Betul Ke Sesiapa Yang Tak Namakan Anak Nama Muhammad Dikira Jahil Ini Penjelasan Mufti


Pemilihan nama amat penting kerana ia bakal digunakan dari buaian sehinggalah ke liang lahad. Nama yang baik ibarat doa buat pemiliknya, oleh itu kita perlu menamakan anak-anak dengan nama yang indah dan mempunyai maksud yang baik tidak kira dalam bahasa apapun ia.
Walaubagaimanapun, isu ini juga tidak terlepas daripada wujudnya kekeliruan sehingga wujud dakwaan “Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak dan dia tidak menamakan salah satu anaknya dengan nama Muhammad maka dia dianggap sebagai orang yang jahil.”
Benarkah dakwaan itu? Mari kita baca penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan itu tersebut.
Soalan :
Assalamualaikum ustaz. Saya ingin memohon penjelasan berkenaan hadis yang pernah disebutkan oleh seorang penceramah yang agak terkenal. Beliau menyebutkan hadis ‘sesiapa yang mempunyai tiga orang anak dan dia tidak menamakan salah satu anaknya dengan nama Muhammad maka dia dianggap sebagai orang yang jahil’. Adakah benar ada hadis sebegini?. Sebab nama anak-anak saya tiada yang bermula dengan nama Muhammad. Bagaimana ini ustaz?. Mohon pencerahan ustaz.
Jawapan :
Waalaikumussalam.Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Pertamanya, pastikan kesahihan hadith Di antara prinsip yang paling utama apabila melibatkan hadis Nabi SAW adalah memastikan terlebih dahulu keabsahan hadis-hadis dan daripada mana sumbernya. Ini adalah sikap yang perlu ditanam di dalam jiwa setiap umat islam agar penisbahan sesuatu kata-kata tidak sewenang-wenangnya disandarkan kepada Nabi SAW.
Perkara ini adalah berdasarkan umum firman Allah SWT :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَـٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَـٰدِمِينَ
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah Al-Hujurat : 6)
Gambar hiasan. (Kredit: WebMd) Ada dalam kitab hadith Kembali kepada persoalan yang dikemukakan. Ya, hadis tersebut memang ada di dalam kitab hadis. Ianya dinukilkan oleh Al-Tabarani di dalam kitabnya Al-Mu’jam Al-Kabir. Selain dari Al-Tabarani, hadis ini juga dinukilkan oleh Ibnu ‘Adiyy di dalam kitabnya Al-Kamil Fi Al-Dhua’afa.
Al-Tabarani berkata :
حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بن عَلِيٍّ الْمَعْمَرِيُّ، قَالَ: ثنا عَلِيُّ بن مَيْمُونٍ الرَّقِّيُّ، ثنا عُثْمَانُ بن عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ عُمَرَ بن مُوسَى، عَنِ الْقَاسِمِ، عَنْ وَاثِلَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:مَنْ وُلِدَ لَهُ ثَلاثَةُ أَوْلادٍ لَمْ يُسَمِّ أَحَدَهُمْ مُحَمَّدًا فَقَدْ جَهِلَ
Maksudnya : “Al-Hasan Bin Ali Al-Ma’mari menceritakan kepada kami.Beliau berkata : Ali Bin Maimun Al-Raqqiy menceritakan kepada kami. Beliau berkata : Uthman Bin Abdurrahman menceritakan kepada kami daripada Umar Bin Musa daripada Al-Qasim daripada Al-Wathilah.
Beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak yang mana salah seorangnya dia tidak namakan dengan (nama) Muhammad sesungguhnya dia adalah orang yang jahil.”
Riwayat Al-Tabarani (17687) di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir
Ibnu ‘Adiyy pula meriwayatkan hadis ini dengan sanad yang lain. Beliau berkata :
حَدَّثَنَا عُمَر بن الحسن بن نصر ، حَدَّثَنا مصعب بن سَعِيد ، حَدَّثَنا موسى بن أعين ، عن لَيث ، عَن مجاهد ، عنِ ابن عباس
Maksudnya : “Umar Bin Al-Hasan Bin Nasr menceritakan kepada kami. Mus’ab Bin Sa’id menceritakan kepada kami. Musa Bin ‘Ayun menceritakan kepada kami daripada Laith daripada Mujahid daripada Ibnu Abbas…”
Nukilan tak menjadikan sesuatu hadis diterima Namun begitu, sekadar nukilan semata-mata tidak menjadikan hadis itu diterima. Ini kerana Ibnu Adiyy menghukumkan hadis ini sebagai hadis yang tafarrud. Beliau menyebut bahawa tiada yang meriwayatkan daripada Laith melainkan Musa Bin ‘Ayun. (Rujuk Al-Kamil Fi Ma’rifah Al-Dhu’afa Al-Muhaddithin Wa Ilal, 6/89).
Alangkah baik jika kita membahaskan satu persatu sanad yang dinukilkan oleh Ibnu Adiyy dan Al-Tabarani. Perkara ini sangat penting bagi menentukan status sesebuah hadis.
Gambar hiasan. (Kredit: Why Islam) Sanad nukilan Ibnu Adiyy 1. Umar Bin Al-Hasan Bin Nasr Al-Halabi adalah seorang Qadi di Damsyik. Al-Daruqutni menyebut beliau sebagai seorang yang thiqah lagi benar (ثقة صدوق). (Rujuk Siyar ‘Alam Al-Nubala, 14/254). Ibnu Hibban meletakkan beliau sebagai salah seorang perawi yang thiqah. (Rujuk Tahzib Al-Tahzib, 9/363). Beliau wafat pada tahun 250 H.
2. Mus’ab Bin Sa’id gelarannya adalah Abu Khaithamah Al-Missisi. Ibnu ‘Adiyy menyebut bahawa beliau banyak meriwayatkan hadis daripada perawi yang thiqah dengan hadis-hadis yang munkar dan banyak melakukan perubahan pada hadis-hadis.(Al-Kamil Fi Ma’rifah Dhu’afa’ Al-Muhaddithin Wa Ilal, 8/89).
Ibnu Hajar Al-Asqalani menyatakan bahawa kebanyakan yang diriwayatkan oleh Mus’ab adalah munkar dan bala. (Rujuk Lisan Al-Mizan,8/75).
3. Musa Bin ‘Ayun merupakan seorang perawi yang terdapat di dalam Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Al-Nasaie dan Sunan Ibnu Majah. Gelaran beliau ialah Abu Said Al-Harrani. Al-Jauzajani berkata bahawa Imam Ahmad banyak memuji beliau.
Abu Zur’ah dan Abu Hatim menyatakan bahawa beliau seorang perawi yang thiqah. Ibnu Hibban pula menggolongkan beliau di kalangan perawi yang terpercaya. Manakala Yahya Bin Ma’in menyebut beliau sebagai seorang yang thiqah lagi soleh peribadinya. (Rujuk Tahzib Al-Tahzib ,10/298). Beliau wafat pada tahun 75 H.
4. Laith. Nama sebenar beliau adalah Laith Bin Abi Sulaim.Beliau dipuji oleh sebahagian ulama hadis seperti Abdurrahman Bin Mahdi. Beliau (Ibnu Mahdi) menyebut bahawa Laith adalah perawi yang paling baik keadaannya.Ibnu Hatim Al-Razi juga memuji beliau.
Namun begitu sebahagian besar pakar hadis di zamannya mengkritik beliau. Di antaranya Yahya Bin Ma’in. Yahya menyebut bahawa beliau lebih lemah berbanding Yazid dan ‘Ata’. (Rujuk Tahzib Al-Tahzib, 8/418).
Laith bukan sahaja dikritik oleh Yahya, beliau juga dikritik hebat oleh Muhammad Bin Muthanna, Ali Bin Al-Madini dan lain-lain. Muammal Bin Al-Fadhl menyebut bahawa beliau pernah bertanya kepada Isa Bin Yunus tentang mengapa beliau tidak mendengar hadis daripada Laith.
Isa mengatakan bahawa Laith terkeliru di dalam meriwayatkan hadis. Bahkan Abu Zur’ah dan Abu Hatim menyebut bahawa Laith bukan sahaja perawi yang lemah namun beliau juga tidak boleh dijadikan hujah dan sandaran dalam periwayatan.
Imam Ahmad juga menyatakan bahawa beliau seorang yang berkeceramuk hadisnya (مضطرب الحديث). Ibnu Uyainah tidak pernah memuji ingatan Laith kerana banyak kekeliruan. (Rujuk Tahzib Al-Tahzib, 8/418 ; Al-Kamil Fi Ma’rifah Dhuafa Al-Muhaddithin Wa Ilal, 6/88) ; Al-Jarh Wa Al-Ta’dil Li Ibn Abi Hatim, 7/178).
Kesimpulan bagi sanad ini, kami lebih cenderung mengatakan bahawa sanad hadis ini lemah disebabkan oleh Laith Bin Abi Sulaim yang banyak dikritik oleh kebanyakan pakar hadis. Begitu juga di dalam sanad ini terdapat perawi yang bernama Mus’ab Bin Sa’id.
Gambar hiasan. (Kredit: Esplanade) Sanad nukilan Al-Tabarani 1. Al-Hasan Bin Ali Al-Ma’mari merupakan seorang perawi yang thiqah. Al-Daruqutni memuji beliau dengan menyebut beliau adalah seorang seorang yang benar (صدوق) lagi hafiz. Namun begitu Al-Razi dan Ja’far Bin Junaid menggelarkan beliau sebagai penipu.
Akan tetapi, Abdullah Bin Uthman Bin Jiblah yang digelar Abdan menjawab bahawa kedua-dua orang tersebut hasad kepadanya kerana Al-Hasan banyak menulis hadis yang tidak ada pada mereka. (Rujuk Lisan Al-Mizan, 2/223)
2. Ali Bin Maimun Al-Raqqiyy. Kun-yah beliau ialah Abu Hasan Al-Attar. Banyak meriwayatkan hadis dari perawi-perawi yang thiqah. Abu Hatim menyebut bahawa beliau adalah seorang perawi yang thiqah. Begitu juga Al-Nasaie menyebut tidak mengapa meriwayatkan hadis daripada beliau. (Rujuk Tahzib Al-Kamal,21/153-154 ; Al-Jarh Wa Al-Ta’dil, 6/no1127 ).
3. Uthman Bin Abdurrahman menurut Al-Haithami adalah perawi yang thiqah namun beliau banyak meriwayatkan dari perawi yang lemah. (Rujuk Majma’ Al-Zawaid Wa Manba’ Al-Fawaid, 1/127). Munurut Yahya Bin Ma’in beliau adalah seorang yang benar (صدوق).
Imam Al-Zahabi menukilkan perkataan Abu ‘Arubah bahawa Uthman adalah seorang sheikh yang banyak beribadat. Tidak mengapa meriwayatkan hadis dari beliau. Namun beliau banyak meriwayatkan hadis-hadis yang munkar dari orang-orang yang majhul. (Rujuk Siyar ‘Alam Al-Nubala, 9/426).
Bahkan beliau dikritik hebat walaupun beliau seorang yang thiqah namun beliau digelar pengutip kayu api (حاطب الليل) kerana tidak meneliti apa yang diriwayatkannya (Rujuk Al-Kamil Fi Ma’rifah Al-Dhu’afa Al-Muhaddithin Wa ‘Ilal, no 585). Beliau wafat pada tahun 202 H.
4. Umar Bin Musa. Beliau digelar dengan gelaran Al-Wajihi. Beliau adalah perawi yang lemah. Ibnu Abi Hatim menyebut bahawa beliau adalah perawi yang sangat lemah, Banyak meriwayatkan hadis-hadis yang batil serta ditinggalkan periwayatannya (المتروك). (Rujuk Al-Jarh Wa Al-Ta’dil, 12/142).
Ibnu Adiyy pula menggolongkan beliau sebagai perawi yang tidak thiqah.(Al-Kamil Fi Ma’rifah Al-Dhu’afa Wa ‘Ilal, 3/8). Begitu juga Ibnu Jauzi mengatakan bahawa beliau matruk Al-Hadith (ditinggalkan periwayatannya). (Rujuk Al-Dhu’afa Wa Al-Matrukin, 1/82).
Gambar hiasan. (Kredit: Skilldeer.com) 5. Al-Qasim nama sebenar beliau adalah Al-Qasim Bin Abdurrahman Bin Abdullah Bin Mas’ud. Beliau merupakan cucu kepada sahabat Nabi SAW iaitu Ibnu Mas’ud. Kebanyakan pakar hadis menggolongkan beliau sebagai seorang yang thiqah. (Rujuk Siyar ‘Alam Al-Nubala, 5/195).
Bagi sanad nukilan Al-Tabarani, kami cenderung untuk mengatakan bahawa sanad hadis ini sangat lemah disebabkan ada seorang perawi yang matruk iaitu Umar Bin Musa. Bukan itu sahaja, sanad ini juga terputus. Ia berpunca daripada Al-Qasim.
Walaupun beliau seorang yang thiqah namun beliau tidak pernah berjumpa dengan Wathilah. Di antara yang menjelaskan perkara ini ialah Ali Bin Al-Madini, seorang pakar di dalam kecacatan hadis. Ali Bin Al-Madini menyebut bahawa Al-Qasim tidak pernah berjumpa dengan para sahabat melainkan Jabir Bin Samurah. (Rujuk Al-Ilal Wa Ma’rifah Al-Rijal,1/106).
Bahkan amat susah untuk menguatkan hadis ini dengan riwayat-riwayat hadis yang sama.
Ini kerana kebanyakan sanad yang meriwayatkan hadis ini pastinya ada seorang perawi yang lemah ataupun yang dituduh dengan pendusta. Ini dijelaskan oleh Ibnu ‘Iraq di dalam kitabnya Tanzih Al-Syariah.
Beliau menyatakan bahawa setiap sanad riwayat hadis ini tidak bebas daripada seorang perawi yang dituduh dengan pendusta.(Rujuk Tanzih Al-Syariah Al-Marfu’ah ‘An Al-Syani’ah Al-Maudhu’ah, 1/82). Bahkan ada riwayat lain daripada jalan Ja’far Bin Muhammad daripada ayahnya daripada datuknya. Sanad riwayat ini juga terlalu lemah kerana di dalamnya ada seorang perawi yang bernama Abdullah Bin Dahir Al-Razi. Beliau banyak dikritik oleh kebanyakan pakar. Di antaranya Al-Zahabi menyebut bahawa beliau adalah seorang pendusta.
Imam Al-Suyuti juga menyebut bahawa beliau adalah seorang yang dituduh menipu. (Rujuk Al-Laali Al-Masnu’ah Fi Ahadith Al-Maudhu’ah, 1/121).
Dari sudut matannya juga ada beberapa kecacatan yang boleh dipertikaikan.
Ini kerana kalaulah hadis ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW sudah pasti Umar menamakan anak-anaknya dengan nama Muhammad.
Namun kita melihat tidak ada seorang pun anak Umar yang bernama Muhammad. Adakah Umar seorang yang jahil?
Kesimpulan Kesimpulannya, kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa hadis yang disebutkan adalah hadis yang sangat lemah. Bahkan hampir kepada palsu kerana setiap sanad riwayat hadis tersebut adanya perawi-perawi yang ditinggalkan dan juga ada yang dituduh menipu.
Oleh itu, sebarang penisbahan hadis tersebut kepada Nabi SAW adalah tidak dibenarkan.
Namun begitu, kami ingin menjelaskan juga bahawa tidak salah untuk menamakan mana-mana anak dengan nama Muhammad. Ia adalah satu cara untuk memperkenalkan peribadi Nabi kepada anak-anak.
Yang lebih penting adalah mengajarkan anak-anak kita tentang Nabi SAW dari sudut peribadi dan Sunnah Baginda SAW supaya ianya menjadi pedoman yang boleh diamalkan oleh anak-anak.
Ianya sekaligus dapat menanam kecintaan kepada Nabi SAW lebih-lebih lagi pada zaman yang mencabar ini di mana adanya penghinaan terhadap Nabi SAW. Wallahu’alam
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/13/betul-ke-sesiapa-yang-tak-namakan-anak-nama-muhammad-dikira-jahil-ini-penjelasan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bergambar Di Tanah Perkuburuan Kristian Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Bergambar Di Tanah Perkuburuan Kristian Ini Penjelasan Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 368 hits
TINDAKAN seorang wanita berpakaian pengantin menjalani penggambaran di sebuah tanah perkuburan Kristian mengundang perdebatan panjang dalam kalangan netizen sejak beberapa hari lalu Sebilangan besar netizen mengecam tindakan yang disifatkan...
Istri Menparekraf Wishnutama Melahirkan Anak Perempuan Diberi Nama Salima Putri Tama

Istri Menparekraf Wishnutama Melahirkan Anak Perempuan Diberi Nama Salima Putri Tama

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 221 hits
Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Wishnutama Kusubandio mengumumkan kelahiran bayi perempuannya melalui akun instagram resminya
Ramai Keliru Tentang Hukum Daging Kambing Yang Menyusu Dengan Susu Anjing Ini Penjelasan Mufti

Ramai Keliru Tentang Hukum Daging Kambing Yang Menyusu Dengan Susu Anjing Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 495 hits
Bagi pengemar makanan berunsurkan kambing pasti korang pernah terlintas untuk bertanyakan tentang hukum seorang kambing minum susu anjing yang pernah tular suatu ketika dulu tentang satu gambar yang pernah tersebar di media sosial Kali ini ...
Jari Anak Umur Setahun Berdarah Lepas Kena Bakul Baju Mujur Pengasuh Ambil Tindakan Cepat Rawat Cara Betul

Jari Anak Umur Setahun Berdarah Lepas Kena Bakul Baju Mujur Pengasuh Ambil Tindakan Cepat Rawat Cara Betul

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 529 hits
Setiap kali mencari pengasuh untuk menjaga anak anak apa yang kita cari adalah persekitaran yang selamat dan selesa untuk meninggalkan si kecil tersayang Maklumlah ibu yang bekerja selalunya akan tinggalkan anak di rumah pengasuh sehingga m...
Lori Bawa Muatan Anak Babi Terbalik Yang Peliknya Kali Ini Tiada Sesiapa Yang Berani Kutip

Lori Bawa Muatan Anak Babi Terbalik Yang Peliknya Kali Ini Tiada Sesiapa Yang Berani Kutip

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 415 hits
PENAMPANG Seorang pemandu lori dan kelindan berdepan detik cemas apabila lori mereka yang membawa muatan anak khinzir dipercayai hilang kawalan lalu terbalik di Kilometer 31 Jalan Moyog Penampang Tambunan di Tambunan di sini hari ini Akibat...
Melissa Betul Betul Wujud Rupanya Nama Yang Muncul Di Dalam Kertas 2 Bahasa Inggeris Spm 2019

Melissa Betul Betul Wujud Rupanya Nama Yang Muncul Di Dalam Kertas 2 Bahasa Inggeris Spm 2019

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 1021 hits
6 November 2019 telah selesai peperiksaan mata pelajaran English bagi Kertas 1 dan Kertas 2 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 Tetapi ianya ternyata hanya selesai di dewan peperiksaan sahaja Ini kerana persoalan daripada kertas ...
Tarik Minat Anak Anda Mengenal Rasulullah Saw Dengan My Prophet Muhammad Busy Book

Tarik Minat Anak Anda Mengenal Rasulullah Saw Dengan My Prophet Muhammad Busy Book

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 468 hits
My Prophet Muhammad Busy Book 1 Selepas berbincang dengan pakar yang arif dengan perkembangan kanak kanak kami merasakan kanak kanak sangat perlu didedahkan dengan konsep tauhid dan kenali Rasulullah SAW seawal usia 2 Cerita di dalam buku i...
Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 289 hits
PerhatianTarikh akhir potong rambut kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H Ini bermaksud siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap siap sebab nanti le...
Ini Penjelasan Sukmawati Soal Pernyataan Nabi Muhammad Dan Soekarno

Ini Penjelasan Sukmawati Soal Pernyataan Nabi Muhammad Dan Soekarno

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 290 hits
Putri mantan Presiden Soekarno Diah Mutiara Sukmawati Sukarnoputri alias Sukmawati menjelaskan maksud pernyataannya terkait Bung Karno lebih berjasa di awal abad ke 20 untuk kemerdekaan Republik Indonesia Sukmawati mengaku saat itu bertanya...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization