Beberapa Isu Tentang Anjing




Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspectif baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas. Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;
Samakan Dengan Anjing1. Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli

2. Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah:(maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176)
3. Jadi, jika masyarakat muslim sensitif dengan ungkapan anjing kepada sesuatu atau seseorang, maka itu bukan sesuatu yang pelik. Sewajarnya begitu

Islam Benci Anjing
4. Ada yang bertanya pula, apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan
Jika kita membaca al-Quran kita dapati Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa di gua. Firman Allah: 
(maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18)

 Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing tidak dianggap jijik dalam kisah tersebut. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’. 
5. Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari)

 Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji

Bolehkah muslim memiliki anjing
6. Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir

 Ertinya, muslim boleh memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menjaga ternakan, atau tanaman atau menjaga keselamatan seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi

Bolehkah Muslim Memegang Anjing
7. Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Sebenarnya, para ulama berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh najis tanpa keperluan. Mereka bersepakat membolehkan menyentuh najis jika ada keperluan seperti untuk membersihkan diri, tempat, merawat dan seumpamanya. Dalam kalangan fuqaha ada yang memakruhkan menyentuh najis tanpa keperluan. Ada pula mengharamkan jika tanpa keperluan. 
8. Apakah anjing itu najis jika disentuh
 Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak memindah najis. Ini sehingga disebut oleh para fuqaha جاف على جاف طاهر بلا خلاف bermaksud sesuatu yang kering menyentuh yang kering maka bersih (tidak memindahkan najis) tanpa perbezaan pendapat. (lihat: Abu Harith al-Ghazzi, Mausu’ah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, 11/1177,  Beirut: al-Risalah). Maksudnya, jika bahagian yang bersih lagi kering menyentuh najis yang kering, maka najis itu tidak menajiskan bahagian bersih yang kering tersebut

9. Adapun menyentuh anjing yang basah berlaku khilaf pendapat dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah). Pendapat Mazhab Syafie dan salah satu riwayat dalam Mazhab Ahmad bin Hanbal ialah anjing keseluruhannya adalah najis, termasuk bulunya. Sementara pendapat Mazhab Malik, anjing itu kesemuanya bersih termasuk air liurnya. Adapun Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat lain daripada al-Imam Ahmad bahawa bulu anjing itu bersih, sementara air liurnya najis. (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra, 1/264. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah)
Maka dengan itu, majoriti fuqaha (ahli fekah) iaitu jumhur Mazhab Hanafi, Malik dan salah satu riwayat Mazhab Ahmad bin Hanbal berpendapat menyentuh badan atau bulu anjing sekalipun basah adalah tidak najis. Adapun air liur anjing mereka khilaf mengenainya. Pada pendapat kita air liur anjing najis berdasarkan hadis: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Memelihara Anjing Dalam Rumah10. Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat kecuali anjing (jaga) tanaman ataupun (jaga) ternakan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Qirat itu sebesar Bukit Uhud. Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat

11. Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai
12. Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing dengan melarang penganutnya memelihara di dalam rumah, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. 
13. Dalam hadis tadi,  Nabi s.a.w bersabda: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” 
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientifik maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing

FB Dr Maza
Artikel tentang kisah pelacur memberi minum pada anjing, saya rasa ramai yang mempertikainya. Ianya sahih
Sila baca penerangan link ni:https://almanhaj.or.id/4596-shahihkah-hadits-wanita-pelacur-memberi-minum-seekor-anjing.html


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/11/beberapa-isu-tentang-anjing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Swafoto Anjing Nabila Huda Ajak Bersemuka Tapi Ini Video Baias Padu Pu Syed

Isu Swafoto Anjing Nabila Huda Ajak Bersemuka Tapi Ini Video Baias Padu Pu Syed

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 573 hits
Isv pelakon Nabila Huda bergambar bersama seekor anj ng ketika bercuti baru baru ini dan mendapat tegvran pendakwah bebas PU Syed masih tidak berkesudahan Isu Swafoto Anjing Nabila Huda Ajak Bersemuka Tapi Ini Video BaIas Padu PU Syed
Menjelaskan Beberapa Isu Berhubung Zakat Kepada Non Muslim

Menjelaskan Beberapa Isu Berhubung Zakat Kepada Non Muslim

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 289 hits
Apabila kita lihat ulasan kalangan masyarakat awam kita dapati ada beberapa salah faham tentang isu zakat kepada non muslim Berikut beberapa perkara yang perlu kita fahami bersama 1 Pendapat zakat boleh diberikan kepada non muslim dengan sy...
Ramai Keliru Tentang Hukum Daging Kambing Yang Menyusu Dengan Susu Anjing Ini Penjelasan Mufti

Ramai Keliru Tentang Hukum Daging Kambing Yang Menyusu Dengan Susu Anjing Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 495 hits
Bagi pengemar makanan berunsurkan kambing pasti korang pernah terlintas untuk bertanyakan tentang hukum seorang kambing minum susu anjing yang pernah tular suatu ketika dulu tentang satu gambar yang pernah tersebar di media sosial Kali ini ...
Wanita Ini Kongsi Info Penting Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang Carseat Setelah Hadir Taklimat Jpj

Wanita Ini Kongsi Info Penting Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang Carseat Setelah Hadir Taklimat Jpj

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 361 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian bermula Januari 2020 Menerusi Facebook Wana Abas wanita ini berkongsi
Mungkin Ramai Yang Cuba Menakut Nakutkan Anda Tentang Sakit Bersalin Jauhi Persekitaran Negatif

Mungkin Ramai Yang Cuba Menakut Nakutkan Anda Tentang Sakit Bersalin Jauhi Persekitaran Negatif

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 281 hits
Menantikan kelahiran bayi comel anda bukanlah satu perkara yang mudah Anda perlu bersedia dengan segala persiapan sebelum kelahiran dan selepas kelahiran Segala peralatan berkaitan seperti pakaian dan kelengkapan lain bayi perlu dibeli terl...
Apakah Pendirian Sebenar Wee Jeck Seng Tentang Hudud Muhyiddin

Apakah Pendirian Sebenar Wee Jeck Seng Tentang Hudud Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 311 hits
Pengundi Tanjung Piai yang seronok melihat gelagat calon MCA Wee Jeck Seng berucap menggunakan kalimah Islam wajar bertanyakan apakah pendirian sebenar pemimpin itu terhadap undang undang hudud yang menjadi perjuangan Pas dalam Muafakat Nas...
7 Fakta Belum Banyak Orang Tahu Tentang Bos Tiktok Miliarder Termuda Di China

7 Fakta Belum Banyak Orang Tahu Tentang Bos Tiktok Miliarder Termuda Di China

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 307 hits
CEO TikTok Zhang Yiming menjadi sorotan di daftar orang terkaya China versi Forbes Dalam usianya yang masih 36 tahun dia sudah masuk ke jajaran 10 orang terkaya di China Kekayaannya tahun ini tercatat sebesar USD 16 2 miliar atau Rp227 8 tr...
2 Perkara Penting Perlu Tahu Tentang Jerebu

2 Perkara Penting Perlu Tahu Tentang Jerebu

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 354 hits
Pagi tadi hujan sangat lebat di kawasan akak Elok sangat hujan turun masa akak nak bersiap ke tempat kerja Aishhh tengok si kecil tidur lena tarik selimut mak dia pun mulalah rasa nak join Seronok dengar bunyi hujan sebab bila hujan jerebu ...
Poin Poin Penting Pp 7 Tahun 1977 Tentang Gaji Pns

Poin Poin Penting Pp 7 Tahun 1977 Tentang Gaji Pns

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 302 hits
PP 7 Tahun 1977 berisi tentang Peraturan Gaji Pegawai Negeri Sipil PP yang dikeluarkan pemerintahan presiden ke 2 RI Soeharto ini dikeluarkan dengan pertimbangan jika penggajian PNS seperti yang ditetapkan di PP No 12 Tahun 1967 mengenai Pe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization