untuk perkembangan otak mereka dan dalam menjadi bayi yang lebih bijak yang mana ramai antara ki...
Bila Adik Lahir Si Kakak Tetap Mahu Menyusu Dengan Mama Jangan Risau Tandem Bf Banyakkan Susu

Bila Adik Lahir Si Kakak Tetap Mahu Menyusu Dengan Mama Jangan Risau Tandem Bf Banyakkan Susu

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 580 hits
Pernahkah anda mengetahui berkenaan tandem breastfeeding Bagi mereka yang tidak biasa dengan terma tersebut tandem breastfeeding bermaksud penyusuan dua kanak kanak atau bayi pada masa yang sama Ini boleh terjadi melalui dua situasi sama ad...
Kita Rasa Masih Bayi Tapi Rupanya Anak 1 Tahun Dah Pandai Bahaya Jika Salah Didik Awas

Kita Rasa Masih Bayi Tapi Rupanya Anak 1 Tahun Dah Pandai Bahaya Jika Salah Didik Awas

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 480 hits
Kita merasakan anak kecil kita yang berusia satu tahun ke bawah atau lebih satu tahun masih bayi dan tidak tahu apa apa Hakikatnya anak sekecil ini sudah punya emosi mereka sendiri Mereka tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka Jadi seba...
Jangan Terkejut Kalau Bayi Baru Lahir Ada Gigi Sebab Tu Penting Pemeriksaan Gigi Ketika Hamil

Jangan Terkejut Kalau Bayi Baru Lahir Ada Gigi Sebab Tu Penting Pemeriksaan Gigi Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 556 hits
Doktor anak saya tumbuh gigi sejak dia lahir nak kena cabut ke biarkan saje Jangan terkejut tau kalau baby yang baru lahir tiba tiba ada gigi dua batang kat bawah gigi tu memang boleh tumbuh Gigi yang tumbuh pada hari baby dilahirkan dipang...
Lebih Seorang Anak Kena Berlaku Adil Jangan Bandingkan Sebab Nanti Anak Cemburu

Lebih Seorang Anak Kena Berlaku Adil Jangan Bandingkan Sebab Nanti Anak Cemburu

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 308 hits
Ingat lagi waktu awal awal kahwin Bahagianya rasa bersama pasangan Hidup berdua hanya kita dimanja Hanya mata kita yang ditenung Hanya pipi kita yang dikucup Hanya badan kita yang didakap Kemudian Bayangkan kebahagian itu bertahan hanya set...
Jangan Terlebih Minum Air Putih Bahaya

Jangan Terlebih Minum Air Putih Bahaya

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 698 hits
Bahaya Minum Air Putih BerlebihanAir putih amat digalakkan untuk kita mengambilnya dalam seharian Tidak dinafikan ia banyak memberi kebaikan pada tubuh Tapi jangan terlebih minum air putih bahaya kepada tubuh badan Bagi Mai air putih adalah...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue