Mufti Jelaskan Hukum Wedding Photoshoot Di Tanah Perkuburan


Islam amat mengutamakan adab dalam setiap aspek kehidupan, bahkan ia dianggap lebih penting berbanding ilmu. Kenapa? Hal ini kerana adab merupakan asas untuk mendapatkan ilmu yang diberkati.
Jika kita lihat akhlak ulama terdahulu, mereka sangat menitikberatkan soal adab seperti Syeikh Abdullah bin Mubarak yang mempelajari adab selama 30 tahun sebelum menuntut ilmu (Al-Kafi #862).
Begitu juga dengan menziarahi perkuburan, ia memerlukan adab tidak kira ketika melawati kubur Muslim ataupun bukan Muslim.
Hukum bergambar perkahwinan di perkuburan Sebelum kami menjawab persoalan yang dikemukakan, ingin kami menjelaskan bahawa menziarahi kubur adalah harus sama ada kubur tersebut adalah kubur muslim ataupun yang bukan muslim. Ini adalah pandangan yang telah dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi.
Beliau menyebut bahawa harus bagi orang muslim untuk mengiringi jenazah sahabat atau kerabatnya. Begitu juga harus untuk menziarahi kuburnya. Beliau (Imam Al-Nawawi) menyatakan bahawa ini adalah pandangan kebanyakan para ulama. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 5/144).
Bahkan tujuan menziarahi tidak lain tidak bukan adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian yang sememangnya akan dirasai oleh setiap manusia. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW. Baginda bersabda :
إِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الآخِرَةَ
Maksudnya : “Sesungguhnya aku melarang kalian daripada menziarahi kubur, maka (sekarang ini) ziarahlah kubur kerana (menziarahi kubur itu) mengingatkan kepada akhirat.”
Riwayat Muslim (1977), Al-Tirmizi (1054) & Abu Daud (3235)
Ini membawa makna bahawa tujuan menziarahi bukan untuk bersuka ria atau berseronok akan tetapi ia sepatutnya mengingatkan kita kepada alam kematian dan akhirat yang bakal tiba. Begitu juga dalam meziarahi kubur ada adab-adab yang perlu dipatuhi. Antara adab-adab tersebut ialah :
1. Jika yang diziarahi adalah kubur muslim, maka disunatkan untuk memberi salam dan berdoa untuknya. Doa tersebut sepertimana yang diriwayatkan ialah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلاَحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ
Maksudnya : “ Salam sejahtera ke atas kalian wahai ahli kubur daripada kalangan orang mukmin. Kami dengan izin Allah akan menyusul. Kami memohon kepada Allah agar diberikan kesejahteraan untuk kalian dan juga untuk kami.”
Riwayat Muslim (2302)
Jika yang diziarahi itu adalah kubur orang yang bukan islam maka tidak boleh untuk memberi salam apatah lagi mendoakan mereka.
Gambar hiasan. (Kredit: The Independent) 2. Tidak boleh untuk duduk di atas kubur. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :
لأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ
Maksudnya : “ Kalian duduk di atas bara api kemudian terkoyak bajunya sehingga tersiat kulitnya lebih baik dari duduk di atas kubur.”
Riwayat Muslim (2292)
Dan banyak lagi adab-adab lain ketika hadir menziarahi kubur seperti tidak bercakap perkataan yang buruk, tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah dan lain-lain yang tidak perlu untuk kami memanjangkannya di sini.
Kembali kepada persoalan yang dikemukan, kami melihat perbuatan mengambil gambar perkahwinan di perkuburan orang Kristian dengan alasan suka-suka dan ingin buat kelainan adalah satu perbuatan yang tidak dibenarkan dan boleh mengundang fitnah.
Bahkan perbuatannya adalah bercanggah dengan nas yang memerintahkan kita untuk menghormati perkuburan dan mayat sekalipun yang bukan Islam. Ini berdasarkan firman Allah SWT :
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِىٓ ءَادَمَ
Maksudnya :
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam..” (Surah Al-Isra’ : 70)
Imam Jalaluddin Al-Suyuti dan Imam Jalaluddin Al-Mahalli menyebut bahawa tidak boleh dihinakan mahupun dikotori mayat mereka. (Rujuk Tafsir Al-Jalalain, 5/108)
Kami melihat perbuatan mengambil gambar perkahwinan di atas perkuburan bukan muslim dengan pelbagai gaya adalah satu perbuatan yang boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap mayat-mayat bahkan perbuatannya itu boleh menyinggung perasaan waris si mati.
Nabi SAW pernah bersabda :
كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا
Maksudnya : “Mematahkan tulang mayat adalah seperti mematahkannya ketika hidup.”
Riwayat Abu Daud (3207), Ibnu Majah (1616)
Gambar hiasan. (Kredit: About Islam) Maulana Sheikh Syamsul Haq ‘Azim Abadi menukilkan pandangan AL-Tibi berkenaan hadis tersebut. Al-Tibi berkata tidak boleh untuk menghina mayat dengan cara apa sekalipun. Penghinaan terhadap mayat adalah seperti menghina ketika dia masih hidup.” (Rujuk ‘Aun Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 14/27).
Ini menunjukkan bahawa apa sahaja bentuk penghinaan terhadap mayat sama ada perbuatan atau percakapan maka tidak dibenarkan.
Apatah lagi jika mengambil gambar dengan pelbagai gaya yang tidak sepatutnya dilakukan di tanah perkuburan. Ia juga boleh dianggap sebagai satu bentuk penghinaan. Tambahan lagi, apa yang perlu diperhatikan adalah kesan dari setiap perbuatan yang kita lakukan. Perbuatan tersebut jika dilihat lebih jauh, ianya boleh menimbulkan kemarahan penganut agama Kristian yang akhirnya nanti mereka akan melakukan perkara yang sama di perkuburan orang islam.
Perkara ini boleh difahami menerusi firman Allah SWT :
وَلَا تَسُبُّوا۟ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّـهِ فَيَسُبُّوا۟ ٱللَّـهَ عَدْوًۢا بِغَيْرِ عِلْمٍ
Maksudnya : “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan…”
(Surah Al-‘An’am : 108)
Maka dapat kita fahami dari ayat ini, tidak dibenarkan untuk melakukan atau menyebut perkara yang menunjukkan penghinaan terhadap mereka. Perbuatan tersebut akan mengundang kemarahan mereka dan melakukan perkara yang sama terhadap kita.
Kita sedia maklum bahawa penganut Kristian mempunyai ritual atau upacara tertentu ketika menghadiri kematian atau menziarahi perkuburan. Ini adalah satu perkara yang perlu kita hormati sebagaimana kita memohon agar mereka menghormati agama Islam.
Kesimpulan Kesimpulannya, kami tegaskan bahawa perbuatan mengambil wedding photoshoot atau gambar perkahwinan di perkuburan orang Kristian seperti yang tular adalah tidak dibenarkan.
Jangan kerana inginkan kelainan sehingga kita melakukan perkara yang boleh mengundang fitnah dan cerca orang ramai. Apatah lagi jika ianya dibuat untuk suka. Carilah tempat lain yang lebih sesuai. Perbuatan seumpama ini boleh menyebabkan islam dan penganutnya dipandang serong oleh penganut agama lain. Sekaligus menjauhkan mereka dari Islam.
Semoga Allah memberikan kita kefahaman di dalam agama-Nya. Wallahu’alam.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/08/mufti-jelaskan-hukum-wedding-photoshoot-di-tanah-perkuburan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Puji Keluarga Muslim Ini Bersihkan Pusara Nenek Di Tanah Perkuburan Kristian

Ramai Puji Keluarga Muslim Ini Bersihkan Pusara Nenek Di Tanah Perkuburan Kristian

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 869 hits
Perbezaan agama sesama keluarga tidak pernah menghalang seseorang itu untuk terus berkasih sayang dengan keluarganya Malah menghormati ibu bapa itu sangat dituntut dalam Islam Itulah yang dikongsi oleh Cik Emmet dalam nukilan terbarunya Sat...
Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 289 hits
PerhatianTarikh akhir potong rambut kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H Ini bermaksud siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap siap sebab nanti le...
Seorang Rakyat Malaysia Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan Di Tanah Perkuburan Sungai Golok

Seorang Rakyat Malaysia Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan Di Tanah Perkuburan Sungai Golok

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 383 hits
NARATHIWAT 27 Oktober Seorang rakyat Malaysia ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan di hadapan sebuah tanah perkuburan di Sungai Golok Narathiwat selatan Thailand awal pagi tadi Dalam kejadian kira kira 4 30 pagi mangsa yang dikenali ...
Bergambar Di Tanah Perkuburuan Kristian Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Bergambar Di Tanah Perkuburuan Kristian Ini Penjelasan Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 368 hits
TINDAKAN seorang wanita berpakaian pengantin menjalani penggambaran di sebuah tanah perkuburan Kristian mengundang perdebatan panjang dalam kalangan netizen sejak beberapa hari lalu Sebilangan besar netizen mengecam tindakan yang disifatkan...
Tanah Runtuh Laluan Ke Sebuah Pangsapuri Terputus

Tanah Runtuh Laluan Ke Sebuah Pangsapuri Terputus

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 384 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Surat Terbuka Untuk Bupati Se Tanah Papua

Surat Terbuka Untuk Bupati Se Tanah Papua

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 375 hits
Surat Terbuka Untuk Para Tokoh dan Bupati Di Seluruh Sorong MeraukeKepada Yang TerkasihPara Tokoh dan Para BupatiDi Tanahnya Orang MelanesiaDi West Papua PERIHAL ANDA MENCARI BERKAT ATAU KUTUK DARI TUHAN ALLAH DAN ROH ROH LELUHUR ORANG MELA...
Kadis Pu Siak Tanah Ambles Bukan Karena Meteor Tapi Jalan Bekas Sungai

Kadis Pu Siak Tanah Ambles Bukan Karena Meteor Tapi Jalan Bekas Sungai

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 181 hits
Dulunya sungai itu ditimbun dan dibuat sedemikian rupa hingga menjadi jalan lintas
Cemas Di Amber Court Tanah Runtuh Genting Highlands

Cemas Di Amber Court Tanah Runtuh Genting Highlands

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 431 hits
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Genting Amber Court di Genting Highlands dekat sini kira kira 5 40 petang tadi kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Nor Hisham Mohammad Beliau bagaimanapun berkata setakat in
10 Wilayah Di Jakarta Berpotensi Mengalami Pergerakan Tanah

10 Wilayah Di Jakarta Berpotensi Mengalami Pergerakan Tanah

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 275 hits
Kebanyakan dari 10 titik tersebut merupakan wilayah yang beririsan langsung dengan pinggiran sungai tebing maupun lereng
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization