Suami Keliru Mana Dulu Perlu Diutamakan Antara Nafkah Isteri Dan Ibu Ini Jawapan Mufti


Hampir semua orang tahu kisah Si Tanggang yang terkena sumpahan kerana mengutamakan isteri dan mengabaikan ibunya. Enggan mengaku wanita tua di hadapannya sebagai ibu, Tanggang akhirnya disumpah menjadi batu.
Tak mahu menjadi ‘Si Tanggang’ moden, ada suami yang mengutamakan mentua sehingga mengabaikan isteri. Bahkan ada yang mencatu nafkah isteri dan anak atas alasan tanggungjawab terhadap keluarga si suami.
Hal ini berpotensi menjurus kepada permasalahan rumahtangga pada kemudian hari.
Jadi, siapa yang harus lebih diutamakan sebenarnya? Bagi memahami lebih lanjut tentang isu ini, mari kita baca penjelasan ahli yang layak untuk dijadikan panduan. Berikut merupakan jawapan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri terhadap soalan berkenaan.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Kami mulakan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda:
ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا ، فَإِنْ فَضَلَ شَيْءٌ فَلِأَهْلِكَ ، فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ ، فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَيْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا
Maksudnya: “Mulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.”
Riwayat al-Bukhari (6763) dan Muslim (997)
Imam al-Syaukani menyebut: Nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin, manakala nafkah kepada ibubapa hanya wajib jika anak mampu. Para ulama’ telah sepakat akan wajibnya mendahulukan nafkah anak isteri sebelum ibubapa. (Lihat Nail al-Autar, 6/381)
Mafhum daripada hadis di atas menunjukkan ‘فَلِأَهْلِكَ’ lebih kepada isteri dan anak-anak. Justeru, selama mana ia menjadi tanggungjawab terhadapnya, maka tanggungjawab kepada isteri adalah diutamakan kecuali dalam keadaan darurat, ibu memerlukan bantuan, maka ketika itu hendaklah diberikan kepadanya.
Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
تَصَدَّقُوا ، فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ ، فَقَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ: أَنْتَ أَبْصَرُ
Maksudnya: “Bersedekahlah.” Seorang lelaki bertanya: “Hai Rasulullah, aku mempunyai dinar.” Baginda menjawab: “Sedekahkan untuk diri kamu sendiri.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai dinar yang lain lagi.” Baginda berkata: “Sedekahkan kepada isteri engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.”
Baginda berkata: “Sedekahkan kepada anak engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.” Baginda berkata: “Sedekahkan kepada hamba engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku masih ada yang lain lagi.” Baginda berkata: “Engkau lebih tahu.”
Riwayat Ahmad (2335), Abu Daud (1691) dan al-Nasa’ie (2353)
Syeikh Syams al-Haq al-Azim Abadi menukilkan bahawa al-Khattabi berkata: Susunan ini jika engkau memperhatikannya, maka engkau akan mengetahui bahawa Baginda SAW mendahulukan yang utama dan kerabat yang dekat. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 5/76)
Hadis ini dengan jelas menunjukkan tanggungjawab kepada isteri adalah yang utama selepas diri sendiri. Imam Nawawi menyebut: Apabila berhimpun pada seseorang, orang-orang yang berhajat daripada mereka yang diwajibkan memberi nafkah pada mereka, maka sekiranya hartanya cukup untuk menafkahkan semuanya, maka dia wajib menafkahkan semuanya.
Namun, sekiranya hartanya tidak lebih kecuali untuk seorang, maka hendaklah mengutamakan nafkah untuk isteri berbanding nafkah untuk keluarga lain. (Lihat Raudhah al-Talibin, 9/93)
Imam al-Syaukani berkata: Telah sampai pada tahap ijma’ akan kewajiban memberi nafkah pada isteri. Kemudian jika masih ada lebihan harta daripada itu, barulah ada kewajiban nafkah terhadap keluarga yang lain. (Lihat Nail al-Autar, 6/381)
Para ulama’ menyebut, memberi nafkah kepada ibubapa adalah tidak wajib atas seorang anak kecuali dalam dua keadaan berikut:
Ibubapanya miskin dan memerlukan bantuan. Anak tersebut mempunyai lebihan harta selepas nafkah yang diberikan kepada keluarganya. Syarat ini disepakati oleh para ulama’. (Lihat Mughni al-Muhtaj,3/446; al-Insaf, 9/392 dan Hasyiyah Ibn Abidin, 2/678) Kesimpulan Berdasarkan nas-nas dan hujah para ulama, kami berpendapat nafkah kepada isteri adalah didahulukan, kecuali dalam keadaan ibubapa yang tidak berkemampuan dalam menyediakan ubatan, rawatan dan makan minum yang menjadi asas kehidupan. Ketika itu, ia hendaklah didahulukan bagi meneruskan kesinambungan kehidupan.
Dalam isu seperti ini, perlu ada keselarasan dan persefahaman oleh semua anak-anak ibu atau bapa untuk sama-sama mengambil tanggungjawab menjaga, membantu dan berkhidmat kepada kedua ibubapa.
Dengan cara ini, tidaklah terbeban kepada satu-satu anak sahaja sedangkan yang lain semua lepas tangan. Ingatlah apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW:
رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الوَالِدِ ، وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ
Maksudnya: “Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”
Riwayat al-Tirmizi (194)
Seterusnya, bantuan kepada ibu bapa janganlah kita menganggap sebagai beban tetapi ehsan yang sewajibnya kita tunaikan sebagai hak ibu bapa kita. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Surah al-Isra’ (23)
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah, semoga kita menjadi hamba-Nya yang soleh dan mentaati kedua ibubapa. Amin.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/19/suami-keliru-mana-dulu-perlu-diutamakan-antara-nafkah-isteri-dan-ibu-ini-jawapan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Baik Pun Suami Kita Isteri Kena Ada Income Sendiri

Macam Mana Baik Pun Suami Kita Isteri Kena Ada Income Sendiri

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 356 hits
Gambar hiasanIni betul baik macam mana pun suami kita tolonglah jangan malas jaga penampilan diri dan tak ragu ragu nak cari income sendiri Bukan nak menghasut benda tak elok tetapi ujian kahwin di depan sana macam macam Kalau pun suami kit...
Suami Isteri Terbabit Pelacur Didakwa

Suami Isteri Terbabit Pelacur Didakwa

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 443 hits
PASANGAN suami isteri didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana terbabit dalam kes bapa ayam dan melacurkan diri Foto NSTP Imran MakhzanKUALA TERENGGANU Sepasang suami isteri berdepan hukuman penjara sebatan dan denda sel...
Suami Dituduh Lacurkan Isteri Isteri Pula Didakwa Melacur Diri

Suami Dituduh Lacurkan Isteri Isteri Pula Didakwa Melacur Diri

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 496 hits
KUALA TERENGGANU Seorang lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas dua pertuduhan menjalankan kegiatan pelacuran membabitkan isterinya Bagi pertuduhan pertama lelaki berusia 33 tahun itu didakwa menjadi ...
Kalau Nak Isteri Senyum Cuba Suami Hulur Kad Bank Confirm Senang Hati

Kalau Nak Isteri Senyum Cuba Suami Hulur Kad Bank Confirm Senang Hati

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 445 hits
Dalam kesibukan isteri menguruskan hal rumah tangga sering kali mereka terlupa akan kepentingan menjaga diri sendiri Yalah sibuk jaga anak anak sediakan keperluan untuk suami pula Sehinggakan diri sendiri terabai Di dalam penulisannya di la...
Isteri Tak Kisah Beranak Setiap Tahun Kalau Suami Offer Jadi Tukang Jaga

Isteri Tak Kisah Beranak Setiap Tahun Kalau Suami Offer Jadi Tukang Jaga

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 351 hits
Beberapa hari awal selepas kelahiran bayi terdapat segelintir ibu yang mudah tertekan muram gelisah dan dalam kes yang teruk ada juga mudah menangis tanpa sebab Hal ini dikatakan berlaku kesan penyesuaian diri dengan kehidupan baru Si ibu k...
Suami Tikam Isteri Sarat Mengandung Dengan Pisau Lipat Diperintah Jalani Pemeriksaan Di Hospital Bahagia

Suami Tikam Isteri Sarat Mengandung Dengan Pisau Lipat Diperintah Jalani Pemeriksaan Di Hospital Bahagia

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 620 hits
Susulan kes suami menikam isterinya yang sarat hamil minggu lalu di Putrajaya Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan pembantu jurutera audio itu ke Hospital Bahagia Ulu Kinta Perak untuk menjalani pemeriksaan selama 30 hari nbsp Hakim M...
Isteri Membebel Suami Dengarkan Saja Itu Cara Bantu Dia Dapat Kebahagiaan Terbesar

Isteri Membebel Suami Dengarkan Saja Itu Cara Bantu Dia Dapat Kebahagiaan Terbesar

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 422 hits
SESETENGAH lelaki memang tidak tahan apabila mendengar bebelan si isteri lagi lagi apabila sama sama penat balik dari tempat kerja baru sampai rumah terus perit telinga terpaksa mendengar bebelan Pasti ianya mengundang perbalahan Namun jika...
Suami Jangan Takut Serah Kad Debit Pada Isteri Setiap Rezeki Suami Ada Bahagian Isteri

Suami Jangan Takut Serah Kad Debit Pada Isteri Setiap Rezeki Suami Ada Bahagian Isteri

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 477 hits
Bukan calang calang suami boleh buat macam ini Dan bukan semua isteri dapat kepercayaan penuh guna kad debit suami untuk membeli belah barangan yang isteri suka Jadi bila ada suami yang bermurah hati tak berkira berkongsi kad debit miliknya...
Pasangan Suami Isteri Ditahan Disyaki Sebabkan Kematian Anak Kandung

Pasangan Suami Isteri Ditahan Disyaki Sebabkan Kematian Anak Kandung

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 468 hits
SEPANG 11 Nov Sepasang suami isteri penjawat awam ditahan Isnin lalu selepas dipercayai melakukan penderaan hingga menyebabkan kematian anak kandung yang berusia empat bulan Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata pasangan itu ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation